Friday 3 March 2017

KENAPA TAKUT BERDEBAT?


Apabila Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ingin berdebat dengan Hadi Awang berhubung Akta 355, ia sebenarnya adalah penghormatan buat Presiden Pas.

Ia adalah ruang yang sangat baik untuk Hadi memperjelas dan menghuraikan sendiri segala kekeliruan, salah faham atau kekaburan mengenai Akta 355 yang diusulkannya di Parlimen.
Seluruh pimpinan Pas, baik di peringpat pusat, negeri dan kawasan di seluruh negara, seharusnya memberi galakan dan rangsangan kepada Hadi agar menerima pelawaan Dr Asri itu.

Lagi pun, jika sudah mengadakan perhimpunan di Padang Merbok dan ada pemimpin Pas pula sampai "berteh tarik" ke London untuk mendendangkan Akta 355, apa perlu ditakuti lagi dengan berdebat?

Bukankah Akta 355 seperti maruah Pas sekarang ini, selepas tidak banyak lagi bercakap mengenai hudud?

Maka, di pentas mana pun, Pas seharusnya tidak gentar untuk berhujah dan mempertahankan apa yang mereka sedang perjuangkan.

Jadi, di mana wajarnya meminta Hadi agar jangan menyahur cabaran Dr. Asri itu? (Shahbudin 03/03/2017).

106 comments:

  1. Simple....PAS scared to death. Hadi is no match for MAZA

    Dr Khairuddin of PAS had called for a debate and Dr Ruzaimi has responded. Let the show begins. Jangan chicken out last minute, PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang suka one way conversation ke, sbb hujah mcm peluru kapur...

      Ak yg elok2 sokong.. jd naik menyampah pun ade.. sembang aje la.. nak takut mende, takyah debate.. tulis pun boleh..bukanny baik pun debat2 nie..

      Maza tu pun bukan betul sngat pun kepale otak dia, yg ko nak tepis2 buat pe..

      Delete
    2. 1234...apa salahnya debat? Hadi tu ahli parlimen....di sana mereka debat jugak. So, what's d problem?

      Delete
    3. Setuju. Kalau saya lah Pres PAS, ini peluang baik untuk saya jelaskan isu ni.

      Delete
    4. Tak guna layan

      Party ajaran sesat
      Party amalan setan
      Party all shit

      Isu isu debat nanti kluar semua ayat ayat palsu ciptaan atakiri atakanan... Konfius deme

      Ayat ciptaan atakanan boleh bind satu alkoran baru abad 22 versi pas abuya almahdi alarqam

      Pas sepatutnya dah deregistered macam AlArqam

      Delete
    5. Ada kala menjadi murid, ada kala menjadi guru. Tapi paling hebat bila mencabar guru berdebat.

      Ada cerdik pandai hebat membahaskan tentang hadis nabi, itu dan ini tak betul tak ikut sunnah tetapi dia sendiri mencabar orang lain dengan tidak mengikut adab. Ilmu sekarang ni bukan untuk di pratik tetapi untuk ditunjukkan siapa paling hebat.

      Delete
    6. Datuk DR Mohd Asri Zainal Abidin, mufti Perlis sudah memberi jawapan setuju berdialog, bukan dengan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Dr Khairuddin Aman Razal, akan tetapi dengan Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
      Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,memang power yang tinggi berbanding dengan Dr Khairuddin Aman Razal miskipun memiliki PHD.



      Atas sebab itulah Dr Mohd Asri berkata beliau hanya akan berdialong bukan dengan Ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.tetapi dengan presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
      Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang layak lawan dengan Dr Asri Zainal Abidin. Barulah padan dengan power ilmu yang dimilikinya
      Sehubungan dengan itu, Dr Mazlee Malik pernah menyatakan bahawa Dr Khairuddin Aman Razali hanya juara kampungan. Tidak lebih dari itu.maka dia (Dr. khairuddin) tidak layak lawan Dr Mohd Asri juara bandaran konon.

      Kalau Dr Khairuddin Aman Razali seorang juara kampungan, apa tak lagi dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang hanya memiliki ijazah MA sahaja berbanding dengan Dr Asri mufti yang power ilmu agamanya lebih tinggi berbanding Haji Abdul Hadi Awang.

      Jika Dr Khairuddin Aman Razali tidak setaraf ilmu agama dengan Dr Asri, Datuk Seri Haji Hadi Awang lagilah tidak setaraf,kerana tidak ada PHD. maklumlah presiden sebuah parti bertaraf kampungan yang power ilmu agamanya terlalu rendah berbanding mufti Perlis yang ada PHD itu.

      Oleh itu, adalah amat wajar Dr Asri menolak pelawaan Dr Kamarul Zaman Yusoff Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),Universiti Utara Malaysia (UUM) tempoh hari dan menyatakan kesanggupannya untuk lawan presiden Pas bukan dengan ketua penerangan dewan ulamak pas pusat.

      Delete
    7. TERIMA kasih kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana mengulas kenyataan saya sehubungan dengan cadangan untuk menganjurkan dialog mengenai cadangan pindaan Akta 355 di antara beliau dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.


      Kata Mohd Asri, beliau hanya akan berdialog mengenai isu ini dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sahaja di atas alasan bahawa Khairuddin yang mencabar sesiapa sahaja berdebat dan disebabkan cabaran itu telah disambut oleh Dr Rozaimi Ramle maka Khairuddin kena setuju.

      Bagi saya, jawapan ini tidak menggambarkan akhlak seorang Islam, apa lagi akhlak seorang yang bertaraf mufti. Ia dipenuhi oleh nada kesombongan, keangkuhan dan kemegahan dengan ilmu dimiliki. Tidak hairanlah mengapa undangan saya kepada beliau sejak 15 Februari lalu tidak terjawab.

      Untuk pengetahuan Mohd Asri, saya hanyalah sekadar pensyarah universiti sahaja dan jemputan saya kepada beliau dan Khairuddin hanyalah jemputan biasa Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), UUM, kepada tokoh-tokoh negara untuk membicarakan topik yang menjadi isu semasa negara sahaja.

      Sejak menjadi Pengarah MAPAN, belum ada lagi tokoh yang langsung tidak menjawab undangan kepada mereka melainkan tokoh yang bergelar Mufti Perlis ini. Paling tidak, mereka masih ada budi bahasa, walaupun tidak kenal secara peribadi, untuk memaklumkan tidak dapat memenuhi undangan.

      Tindak-tanduk Mohd Asri di dalam isu ini mengingatkan saya kepada kenyataan pendakwah bebas, Azhar Idrus, di Himpunan RUU 355 di Padang Merbok 18 Februari lalu bahawa sebab pindaan ini ditolak oleh agamawan tertentu adalah kerana beranggapan mereka lebih hebat berbanding orang lain.

      Kata Azhar, kerana sombong dan angkuh, mereka sanggup menolak kebenaran semata-mata mahu mendapat kemenangan pada mata orang lain sedangkan Nabi bersabda, orang begini tidak akan masuk syurga. Tambah beliau, mufti sekalipun, jika membangkang benda baik, adalah tidak bijak.

      Saya tertanya-tanya, di manakah hebatnya Mohd Asri sehingga beliau boleh berbeza pandangan dengan Mufti-Mufti lain di dalam isu ini? Tatkala Mufti-Mufti lain mempunyai pandangan selari dengan Khairuddin bahawa pindaan Akta 355 ini wajib disokong, beliau seorang mempersoalkannya.

      Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri, mula-mula menyebut ia wajib disokong pada 2 September 2016 diikuti Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pada 26 September 2016, di samping Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, pada 13 Oktober 2016.

      Selepas Himpunan RUU 355 berlangsung, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, juga direkod menyebut pada 19 Februari sesiapa yang menentangnya adalah berdosa dan tiada sebab untuk orang Islam tidak menyokongnya.

      Jika benar Mohd Asri ikhlas dan bukan sekadar mahu mencari populariti melalui isu ini, beliau sepatutnya berjumpa secara senyap-senyap dengan kesemua Mufti yang jauh lebih senior berbanding dengan beliau untuk bertanya mengapa mereka berpandangan tidak sama dengan beliau dalam isu ini.

      Jika benar Mohd Asri ikhlas dan bukan sekadar mahu mencari populariti melalui isu ini, beliau juga sepatutnya menyambut pelawaan berdialog dengan sesiapa sahaja, termasuk dengan Khairuddin, dan bukannya memilih tokoh lebih besar yang lebih berpotensi untuk melonjakkan popularitinya.

      Bukan setakat dengan PAS, tetapi dengan UMNO juga tokoh ini menghadapi masalah. Beliau malah pernah dicabar supaya meletakkan jawatan sebagai Mufti dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 oleh Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob, pada 28 Ogos 2016.

      Tidak perlulah PAS melayan lagi tokoh yang diibaratkan sebagai mamak penjual rempah oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 9 Mei 2014 ini. Susah jadinya bila ada yang merasakan diri mereka terlalu besar walhal negeri mereka adalah negeri terkecil sahaja.
      Dr Kamarul Zaman Yusoff
      Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN)
      Universiti Utara Malaysia (UUM)


      Delete
    8. Bayangkan politik Malaysia tidak lagi dikuasai oleh pemimpin Umno, yang sarat dengan rekod rasuah dan pecah amanah.

      Bayangkan pula rakyat Malaysia tidak lagi dibayangi prejudis pemimpin DAP, yang sarat dengan agenda sekuralisma dan liberalisma.

      Inilah yang digambarkan oleh YB Ustaz Nik Abduh di dalam penulisannya yang panjang lebar tentang ‘bahaya Umno yang dirasai’ dan ‘bahaya DAP yang dinanti’.

      Persaingan Di Garis Tengah

      Terdahulu, penulis pernah mengenengahkan sebuah teori di dalam bidang ekonomi dan strategi pemasaran, yang dikenali sebagai The Hotelling’s Law.

      Teori ini dinisbahkan kepada seorang ahli ekonomi Amerika yang bernama Harold Hotelling (1895 – 1973), terkenal dengan pemerhatian beliau terhadap persaingan dua pihak yang bagi meluaskan pasaran masing-masing. Teori tersebut menyatakan, pesaing-pesaing akan memaksimakan saiz pasaran (market share) dengan meminimakan perbezaan dan merapatkan diri ke titik tengah pasaran (middle ground).

      Teori ini juga terpakai dalam politik, kerana ahli politik adalah seperti peniaga, bersaing untuk memaksimakan pasaran (pengundi), di mana majoriti pengundi berada di titik tengah populasi yang biasanya terbahagi mengikut taburan berbentuk loceng (bell-shaped population).

      Dalam konteks politik Malaysia, PAS perlu kekal sebagai watak pengimbang di antara persaingan u***** kanan dan kiri politik tanahair (asobiyyah Umno vs liberalisma DAP). Manakala dalam konteks pemikiran Islam, PAS perlu kekal sebagai sebagai watak penghubung di antara pertembungan u***** kanan dan kiri pemahaman Islam (tradisionalis vs modernis).

      PAS Sentiasa Disenangi dan Disaingi

      Delete
    9. Asas pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta blok politik Gagasan Sejahtera yang diterokai oleh PAS, adalah langkah mengekalkan konsistensi PAS berada di garis tengah.

      Dalam aspek politik, rakyat dan anak muda dilihat semakin menjauhkan diri daripada retorik perjuangan Melayu asobiyyah oleh Umno.

      Manakala rekod skandal rasuah dan pecah amanah dalam isu 1MDB, Felda, dan NFC menambahkan lagi gelombang penolakan rakyat terhadap Umno, sehingga timbul desakan untuk Najib berundur sebelum PRU14 bagi memulihkan imej Umno yang sangat buruk di mata rakyat dan anak muda sekarang.

      Pada masa yang sama, rakyat dan anak muda semakin menjauhkan diri daripada sebarang unsur pluralisma dan liberalisma oleh DAP dan sekutunya.

      Manakala rekod kelantangan DAP mempersoalkan kesucian agama Islam, konsisten menghalang dan mengelirukan rakyat terhadap pindaan Akta 355, dan yang terbaru pendedahan Pemuda PAS Pulau Pinang dalam kes campurtangan pengurusan fatwa di Pulau Pinang, menambahkan lagi penolakan orang Melayu dan anak muda terhadap DAP dan sekutunya.

      Menariknya di sebalik kecelaruan ini, rekod membuktikan bahawa PAS konsisten menentang rasuah, tidak pernah menghina kesucian Islam, dan tidak pernah menganggu kehidupan bukan Islam.

      Justeru, keberadaan PAS di garis tengah pastinya memberi kelebihan untuk menguasai pasaran politik dan dakwah yang lebih besar, kerana majoriti rakyat dan anak muda lebih selesa mengambil jalan tengah.

      Malah, sirah telah membuktikan bagaimana dakwah Islam yang bermula di Makkah berada di titik tengah pertembungan tamadun Rom dan Parsi, dan natijahnya pendekatan dakwah Islam yang penuh hikmah ini berjaya membina tamadun yang berkembang ke segenap pelusuk dunia.

      Inilah yang menyebabkan PAS semakin disenangi, dan akan terus disaingi.

      Delete
    10. Sape????? Datuk Mustapha Yaakob????? Yang terlibat dengan syarikat Korea Utara tu ke?????

      Delete
    11. Mamat 16;37 dan Mat 16:41,,
      Barangkali kamu org yg sama. Kamu hanya penyoking tegar pas tapi bukan dari ustaz. Tak payah buat keluar teori ekonomi, disini tak ramai sek tinggi.
      Bila pas guna jalan tengah? Mana jalan asal perjuangan pas? Salepas dapat derma 90sen dari tok arab pas sudah berubah nada?
      Kamu takda beza dgn ustaz yg mencari sepotong ayat dan hadis sebagai penghalal cara.
      Pakar pakar lama semua dah lari dari pas, skrg kamu pula mengampu nik abduh memperkenal tiori ekonomi.
      Tak dapat kawasan balak kah?

      Delete
    12. Najib kata
      ' apesal Saudi dtg Malaysia kalau Malaysia negara gagal'

      Ya betul negara gagal sebab itu Saudi nak bagi duit kpd petronas dan juga kerana anggota kita di padang pasir ditakuti mati katak setelah bantu pengeboman di yemen

      Sebab kita dah gagal maka Saudi terpaksa bagi 7b u.s walau Saudi sendiri deficit 330% pada 2017. Gaji menteri dan gabenor Saudi di potong dan hasil Saudi jatuh teruk.

      Tapi mati katak punya pasal perang punya pasal kena bayar beb.. Kepada anggota kita yg mati di Saudi lubnan dan yemen. Tolong claim dgn petronas !!!

      Ya Najib Malaysia gagal perlu jual manusia sbg gurkha utk billion Arab!

      Delete
    13. Kalau nak berdialog, mesti dengan Tuan Presideng,

      Kalau dengan yang lain, buang masa saja sepertimana yang terjadi dengan perbincangan antara PPBM dan PAS.

      Tak ada faedah.

      Nanti lain pula orang bawah cakap, lain pula Tuan Presideng cakap..

      Kalau Tuan Presideng tak mahu berdebat, tak payahlah nak jadi Tuan Presideng.

      Delete
    14. Habis tu, di Malaysia ni, hanya Haji Hadi sorang ke yg layak cakap pasal Islam? Siapa lagi yg layak berdebat dgn Haji Hadi? Takkan la nak debat dgn makcik Felda pulak. Kurang2 dgn kepakaran Haji Hadi, boleh mententeramkan golongan Wahabi dan lain2.

      Inilah peluang nak tonjolkan RUU dan lenyapkan label wahabi kpd ilmuwan2 di Perlis yg dikatakan kurang beradab dgn ulamak.

      Malu la tolak berdebat. Bukannya nak berkelahi pun. Sembang power mcm nak berperang di jalan Allah. Tapi belum berdebat dan bertukar pandangan pun, dah terbirit2.

      Delete
    15. Sape tu kamarul zaman? Pencacai jibbon je

      Delete
    16. Kalu x silap si khairuddin nilah en somi audi tu kan? Ckp pun da senada dgn umno..gabung je la pas n umno..jadi pasumno

      Delete
    17. Itulah professor kangkung

      Delete
  2. Wahai pas...dulu dah banjir besar tp masih tak sedar diri lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena dengan banjir....kalau begitu kat arab saudi yang negara islam...kren tumbang adakah bala Allah jugakah....stupid komen

      Delete
    2. anon 1746.. kat arab saudi bala ribut pasir ..kat kelantan balak punya bala.. keduanya dengan kehendak Allah

      Delete
    3. Org PAS ni, mengkala musibah terkena kat org lain, cepat2 je kenen bala dan balasan Allah.

      Mengkala kene atas batang hidung sendiri, mulalah kona sana sini. Ujian la.. sumer bahasa2 lunak utk kesilapan sendiri.

      Apa salahnya mengaku saja bala dari Allah juga. Akui sendiri pun mcm cilaka. Ini tidak, asalkan ustat baca hadis kerap sikik drpd org biasa, trus dpt label ulamak dah. Terus boleh monopoli hal2 agama.

      Delete
  3. Buat secara live diskusi/dialog/debat antara dr maza dan TGH Hadi. Biar seluruh rakyat malaysia dapat dengar penjelasan tentang ruu355 tu!!

    Inilah peluang untuk memberi penerangan kepada rakyat, baik yang islam atau bukan Islam. Kenapa mesti menyorok macam tikus mondok masuk lubang ni!!

    ReplyDelete
  4. Mana boleh debat, ianya bukan cara pak arab. Tak boleh, tak boleh. Ceramah boleh...demo padang merbok boleh, at least dapat cuti 1 hari free....betul tak Sahabat unknown?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...betul sangat tu tuan haji anon 11:50. Debat bukan budaya pas/umno. Budaya pas/umno ialah dedak..haha

      Delete
  5. A,kum. Ala debat je pun. Bukanya nak kena Hudud. Tak jejas pun. Paling teruk pun akan kesipuan atau paling teruk maruah jatuh masuk longkang.

    ReplyDelete
  6. telo sudah masuk dalam la budin

    kahkahkah

    ReplyDelete

  7. Org yg bijak berdebat tidak bermakna org berfikiran jauh kehadapan...
    Hitler memang bijak berdebat lihat apa yg terjadi
    Sukarno pun bijak berdebat lihat APA dah Jadi dg Indonesia
    ... Dulu (1950han) Indonesia jauh lebih maju dp Malaysia...

    Org yg bijak berdebat seperti prg jual minyak angin....pandai bercakap Dan bijak memperdayakan mangsa yg bahlul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Anda tidak boleh membezakan politikus dengan agamawan.

      Politikus memang macam orang jual minyak cap unta tapi agamawan berhujah atas ilmu, dalil dan hukum.

      Sorry hujah anda di tolak !

      Delete
    2. Betul gak le,kalo nak dikutkan najib pun pandai berdebat...sebab tu bila dia jual sesuatu, dia kata labur...hebat2..sebijik mcm kata 12:14
      Org yg bijak berdebat tidak bermakna org berfikiran jauh kehadapan...

      Delete
    3. Anon 12:27

      Bila masanya najib berdebat?? Kalau bercakap sorang2 langit pun boleh runtuh dikerjakan najib...haha

      Delete
    4. Ye ke najib tak pandai debat..sori silap..bukan debat tapi serbat..
      Maaf pada kesilapan typo...kihkihkih

      Delete
    5. Mcm POMEN gak. Buat2, tak jugak jadi, kena la ayat owner minta kate ke lori parking lama sikit. Tak semestinya POMEN tu tak boleh kerja.

      Delete
    6. Hadi takut kena makan taik dia sendiri

      Delete
  8. Apa dah jadi dengan somi Q7 setalah cabarannya bersahut. Dok menikus dimana. Semasa ceramah bukan main lagi berlagak depan penyokong sendiri nak tunjuk kebenarian mencabar sesiapa saja. Nak sekeh kepala orang lah.

    Kes Husam pun sama juga. Bila tuan punya badan hadir sendiri pada malam ceramah pasai husam lari, tak pulak benar dia menjawab. Ini kah perangai orang yg nak memurtabatkan Islam. Ajaran Islam kah setelah menghina orang, maki orang, cabar orang lepas tu bila bersahut, tutup muka dengan serban cabut lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin en. Somi sedang menyekeh kepalanya sendiri gara2 menyesal buat cabaran debat.

      Boleh jadi beliau sekarang sedang menyorok dalam lori atau kapal terbang kot

      Delete
    2. Takpe. Kalau dia menyorok dlm lori, saya tolong cari.

      Delete
    3. Anon 12:16

      Salah ejaan tu.... depa memurtabakkan Islam.

      Delete
    4. Haha..en somi dengan sombongnye ckp suka hati dia la nk beli apa..so kita pakat ramai ramai suka ati jgn undi dia

      Delete
    5. Ensomi amal hadis...ENTOT dalam Audi lebih afdal & nikmat drp entot atas unta


      Takbeerrrrrrrrrrrr!!!

      Delete
  9. Bukan tak nak debat, kepala tengah serabut nak bahagi 90j supaya adil...lagi satu tak tahu nak jawab kat maza apa hukum makan rasuah kalo dia tanya nnt..fenin2..

    ReplyDelete
  10. .
    .

    Debat je lah.

    PAS tak payah berhujah. Cakap RUU WAJIB !

    Patut lah tangguh 2 kali. Sebab tak mampu nak berhujah tang mana wajib nya.

    Ini bukan nothing to hide tapi macam jadi everything to hide. Dengan teloq teloq sekali to hide.



    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Burung-burung nya telah banyak terbang je Padang Merbok.

      .
      .

      Delete
    2. .
      .


      Siapa yang kena sesekeh ?

      Sebelum ini setepek..

      Tuan Haji Hadi boleh menganggap debat dengan Maza sebagai satu sessi waran-up.

      Jika Tuan Haji Hadi berjaya meyakinkan orang ramai dan menukar pendirian Maza, apabila di bentang terus di luluskan.

      Amar guna 'bertawakal kepada Allah', PAS akan menang di Kelantan dan mampu menawan Putrajaya.

      Tuan Haji Hadi nampaknya kurang 'bertawakal' kepada Allah jika mengelak debat dengan Maza.

      Delete
    3. Betul tu...debat dgn Maza peluang utk Hj Hadi warming up sebelum bentang kt parlimen nanti. Apa alasan menolak..??

      Yang sebuk menolak bukan haji Hadi, bukan tuan punya badan. Para walaun pulak yang sibuk dan bising2!!!

      Delete
  11. 12.14 hang dok mengata dekat pas ka. Terutama ayat 'pandai bercakap Dan bijak memperdayakan mangsa yg bahlul.' Sebijik macam hang dok kata dekat pas.

    Cek ooi berdebat bukan soal pandai bercakap tapi fakta. Hang selama ni dok pi dengar ceramah pas dok syok dengan penceramah tu bukan berfakta atau tidak.

    Patut lah banyak yg dok merapu disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:26

      Amanat Hadi itu fakta????? Sendiri sebut sendiri sanggah. Awatnya????

      RUU 355 itu syariah Islam????? Tulung tunjuk nas-nas sahih Quran dan hadis

      Bila tak laksana hudud kata Hukum Hudud tu cuma 0.001% dari Islam. Sekali lagi, bak mai nas-nas sahih Quran dan hadis

      "Proses demokrasi pilihanraya masih dihantui daftar pengundi yang dipertikai bersihnya, aktiviti kempen pilihanraya yang bebas kepada parti pemerintah tetapi disekat degan berbagai cara kepada parti lawan, rasuah projek segera dan sebagainya." (UCAPAN DASAR Muktamar ke 62
      Kota Bharu, 2016 Facebook Hadi Awang bertarikh 1 Jun 2016)

      Kalau sendiri mengaku fakta, awat tulak BERSIH 5????

      Quote dari sumber yang sama: "Pengurusan ekonomi bergerak tanpa mengira halal-haram, sehingga akhirnya berlaku kegagalan mengurus, ketirisan dana negara, kehilangan punca dalam isu 1MDB, dan pengagihan kekayaan negara yang melimpah ruah tidak berlaku secara adil."

      Apa hai dalam parlimen duk diam membisu????? Opps!!! Sorry, Jarang mai.

      ATAU PAS ini duk asyik berfakta kat keadaan tertentu sahaja, depan ahli sahaja?????

      Delete
    2. Anon 12:26,
      Hujah yg baik. BIAR ORG PAS JAWAB....

      Delete
    3. Nih org pas nak jawab...
      Kami nak memurtabakkan islam, sebab tu kami sokong AUTA355..
      minTAK BIR.... (fr.. lobai malaun)

      Delete
  12. Kalau tak nak debat pun tak pah lah. Mungkin debat ni agak sensitif. Orang ajak berdialog ..Kalau kita ikhlas utk agama sepatutnya sebagai orng yng bertangungjawap kena sahut cabaran ni. Kalu tidak org marhaien akan berkecamuk dan berbalah di antara satu sama lain .
    Tak payah la dolah dalih.. nawaitu mesti ikhlas untuk agama. bukannya utk parti...

    ReplyDelete
  13. Org politik berdebat akan pakai byk auta drp fakta sebab matlamat nak menang semata2 demi mempengaruhi minda rakyat utk undi. Sebijik mcm org jual ubat dlm cerita p ramlee bujang lapuk. Hj Hadi adalah org politik yg bersenjata ilmu agama yg sedikit...tapi cukup utk mempengaruhi rakyat dgn dalil2 yg diputarbelit demi undi. Dr Maza adalah mufti yg menggunakan ilmu agama yg luas utk menyerlahkan kebenaran melalui hujah dalil2 yg pak lebai2 PAS dok jaja sampai tersesat org2 Islam dgn memperjelaskan dalil2 yg sebenar tanpa ada tujuan menarik undi. Kesimpulan PAS aka merapu vs Dr Maza aka kebenaran.

    ReplyDelete
  14. Kalau hadi berani berdebat dgn maza, sekarang gak aku sokong pas.
    Tak berani punya hahaha...

    ReplyDelete
  15. Hadi awang bukan tau bercakap pun,dia hanya merapu.. Malu la Kalau dia kalah..Blh Kena stroke..Bini 2 rugi pulak mati awal.. Hadi Hadi bila la ko nak waras..

    ReplyDelete
  16. Entah kenapa saya merasakan cadangan supaya Hadi tidak menyahut seruan berdebat itu datangnya drpd Hadi sendiri dan disuruhnya orang keliling yang cadangkan begitu supaya air mukanya terjaga..

    Pertama sekali saya tidak suka gunakan kalimah debat sebab konotasi yang dibawa di dalam kalimah ini ialah pertandingan dan adat org yg masuk pertandingan sudah tentulah matlamatnya ialah kemenangan.

    Agama adalah tentang apa yang betul dan apa yg salah. Sekiranya seseorang masuk berdebat maka apa yang ia mahukan adalah kemenangan dan bukan kebenaran.

    Maka akan berlakulah pelakuan cuba memasukkan unta ke dalam lubang jarum (ini peribahasa AlQuran. Mengambil konteks masyarakat Melayu dan disesuaikan dgn tajuk entry, peribahasa popularnya ialah 'menegakkan benang yang basah') semata-mata inginkan kemenangan.

    Ini jelas bukan cara yg betul. Berdebat boleh mematikan hati apabila yang salah mahu diberikan wajah benar juga.

    Sebab itu saya gemar gunakan perkataan bahas apabila 'berbahas' dgn unknown aka sahabat. Sebab ini adalah kalimah BA yg membawa maksud asalnya 'mencari'.

    Tidak seperti org yg masuk ke medan debat yg mahukan kemenangan org yg masuk ke medan bahas pula secara umumnya mahu mencari kebenaran.

    Ulamak2 dahulukala apabila berbahas kadangkala ada pihak yg akan 'submit' kpd isi perbahasan pihak lain disebabkan mereka melihat hujahan pihak lain itu lebih benar berbanding mereka.

    Mereka tidak akan bertekak mempertahankan pndpt mereka yg kelihatan lemah berbanding pndpt pihak lain disebabkan mereka bukan mencari kemenangan sebaliknya mencari kebenaran.

    Ada juga berlaku selepas berbahas, masing-masing masih kukuh dgn pndpt masing-masing. Ini pun tidak mengapa selagi pendapat keduanya diberikan berdasarkan dalil yang sah dan disiplin ilmu yg betul. Mereka akan akur kpd 'perbezaan pendapat' dan tetap menghormati pendapat yg berbeza dgn mereka.

    Ia disebut sbg 'adab berbeza pendapat'.

    Inilah hikmahnya kalimah 'bahas' digunakan berbanding kalimah debat. Wujud perbezaan dari sudut niat dan matlamat sekalipun method debat dan bahas kedua2nya adalah sama iaitulah masing-masing menyampaikan hujahan dan hujahan balas untuk menyokong pndpt masing-masing.

    Tapi seperti yg disebut tadi. Ini hanyalah hukum umum. Ia tetap ada pengecualian.

    Apabila kita melihat seseorang itu tidak mampu menjawab balas di dalam sesuatu perbahasan atau akur dgn isi hujahan pihak lain, tetapi ia masih mahu mengulangi kata2 atau fatwa yang ia mulakan yang ia sendiri tidak mampu menjawab balas melalui disiplin ilmu, atau yang ia akur, tapi kemudian ia putarkan lidahnya untuk menunjukkan pendapatnya itu benar, maka ketahuilah bahawa orang itu sebenarnya bukan mencari kebenaran sebaliknya ia mempunyai motif lain apabila berbahas.

    Dedakkah matlamatnya? Barangkali juga ya..

    Ini komen pertama saya di bawah tajuk entry ini. Ia dibuat secara umum di bawah tajuk entry tetapi khusus ke atas kalimah 'debat' dan 'bahas'.

    Ada pula komen khusus entry ini akan dibuat selepas solat Jumaat hanya sekiranya punya waktu terluang.

    Sahabat saya unknown aka sahabat dipersilakan menulis balas ke atas komen saya ini.

    Selamat menunaikan solat Jumaat buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .


      Kata kata termasuk pandangan Haji Hadi sahaja yang tak boleh di korner secara tiba-tiba oleh orang lain.

      Yang nak bentang pun bukan orang lain, Haji Hadi sendiri.

      Kalau tak berani rasa nya elok lah Haji Hadi lepaskan jawatan Naib Presiden Ulamak Se donia.

      Sebut lah apa pun, berbahas ke apa ke, Haji Hadi hanya berani apabila one way communication. Dalam berunding pun Haji Hadi marah-marah .. Soal jawab dengan wartawan pun, Haji Hadi tak cukup nafas nak jawab.

      Apapun bro cakap betul, kita berbahas !

      Haji Hadi ada kata pemutus tapi kalau tak ada akauntabiliti itu yang kata jadi putus-putus bak layang-layang di bawa jauh mengikut arus angin yang deras.

      Wallahualam.

      Delete
    2. Bro 15:22

      Terima kasih kerana respon.

      Saya menjangkakan si unknown aka sahabat juga akan respon. Tapi tak apalah. Berdiam diri lebih baik dari memutar belitkan lidah.

      Betul mcm bro cakap. PAS sejak asal kejadiannya hanya mahu berkomunikasi sehala dengan penyokong. Mereka tidak berani berdebat secara ilmiah.

      Dalam sejarah disebabkan UMNO selalu dibelasah di atas isu2 agama, UMNO sampai pernah mengajak PAS berdebat secara ilmiah. Disebabkan nasihat majlis Raja-raja yg tidak mahu melihat perpecahan serius umat Melayu Islam maka debat dibatalkan.

      Nasihat ini diberikan oleh Majlis Raja-raja pun selepas melihat bgmn PAS begitu agresif di atas keberanian UMNO ini, (sbb sebelum itu mereka kelihatan conquer isu2 agama) dan kekhuatiran Raja2 bukanlah di atas keberanian UMNO untuk akhirnya bersemuka dgn PAS bg menjawab tuduhan2 tetapi di atas agresifnya PAS melihat keberanian UMNO ini.

      Ye lah, kalau tak agresif takkanlah sampai berlakunya peristiwa Memali.

      Pengalaman saya bersama PAS mereka tak akan berani berdebat secara rakaman tertutup atau secara siaran langsung di meja bulat.

      Mereka mahu penyokong mereka hadir sama dalam majlis debat supaya penyokong2 ini boleh menyokong dgn cara2 yg amat tidak ilmiah spt bertakbir dan menjerit2 kalimah 'toghut' kpd pihak lawan.

      Ini bukan ajaran Islam di dalam adab berdebat.

      ِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ 

      "Dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik" An-nahl : 125.

      Masih ingat bgmn Ibrahim Azmi Hassan pernah mengajak Hj Hadi berdebat tapi dijawab oleh Hj Hadi dgn penuh sombong Ibrahim hanya layak berdebat dgn anak muridnya?

      Mufti Harussani pun pernah diperlekeh oleh Hadi konon ilmunya rendah berbanding Hadi yg lulusan negara Arab.

      Ini bkn cara yg betul di dalam berdebat. Pernah saya soalkan Unknown level pengajian agamanya disebabkan ia banyak sekali memberikan fatwa yg bersalahan dgn fiqh dan usul fiqh?

      Nak bangga apa dgn sijilnya berbanding sijil orang lain apabila jawapan yang diberikan utk tidak melaksanakan hudud ialah 'ia hanya 0.001% drpd hukum Islam' yang langsung terkeluar drpd apa2 jwpn yg bersifat patuh syariah.

      Kalau bangga dengan sijil, bgmn pula dgn pelakuannya yang memperlekehkan
      Syeikh Tantawi bekas syeikhul Azhar tanpa menjawab balas kata2 Syeikh secara ilmiah melalui kalam 'Tantawi boleh cakap apa saja dia mahu, saya kenal siapa dia'. Amboooi sampai begitu sekali sombongnya Hj Hadi.

      Hanya yang salah sahaja akan menggunakan cara2 menakutkan, memperolokkan dan memperlekehkan pihak lawan secara peribadi dan bukan secara ilmu.

      Kenapa Hj Hadi takut berdebat atau berbahas isu RUU355:

      1. RUU355 bertentangan dgn amanatnya yg tidak pernah ditarik balik.

      2. Ia sendiri bentang dan minta tangguh atas alasan pindaan tapi usul baru yg dikemukakan di dalam sesi baru parlimen tiada pula sebarang pindaan.

      3. Kisah si spender besar yang menunjukkan sifat memilih di dalam menghukum.

      Paling menakutkan ialah RUU355 telah diberikan wajah seolah2 ia adalah perintah Allah. Seolah-olah tidak menyokongnya adalah penentangan kepada kitabullah. Ini adalah satu dosa besar menulis kitab dgn tgn sendiri dan mendakwanya daripada Allah.

      Hari ni semasa solat Jumaat di tempat saya, si khatib sampai boleh berikan khutbah secara berkias kononnya mengajak debat di atas perintah Allah bukanlah sifat Ulamak sebenar.

      Kasihan umat Islam kita di akhir zaman ni. Semuanya dah bingung mana betul mana tidak sehinggakan ciptaan manusia pun dikatakan sbg perintah Allah.

      Jangan terkejut sekiranya RUU355 ditangguhkan lagi dan kemudian dijadikan janji pilihanraya 'RUU355 perinah Tuhan yg wajib. Sekiranya mahu melihat perintah ini diluluskan di Parlimen maka wajiblah mengundi UMNO ataupun PAS'.

      Semoga Allah lindungi umat Melayu Muslim kita daripada terus diperdayakan oleh orang-orang yg menjadikan agama sbg modal sokongan tak kiralah daripada puak mana sekalipun.

      Delete
    3. Bro john doe, kiranya komen siunknown aka sahabat bn tu berdebat ke berbahas?..tak nampak macam kedua duanya pun..menyeleweng dan mengelirukan lagi ada le..
      Pada saya..perkara pokok bagi perdebatan atau perbahasan adalah diri individu itu sendiri...ilmu dan akhlak menjadi ukuran..sekiranya kaki pendusta yg berilmu tinggi berdebat..perkara yg didebatkan akan rosak dan merosakkan..
      Wallahua'lam

      Delete
    4. Itulah sebabnya AP Pas at-takiri, al buduhi, al tantawi, al marangi semuanya juara debat di parlimen. Kesian khalid samad, hanifa maidin, hatta ramli, dato nizar semuanya tak pandai debat/berhujah. Sia2 saja jd ahli parlimen!

      Delete
    5. Bro 18:19.

      Terima kasih di atas pandangan.

      Sungguhpun saya juga berpendapat unknown memang seorang pendusta yg memutar belit lidah sendiri saya tetap menggunakan kalimah bahas untuk unknown, mudah2an dia insaf dia berada di pihak yg salah.

      Kalau benar sudah tentu ia mampu menjawab saya secara berilmu. Kalaupun tidak berilmu ia sudah tentu sanggup bersumpah laknat ia bukan seorang pendusta.

      Kalau kedua-dua pun tidak mampu dan tidak sanggup faham-faham je lah..

      Delete
  17. Mana berani debat...PAsvUMNo Chicken No Egg. Ideology dogma Korea Utara, 1 way dialogue. Mainstream Media Malaysia hampeh..sembang kencang, tapi ,scripted depan camera.
    TV3 suku champion HOPELESS JOURNALISM...subahat!!

    ReplyDelete
  18. Mana ada berani Hadi nak sambut cabaran orang yang lebih berilmu seperti Dr.Maza,saya salute Dr.Maza seorang yang berani selain dari punya ilmu yang tinggi didada dan sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja yang beliau nampak telah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dia sound isu BRIM. Dia org buat mcm duit mak bapak dia org je. Peh, raspek. Belum jumpa mufti berani mcm tu skang.

      Delete
  19. Jangankan debat...nak bentang di parlimen pun takut takut ...lepas baca, tarik balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh jual. Tu je modal yg tinggal pun. Jadi dibawa la kepadang supaya boleh digunakan. Boleh buat isu PH tolak 355. Yg buta perut pun. Yaa, betul tu. Mesti lawan, syurga menanti jika gugur. Sampai budak yg baru nak buka mata pun diusung sekali. Atas alasan pejuang islam ni nanti.

      Delete
  20. http://khairulryezal.blogspot.my/2017/03/ketua-pemuda-bn-wp-razlanrafii-pertikai.html?m=1

    link atas napa nurul takut berdebat dengan 35 penduduk kg kerinci yg ditinggalkan sehelai sepinggang......... anak barua pluralist belaan Singapork dah la kat Pulau Pinang Kg Buah Pala lenyap kat KG Kerinci pun buat hal penghasut anak dan bapak barua BERSATU dng Singapork....


    UBAH & SIMEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. .


      LGE beli harta dengan harga murah melalak sampai UMNO bawa hingga ke mahkamah. Sedang kan jual beli atas kerelaan penjual.

      UMNO ambil harta orang dengan harga murah atas paksaan dan tidak di persetujui oleh pemilik, macamana penguat kuasa undang-undang boleh lepaskan.

      Wassalam.

      Delete
  21. .
    .

    Sangsi pulak dengan Haji Hadi sekarang ini. Betul ke apa yang dia ajar mengenai agama.

    Masa dia mengajar di mesjid tak ada ke orang yang mengemukakan kemusykilan?

    Kalau tanya kena tengking kot ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tengking. Jegil biji mata je cukup. Tunduk menikus.

      Delete
    2. Ini mantera yang kerap digunakan oleh mereka yang mahu terus menerus 'conquer' jiwa orang lain di atas nama agama apa ketika mereka tidak mampu memberikan jawapan secara ilmiah..

      "Barangsiapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya"...

      Jangan tanya saya apa dalil di sebalik mantera ini sbb saya pun tak tahu.

      Barangkali si unknown aka sahabat yg selalu mendakwa secara konstraktif bahawa dirinya adalah sumber hukum boleh menjawab.

      Delete
    3. kalau tanya nanti kata mempertikaikan hukum Allah.. last2 semua pakat senyap.

      Delete
    4. Hadi terperasan diri mcm tok guru2 sheikh diarab..mungkin kerana dia belajar disana kot..didunia arab setiap perkataan ulama tidak akan disoal kerana selain dari menghafaz quran, mereka juga banyak menghafal hadis2..disana ada standard2 tertentu untuk mendapatkan taraf sebegini...tapi di malaysia tiada, so tuan guru hadi sila lah berbahas dengan dr maza...

      Delete
    5. Hadi Awang tu mmg dh jd macam nujum pak belalang

      "Kalau x nampak tandanya pendek umur.."

      Delete
  22. Antara sebab² tak nak debat/dialog;
    • takut
    • malu
    • tak pandai
    • di pihak salah dalam isu
    • sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .


      Hadi boleh selamat lagi ..

      Atas nasihat doktor peribadi, Hadi di minta kurang kan stress.

      Delete
  23. Telur hadi pun ilang bila kena cabar. Pemimpin pas pun hilang dah telur bila amanah muncul. Ceramah fitnah jer timbul. Bukan rakyat kena bentang ruu, tapi tugas ahli parlimen. Nak minta undi, asyik dok suruh rakyat dengar ruu. Oohhhhhh setart dah ceramah ruu air liur basi. Ceramah ruu dlm khutbah jumaat, memang guna kepala lutut khatib tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sj medium yg pas berani guna. Khutbah jumaat, sbb org ramai terpaksa dengar dan tak boleh soal jawab. Bolehlah khatib menjerit berdentum2 mcm nak runtuh masjid. Ajak berdebat semua lari menikus. Di parlimen lebai2 pas jd penonton, tak tau berhujah. Cukup bulan kutip elaun boleh beli hellfire, mini cooper, q7.

      Delete
  24. Tuan guru laaa, Tok guru laaa, hamPas

    ReplyDelete
  25. Ayoh Hadi, Guru Yaya, Ayoh Peng...satu species telor maseng..LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama taraf saja disisi Allah. PENIPU.

      Delete
  26. Dekat Parlimen pun yang berdebat Khalid Samad, Mahfoz, Hatta Ramli. Sekarang ini ramai dah keluar PAS.

    Geng Agama PAS ada berdebat ke berdiam je kat Parlimen?


    ReplyDelete
  27. Saya merujuk komentar seorang pensyarah dari Institut Kajian Politik UUM yang mengkritik keilmuan Dr Maza dengan pedasnya. Maka saya pun segera Google nama dan laterbelakangnya. Sangat menyedihkan biodata pensyarah bongkak ini. Penerbitannya memalukan. Hanya ada satu dua artikel dalam jurnal yang tak dikenali. Sudah pasti kajiannya tidak pernah dipetik oleh sesiapa kerana tidak bermutu. Kalau saya jadi Dr Maza pun saya tak akan balas jemputan beliau. Ada PhD sekadar laku di pekan Canglun. Mati hidup semula pun pensyarah ini tidak akan pernah dibincangkan karyanya. Hai sedihnya UUM terpaksa bayar gaji buta kepada pensyarah-pensyarah koman spana macam ni. Cikgu tadika pun lebih tinggi taraf dari hang ni bodoh piang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer cek latar belakang parti politik yang dianggotainya. Adakah dia pegang apa2 jawatan dalam PAS.

      Kawan2 saya yang satu macam dok pi menghadap Najib dan satu macam punya bodek memang dikenalpasti menyimpan cita2 untuk dipilih jadi calon dalam pilihanraya umum akan datang.

      Terpakai utk yang telah menjadi YB dan berharap dipilih semula dan juga yang masih belum merasa menjadi YB.

      Mamat ni bgmn pula?

      Unknown aka sahabat? Kejora? Tak bercita2 dipilih kah?

      Amat luar biasa mereka yg satu mcm menyokong Hadi dan Najib sehingga kelihatan cuba memasukkan unta ke dalam lubang jarum dalam keadaan politik hari ini memberikan sokongan yang benar2 ikhlas demi Alif ba ta tanpa mengharapkan ganjaran duniawi daripada sokongan tersebut.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Nampak nya ramai benar Profesor Kangkung di universiti kita sekarang.
      Patutlah grafuan sekarang bermutu rendah, pensyarah mereka jenis sayor kangkung.

      Delete
  28. Diam diam Ketua Penerangan Ulama PAS, Khairuddin ziarah Dr. Asri, sarapan bersama. Sumber Celah gelegar (Bergambar)

    Apa makna semua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kecut telur

      Ada yang gah, sombong nak jual dan ada yang dengan berani setuju nak beli. Akhirnya sipenjual tak jadi takut barang yang dijual bukan asli.

      Hadi ke, dr khairuddin hanya gah pada serban dan jubah, namun ilmu tak sampai mana pun. Bila asri dan ruzaimi sergah je....pucat lesi, berdolak dalih atas apa jua alasan.

      PAS bukan islam tapi orang islam setengah masak ramai dalam PAS...


      Delete
  29. http://theunspinners.blogspot.my/2017/03/bila-nurul-nak-bertanggungjawab-dengan.html?m=1

    link atas bila nuril nak berjumpa 35 penduduk Kg Kerinci yg ditinggalkan sehelai sepinggang...?
    Kg Buah Pala di P Pinang pun Aljuboori dan jijah tinggalkan penduduk tsb sehelai sepinggamg hingga lenyap kg tsb......dasar penghasut si barua bertuankan Singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGE beli harta dengan harga murah melalak sampai UMNO bawa hingga ke mahkamah. Sedang kan jual beli atas kerelaan penjual.

      UMNO ambil harta orang dengan harga murah atas paksaan dan tidak di persetujui oleh pemilik, macamana penguat kuasa undang-undang boleh lepaskan.

      Wassalam.

      Delete
  30. Mengikut Teuku adnan, RUU355 BN akan ambil alih.

    Ini macam main bola, pass kat PAS dan PAS hantar ke BN.

    Memang sepatutnya BN yang bawa usul 355 daripada start lagi macam tahun 1980'an.

    Kenapa PAS yang bawa usul ini?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbbnya UMNO dh tahu itu point penting utk pecah belahkan Pakatan.
      Masalahnya,lobai2 ni kempunan dedak.

      Delete
  31. Lobai2 ni cuma berani berdebat dgn tunggul kayu ja.
    Cakap ja berdegar2

    Ha5

    ReplyDelete




  32. Ruu355.....Melalak

    RuuBabi....bisu


    ReplyDelete
  33. .
    .

    Memang sah lah bila bentang RUU Hj Hadi akan baca teks.

    Bila di bahas Kerusi Marang kosong. Atau Pembentang tak izinkan pembahas berucap dan Speaker pun umum waktu rehat lagi teruk kalau di tangguh lagi .

    Cara MAZA cara bersopan teratur tapi dalam Parlimen tak sempat Haji Hadi nak berfikir.

    Punya lah teruk tiba-tiba ada pulak yang berhimpun di Kepala Batas menunjuk menyokong Hj Hadi....

    ReplyDelete
  34. Sudah2 la guna suara yg tuhan bagi untuk hina sesama muslim.. mari ramai2 kita masuk parti AMANAH..

    ReplyDelete
  35. Takut atau ngga debet ? Apa ini nak jadi wakil raykat.

    ReplyDelete
  36. Dulu rasulullah saw BELAH BULAN (mukjizat),
    Sekarang hadi BELAH BULAN (parti bulan)
    Janga waalaun kata hadi dah setaraf nabi pulok....

    ReplyDelete
  37. Terima kasih kat brader john doe, pomen smart yg berjaya mematah serangan pencacai jibby seperti sahabat taek lo n suharli kulup

    ReplyDelete
  38. Kepada rakan rakan sekalian saya ingin meminta pendapat..bagaimana hendak merubah pemikirin orang orang tua di kg tentang umno/bn..mereka berpendapat bahawa jibby n co sangat pemurah kerana memberi brim. Bagaimana cara hendak memujuk mereka secara berhemah? Bak kata pepatah seperti menarik rambut dlm tepung, rambut x putus tepung tidak berserakan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan untuk br1m setahun (2016) mengikut kem. kewangan sebanyak rm 5.8b sedangkan pendapatan kerajaan melalui GST (2016) ialah sekitar rm 50b.
      Jadi, biar anak2 mereka yg belajar/bekerja hadam maklumat ni dan sampaikan kpd ibubapa mereka di kg2....

      Delete
    2. Tp bro mereka di kg masih menonton tv3. So ..depa tak tau pasal 1mdb, scandal mara n tabung haji. For them..jibby is a hero. Saya pun masih berusaha untuk memujuk orng tua agar tidak menonton tv3. Tp terus terang memang susah

      Delete
    3. Boleh sahaja terus berusaha menerangkan

      Namun jika mereka masih tegar maka biarkan sahaja

      Jangan ditingkah mereka - takut jadi berdosa dan derhaka

      Bila penerangan berulangkali sudah diberi maka tanggungjawab telah ditunaikan

      Allah memandang pada usaha kita dan bukannya pads hasil sebab hasil itu daripadaNya

      Sebab itulah matlamat tak menghalalkan cara

      Jika mereka masih berkeras mahu menyokong najip selepas kita menerangkan sejelas2nya pada mereka maka itu hal mereka

      Lagipun mereka ni pada hari mengundi akan mengundi di saluran 1 & 2 dan biasanya lengang sahaja berbanding golongan bawah 50 tahun di saluran 3 ke atas yang barisannya umpama pembeli tiket balik kg nak rays di puduraya (undi saluran 3 ke atas ni la yg najip & para balacinya cukup seram sebab ni semua golongan yg ramai & celik IT)

      Saya sendiri menempuh kesusahan yg sama macam anda. Cuma bezanya dalam keluarga saya hanya ada 2 org yg menyokong najip iaitu bapa saya & bapa mertua saya. Sebab bapa saya tgk tv3 serta baca utusan manakala bapa mertua saya tgk tv3 serta baca kosmo

      Yg lain semua dh xsabar2 nak undi SELAIN AMNO & PAS dalam pru akan datang.

      Delete
  39. Download warta2 berkaitan kenegatifan BN dan PAS dr kitab internet dan ajak mrk tgk time kita balik kampung.. kalu dah mmg stay di kg lagi aula... jgn bimbang Allah akan tlg mereka2 yg berniat baik.

    ReplyDelete
  40. lobai hadi dah kecut.. mungkin dia yg arah pemimpin pas supaya suruh dia jgn debat kott..

    ReplyDelete
  41. “Islam is not about following charismatic leaders and scholars. It is to follow a message. This message is asking you to be intellectually, spiritually, socially, politically independent… and courageous."
    Tariq Ramadan

    ReplyDelete
  42. Memperjalankan di waktu malam (Al-'Isrā'):53 - Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

    Pengusiran (Al-Ĥashr):10 - Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

    ReplyDelete
  43. Kenapa tak mau berdebat?
    a) takut kalah hujah
    b) takut terlondeh kincin
    c) takut mmg tak ada hujah balas
    Jawap apa satu pun betul, semua lagi betul.
    PAS_90J= PARTAI LOBAI AUTA, Biro Ijo UMNU_Klepit

    ReplyDelete
  44. Sejak zaman Hadi jadi Presiden ini lah kali pertama gua dengar walaun bagi arahan kepada Tuang Presideng. Sebelum ni Tuang Presideng sangat terkenal ada kuasa VETO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...