Monday, 14 January 2013

BN Tumbang - Mahathir Lebih Takut Dari Najib


Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang berjaya menghimpukan ratusan ribu rakyat pelbagai kaum Sabtu lalu, pada mulanya hanya menyerlahkan rasa gundah-gulana para pemimpin UMNO terhadap masa parti itu sehingga mereka tidak habis-habis mencipta teori dan logik untuk menafikan perhimpunan itu sebenarnya memang mendapat sambutan yang jitu daripada rakyat.

Ada antara mereka yang tampil menafikan jumlah ratusan ribu yang hadir, ada yang mengatakan hanya Melayu dan Cina yang hadir manakala orang India tidak memberi sambutan, ada yang cuba mengorek kesalahan dengan mengaitkan kehadiran kanak-kanak, perhimpunan didakwa melanggar undang-undang kerana melebihi 30 ribu dan pelbagai rekayasa lagi dicipta untuk memujuk hati sendiri.

Dalam ada itu, ramai pula yang terdiam tidak mampu berkata apa-apa kerana mengakui kebangkitan yang ditunjukkan rakyat kali ini adalah sesuatu yang tidak mampu ditahan oleh sesiapa pun.

Najib Razak yang selalunya akan mengecam perhimpunan seperti itu, kali ini turut mengubah nada. Beliau cuba menumpang kredit dengan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mengendalikan perhimpunan itu dengan aman.

Sambil memuji tindakan profesional pihak berkuasa dalam menjalankan tugas, Najib berkata kesediaan Pakatan Rakyat menghormati semangat Akta Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi yang diusahakan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri lagi, walaupun tidak bersetuju dengan pembangkang tetapi tindakan mereka yang berjaya mengendalikan perhimpunan dengan aman wajar diberikan ucapan terima kasih.

Dalam hal ini, Najib nampaknya sedar dengan kemahuan rakyat. Hak berhimpun dan menyatakan pendirian adalah hak asasi manusia yang dibenarkan oleh undang-undang. Dunia juga mengiktiraf hak tersebut.

Najib cuba mengambil sikap yang lebih lunak dalam hal ini. Beliau tidak mahu berkeras lagi kerana lagi keras sikap yang ditunjukkannya, lagi keras penolakan rakyat. Beberapa sikap kerasnya sebelum ini membuktikan hakikat tersebut. Sebab itu, Najib menukar nada dengan cuba menumpang kredit di sebalik himpunan kebangkitan rakyat kali ini.

Dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, tidak lagi mengerah pihak polis bersikap keras sebagaimana Himpunan Bersih 2.0 dan 3.0 sebelum ini dan kemudian memberikan penghargaan kepada Pakatan Rakyat, Najib sebenarnya cuba menunjukkan beliau seorang pemimpin yang baik, sedia bertolak ansur dan "gentleman".

Walaupun beliau menyedari penyokong setia PAS, PKR dan DAP tidak mungkin menyokong dan memberi undi kepada BN, tetapi sasarannya ialah pengundi atas pagar. Beliau mahu pengundi atas pagar menilai kebaikannya dan melupakan kesilapannya selama ini.

Dengan tarikh pilihanraya kian hampir, Najib kini mahu dilihat sebagai seorang yang serba baru. Tidak saja menunjuk baik, budiman dan sedia bertolak ansur, Najib juga meminjam perkataan reformasi untuk menunjukkan sikapnya itu sedangkan perkataan yang selalu disebutnya ialah transformasi, bukannya reformasi. Reformasi adalah perkataan popular Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.

Walaupun ada yang berkata Najib seperti "buang tabiat" bila menyebut perkataan reformasi dan menyimpan perkaraan transformasi yang sering menjadi basahan mulutnya selama ini, hakikatnya Najib sedang cuba memenangi hati rakyat yang lebih memihak kepada pembangkang ketika ini.

Beliau sedang cuba melakukan "reverse psikologi" untuk mendapatkan undi. Ini merupakan usaha terbarunya untuk menghadapi PRU 13 setelah melakukan pelbagai cara seperti memujuk, merayu, menabur janji, memberi wang, memberi beras dan sebagainya.

Walaupun Najib mungkin turut takut, bimbang dangundah-gulana akan kehilangan kuasa, tetapi beliau cuba menyembunyikan perasaan itu.

Sikap itu berbeza dengan Mahathir yang nampaknya tidak mampu menyembunyikan lagi perasaan dalam hatinya. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu secara terang-terangan menyifatkan #HKR112 adalah bertujuan menggulingkan kerajaan.

Menurut Mahathir, PAS,PKR dan DAP merancangkan himpunan tersebut adalah bertujuan mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan berharap kerajaan dapat digulingkan dengannya sebagaimana yang berlaku di beberapa negara Arab sebelum ini.

Selain berterus-terang dan gagal menyembunyikan resah dijiwa, Mahathir juga menunjukkan beliau lebih takut daripada Najib jika UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya tidak lagi menjadi kerajaan.

Walaupun Najib dan semua pemimpin UMNO turut bimbang akan kehilangan kuasa, tetapi nampaknya ketakutan Mahathir amat besar. Apakah yang paling ditakutinya dan apakah kepentingannya yang bakal hilang jika UMNO tumbang? Apakah Mahathir takut Anwar berdendam terhadapnya?

Diakui jika BN kalah, Najiblah yang mengalami kehilangan paling besar iaitu jawatan Perdana Menteri yang disandangnya serta pelbagai nikmat yang melimpah ruah untuknya sekeluarga tetapi dalam hal ini Mahathir kelihatan lebih takut daripada Najib. Najib masih boleh menyembunyikan kerisauan dan gundah-gulananya tetapi Mahathir seperti tidak tertahan kebimbangannya dan seolah-olah mahukan semua jentera BN segera bangun dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

Semua orang mungkin boleh menelah apakah kebimbangan Mahathir jika BN tumbang dalam pilihanraya nanti. Mungkin legasi selama 22 tahun yang dibimbanginya, mungkin masa depan anaknya dalam politik yang difikirkannya, mungkin kontrak berbillion ringgit yang melibatkan anak-anaknya bakal berakhir yang merisaukannya, mungkin kecurangannya selama berkuasa bakal terbongkar yang menghantuinya dan pelbagai kemungkinan lain lagi yang menghimpit jiwa raganya.

Wikipedia sebelum ini menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak dengan kekayaan dianggarkan berjumlah US$44 billion (senarai itu kemudian dipadamkan. Apakah Mahathir juga bimbang kekayaannya dibongkar dan diketahui umum sebagaimana bekas-bekas pemimpin sebelum ini?

Namun oleh kerana Mahathir secara terbuka menunjukkan beliau lebih risau, takut dan gundah-gulana akan kemungkinan tumbangnya UMNO dan hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib, sudah tentunya kepentingan yang mahu dilindunginya juga amat besar, tentunya lebih besar daripada semua kepentingan Najib sekeluarga.

Hanya dengan tumbangnya BN, semua itu bakal terungkai nanti.(SH 14/01/2013)





7 comments:

  1. bukan ke list tu dah diupdate balik dgn kedudukan Mahathir jadi No 1?

    ReplyDelete
  2. Sdr Shahbudin,

    Saya setuju dengan pendapat saudara. Tidak dinafikan Najib dan Mahathir adalah antara pemimpin UMNO BN yang paling resah gundah melihat perkembangan PR ketika ini. Mahathir mungkin merupakan manusia paling "tension" di Malaysia ketika ini lebih lebih lagi dia sedang melihat kebangkitan Anwar Ibrahim yang telah dianiayai dan dizalimi oleh beliau sehingga membawa Anwar ke penjara bertahun tahun, kes lebam mata mahu pun penghinaan maruah yang tidak sedikit.

    Warga Malaysia pasti tidak mungkin dapat padam mengenai tuduhan liwat I Anwar Ibrahim yang didalangi Mahathir dan diikuti liwat II yang dipercayai arahan Najib. Ada persamaan antara dua tokoh PM dan bekas PM ini iaitu melakukan fitnah liwat untuk membunuh karektor Anwar Ibrahim yang dikenali ramai sebagai seorang yang pemimpin berwatakan Islamik. Dan satu persamaan yang ketara antara manusia bernama Najib dan Mahathir ini ialah sifat " dayus " dan " bacul " mereka untuk bersemuka dengan Anwar Ibrahim di mahkamah ( walau pun kekuasaan ditangan mereka ). Manusia manusia " dayus " dan " bacul " ini sama sekali tidak layak untuk diberi ruang memimpin lagi.

    Anwar Ibrahim diketahui telah berulang kali menyatakan beliau telah lama memaafkan Mahathir. Tetapi ketakutan tetap hadir dalam hidup Mahathir mahu pun Najib kerana kedua dua PM dan bekas PM ini tahu dan lebih arif tentang dosa, penyelewengan , rasuah, salah guna kuasa dan segala bermacam lagi yang pernah mereka lakukan sepanjang berada dipuncak kuasa. Bukankah berani kerana benar , takut kerana salah. Walau pun secara peribadi Anwar boleh memaafkan Mahathir, tetapi hukum dan undang undang perlu ditegakkan. Sebagai seorang PM Malaysia pertama yang bertanggungjawab memulakan pemerkosaan keatas sistem kehakiman dan undang undang di Malaysia untuk kepentingan peribadi, tentulah semua ini sangat menghantui situa Mahathir jika PR berkuasa merampas Putrajaya pada GE 13 akan datang.

    Terus terang saya teringin melihat perbicaraan kes Liwat 1 dan II diulang bicara semula ( kalau pun tidak dapat melihat Mahathir menumbuk lebam matanya sendiri ) Rakyat tentu teringin melihat Mahathir mahu pun Najib menjawab banyak persoalan di kandang mahkamah. Malah majoriti rakyat tentu mahu semua kes kes " under carpet " era kekuasaan UMNO dibongkarkan dan dibawa ke mahkamah termasulah kes pembunuhan beberapa individu & selebriti yang senyap begitu saja.

    Goloang penacai UMNO yang selama ini bersekongkol dan menjadi barua Mahathir dan Najib pasti juga tidur mereka turut diulit mimpi ngeri. Semuga hayat Najib dan Mahathir diperpanjangkan ( sebagaimana doa almarhum alfadhil Ustaz Fadhil Noor ) supaya manusia manusia ini dapat melihat dan merasai sendiri segala kerosakan yang telah mereka lakukan selama ini.

    Sebagai rakyat Malaysia yang mahu keadilan secara total dapat ditegakkan dinegara ini..sama samalah kita rehatkan UMNO BN setidaknya untuk sepenggal. Persetankan dengan ugutan konon negara akan musnah jika UMNO BN tumbang sedangkan realitinya..negara semakin rosak dan hancur selama lebih 50 tahun UMNO BBN berkuasa. Hayat politik Mahathir, Najib atau Hisyamuddin serta keturunan mereka harus ditamatkan seberapa segera kerana jelas kelihatan jawatan PM ini umpama " baton " untuk digilirkan dikalangan keturunan mereka sahaja.

    Gunakan kuasa undi kita sebaik baiknya. Lebih 50 tahun UMNO BN telah diberi mandat tapi terbukti mereka gagal membangunkan kaum Melayu. Kalau lebih 50 tahun tempoh waktu begitu lama, UMNO BN tidak mampu membela Melayu...logik apakah mereka mengemis mandat 5 tahun lagi?. WAJIB UMNO ditumbangkan secepat cepatnya! Jiran terdekat kita Indonesia...sejak regim Suharto ditumbangkan, pembangunan ekonomi mahu pun tahap amalan demokrasi mereka jauh lebih baik dari apa yang mampu Malaysia lakukan.

    Selama mana anda mahu berseluar dalam jenama " UMNO " yang dah koyak rabak, lusuh malah berbau hancing itu ?

    ReplyDelete
  3. Benar bro....tapi Najib pun lagi takut, sebab jika benar apa yang di katakan Deepak maka kesannya lebih besar bagi Najib dan Rosmah...Ini kes bunuh manusia, walaupun orang Mongolia, tapi tetap manusia....Beginilah kisah orang kalau GILA KUASA.Bangkai telah ketemu bila terdapat baunya..HANYA RAKYAT YANG BODOH SAJA AKAN MEMILIH NAJIB DAN RAKAN RAKANNYA DALAM UMNO.

    ReplyDelete
  4. HEHE .... NAPE TAK CITER BILA NUAR BRAHEEM BERUCAP RAMAI YANG KELUAR STADIUM ?? INI MENUNJUKKAN RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN PEMBANGKANG, BEGITU JUGA ORANG SUDAH BOSAN DENGAN TULISAN ANDA !! HEHEHE ....

    ReplyDelete
  5. Ya Anonymous 15:15,

    Rakyat bosan dengan PR dan pembangkang..sebab tu ramai yang datang Stadium Merdeka untuk memprotes Anwar dan PR. Semua datang untuk menghumban Anwar dan PR dalam GE 13.

    Cuma segelintir saja yang berebut beras dan tepung kat Semenyih tu yang menyokong Anwar sebab Anwar memang jenis manusia perasuah..sampaikan undi rakyat pun nak dirasuahkan dengan nilai sekampit beras dan tepung.

    Awak memang bijak menilai wahai Anonymous 15:15 ! Memang bergeliga sangat kepala lutut awak tu. Patutla awak berfikir macam ni sebab awak ni jenis spirit " tepung dan beras sekampit ".

    ReplyDelete
  6. Najib berasa lega sekejap selepas HKR ..kerana HKR berjaya meredakan api yang sedang marak membakar najib dan kak ros kerana isu depak..
    kini giliran najib dan barisan pendakwa AG untuk main peranan mencari salah silap HKR..dan HKR juga akan di kotor kan dgn isu lebih 30k ,bawa kanak2 dan plakat..
    kita kena berhati hati ..AG adalah penyelamat najib dan rosmah..

    ReplyDelete
  7. Anonymous 16 Jan 02:02,

    Setuju sangat. Dan perkara pertama yang harus dibuat sebaik PR menang GE 13, AG sekarang harus segera diganti calon yang lebih layak dan berintegriti. Malah AG sekarang ini juga harus lalui proses siasatan sebagaimana pimpinan pimpinan korup UMNO BN yang lain.

    Peranan AG sekarang ini adalah amat besar dalam menajamkan " kuku besi " Mahathir malah UMNO BN umumnya untuk kekal berkuasa. Jangan lupa...selain Mahathir dan Najib...AG adalah antara parasit besar negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...