Tuesday, 29 November 2016

JANGAN MAIN2 DENGAN ROSMAH!!


Ahad lalu, Najib Razak menulis di laman Facebooknya memberitahu mengenai perbualan telefonnya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang disifatkannya berlangsung dengan amat mesra dan produktif.

Kata Najib, selain mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini,  mereka berdua juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
"Antara lain, perbualan kami juga menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Trump dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Amerika Syarikat," tambah Najib lagi sambil menyifatkan ia merupakan peluang terbaik baginya dapat menghubungi Trump selepas kejayaannya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook itu  Najib tidak memberitahu langsung bagaimana beliau tiba-tiba dapat berbual di telefon dengan Trump itu.

Adakah beliau menelefon sendiri atau ada seseorang yang mengaturnya?

Kenapalah sampai Rosmah sendiri perlu memberitahu mengenai peranan yang telah dimainkannya itu?

Nasib baik Rosmah sendiri mendedahkannya, jika tidak, tiada siapa tahu betapa besar peranan dan sumbangannya itu.

Bagaimana jika pada jam 2.30 pagi itu, iaitu ketika telefonnya berdering kerana dihubungi seseorang yang bergelar Tan Sri yang ingin memaklumkan Trump akan menunggu panggilan telefon Najib dalam tempoh dua jam lagi, Rosmah sedang nyenyak tidur atau enggan menjawabnya?
Bukan semua orang boleh terjaga atau sanggup menjawab telefon di waktu subuh-subuh sebegitu dan kemudian menunggu lagi untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib. 

Selepas itu, mengejutkan pula Najib yang sedang sedap tidurnya. Hanya Rosmah yang sanggup berbuat begitu dan itu belum termasuk lagi menjawab panggilan telefon yang lain di setiap hari.

Walaupun hanya memiliki telefon jenama Samsung antik dan tidak mempunyai akaun Facebook serta Twitter, Rosmah sebenarnya mempunyai sumbangan besar kepada Najib dan negara.

Besar jasa Rosmah tau!!

Oleh itu, jangan main-main dan jangan cuba-cuba menafikan sumbangannya. 

Lain kali, apalah salahnya jika Najib memberitahu sumbangan Rosmah itu secara terbuka tanpa beliau sendiri mendedahkannya? (SH 29/11/2016).

35 comments:

  1. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Tuan Shahbudin adalah jelas menunjukkan karismatik Datuk Rosmah sebagai bakal PM Malaysia nanti. Begitu bijaknya beliau mengaturkan atur cara suaminya dalam mentadbir negara. Bahkan untuk ke mana mana pun Dato Najib perlu meminta pandangan Datuk Rosmah sebagai nasihat. Sudah terserlah kehebatan firasat yang ada pada Datuk Rosmah sehingga Donald Trump turut mengaguminya.

    Catatan Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERBAIK BRO PANDANGAN TU...CAYA LA.

      Delete
    2. Bagi saya dan keluarga semua..
      Najib dan Rosmah ada menjadi tahap nabi...terlalu banyak jasa dan bakti kepada umat melayu dan islam
      Saya akan sembah najib..sebab najib adalah utusan dari Tuhan..
      Saya sanggup mati berjihad untuk najib dan Rosmah...

      Delete
    3. Mengikut Fatwa seorang menteri...
      Tidak Percaya kpd sumpah bijaN sama lah seperti tidak percaya kpd Allah.
      Habis rosak dan menyesatkan.
      Apa komen Tuan Punasihat???

      Delete
    4. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

      Delete
  2. Baik baik ye. Nanti bila berjumpa 1st lady US baru jangan diri dekat dekat. Nanti orang ingat mana punya perempuan tua tergedik seakan bibik Barron pulak yaaa....

    ReplyDelete
  3. Ingatkan Trump yang nak menghubungi Najib, rupanya Najib yang hemoi hubungi Trump. Trump layan pun sebab pemimpin negara yang hubunginya, bukan sebab dia suka Najib dan bukan sebab dia ada keperluan dengan Najib. Agaknya dah beratus pemimpin dunia bercakap dengan Trump. Lainlah kalau Trump berjaga malam menunggu call dari Najib. Kesian Najib....

    ReplyDelete
  4. Bodoh punya rosmah..nampak sgt dia yg aturkan hidup najib. Memang jelas rosmah campurtangan urusan negara. Tan sri mana la yg jadi macai rosmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. permaisuri bomoh mahu menguasai negara orang mukmin! Padan muka betina musyrik!

      Delete
    2. Tan Sri Samsu ...
      Orang tua ni pernah kawin kat masjid dengan janda
      Janda ni dulu kerja sebagai PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM ( minah ronggeng ) kat kelab dangdut kat KL
      MYRA nama akaun facebook nya
      Myra ni dah lari dari TAN SRI ni
      Tak sanggup kata nya
      Untuk maklumat lanjut
      Sila dapat kan MYRA di akaun facebook nya

      Sekian

      Delete
  5. Menitik air mata mengenangkan jasa dan pengorbanan Semah Mansor..harap beliau akan dikenang sebaris dgn tokoh2 sejarah yg hebat seperti Imelda Marcos dan Marie Antoinette..

    ReplyDelete
  6. Ini semua cerita karut. Sama dgn cerita kesah rosmah jumpa duit jutwatan pak arab dulu. Rosmah pulangkan duit pak arab. Pak arab tu nk bagi hadiah rasanya juta2 juga tapi rosmah tolak. Alaaahai :)... Satu lagi cerita pakat buat surat palsu dgn anak raja arab yg bg derma 2.6b konon derma tu diberi pda najib dan najib bolih guna utk apa saja atas budi bicara nya.. cissss nk perbodohkan rakyat sampai ke tahap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohong tu dah jd asam garam hidup....mcm mkn nasi la...hari hari mesti makan...hari hari mesti mohong..kan org malaysia bodo blake...deme je cerdik..org perak kata cerodik buah pelior.

      Delete
  7. Kenneth eswaran dlm gbr di atas tukang bawa sami dari india bikin special mandrem utk rosmah (mengikut dakwaan deepak jaikshan). M01 turut dimandrem sekali.

    ReplyDelete
  8. Banyak cerita pelik kemewahan dr beb Mah ni..
    Simpan duit dr kecik la utk beli cincin juta2..
    Baju dan peralatan diri yg mahal2 la..
    Setiap tahun dapat peruntukan budget yg bertambah la utk badan di bawahnya..
    Queen control laaa
    Mcm2 laaaaa..
    Hebat2 1st lady ni

    ReplyDelete
  9. Dia telepon pagi pagi buta sebab nak mintak tolong Donald Duck selamatkan MO1 dalam kes DOJ. Bukan nya nak tolong Melaysia pun.
    ITU LA AGENDA SEBENAR NYA

    ReplyDelete
  10. Kita org lelaki ini kalau sudah berkahwin harus menghormati suami isteri dlm islam pun begitu tetapi kita jangan pula takut pada bini sampai bini kita kontrol arahkan kita suami macam lembu pula ikut saja ingatlah kita ini suami ada maruah dlm islam pun suruh kita didik isteri supaya menjadi isteri yg taat pd suami dan allah itulah dia islam islam itu cantik tetapi klu bini itu lebih cantik tak tahulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib adalah seorang berpangkat General,dan Rosmah pula berpangkat Major.Jadi,Najib buat general decision,dan Rosmah buat major decision.Malaysia dalam gerhana.

      Delete
    2. hehehe fahammm

      Delete
  11. sebenar nya nasib atau 'mati hidup' pasangan ini ada d tangan Trump yg juga pengamal 'cash is king'.

    perangai Trump selalu mengikut 'mood' nya. kita lihat saja sikap nya setelah d lantik president nanti.

    jika najib/rosmah bebas k USA, maka dgn tidak langsung kes 1MDB n saman sivil DOJ tidak akan d process dlm masa terdekat. malahan mungkin akan d tarik balik.

    saya juga tertanya tanya d mana pergi nya menteri luar negeri atau kem luar negeri.

    kalau rosmah yg membuat segala persiapan utk najib 'menyembah' Trump, maka tutup saja lah kem itu n 'downgrade' nya kpd jabatan saja.

    saya dengar pres jokowi(Indonesia) tidak langsung berminat utk menghubungi Trump. tapi sebagai Negara (islam) yg terbesar d rantau ini saya tidak heran kalau Trump yg akan membuat initiative utk merapatkan hubungan.

    hidup president 'elect' rosmah.

    ReplyDelete
  12. Pompuan kaberet...lelaki hidung belang mane yang tak callnya...

    KERIS

    ReplyDelete
  13. Totally no class..trump asked najib to call him at dawn hahaha..meaning that u are an ashole to trump

    ReplyDelete
  14. Nampak sangat kebodohan. Kenapa najib senyap dan tiba2 rosmah pula nak heboh satu kampung. Jadi lepas ni najib pulak kenalah buka mulut. Aku boleh jangka yang mulut itu akan dibuka masa persidangan dan kita boleh lihat penggilap kasut, pengampu tegar dan jemuan haprak akan bersorak dan mengelilingi najib. kah kah kah !

    ReplyDelete
  15. We really don't care even if he received a call from God. The story is he is running the country like rosmah enterprise...buat suka hati dia aje sampai cabinet pum tak tau. Ada masalah dia tengok dan buat tak dengar aje malah tambahkan masalah lagi. Hari ni MYR/$ 4.46 apa barang pun dah mula naik harga. Nak berniaga pun dah teragak-agak

    Apa yang kita semua boleh harap dengan mo1 ni. Ni minggu umno meeting, lagi le tak jadi apa..

    ReplyDelete
  16. hahahha..TERGOLAK BOSAR den kek sini,Apo kono ko warihgh,trump tu president America,dio ado kojo banyak laghii,takkan dio nak layan si Penyamun ini.

    Setahu den,isteri tunku abd rahman,takdo buek korjo gilo ni.isteri bapa najib pn raha,takdo KACAU suami dia buek kojo,ister MahathiR dr.siti ,selamo 22 tahun takdo terkijo-kinjo nak jadi FLOM,naik jet pribadi,shopping mengilo macam ekau,isteri paklah pun samo.

    CUMO ekau,aje yg tergedik-gedik,nak tunjuk terrror,menhabihkan duit rakyat,kami orang sri Menanti tahu siapo ekau,Omak dan adik beradik ekau sendiri kau tak ngaku...kau memang anak DERHAKA.kau hantar sb2 talibarut kau,ganggu kami kek kampong,supayo kami tak buka mulut.

    INGAT Warighhhhhhhhhhhhhh,langit tak selalu CERAH.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Kalau cerita sebegini datang dari se-orang yg sangat
    di-kenali ramai sebagai orang yg beriman lagi alim...
    bolehlah kita percaya.

    Tetapi kalau ia nya datang dari si-Semah ke..si-Kepit ke..
    si-Jawa ke...si-Jamban ke...si-Keruak ke...HARAP anggap
    ini adalah cerita FICTION aje...seluroh badan kalau dah
    kotor dgn Najis macam2 cara yg di-buat untuk bersihkan
    najis tersebut...macam cerita si-Semah tu...

    ReplyDelete
  19. That phone conversation is her family's life line... She will even crosses the seven seas to make sure that it took place - so to have a sleepless night was really nothing of consequence. Believe it.

    But history shall run its course. Even Trump and his gang can't stop it... If you know what I mean.

    ReplyDelete
  20. Rosmah berharap Trump akan gugurkan saman sivil keatas perompak2 1mdb..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu kah TRUMP campur tangan dalam perundangan U S berhubung kes 1MDB ?

      Adakah TRUMP rabun mata dengan SOGOKAN 1 billion ringgit kalau M O 1 juluk under table untuk settle kes ?

      Delete
  21. Najib ni kita kena faham. Dia ni bebal. Nasib ada rosmah. Kalau tak taktaulah apa nak jadi. Nak dial pun kena mintak tolong rosmah. Kita semua patut rasa beruntung ada rosmah ni.

    ReplyDelete
  22. Walaupun Rosmah dilanda pelbagai kontroversi, disuatu hari nanti beliau akan dikenang sebagai srikandi bestari.

    Ramai ygg akan meratapi pemergiannya setelah beliau tiada lagi di dunia ini.

    Keseksian dan kecantikan Rosmah bukan hanya di susuk tubuh dan raut wajahnya. Tetapi juga keindahan dari dalam jiwa dan raga.

    ReplyDelete
  23. Tan sri tony fernandes paling akrab dgn trump bkn penyangak menteri.jadi baik mama kool skit ok jgn lebih2

    ReplyDelete
  24. Nama saya adalah Puan Ramuna Abd, saya telah cuba mendapatkan pinjaman dari Bank untuk sekarang dan bank telah gagal saya berkali-kali sekarang, saya juga cuba mendapatkan pinjaman secara dalam talian saya bertemu dengan peminjam pinjaman dalam talian yang berjanji untuk memberi Saya mempunyai pinjaman, Tetapi Sayangnya saya mempunyai penipuan wang yang saya miliki, sehingga saya melihat kesaksian Puan Maria Babamore tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Puan Gloria S Loan Company, saya menghubungi dia terlebih dahulu supaya saya dapat memastikan bahawa Puan. Gloria S. tidak mempunyai penipuan seperti peminjam pinjaman lain yang saya jumpai, tetapi saya terkejut
    Puan Gloria S. adalah berwibawa dan boleh dipercayai Saya menghubungi Puan Gloria S. dan memohon pinjaman sebanyak RM200,000.00 untuk pengembalian wang dalam masa dua tahun pada mulanya saya takut untuk tidak ditipu lagi kerana Puan Gloria S. memberi pinjaman di kadar 2% yang sangat rendah, selepas beberapa jam pinjaman saya telah diluluskan dan saya
    Saya mendapat pinjaman sebanyak Rm200,000.00 yang dipindahkan ke akaun saya dari Gloria S. Loan Company. Saya tidak percaya sehingga bank saya memberitahu saya di mana wang itu datang. Saya sangat gembira saya dapat mendapatkan pinjaman dan saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa saya akan terus memberitahu orang ramai tentang perbuatan baik yang dilakukan oleh Puan Gloria S untuk saya dan akan
    Mengesyorkannya kepada mana-mana badan yang mencari pinjaman untuk menghubunginya dengan e-mel ini:
    gloriasloancompany@gmail.com, Whatspp: +1 (267) 527-974 anda juga boleh menghubungi saya dengan e-mel saya:
    Puan Maria Babamore melalui surat mariababamore002@gmail.com dan anda juga boleh menghubungi saya e-mel: abdramuna@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...