Friday, 4 January 2013

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...


Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramian untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

Secara logiknya, pihak polis mahupun SPRM boleh dengan apa cara sekali pun memanggil Deepak, sama ada untuk memberi keterangan atau menyiasat beliau bagi mengesahkan sama ada semua dakwaan yang dibuatnya itu ada kebenaran, mempunyai bukti atau sekadar dakwaan semata-mata. Lebih-lebih lagi yang dituduh dalam dakwaannya itu ialah Perdana Menteri, ketua eksekutif sebuah kerajaan.

Tetapi Deepak bukan saja terus bebas, bahkan seolah-oleh kebal daripada undang-undang.

Kenapa jadi demikian? Adakah Najib, pemimpin UMNO, polis dan SPRM berdiam diri kerana mengetahui semua dakwaan Deepak itu semuanya benar belaka? Atau mungkinkah Deepak dilindungi oleh seseorang yang begitu berpengaruh?

Persoalan mengenai keberanian Deepak ini bagaimanapun mula terungkai sehari dua lalu apabila bertebaran di dunia maya gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran beliau di majlis sambutan hari jadi Tun Mahathir yang yang diadakan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Kehadiran Deepak di antara 230 jemputan di majlis sambutan hari jadi eksklusif itu menimbulkan tanda-tanya atau sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Deepak mempunyai hubungan dengan Mahathir, baik secara langsung mahu pun tidak langsung. Dalam masa yang sama, Najib tidak pula hadir di majlis tersebut.

Oleh kerana Deepak membuat dakwaan terhadap Najib sejak penghujung November lagi, lebih kurang tiga minggu sebelum sambutan hari jadi Mahathir itu, jemputan terhadap Deepak tentu saja boleh dibatalkan jika Mahathir tidak mahu dilihat mempunyai kaitan dengan peniaga karpet yang sedang menyerang Najib itu.

Namun Deepak tetap juga dijemput. Apakah Mahathir sengaja mahu melihat Deepak hadir di majlis sambutan hari jadinya yang turut dimeriahkan oleh kehadiran Shah Rukh Khan itu?

Tersebar gambar-gambar yang mengesahkan kehadiran Deepak di majlis Mahathir itu sebenarnya telah mengesahkan kesangsian ramai mengenai keberanian Deepak selama ini. Kini ramai yang percaya kemunculan Deepak dan keberaniannya menyerang Najib serta Rosmah adalah 'game' yang dipapan-caturkan oleh Mahathir.

Selain Najib, siapakah lagi yang begitu berkuasa di negara ini selain Mahathir! Cengkamannya terhadap kuasa selama 22 tahun dan nasib yang berlaku terhadap musuh-musuh politiknya sebelum ini membuktikan hakikat itu. Sebab itu Deepak kelihatan bebas membuat dakwaan, tidak diusik oleh polis mahupun SPRM serta tidak takut bergerak ke mana-mana.

Jika orang lain yang membuat dakwaan begitu serius terhadap seorang Perdana Menteri, barangkali sudah lama serangan balas dilakukan oleh para pemimpin UMNO lainnya dan agensi yang berwajib juga biasanya pantas mengambil tindakan. Tetapi tidak dengan Deepak.

Jika benar memang Mahathir di belakang Deepak dan sengaja mahu menunjukkan kehadiran Deepak di majlis hari jadinya, apakah muslihat bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang masih menjadi broker kuasa dalam UMNO itu?

Sehingga ini Mahathir masih berdiam diri, tidak menafi mahu pun menjelaskan bagaimana Deepak yang sedang mahu menjatuhkan Najib boleh hadir dan bergembira di majlis hari jadinya. Jika Mahathr terus berdiam diri, tujuannya tidak lain ialah supaya orangramai terus bercakap mengenainya dan mempercayai perkara itu.

Ia sebahagian daripada permainan Mahathir untuk menekan Najib.

Kaitan Mahathir dengan Deepak dan permainannya sebagai broker kuasa dalam UMNO untuk menekan Najib dapat dilihat melalui tulisan terbarunya dalam blog Chedet yang meminta rakyat supaya tidak memilih Anwar menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang, walaupun hanya untuk tempoh lima tahun.

Sebelum ini Mahathir sudah beberapa kali bercakap tentang bahayanya jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Tulisannya yang terbaru ini adalah luahannya yang entah kali ke berapa untuk merayu kepada rakyat supaya mengenepikan Anwar.

Dengan berulang kali melahirkan kebimbangan itu, Mahathir sebenarnya sudah dapat merasakan UMNO dan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang, dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri juga akhirnya, sesuatu yang amat ditakutinya. Beban utama kekalahan UMNO dan BN tidak lain ialah Najib dan Rosmah.

Dengan munculnya Deepak melemahkan Najib, di samping tekanan sedia ada daripada pembangkang, harapan Mahathir ialah supaya Najib menyedari realiti yang ada dan sedia berundur serta memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, seterusnya mengemudi jentera menghadapi pilihanraya akan datang ini.

Selagi Najib tidak berundur, serangan Deepak dijangka akan berterusan. Melalui hubungannya yang rapat dan bebas keluar masuk kediaman Najib sebelum ini, Deepak diketahui mempunyai banyak rahsia mengenai Najib dan Rosmah. Pembelian barang kemas sebanyak RM13 juta dalam tenpoh tiga bulan untuk Rosmah sebagaimana yang didedahkan oleh Rafizi, mungkin hanya cebisan kecil daripada beberapa helaian pekung yang bakal didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menjadi percakapan di kalangan pemimpin UMNO juga bahawa Mahathir sebenarnya lebih meyakini Muhyiddin berbanding Najib. Najib dan Rosmah bagi Mahathir terlalu besar bebannya bagi UMNO dan BN, cuma Mahathir dikatakan tidak mahu terlalu mengkritik Najib kerana bimbang ianya lebih memberi manfaat kepada Anwar.

Harapan Mahathir untuk memberi nafas semula kepada UMNO dan BN hanyalah dengan Najib sedia berundur dan menyediakan laluan kepada Muhyiddin seberapa segera. Deepak adalah senjata ke arah mencapai tujuan itu.

Tetapi jika senjata Deepak ini tidak cukup berkesan dan Najib terus mahu kekal sehingga pilihanraya umum, Mahathir mungkin menjadi insan paling sedih selepas pilihanraya umum nanti kerana terpaksa berperdana-menterikan Anwar Ibrahim juga akhirnya. ( 04/01/2013)






7 comments:

  1. Tuan Shahbudin,

    Jika benarlah pandangan dan analisa yang tuan buat, dan jika betul lah Mahathir sebagai dalang dibelakang Deepak, maka cukup jelas bahawa segala sistem perundangan dan semua institusi penting di negara ini telah diperkudakan sesuka hati oleh Mahathir.

    Polis menjadi pekak, SPRM seperti lumpuh dan semua pimpinan pimpinan UMNO BN yang ada menjadi bisu tiba tiba dalam kes Deepak dan Najib ini. Soalnya adakah kita mahu Malaysia negara tercinta ini bergerak dalam suasana yang begini?.

    Samada Najib atau Mahyuddin yang memacu UMNO BN, negara tetap akan kekal rosak dan caca marba sebagaimana sekarang malah berkemungkinan akan binasa terus jika UMNO BN dikekalkan dan Mahathir terus dibiarkan bergerak bebas. Pada saya cukup jelas bekas PM berdarah Si Kitol ini adalah perosak utama negara Malaysia mahu pun bangsa Melayu selama ini.

    Gara gara si celaka jahanam keturunan Si Kitol inilah ramai pemimpin pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpotensi sebelum ini telah " dibunuh " karir dan karisma mereka. Apakah Melayu masih buta dan gelap mata untuk melihat kebenaran ini?.

    Ketakutan melampau Si Kitol ini terhadap Anwar Ibrahim ada sebab yang kuat. Orang yang bersalah pastinya mempunyai perasaan begitu. Rakyat Malaysia pasti tidak dapat lupa apa yang telah Si Kitol ini lakukan terhadap Anwar selama ini. Tapi itu cuma sebahagian dari apa yang lebih banyak lagi noda dan pekubg Si Kitol terhadap negara yang sehingga sekarang dia masih berusaha kuat untuk sembunyikan segalanya.

    Untuk itu sebagai warga negara yang bertanggung jawab serta sayang kepada tanahair tercinta ini, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membongkar segala kemungkaran yang dilakukan oleh parti UMNO BN selama lebih 50 tahun, yang telah gagal meletak kaum Melayu ditem[at sewajarnya. Dan kegagalan ini harus ada sebabnya sedangkan UMNO BN lah yang berkuasa selama ini.

    Jadi rasional apa Si Kitol mahu menyalahkan pihak lain khususnya Anwar Ibrahim. Ketakutan ketara Si Kitil bernama Mahathir ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kesalahan dan dosa dosanya yang tidak sedikit kepada rakyat Malaysia dan Anwar Ibrahim khususnya.

    Untuk itu marilah kita sama sama membuka ruang agar keadilan di Malaysia dapat ditegakkan dan pekng Si Kitol yang tersembunyi sekian lama dapat dibongkar secara total dan secterusnya hukum yang adil dapat ditegakkan. Dan ini hanya boleh direalisasikan dengan memastikan UMNO tumbang dalam GE 13 setidak tidaknya untuk satu penggal. Pembersihan secara menyeluruh dalam parti melayu tertua di Malaysia ini hanya akan berlaku jika parti ini direhatkan sementara dan pembedahan berskala besar segera dibenarkan.

    Untuk itu saya menyeru seluruh warga Malaysia bersedia untuk tumbangkan UMNO BN secepat cepatnya. Ini bukan soal Anwar atau Mahathir tapi ini soal keadilan dan masa depan negara tercinta kita. Kita tidak boleh mendakwa isteri pertama lebih baik dari isteri kedua kalau memang kita cuma mempunyai satu isteri. Dan sekarang kita harus ada alternatif kepada UMNO BN untuk membolehkan perbandingan dilakukan.

    Persetankan dengan dakwaan mengatakan UMNO BN lebih baik kalau alternatif kepada UMNO BN itu tidak pernah diberi peluang. Dan sekarang adalah masanya untuk kita lakukan perubahan dan lihat kebenarannya.

    ABU !

    ReplyDelete
  2. Percayalah, sesuatu jika ditakdirkan berlaku, ia tetap akan berlaku! Jangankan Mahathir, pemimpin-pemimpin yang lebih hebat dan berkuasa pun, tidak dapat menghalangnya. Cuma masa lambat atau awal saja!

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Syabas kerana menguatkan lagi sangkaan orang sebelum ini bahawa dalang dibelakang Deepak ialah Mahathir. Mereka yang lahir dizaman pemerintahan Mahathir tidak tahu bagaimana modus operandi Mahathir dalam setiap perkara. bagaimanalah intronya, bagaimana main playnya dan bagaimana endingnya.

    generasi kita memang sudah masak dengan perangai Mahathir. dari awal pendedahan Deepak, apabila semua pemimpin UMNO, Polis dan SPRM membisu, kita sudah nampak signature Mahathir dalam kes ini.

    Mahathir sendiri pun berdiam diri, sunyi sepi dalam isu ini, bukan stail dia untuk kunci mulut jika ada isu yang boleh memberi kesan buruk kepada diri dan keluarganya. Dalam isu ini, tindakan Deepak menyerang Najib, PM dan Presiden UMNO dengan begitu memalukan secara langsung akan memberi masaalah besar kepada peluang UMNO dalam PRU 13 ini- sekaligus boleh mengugatkan kedudukan beliau yang kita tahu mempunyai banyak isu besar yang berjaya disorok selama ini.

    yang menjadi tanda tanya ramai orang ialah mengapa mahathir bertindak mencantas Najib disaat-saat akhir PRU 13 akan diadakan? Ini adalah tindakan nekad yang berisiko tinggi. Apakah maklumat-maklumat yang Mahathir ada menunjukkan bahawa UMNO dibawah pimpinan Najib pasti tewas dalam PRU13, sehingga sesuatu drastik perlu diambil untuk menyelamatkan keadaan? Hati saya berat kepada sebab ini.

    saya akan cuba meneka gameplan mahathir selepas menurunkan Najib dari jawatan PM dan Presiden UMNO. Antara sekarang hingga Parlimen bubar secara otomatik, Mahathir mempunyai masa lebih kurang 3 bulan. Selepas parlimen terbubar secara otomatik, SPR mempunyai masa 6 bulan untuk mengadakan PRU 13. Keseluruhannya Mahathir mempunyai kira-kira 9 bulan untuk membuat percaturan baru bagi memenangi PRU 13.

    saya tidak menyebut Muhyidin dalam isu ini kerana Muhyiddin hanyalah sebagai boneka sahaja dan sudah pasti jika Muhyiddin menjadi PM dan Presiden UMNO, dia berhutang lebih daripada budi kepada Mahathir kerana memberi kedua-dua jawatan tersebut kepadanya.

    bat8

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,
    Mahathir hanya sayang dirinya sahaja. . itulah yang amat jelas dan itulah falsafahnya.Justeru itu Najib dan Rosmah mesti disingkirkan supaya legasi tersohornya seperti yang di laungkan oleh Majlis professor baru baru ini tidak di londehkan dan kebijaksanaan pemikirannya yang akan menjadi kajian oleh professor2 tersebut tidak dikotori dengan kebijaksanaan tipu helahnya..pemikiran apa yang begitu tersohor sekali sehinggakan perlu di buat kajian..kajian apa?

    Yang amat jelas ialah tipu helahnya yang amat licik.beliau mengajak kita membenci Yahudi dan Israel tetapi beliau masih bersahabat dan berurusniaga dengan mereka..dia ajak kita membenci Bush tapi dia sendiri bayar duit lobi untuk mengadap Bush..macam2 lagi yang mahathir telah berjaya memperdayakan oang melayu.

    Hari ini sekiranya benar dia di belakang konspirasi Deepak menyerang Najib dan besok lusa sekiranya umurnya masih panjang dan tidak nyanyuk dia akan menyusahkan muhyiddin pulak sekiranya kehendaknya untuk meletakkan mukhriz tidak kesampaian..perlu kita ingat khairy masih muda dan menyimpan dendam kesumat untuk melansaikan perjuangannya yang belum selesai untuk menamatkan riwayat mahathir..

    Seperti anwar..najib juga terperangkap dengan papan catur Mahathir..hanya paklah berani seketika tetapi tidak terdaya dengan perancangan licik mahathir..

    ReplyDelete
  5. salam
    Akhirnya peperangan ini adalah diantara Najib dan Mahathir..Najib di asak oleh Deepak dan Mahathir didedahkan oleh Wikipedia akan hartanya rm 44 billion ( sekiranya sahih )...siapa di belakang laporan wikipedia..sesiapa yang bencikan mahathir..mahathir ingin najib undur sebelum PRU13 dan Najib nak pastikan mahathir dan keluarganya akan di malukan..bagi anwar. .dia dah takda apa yang dimalukan atau diaibkan lagi..akhirnya kalau kita dah tahu porak peranda politik UMNO ini. .mengapa perlu kita pertahankan..atau barangkali kita ini satu angkatan krono-kroni kecil yang baru nak jadi senang dan kaya. maka hakikatnya sekiranya lapisan-lapisan kerak umno ini masih aktif memang sukar untuk menguburkan UMNO ini kerana UMNO bukan hanya sebagai Parti melayu tetapi telah menjadi satu syarikat BESAR yang mengabungkan syarikat2 BESAR dari MCA dan MIC..maka hakikatnya kita tunggu sahaja keoutusan PRU13..

    ReplyDelete
  6. Din, sejak bila mike berubah kem ni? Terkejut juga teman sbb aritu ada Arshad bayang2kan ttg mike yg dah tak di sebelah sana...

    ReplyDelete
  7. ada benar juga ulasan tuan.kepada PR,jangan terlalu gembira dgn perkembangan sekarang kerana ianya mungkin ada muslihat disebalik pendedahan deepak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...