Tuesday, 2 October 2018

JOM RAMAI2 KITA SAMBUT KEPULANGAN WIRA NEGARA



SAMBUTAN KEPULANGAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

PERDANA MENTERI MALAYSIA DARIPADA PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

 

Sempena kepulangan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, daripada menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan sukacitanya menjemput rakyat Malaysia untuk menyambut ketibaan YAB Tun di Lapangan Terbang TUDM Subang pada 2 Oktober 2018 (Selasa) jam 5.00 petang.

 

Acara sambutan ini diadakan untuk menzahirkan kebanggaan rakyat Malaysia di atas ketegasan dan keberanian YAB Tun menyampaikan pendirian negara kita mengenai isu-isu ekonomi, politik dan kemanusiaan sejagat serta mengharumkan semula nama Malaysia di persada dunia. Ucapan YAB Tun telah disambut baik oleh masyarakat antarabangsa dan sewajarnya diberikan penghormatan.

 

Saya mewakili seluruh kepimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu Malaysia amat berbesar hati menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut kepulangan YAB Tun sebagai wira negara.

 

DATO’ HJ MARZUKI BIN YAHYA

Setiausaha Agung

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Monday, 1 October 2018

AHLI MPT BERSATU MAHU TUN M KAJI SEMULA DASAR PERLANTIKAN PENGERUSI2 AGENSI KERAJAAN


Berikutan beberapa tulisan di blog ini yang meluahkan coretan rasa tidak setuju dengan sekian banyak perlantikan golongan profesional menerajui agensi-agensi kerajaan, ia kini turut menarik perhatian seorang pemimpin parti Bersatu sendiri.


Pengerusi Biro Ekonomi Bersatu, Aziz Yassin berpendapat kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir Mohamad perlu menyeimbangkan antara golongan profesional dan orang politik untuk menerajui agensi-agensi kerajaan.


Katanya, dasar yang hanya melantik orang profesional untuk menjadi pengerusi agensi kerajaan bukan saja tidak adil kepada parti dan pejuang-pejuang politik dalam sama-sama menyumbang untuk negara, malah mungkin menyebabkan agensi berkenaan menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.


Selebihnya, kata Aziz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, keputusan mengenepikan orang-orang politik juga akan menyebabkan Bersatu dan lain-lain parti dalam PH menjadi lemah dan kehilangan upaya untuk terus berjuang mengekalkan kuasa dalam pilihanraya yang seterusnya.

Untuk memberi kebaikan kepada parti-parti dalam PH dan menjamin dasar parti yang menjaga kepentingan rakyat dapat dilaksanakan oleh kerajaan, tegas Aziz lagi, adalah lebih berkesan kiranya agensi-agensi kerajaan dipengerusikan oleh pemimpin politik.


" Hanya pemimpin politik yang faham tentang perjuangan untuk membela rakyat dan melaksanakan dasar-dasar untuk orang Melayu misalnya, manakala golongan profesional atau mereka yang berlatarbelakangkan keuntungan hanya mementingkan keuntungan semata-mata," tegas beliau.


Contohnya seperti MARA, menurut Aziz, mereka yang berlatarbelakangkan politik mesti diberi kedudukan dalam agensi itu kerana ia sebuah badan untuk menjaga kepentingan orang Melayu serta Bumiputera dan bukan berasaskan keuntungan.


"Dalam hal ini saya ragu-ragu sama ada Pengerusi dan enam Ahli Majlis MARA yang semuanya profesional dan berlatarbelakangkan korporat, perbankan serta insuran benar-benar dapat melaksanakan agenda membantu kaum Bumiputera dengan lebih baik berbanding orang politik," tambah Aziz lagi.


Selain itu, Aziz juga tidak setuju dengan tanggapan bahawa perlantikan orang politik mengetuai agensi kerajaan akan mendedahkan mereka kepada perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan mengambil kesempatan berbanding golongan profesional.


Kata beliau, golongan profesional juga terdedah, malah banyak terlibat dengan rasuah serta salah guna kuasa, cuma pengawasan masyarakat secara secara umumnya lebih memberi tumpuan kepada kumpulan orang-orang politik berbanding kalangan profesional.


Sehubungan dengan kemelut yang semakin menimbulkan keresahan banyak pihak sekarang ini, Aziz mahu Tun Mahathir dan kerajaan PH menyemak kembali dasar tidak melantik pemimpin-pemimpin politik untuk menerajui agensi kerajaan.


Kata beliau, dalam semua agensi kerajaan, malah GLC, tempat orang profesional sudah pun tersedia sebagai anggota pengurusan kanan dengan jawatan tertinggi sebagai Ketua Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif.


Maka itu, tegasnya, untuk memberi keseimbangan agar matlamat parti memperjuangkan nasib rakyat selari dengan halu tuju kerajaan, pemimpin politik wajar diletakkan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dengan melantik daripada kalangan mereka yang berkelayakan, berkelulusan serta ada kewibawaan dalam agensi-agensi kerajaan.


"Saya berharap Tun Mahathir dapat meneliti semula perkara ini demi kepentingan dan kebaikan yang lebih menyeluruh untuk agama, bangsa dan negara,"  jelas Aziz yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Johor. (ShahbudinHusin 01/10/2018)

DIA CADANG, DIA TUTUP


Siapakah yang teringin serta terghairah untuk menjadi kerajaan dan seperti tidak sanggup lagi jadi pembangkang, lalu menawarkan diri untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan?


Siapakah pula yang tiba-tiba mengatakan cadangan kerajaan perpaduan itu sudah ditutup?


Lawak dol...27 September cadang, 30 September cadangan ditutup.


Dia yang cadang, kemudian dia juga yang tutup!! (ShahbudinHusin 01/10/2018)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...