Sunday 12 March 2017

ALAMAKKK...RAHMAN DAHLAN PULA KENA SETEPEK DENGAN NAZRI!!


Nazri Aziz nampaknya bersungguh-sungguh benar mahu debatnya dengan Tun Mahathir Mohamad menjadi kenyataan dengan membayangkan  sama sekali tidak akan berundur diri atau membatalkannya di saat-saat akhir.


Malah kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, "kalau pun batal, ia disebabkan Mahathir, bukan saya."


"Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?


"Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan Rahman Dahlan," katanya lagi.

Alamak, belum pun debat berlangsung, sebaliknya Rahman Dahlan yang selama ini kononnya hebat dengan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Komunikasi Strategik BN serta kerap mengeluarkan kenyataan politik pula yang kena setepek dengan Nazri.


Rujukan Nazri kepada Rahman Dahlan ialah berikutan debatnya yang dijadualkan dengan Lim Guan Eng tidak lama sebelum ini tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.


Kenapa Rahman Dahlan dijadikan rujukan oleh Nazri?


Apa tujuan Nazri mahu memperlekeh rakan kabinetnya  itu?


Tidak malukah Rahman Dahlan diperlekeh sedemikian rupa yang bermakna beliau bukanlah pemimpin yang berani, sekurang-kurangnya di mata Nazri?


Adakah ini menunjukkan menteri-menteri dalam kabinet Najib Razak memang tidak sekata antara satu sama lain?


Apakah perlekehan kepada Rahman Dahlan itu menunjukkan Nazri tetap akan berkeras untuk berdebat dengan Tun Mahathir, biar pun jika sekiranya pihak polis menasihatkannya agar tidak meneruskan debat atas faktor keselamatan atau Najib sendiri tidak mahu ia diadakan berikutan kemungkinan debat itu lebih berupaya menjejaskan namanya dan imej UMNO serta BN?


Sama-samalah kita tunggu sejauh mana Nazri mampu bertahan dengan keberaniannya jika nanti MT UMNO atau kabinet membuat keputusan melarangnya berbuat demikian kerana seperti yang kita sedia maklum antara tajuk pilihan debat seperti skandal 1MDB, wang RM2,600 juta dan hutang RM55 bilion untuk membina keretapi pantai timur adalah tembakan-tembakan yang boleh disasarkan tepat ke dahi Perdana Menteri sendiri.


Adakah Nazri benar-benar berani atau beliau pun akan jadi seperti Rahman Dahlan juga? (ShahbudinHusin 12/03/2017).

120 comments:

  1. Seronok nengok aksi berambat tembok menembok dalam kem yg sama......kelakor pon ada.......gemor bebenor kita nengok adegan paneh dedor ni.....gitu ler bijoknya deme......hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin UMNO memang macam tu....untuk survival diri sendiri...

      Delete
    2. Rahman mata empat pelet sakai borneo..

      Kluar dari mulut takde apa yg betul.. Jauh beza dgn rafizi.. Loghat engliss Rahman pun berkecai...

      At least Nazi is a quite sucesful lawyer one tine.

      Rahman mata empat apa barang.. Lanun Sabah.. Entah entah mindanao mari.. Apa nama imigran sabahan si Rahman nih..

      Tup tup jadi ketua strategy.. Tolong semak kenapa projek mrt punya pasal habis bajet 20 kementerian kena potong?.. Hospital pun pakai ubat tak ori dari Afrika..kalau India mari ok lagi..

      Rahman jahanam sama macam itu udang omar sg besar..

      Hantar Rahman trade in sama Korea!!!

      Delete
    3. Ambik yg pandai2 nanti melawan. Lagi ade ke yg pandai. Bukan semua dah masuk PPBM KE.

      Delete
    4. Pemimpin UMNO ni, ada yg mcm sarang tebuan. Tapi kena tahu siapa kita nak jolok jubo dia. Yg jenis sembang kemaih "cakap x jatuh, buat keja supa kaplavuto" ialah Nazri buat masa ni.

      Kalo Najib mmg buat keja supa palavuto dah. Cakap berdegar sbb jadi PM. Kalo berdebat, dgn kambing pun dia x berani punyelah time2 mcm skrg ni.

      http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/najib-kami-sudah-insaf-beri-bn-peluang-1.27237

      Delete
  2. Umno memang begitu, apa istilah deme selalu pakai tu..lupa plak teman..ibarat air berkocak dlm gelas, walau berkocak gelas tak pecah...tapi kali ni debat nazri ngan tun m, memang pecah gelas punyalah, tak sabo plak teman nak nengoknya..ate org perak kata apa..mengelinjior rasanye..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bebenor kata mike bro......

      Delete
  3. Admin...orang umno mana ade kemaluan...telor pun dah kena cabuuut dengan cina jho lo termasuk Nazri dan Rahman..ha4...

    Mcm boss Dia Najib kena telor kena cabuut dengan WSJ da pempuan mat salleh SR..

    Telor olamak pon turut tercabuut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa cakap bijaN ini ada telor? Laki dia peganglah..tak tau kah?
      ha..ha....
      Nazeri tu pun 'telor kecik'...hi..hi..

      Delete
  4. Debat di padang rengas...Tun Madey bukti ade telor berani masuk padang rengas nak belengaskan Nazri..macai2 ade brani debat dengan Tun?..berani cakap tun ketua penyamun...barua singapork...ayam jantan kokok kuat tapi telor tarak...
    kAHKAHKAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tak tahu Mahathir sedang ketar lutut ,tak sangak Nazri begitu tegas mahu menentangnya debat.Tapi buat buat je lah macam biasa,nak bagi pentaksub confidence.Dalam soal debat ni Nazri bijak kerana dia tak akan rugi apa-apa kalau dia kalah pun,tapi Mahahthir akan malu besar kalau kecundang.

      Delete
    2. Nak kecundang macam mana...peluru dan pistol 1 mdb dan lain2 ade ditangan madey...nazri ade aper? Ko dan nazri same jer telor dah kena cabut dengan cina jho lo...betul tak?.memalukan melayu jer...

      Delete
    3. Anak ayam togel botak nak lawan Tun?....ukur baju dibadan sendiri lah....
      Nazri boleh lah bawa 1000 org umno jadi tukang sorak...tapi debat ini soak fakta, bukan soal ramai tukang sorak...

      Delete
    4. Bawa 3 juta ahli umno sekalilah untuk tonton debat ni
      Apa kata tengku palsu adnan mansor
      Money bagi umno no problem at all
      Peanut..
      Jemput raja salman sekali.

      Delete
    5. fyi anon 1301
      debat tu bukannya ada kalah ke menang
      debat politik ini adalah utk mempengaruhi rakyat di atas pendirian masing2
      terpulang kpd rakyat utk buat keputusan setelah dgr hujah2 debat tu

      Delete
  5. Just look at johari's statement.. nothing to do with govt!
    This is a first sign of umno trying to stop the debate. By adding that all have been debated in parliament is a clear signal that "no need for debate".

    Who wanna bet? Confirm no debate. Nazri shud not be faulted as HE WILL BE STOPPED. Period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....no surprise bro......udah dijangkakan.

      Delete
    2. Trend imno nak lari dari realiti....

      Nothing to hide
      Nothing to do with govt

      After this whats next????

      Delete
    3. This so called "Monyet Umno" Nazri is only tried to defense himself but later will come out with nonsense reason just to avoid the debate.....!!

      Delete

  6. Aku rasa macam Nazri Aziz musuh dlm selimut UMNO kut. Dulu lagi ramai, banyak dah kena pecat atau keluar sendiri.

    Anuar Musa " Pemimpin pergi Dan datang, Dan semuanya terdedah kpd kritikan sejak Dari zaman dulu lagi"

    ReplyDelete
  7. Nazri berlakon tunjuk berani disamping nak kenakan Rahman... Dia tahu najib takkan benarkan....dekat pru ni...tak boleh cakap bende sensitif yg kena batang hidung najib...

    Bijak Tun Madey jolok nak tunjukkan Najib memang ketua prompak klepek wang syarikat negara...

    ReplyDelete
  8. Kita tgk seluar sape yg akan terlondeh dn nampak besaf kemaluan, samada tun londehkan sluar nazri atau sbaliknya. Tp mmng dah bleh agak dr awal, deme akn gunakan alasan faktor keselamatan agar debat itu dibatalkan wpun boss deme lg power dr kpn tp itulah alasan tiap kali debat d batalkan. Kelakar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluar ku nan dah pernah terlondeh dulu
      wakakaka

      Delete
  9. semasa mkn mlm bersama tun m n tun siti asmah d jerantut semlm, d kadir jasin yg turut hadir memberitahu tun mengenai ulasan saya mengenai nazri ni dlm blog nya.
    tak payah lah saya ulangi d sini tapi memadai jika saya rengkaskan nya ;-

    1)saya mengenali nazri sejak dia siswa jurusan undang2 d London.

    2)sungguh pun ego nya besar, dia adala 'political survivor.

    3)jika Rani Kulup menjadi PM pun dia akan akan sokong n bodek tanpa segan silu.

    4)dgn membedal tun m secara melulu, dia tlh tersalah langkah.

    tun m selamba saja kata bahawa dia sudah bersedia utk berdebat.

    itu lah hero/panglima sejati kita - Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang umno sekarang dah tak ade jiwa kpd bangsa melayu lagi...jiwa untuk kepentingan tembolok dan perut saje..berlapikkan kepentingan bangsa melayu

      Delete
    2. Hahaha, tak sabar sgt ni dato. Tak sabar sgt dah ni. Harap segera ditetapkan masa. Kami yg jauh ni berharap ada siaran langsung. Hehehe, tahniah la nazri.

      Delete
    3. Pak Rahman ni orang lama yg banyak pengalaman, kaya sejarah dan luas pandangan. Jadi apa saja kata Pak Rahman tu eloklah kita take note, ambik perhatian. Kadang dalam sindirannya ada maksud yg dalam. Begitulah orang lama......mereka lebih tau dari kita.

      Salam perjuangan semua.

      Delete
    4. Betul bro phantom. Guru mekanik saya yg 1st org kelantan. Jenis makan nasi takde budu sori, tiap kali time makan saya lari, tak tahan bau. tapi tak tau ada lagi ke tak. 20 tahun lepas. Dia nak pencen dah masa tu kat KLIA. Dia bekas mekanik kapal terbang. Saya banyak belajar hydraulik dgn dia. Yg kedua org India. Masih hidup. . Banyak kena maki. Tapi tak kedekut ilmu. Kenal engine diesel dgn system angin lori dgn dia. Masih cari utuk panduan. Kalau ada rapat dgn otai. Korek ilmu dari dia. Insyaallah. Tapi yg jenis nak bawa masuk kubur cuba pujuk. Biase tu lagi pandai, lagi banyak ilmu. Dgn cina saya banyak belajar cara nak meniaga.

      Delete
    5. Bro Pomen.......teman pon gitu juge.....menimba ilmu dari orang lama. Tak rugi hormat orang lama.

      Dulu lepas grad teman berpuluh tahun makan gaji. Lepas tu teman resigned dan cuba berniaga kecik2. Alhamdulillah teman tak kaya tapi insya-Allah boleh tampung kehidupan keluarga dan mak ayah di kampong.

      Apa pon bro.....teman doakan moga mike berjaya, ameen.
      Salam perjuangan.

      Delete
    6. Same la.teman pun. Amin.

      Delete
    7. nazri ni jenis yes boss dan ego sejak awal lagi. apapun rasa kurang selesa dngan sikap najib yang menganak emaskan pemimpin sabahan tetap ada. namun perasaan tersebut masih terkawal sebab bekalan dedak lebih dari mencukupi.

      Delete
  10. in response to Aku duduk felda.dulu mak bapak aku totok umno.tapi lepas aku berguru dengan tok tt untuk belajar surah2 menghasut finally mak bapak aku da tak sokong umno.rata2 yang sokong umno kat felda aku semua da padam.tak lama lagi umno lak padam.amin, by Anonymous.

    ReplyDelete
  11. Analogi untuk mudah kita paham kes nazri kata dahalan ni..ibarat unknown aka sahabat bn mengata kotabaru atau akak selrngor mengata anak masrup atau bro simen mengata sikhalid samad palsu atau macai jibbo A (Anji**)mengata macai jibbo B (Ba**)...ini berlaku mungkin kerana ketidak puasan hati pembahagian dedak yang tak adil...masing2 nak tunjuk hero untuk dapat dedak lebih dari bos..yg pasti ini semua berlaku kerana DEDAK..

    ReplyDelete
  12. Apabila isu debatnya ialah 1MDB dan 2.6b, saya berani katakan Nazri akan diratah hidup-hidup oleh Tun M.

    Malah bukan Tun M sahaja, cukup hantar tuan Budin Atau pak rahman jpc atau bro phantom, atau bro fan tun sahaja, Nazri tetap akan diratah.

    Kebenaran berdiri di atas fakta dan bukan di atas siapa yang menyampaikannya.

    Kalau prof U kata 5x2 sama juga 7 dan budak tadika kata 5x2 sama juga 10, siapa yang benar?

    Apa pun memang menarik utk melihat bgmn Nazri akan dikenakan oleh Tun M di Padang Rengas.

    Sebab nama Tun M akan menarik begitu ramai anak tempatan untuk melihat dan mendegar debat tersebut.

    Saya melihat Tun M sengaja memilih Padang Rengas untuk tunjukkan kepada pengudi2 di sana siapa Nazri bahlol ni sebenarnya.

    Selepas ini bukan saja Tun M, letak batang pisang pun batang pisang akan kalahkan Nazri di kotak undi.

    Si political survivor ini (ikut terma pak rahman jpc), akhirnya akan tahu juga bahawa di antara membodek ketua dengan mempertahankan rakyat terramai yang kedua itu lebih penting drpd yg pertama.

    Harap2 janganlah Nazri menarik diri dari debat ini walaupun Najib tak benarkan.

    Anak jantan akan kotakan katanya walaupun dihalang oleh ketuanya.

    Nazri benar anak jantankah? Kita akan sama2 tengok.

    Tapi yg pastinya kejantanannya itu akan menjadi punca kejatuhannya di Padang Rengas.

    Tak sabar melihat episod seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org ego ni selalu bodoh sombong bro john doe. Tapi dia memang berani. Hahaha. Tak sabar. Berita yg menggembirakan utk hari ini.

      Delete
    2. Tragis sungguh keadaan sekarang ni...dulu tun pernah datang ke daerah kuala kangsar ni..disambut dan dicium tangan dia oleh si nazri ni...skang ni plak di ajak berdebat seperti musuh...harap dapat dikekalkan pengormatan pada tun oleh sinazri ni walaupun dia digelar samseng biadap...tak kisah sapa tuan kamu sekarang, tapi diri kamu tetap diri kamu..ingat tu nazri...kekubur jua kita nnt..

      Delete
    3. Bro John Doe.......sebenornya orang yg paling tepat berdebat dengan Tun M ialah Najib sendiri......tapi apakan daya masa Nothing to Hide tu peluangnya ada tapi udah dibuang begitu jer......walau Tun M duk tunggu di situ tapi Najib pilih untuk blaaaaah balik rumah.

      Orang kata.....tak dapat gading, tanduk pon jadilah. So....kita terima ajerlah debat ni walaupon tak dapat orang yg tepat dan sepatutnya bagi hujah.

      Debat ni hendaklah dibuat siaran secara langsung melalui TV untuk tontonan rakyat seluruh Malaysia. Kita harap banyak persoalan 1MDB, Laporan Audit, duit lesap, duit2 pertubuhan lain macam KWAP, Felda etc........duit derma kesiaaaaann dan semua misteri dapat dirungkaikan dalam debat tu......

      Memang tak sabor nak tengok bro...... Harap TV3 dan Astro bagi kerjasama adakan siaran secara Live. Ini memang gempak gegor satu negara ni bro......

      Kita tuuungguuuuuu gegor vaganza Padang Rengas.........

      Delete
    4. Bro pomen dan bro phantom.

      Tepat sekali pandangan sdr berdua. Saokong.

      Sdr anon... Mimpilah sdr ni.

      Inilah samseng bermulut longkang yang mahu mengajak Tun M bertumbuk dan memanggil segala nama yang buruk kepada Tun M. Nak berharap dia hormatkan Tun M?

      Saya melihat Tun M sengaja memilih Padang Rengas supaya sikap2 sebenar Nazri dapat dilihat oleh pengundi2 Padang Rengas.

      Seperti komen Pak Kadir Jasin, lagi banyak mereka kurang ajar dan bangkitkan isu yang bukan isu ke atas Tun M, semakin banyak dan semakin kuat sokongan kpd Tun M.

      Nazri tersepit, kalau kurang ajar para pengundi akan nampak dirinya yang sebenar. Kalau tak kurang ajar pulak orang-orang yg 'well informed' akan nampak dia hanya berani berdegar-degar apabila di belakang tetapi menikus bila berhadapan.

      Kot mana pun Nazri dah tewas. Sbgmn apabila dia menerima cabaran debat dia sebenarnya telah pun tewas. Kalau diteruskan akan diratah hidup2 kalau tak jadi akan disahkan kepondanannya.

      Kalau yang berlaku adalah yang kedua, maka kali ini Rahman Dahlan akan berpeluang memulangkan setepek najis kepada Nazri.

      Kot mana pun si samseng bermulut longkang ini benar2 dah tersepit.

      Cuma nak tengok kot mana dia akan 'terkena'...

      Mudah2an Alalh berikan umur, kesihatan dan kekuatan kepada Tun M untuk teruskan perjuangan ini. Aamiin.

      Delete
    5. Ameen ya rabbal'alamin.

      Delete
    6. Seburuk2 manusia pun ada baiknya bro john doe..politik selalunya membuatkan seseorg mempunyai dua muka..satu muka untuk masyarakat dan satu untuk keluarga dan diri sendiri..jangan ditutup ruang kebaikan yg ada pada seseorang oleh kerana penampilan mulut longkangnya..saya tak kata nazri baik, kita maklum dengan apa yg telah dia buat dan kata pada tun m tapi saya tidak mau menafikan kebaikan yg ada dalam dirinya..komen diatas saya bukan satu mimpi tapi merupakan teguran dan doa saya pada nazri agar kesilapan yg telah berlaku tu, sudah2lah..jangan dipanjang dan ditambahkan lagi..takkan tak boleh kot bro john doe? Bro john doe lebih pandai dari saya, pasti bro john doe dpt menangkap maksud saya..

      Anon 11:47.

      Delete
    7. Sdr anon.

      Betul saya faham maksud sdr. Sdr memang punya niat yg baik mahu melihat Nazri tunjukkan sedikit rasa hormat kpd Tun M. Syabas.

      Cuma saya berpendapat berharap Nazri menunjukkan sikap hormat kepada Tun M adalah harapan yang sia-sia. Sikap Nazri ini adalah darah daging dirinya sekian lama.

      Kecualilah kalau dia hanya berlakon.

      Lihat sajalah komen pak rahman jpc yg telah kenalinya sejak lama.

      Niat sdr memang sangat baik walaupun mcm tak real saja. Cuma level tsk real ini kurang level sikit berbanding berharap Najib turun jawatan dan face the music.

      Apa pun niat baik sdr itu saya hormati.

      Keep it up and on bro.

      Salam perjuangan.

      Mohon maaf kalau saya buat sdr tersinggung. Saya percaya sdr juga faham maksud saya.

      Delete
    8. Setuju, bro john doe..kita berlapang dada lah..sama sama lah kita saksikan kebenarannya dalam episod debat Nazri ngan Tun M ni..Inshaa Allah..

      Hidup Tun..

      Delete
    9. Nazri seperti orang lain ade buat kesilapan...

      Tapi kesilapan yg dibuat bukan kecik tp parah...tak pernah nak tegor bos dia yg klepek..tak pernah bersuara tindakan najib susahkan pengundi2 umno dan rakyat dlm kawasan dia dan seluruh negara...dia pentingkan tembolok dan perut dia jer sama pemimpin2 umno yg lain masih mendokong perompak sebagai ketua...orang2 mcm ni kena buang dulu baru maaf...tapi bos dia mesti dibicarakan dimahkamah...

      Delete
    10. Bro 13:21, nak tegur bos klepek cemana kalau dia pun sama klepeknya...parah dah malaysia ni..

      Delete
  13. Mamat Nazri ni status menteri kabinet jer dalam kerajaan. Dia ada bos lagi besar kat dia. Ada lagi orang orang lagi berkuasa dari dia seperti PM dan TPM. Makna kata kata pemutus samada debat ni 'on' atau tidak bukan dari dia.
    Kalau bos kat atas cakap cancelkan debat, maka cancel lah jadinya. Tak kan nak lawan cakap bos. Cuma alasan cancel tu kena carik la to save face..kui kui kui..

    ReplyDelete
  14. Sape tau nazri pon nak jatuh kan najib...dia pon mungkin tak terpilih lagi pru akan datang...ramai calon muda..

    Nazri sengaja jolok tun supaya cabar dia berdebat...walaupun najib tak benarkan dia mungkin teruskan untuk bagi peluang tun bercakap mengenai kejahatan najib...semua mungkin...

    ReplyDelete
  15. Debat antara Tun Madey dan DS Nazri Aziz pasti akan mempunyai sejarah tersendiri apabila seluruh rakyat Malaysia dapat mendengar penjelan daripada Tun Madey sendiri berkaitan skandal BNM, Skandal Forex yang didakwa telah menggunakan dana rakyat dalam skala yang besar dan kerugian melibatkan Perwaja Steel dan kegagalan jenama Proton untuk berdiri sendiri sejak syarikat tersebut ditubuhkan..yang penting Nazri aziz berusaha menelanjangkan siapa Tun Madey yang sebenar di mata rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr anon.

      Kalau dikatakan bingai marah, tapi komen ni ternyata bingai.

      Kenapa perlu dengar penjelasan Tun M pada ketika penjelasan yang diberikan itu sudah jelas kecuali bagi kaki putar alam mcm Najib dan kamu.

      Malah kalau masih tak jelas lagi Tun M dah persilakan buat RCI untuk bongkar segala tuduhan2 bodoh lagi terdesak ini.

      Penjelasan Tun M apa lagi? RCI je laaah..

      Dengan RCI kata2 Tun M hanya akan menjadi sebahagian dari keseluruhan siasatan, sedangkan kalau nak dengar penjelasan Tun M maka kata2nya akan jadi 100% drpd keterangan.

      Bukankah RCI itu lebih baik bagi mereka yang kononnya ingin bongkarkan kesalahan Tun M dalam kes BMF mahupun FOREX.

      Atau sebenarnya si Najib celaka ini takut apabila RCI ditubuhkan maka akan jelaslah perkara yang selama ini didiamkan sahaja oleh Tun M iaitu... Kenyataan bahawa Tun M adalah wira negara yang sebenar.

      Dan Najib adalah penyamun celaka yang kebetulan duduk di kerusi PM.

      Delete
    2. Macai umno memang boddoo...banyak mana proton dah selamatkan tukaran asing...membentuk proffesional melayu dlm industri kereta...najib plak nak matikan melayu

      Forex dan bmf siapa yg boleh buktikan wang dari dua kes ni ade dlm akaun tun madey seperti 2.6 billion wang 1 mdb ade dlm akaun najib...hi 2... Semagat nak londehkan tun....aku rasa patutnye macai ni debat dengan tun madey..amacam ada brani...

      Delete




    3. Apa pasal sensitif sangat DG istilah BNM, FOREX, takut ke?



      Delete
    4. 11.52....sedap makan taik badak. Najib terang2 ngaku 2.6b duduk mengeram dalam akaun peribodynya. Terang2 woiiiii.....walaupon mula2 kata tak der....tapi tetiba lepas tu kata ada pulak.....macam biskut chipsmore kejap ada....kejap tak der.

      Pasal apa semua duit masuk akaun peribody....tak masuk akaun kerajaan atau akaun umno??

      Duit SRC hilang 42juta.....duit yg bayar Aabar ciplak pon lesap.....duit felda pon ranap.

      11.52 sila telanjangkan perkara2 ni bagi terang sikit kat kami di sini......jangan tau nak bogelkan orang jer tapi tak sedor seluor sendiri pon udah gelebeh reput berlobang........jaga2 jangan sampei kawan tu keluor mengintei.....

      Delete
    5. 12.42......Braaaaderrrr......jangan bodoh piang sangat bro, kesian kat mak ko.......

      Tun M dah kata tubuhkan RCI siasat semua kes lama dan jangan lupa siasat 1MDB jugak. Ada ke Tun M kata jangan siasat kes zaman tok kadok tu??? Orang dah kata siasat, siasatlah.....sensitif apakebendanya???

      Apa ko tak reti bahasa ke.....kalo nak suruh kami sini cakap bahasa lembu/badak sori kami tak reti.......itu bahasa kami belum belajor lagi. Kat sekolah dulu pon tak der subjek tu. Jadi tolonglah paham2kan sikit cakap melayu ni bro..........

      Delete


    6. Memang lah tubuh RCI ITU satu kewajiban...
      Debate Forex, Bnm satu altrrnatif


      Delete
    7. Macai umno akal pendek susah nak reti..dia nak londehkan tun madey tp tun madey yg akan londehkan nazri dengan najib...nazri ade peluru kosong jer...

      Delete
    8. Kalo nazri dan macai2 ade peluru betul dah lama dia orang berhujjah dengan fakta tepat...tapi asik pusing wayang pacak jer...

      Delete
    9. Rakyat mesia boleh lihat kepala nazri kena sekeh dengan siku tun madey...hi3...

      Kalo tun tanye kenapa najib beli ladang sawit eagle di sulaweai milik rakan karib dia peter sondol dengan harga 3 kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran...ape yg nazri nak jawab...adekah nazri akan jawab najib berpakat dengan peter sondol nak songlap duit felda yg dah hampir kering...macai ni pon tak tahu...tun madey tahu ape sebabnye...

      Delete
    10. najib yg kena bogel nanti tu ko tak risau ka.........ha ha ha.....nanti trkantoi pulak telo takde........nothing to hide......memang betul la tu.....nothing is hidden.....

      Delete
  16. whether it's nazri, dahlan, keruak, puad or Lord Aziz, none of them are capable, besides they are all only parroting what rpk have to say in his blog
    it would be great to see rpk given a chance to reveal everything in front of the man himself in a no holds barred face to face

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lord Dogol
      Pondan Padang Rengas
      Jaguh Kampong!!!
      Berani kata kat rahman dahlan tentang debat tak jadi dgn LGE
      Tapi takut nak kata kat Madpudulong raja bugis yg kesipuan termengah mengah lari masa forum nothing to hide!!!

      Delete
  17. Johari kata debat ni tak ada kena mengena dengan kjaan...woi johari, what the hell are you talking about? Nazri tu menteri la. Kalau kau nak sivuk pun, jawab dulu apasal saham 50% aramco dalam rapid pengerang tu nilai cuma usd7b? Kau tu akauntan, menteri kewangan....jawab la. Soal rahman dahlan pulak; semua ahli umno patut bawa banner "I Am Not Rahman Dahlan"...kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Memang betul kata Johari yang debat tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Tapi isu dan perkara yang di bongkar nanti yang balik pada Najib.

      Najib sebagai PM tidak boleh menahan kemahuan dan hidung Nazri berasap untuk tunjuk kejantanan nya.

      Tetapi sebagai Presiden UMNO, Nazri kena ikut arahan Presiden yang dinasihati oleh memanda-memanda nya supaya jangan berdebat.

      Melucut terus jawatan Menteri Nazri bukan lah cara yang terbaik melainkan mengantung keahlian Nazri.

      Wallahualam

      Delete
    2. Nazri anggota kabinet...jadi dia tetap senantiasa wakili kjaan 24/7 dalam apa jua situasi; gaji menterinya jalan 24/7. Melainkan dia letak jawatan.

      Delete
    3. Boleh plak UMNO bagi br1m on behalf kerajaan sedangkan UMNO tu bukan kerajaan pun...

      Delete
    4. Aik ..johari pun nyanyuk??? Ingatkan tua bangka dalam mubarak saja yg nyanyuk!!!

      Delete
  18. Nazri dah perli Rahman Dahalan takot nak berdebat dengan lim guan end setelah cakap besar( stail orang umno) rakan sekabinet...ade tanda2 pergeseran dlm umno sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Siapa yang ghaib dari Nothing to Hide. Nazri sepatutnya cakap saya bukan seperti Najib lari dari Nothing To Hide.

      Atau adakah Nazri sindir Najib ?

      Delete
    2. 12.25...betul jugak kata awak.

      Delete
    3. Botak tu pondan telur dah masuk angin

      Delete
  19. Rahman dahlan!!! You minister, you know, how can nazri talk play play about you like this? Where got water face some more? Next time dont talk big big rahman...now kena laugh kaw kaw oredi.

    ReplyDelete
  20. Kota Belud kena selut kat muka ahak ahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selut tapi tahi karabau

      Delete
    2. Apa kata Raja Petra mengenai Rahman Dahlan....

      "Rahman yang tidak mempunyai pengaruh langsung di Sabah cuba membunuh karier politik Hajiji namun menyedari tidak akan berjaya berjuang secara bersendirian kerana tiang rumahnya di Kuala Lumpur, maka Rahman bersedia menjadi ‘khadam politik’ kepada Musa Aman yang tidak mempunyai ‘Macai’ selain rakan kongsi perniagaan seperti Admund Looh, Andrew Lim, Michael Chia, Raymond Chan dan Nasir Yeo.

      Beberapa ekor ‘keldai tua’ di dalam Umno tidak menyokong Musa Aman, sebaliknya bersifat seperti buaya yang akan melibaskan mangsanya ketika mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

      Kemunculan anak muda dari Tuaran yang menumpang tuah dan populariti bapa mertuanya, tokoh akademik,Tan Sri Awang Had Salleh dan isterinya, Norazlina Awang Had seorang pengacara NTV7 untuk menakah naik daripada seorang budak kampung di Tuaran kepada tokoh dikenali di arena politik Malaysia sebenarnya lebih dilihat sebagai ‘Khadam’ Musa Aman.

      Kebolehannya ‘mengampu’ menyebabkan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memilih beliau sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Umno pada tahun 2004 selepas berlangsung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu. Ketika itu Rahman selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Tuaran sudah mempunyai kedudukan yang selesa sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman."

      Delete
  21. .
    .


    Rahman Dahlan akan berdebat dengan LGE sekiranya debat Mahathir - Nazri tidak di halang.

    Alasan faktor keselamatan tidak boleh di gunakan kerana tahap keselamatan debat Mahathir - Nazri lagi panas dari debat Rahman - LGE.


    Atau mungkin debat tersebut di buat secara regu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis malaysia antara yang terbaik didunia. Itu diakui dimana mana negara pun. Jadi keselamatan bukan satu masaalah sepatutnya. Tapi alasan.

      Delete
    2. Polis msia.....hahahahaha

      Delete
    3. Polis mesia siasat 1 mdb tak selesai lagi..entah berapa tahun lagi baru siap...

      Delete
    4. Polis malaysia? dulu boleh lah jadi kebanggaan negara. Sekarang?..ahu khad, ahu khad...nak muntah...

      Delete
  22. Terima kasih dato nazri kerana buat statement pasal rahman dahlan. Lawak percuma hujung minggu ni bagus jugak di zaman harga barang naik ni. Jangan lupa ngan mat maslan nohhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat maslan tak boleh...nanti orang kata nazri pon tiga suku jugak...ha4

      Delete
  23. Nanti adalah menteri umno yang akan kata berdebat tentang 1MDB itu sub judis dan debat dibatalkan.habis cerita.

    ReplyDelete
  24. ..

    ..

    Mahathir tahu itu sebab Mahathir kata apa-apa tajuk pun boleh.

    Apa alasan yang akan di guna untuk batalkan debat ?

    Mahathir pergi ke Padang Rengas oleh itu keselamatan Mahathir yang dalam bahaya bukan Nazri. Jadi alasan keselamatan tak boleh pakai. Dan Mahathir tidak risau sikit pun.

    Tak ada tempat. Nama Padang Rengas tak kan tak ada padang di sana.




    ReplyDelete
  25. Bukan setakat mulut dipenuhi dedak ketulan Taek Low. Hancingan kingcin lobai berjampi pun berlumuran dimuka. Tambah lagi foot pun tersumbat in the mouth.
    Akibat cabar , sendiri jadi mengelupor mental resah.
    Kesian Rakyat puak UMNUPis ni.
    Tapi MCA Gerakan sebagai wakil salesman PRC Komunis bahagia jd broker lelong pertiwi.
    Prnfedak hsppy

    ReplyDelete
  26. Ape sudah jadi dengan umno?...Nazri plak berani sekeh dengan siku kepala Rahman dahalan taman manggis...tersembam muka Rahman taman manggis atas taik lim guan end...hi4... sekeh rakan sendiri...memalukan umno ni...tapi orang umno tak ade kemaluan..

    Ape alasan macai2 budooh plak?

    ReplyDelete
  27. SUBHANALLAH, SEMOGA ALLAH MENZAHIRKAN MANA YANG BENAR, MANA YANG BATHIL DENGAN TERJADI NYA DEBAT ANTARA TUN MAHATHIR DAN DATUK SERI NAZERI.

    AMINNN.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seblm debat lagi Allah dah tunjukkan mana yg hak dan mana yg bathil kpd orang2 yg menggunakan akal kurniaan Allah...

      Delete
  28. Nazri, Rahman, Keruak ....adalah 'anjing2 salakan' Najib, pencuri duit 1mdb. Mereka hanya setia pd Tuan mereka dn akan bercakaran utk tunjuk pd Tuan mereka, siapa yg bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang nama2 hero najib dah tak mampu lagi nak pertahankan tuan ketua perompak....sejak DOJ/FBI umumkan MO1 klepek duit 1mdb,Singapork mendakwa dan menghukum konco2 jho lo dan umumkan jho lo dlm siasatan singpork kerana gubah wang curi 1 mdb dan swiss mintak maklumat 1 mdb dari loyar buruk negara semua panglima2 najib tak berani nak pertahankan tuan ketua prompak lagi...tak berdaya nak bukak mulut lagi...takut silap cakap kena sekeh...tapi masih ade yg bodooh berani tunjuk samseng kunun...

      Delete
    2. Si botak tu kurang cerdik(bukan semua graduan panjang akal). Apa pasal cabar Tun? Nak suruh Tun buka rahsia 1mdb? Jika saya jadi najib saya buang botak ini, bodoh sangat. Lihat menteri yg cerdik, depa dok diam diam sebab depa tahu mo1 itu pencuri. Tapi menteri bodoh pendek akal kuat menyalak nak ampu bos.
      Sekarang apa jadi? Nazeri dah terlepas cakap....tanggung sajalah botok oi....jika Tun baling gelas kena kepala kau elok sangat lah....he...he...

      Delete
  29. Dah nazri cabar banyak kali dah... tak yah alih tiang goll lagi... bila mamak nak sahut cabaran...telo dah goyang... yanggg...yangggg.... kikikikiki

    ReplyDelete
  30. Jika debat kali ini tidak jadi dgn alasan dari IGP atau isu korea Utara atau apa apa alasan dari nazri dan UMNO,aku nasihatkan nazri berhenti lah kerja sebagai menteri yang tiada apa apa keuntungan pada negara tu,kau berniaga pula busana pengantin dan kamu nazri jadi Mak Andam Botak.

    ReplyDelete
  31. 16.51
    apa yg ko nak spin dan alih tiang goll ni setannn... kan nazri dah sahut cabaran tun mamak anjing dan barua singapork tu.... mamak bila mau action la... atau telo dah goyanggh... yanggggg.... yangggg



    Kikikikikikiki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruk MatYeh 17:03,,,
      Kamu ini baru jadi manusia ke? Patut pun bercakap bukan gaya manusia.
      Kenapalah tuhan jadikan kamu manusia......

      Delete
  32. heboh cerita debat ni skrg,mmg baik dengar ceramah ugama,ustaz samsul debat pun o.k gak,tajuk ceramah "budak botak dalam sepender,ada ke tidak? satu kajian"ari tu aku dengar kat pwtc o.k je...oooobtg,engkau lah btg idaman ygku tunggu selalu.(lagu raja ema) la la la lala la la......la la la...

    ReplyDelete
  33. Hari ni kurang macai berhujjah...tak berani angkat muka...baru kluor sikit dah kena sekeh...mana tak kena sekeh bagi hujjah taraf bebudak... Fakta merapu,auta,main silap mata,main wayang pacak dan guna bahasa kesat...taraf ni jer pemikiran penyokong umno...alamat nak berkubur laa...pemimpin2 dah mula sekeh menyiku sesama sendiri...

    ReplyDelete
  34. Padang Rengas Tun pun sampai
    Turun kereta orang melambai
    Penjual kereta, penjual petai
    kerumun Tun kosonglah kedai

    orang tempatan nak tengok debat
    nak tahu negara siapa musibat
    nak tanya menteri selalu tak dapat
    menteri di KL bukannya dekat

    menteri datang hampir ke dewan
    baju merah mengawal, macam pahlawan
    Jamal Pak Tongkol ketua rombongan
    sepucuk meriam ada ditangan

    ramai menteri ada dipintu
    Rahman Dahlan ada disitu
    yang absent hanya si sifu
    temankan isteri membeli baju

    Tun sudah naik kepentas
    dewan penuh walaupun panas
    berpeluh peluh sampai berlengas
    gara gara nak tengok bahas

    resah menunggu dah jam sembilan
    menteri tak naik debat nak jalan
    rupa2nya menteri dalam ambulan
    kena pelempang Rahman Dahlan...






    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...fan tun 4ever the best.

      Delete
    2. Kah kah kah..

      Bro fan tun memang terbaik..

      Delete
    3. Hehehe....bro fan tun rangkap yg last tu kelakor bro.....teman gelak sorang membacanya.

      Kalo tak ada pantun mike bro....blog tuan budin ni kurang serinya.

      Delete
  35. Hahaha, terbaikla bro fantun..

    Si sifu temankan isteri membeli baju
    Tengok debat online, tak berani one to one
    Itu le perangai menteri2 kabinet si sifu
    Belum apa2 lagi, dah gaduh mcm kena sawan

    Tun tengok tersenyum kelat
    Najib menggeleng dalam pesawat
    Belum berdebat hangpa dah kekwat
    PRU 14 nanti dah konfirm gawat..

    Kihkihkih

    ReplyDelete
  36. Jib: Kau nak debat dengan Tun juga.
    Naz: Ya. Tun yang cabar saya.
    Jib: Jangan. Nanti macam-macam timbul.
    Naz: Saya nak juga. Kalau tak malulah saya.
    Jib: Ok. Kau boleh debat dengan Tun. Tapi...
    Naz: Tapi apa, Boss?
    Jib: Kau tak boleh jadi calon Pru14.
    Naz: .....?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ertinya. Debat tak jadi.
      Aku dah agak dah.
      Kah... kah... kah...

      Delete
  37. Berani berdebat shj akan memberi satu tiket mudah utk kekal dlm kabinet akan dtg najib. sbb bagi najib, anak buahnya berani lawan musuh politik najib akan memudahkan lagi kerja najib menghadapi kerenah org tua 92 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri memang berani hulur kepala untuk disekeh oleh orang 92 tahun...ha4

      Delete
    2. Najib yg menggelabah bila citer 1 mdb keluar..peluru 1 mdb tak bisa ditangkus oleh nazri..orang padang rengas boleh tahu macammane duit 1 mdb masuk kedlm akaun najib...nazri bukan ade bukti derma raje arab...

      Delete
  38. Memang palui si raman dalan. Bikin malu orang sabah saja.

    Kawan satu kabinet kau pun kutuk kau tau kah?

    Just dig a big hole and stay there till you die lah raman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini laman sutak bikin malu sama malayu...puuii..mau debat sama cina lge tapi last minit panggil polis dan sprm suruh tolong kasi batal...tulur memang hancus...

      Delete
  39. Mamak mana mau lari haaahhhh....!!! Sudah sahut cabaran banyak kali... mamak suda lari lintang pukang haaaaahhh...!!!! Telo mamak suda masukkkk itu dalammmm purut laaaaahhhhh..... kikikiiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyyy deiiii......ubat tarak makan ka??? Ubat tarak makan nanti kalo badak kejar mau lari tenaga tarak. Deiiiiii tamby....pasal apa tarak makan ubat?? Apa itu worang gila punya ubat pon penyamun suda kasi samun juga ka??

      Ayoyo tamby.....itu penyamun pon makan sama punya ubat ka.....oooo itu macam....itu penyamun pon worang gila jugala.
      Ayoyo tamby......

      Delete
    2. Tarak baca punye itu tamby mabok todi

      Delete
  40. Pakatan Sudah Terkubur
    “Pakatan Rakyat sudah terkubur sekarang. Anwar sudah kembali ke dalam penjara lamanya di Sungai Buloh, Lim Guan Eng sedang menghitung hari sebelum beliau dipenjarakan lagi, dan Rafizi Ramli juga hanya menunggu masa untuk dihantar ke penjara.Hari ini, saya berani mengatakan bahawa pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad atau lebih lagi.
    Kita tidak lagi boleh menjangkakan satu lagi tsunami politik untuk mengubah status quo. Kita tidak boleh mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

    Saya telah berbincang dengan ramai orang. Mereka telah menyatakan kekurangan minat mereka untuk menyertai pilihan raya akan datang kerana mereka tidak melihat sebarang harapan dalam pembangkang. Saya rasa saya perlu bersetuju. Tidak ada harapan lagi.

    Mungkin penyelesaian atau pelajaran yang terbaik untuk PRU-14 adalah untuk menghantar pembangkang kembali ke sebelum 7 Mac 2008 semasa mereka masih belum memegang mana-mana negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), atau kuasa. Mungkin selepas itu, mereka akan ingat bagaimana untuk menjadi pemimpin sekali lagi untuk satu kumpulan politik yang berharap untuk dipilih untuk memerintah dalam masa terdekat dan bukan sekadar menjadi pembangkang.”

    Manjeet Singh
    sekretariat BERSIH

    – Malaysiakini

    ReplyDelete
  41. Nazri – Mahathir : Cabaran Bersahut, Hanya Menunggu Pencak Bermula
    Nampaknya cabaran perbahasan terbuka yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahut oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

    Bukan sahaja beliau bersetuju, malahan beliau sudah mahu berbahas secara terbuka tanpa sebarang syarat.

    Nazri yang sedang berada di luar negara berkata, dia bersedia berbalas hujah dengan Dr Mahathir berkenaan isu skandal Bumiputera Finance Malaysia (BMF), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Bercakap kepada portal Malaysiakini, Nazri berkata, beliau sedia berdebat dengan Dr Mahathir sebaik saja pulang dari luar negara.
    nanti.

    Ketika ini anggota parlimen Padang Rengas itu mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman.

    Beliau dijangka pulang ke Malaysia Isnin ini.

    Nazri juga berkata beliau turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir.

    “Serahkan pada dia (bab tajuk).

    “Penyertaan saya tanpa syarat, kecuali dalam penentuan tarikh. Yang lainnya terserah pada Mahathir.

    “Malah, jika penyokong saya tak dibenar hadir pun saya setuju. Saya hanya mahu debat ini jadi kenyataan,” katanya dalam portal berkenaan.

    Dr Mahathir dan Nazri sering berbalas kenyataan sejak beberapa ketika dan kedua-duanya kelihatan saling mencabar.

    Nazri yang pernah berkhidmat sebagai menteri pembangunan usahawan dalam kabinet Dr Mahathir mencabar bekas perdana menteri itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas.

    Kini diharapkan, Dr Mahathir benar-benar dalam cabarannya dan akan terus mengadakan debat berkenaan selepas persetujuan dari Menteri berkenaan dibuat tanpa sebarang syarat membuatkan tidak ada sebab Dr Mahathir mahu mengelak dari berdebat dengan Nazri.

    ReplyDelete
  42. Mamak dulu pejuang sekarang petualang Singapork...... mamak jangan cuba lari lari lagi haaahhh....!!!!

    INI KALI LAH.... HAAHHHHHH!!!!!!


    KITA....

    UBAH & SIMEN...... LAAAAAHHHH....!!!!!

    ReplyDelete
  43. 10 BUKTI SKANDAL FOREX?
    PASUKAN Petugas Khas ditubuhkan kerajaan pada 22 Februari lalu tidak harus mengetepikan dakwaan yang pernah dibangkitkan bekas Pengurus Kanan Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr. Rosli Yaakop dalam satu forum di Pulau Pinang pada 2 Jun 2012.

    Apa yang didedahkan Rosli dipercayai dapat merungkai tanda tanya berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh BNM sekitar 1990-an.

    Pasukan diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan itu boleh memanggil Rosli sebagai saksi untuk memastikan tiada sesiapa boleh terlepas dari siasatan menyeluruh skandal itu.

    Ini termasuklah sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut.

    Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL memetik kembali pendedahan Rosli dalam tulisannya bertajuk Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula yang dikongsinya bersama pembaca Harakah pada 5 Jun 2012.

    1 Sebelum 1992-93 lagi, BNM dikatakan telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan pertukaran wang asing, sekali gus mendorongnya bermain di dalam pasaran kegiatan itu dalam skala semakin besar.

    2 Para pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari.

    3 Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran – satu aktiviti yang tiada kena-mengena langsung dengan fungsi ‘mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi’.

    4 Pada 1992, BNM berjudi di dalam pound British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan Soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion.

    5 Gabenor Bank Negara ketika itu didakwa berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (pada 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

    6 Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap.

    7 Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat ‘tak tahu’. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi pada 1993.

    8 Sukar diketahui dengan tepat kerugian akibat skandal ini. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan.

    9 BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan.

    10Empat orang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat skandal ini. Mereka ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Gabenor BNM, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

    ReplyDelete
  44. MAMPUKAH MAHATHIR MENERIMA KEKALAHAN DEBAT DITANGAN NAZRI AZIZ?
    PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin terdesak untuk terus berada dalam persada politik tanahair. Dari seorang negarawan beliau telah membuat pusingan ‘U’ yang meletakan beliau sebaris dengan pemimpin pembangkang yang lain.

    Rakyat Malaysia amat maklum bahawa pemimpin pembangkang mengunakan pendekatan fitnah dan fitnah berterusan tanpa ada sebarang fakta atau pun cadangan membina yang mampu membina masyarakat dan negara. Kini ‘kerusi’ tersebut menjadi pilihan Mahathir.

    Para penyokong tegar Mahathir dilihat makin kecewa dengan keputusan terburu-buru yang beliau lakukan pada penghujung usia beliau. Setelah merendahkan martabat dari negarawan kepada Ketua Bahagian PPBM Langkawi. Kini Mahathir bakal berdebat pula dengan Datuk Seri Nazri Aziz pula. Nampaknya Mahathir akan terus mengecewakan penyokong tegar beliau.

    Jika dicongak dan dihitung, sepatutnya taraf Mahathir dan Nazri terlalu jauh berbeza namun disebabkan oleh keterdesakan beliau yang dikatakan mahu mengangkat anak kesayangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri maka beliau dilihat sanggup melakukan apa sahaja.

    Sebelum ini Mahathir mencabar Nazri untuk berdebat. Kini cabaran tersebut diterima oleh Nazri untuk berdebat dengan Mahathir mengenai 1MDB. Menteri pelancongan dan kebudayaan itu juga bersedia berbalas hujah dengan bekas perdana menteri itu mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku beberapa dekad lalu, serta dana RM2.6 bilion derma daripada Raja Arab Saudi.

    Nazri turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir tanpa syarat kecuali dalam penentuan tarikh memandangkan kini beliau mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman dan dijangka pulang ke Malaysia Isnin ini.

    Sebelum ini Nazri mencabar Mahathir bertanding pada pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas. Namun Mahathir menegaskan beliau tidak berhajat kembali bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat “pelbagai isu” termasuk skandal 1MDB dan BMF.

    Sekiranya Nazri kalah dalam perdebatan tersebut, ianya tidak banyak mendatangkan kesan terhadap beliau. Namun berlainan pula sekiranya Mahathir kalah berdebat dengan Nazri. Perkara tersebut sudah tentu akan mengundang malu yang teramat sangat kepada bekas perdana menteri yang terkenal dengan sikap sombong dan bongkak itu.

    Mampukah beliau menerima kekalahan tersebut? Jangan sampai nanti orang tua-tua cakap “mati dalam keadaan mata terbuka pula”.

    ReplyDelete
  45. Sesungguhnya Allah yang Maha Merancang,,,,mereka mereka yg berkuasa ingat dengan mengunci DSAI di penjara,,maka segala perancangan kotor ,putar belit yang memangsakan masa depan rakyat dapat disorok dan di kawal dengan mudah,,,rupa2 dengan kuasa Allah ,,,TunM rupa2 nya telah mengambil alih tugas DSAI membela rakyat daripada berterusan di tidas ke anak cucu,, .Tak sesiapa menyangka Tun bagaikan terpilih menggantikan tugas DSAI, sementara DSAI akan bebas tak lama lagi,,,Jika DSAI bergabung dengan TunM ,,,maka rakyat Malaysia akan dapat merayakan kemerdekaan berganda yang gilang gemilang, InshaAllah....

    ReplyDelete
  46. Nadzri makan najis..

    ReplyDelete
  47. GEMPAR !RAHSIA NAZRI DAN MAHATHIR 1 DEKAT TERBONGKAR.
    @ 15 tahun lalu,sewaktu menjadi PM,Mahathir da Nazri telah keluar makan malam disabuah hotel terkemuka tanah air,sambil makan mereka berbincang,waktu inilah rahsia besar nazri terbongkar ! bila mahathir bertanya nazri apa rasa makanan yag dimakan nazri,lantas nazri menjawab dengan membuat pengakuan dgn berkata sedap !! pengakuan nazri itu telah ditutup bertahun lamanya ..lepas makan mereka balik, sekian dari saya( penyokong tegar Nazri)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...