Friday 11 November 2016

APA SALAHNYA JIKA SEJARAH YANG SAMA BERLAKU KEPADA NEGARA KITA?


Ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor, sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein dilaporkan memberi ingatan mengenai PRU 14 akan datang yang dianggapnya bakal menjadi paling sengit dalam sejarah perjuangan parti itu.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan, UMNO perlu bersedia menghadapi persaingan mencabar itu bagi mengelak ia menerima nasib seperti Golkar di India, Kongres di India, LDP di Jepun dan Koumintang di Taiwan yang kalah dalam pilihanraya.

Mandat lima tahun sudah hampir dua pertiga hayatnya...ini bermakna UMNO perlu mendapat mandat baru, tapi ia bukanlah semudah yang kita impikan, katanya lagi.

Ingatan Hishammuddin itu tentunya tidak lain untuk memberi semangat kepada ahli-ahli UMNO agar terus bekerja keras lagi kiranya ingin mengekalkan kuasa yang ada sekarang.
Jika tidak, bersedialah hilang kuasa seperti yang dialami oleh Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang. Itulah matlamat beliau.

Memang hakikat mengenai titipan sejarah itu barangkali sudah pun difahami oleh ramai orang. Ia bukanlah sesuatu yang asing.

Tetapi, apa yang Hishammuddin tidak beritahu ialah apakah rakyat dan negara Indonesia, India, Jepun serta Taiwan menjadi lebih buruk dan mereka semakin mundur ke belakang berikutan kalahnya parti-parti tersebut?

Adakah negara-negara tersebut telah hancur hanya kerana kalahnya sebuah parti yang selama ini menguasai kerajaan?

Atau dalam aspek-aspek tertentu, kekalahan itu mungkin memberi manfaat yang lebih baik lagi buat rakyat dan negara mereka?

Begitu juga bagi Malaysia, apakah kekalahan UMNO tidak baik bagi rakyat dan negara ini? Adakah hanya yang buruk-buruk saja bakal menimpa?

Jika negara kita tidak hancur, malah kekalahan UMNO mungkin memberi lebih banyak kebaikan, maka apa salahnya bagi rakyat Malaysia menuruti sejarah Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang itu dalam PRU 14 nanti?

Soalnya juga, apakah UMNO akan menjadi lebih baik, pemimpinnya lebih bertanggungjawab dan Najib lebih jujur serta ikhlas, terutamanya berkaitan kemelut 1MDB dan wang berbilion-bilion, jika parti itu terus diberikan kuasa lagi memerintah negara ini? (SH 11/11/2016).

36 comments:

  1. Mamat blur ni penakut no.1 yang ada dalam arena politik malaysia..
    If korang susur perjalanan politik mamat ni..byk menang PRU tanpa bertanding..bukan tak ada orang lawan..tapi selalu cari punca agar percalonan pihak lawan terbatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Si Shima ni nak jadi PM kita?
    Jauh panggang dari api lah.

    Tidak ada sesiapa yg ingin berimamkan si bapok ni. Tolong sedar diri tu sikit.

    Lainlah kalau negara ni bapak dia yg punya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You patut tanya pada orang Johor...bangsa johor...umno johor.

      Delete
  3. bahaya statement ni admin .. melangar akta hasutan.

    Jika negara kita tidak hancur, malah kekalahan UMNO mungkin memberi lebih banyak kebaikan, maka apa salahnya bagi rakyat Malaysia menuruti sejarah Golkar, Kongres, LDP dan Koumintang itu dalam PRU 14 nanti?

    kalu menang pun bn juak2 kalah saperti bersilat lagi,
    Demokrasi dibuat org dicemarkan.

    Kalu gitu maksudnya blog2 pembangkang
    maka bershit akan taburkan gas pemedih mata.
    lihat la nanti. nak kata zalim lantak pi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru Silat Al_Mangunah di Sauk pun dulu, cakap bergegar2 macam tidak takut mati dan sudah bersedia nak mati syahidlah konon....tapi dengan hanya pengangan lagu P. Ramle dan tangisan anak-bini, kebal-mebal entah ke mana dan panglima menjadi panglimau ..akhirnya mereka mati katak di tali gantung.
      Fikirlah orang Melayu, jangan jadi Al_Mangunah, kebal-mebal tak berguna satu sen tanpa kita tiada otak. Tanpa otak, orang lain akan jadikan kita jadi LEMBU!

      Delete
  4. Selagi Najib jadi Presiden UMNO dan tidak didakwa ke mahkamah, menyokong UMNO adalah menyokong perbuatan mungkar atau jenayah yang dilakukannya. UMNO sudah jadi parti perompak dan pencuri yang memperalatkan kesetiaan buta para ahlinya. Negara tidak memerlukan kepimpinan perompak kerana mereka tidak ada niat suci untuk membangunkan bangsa dan negara kecuali memperalatkannya untuk kepentingan diri semata sehingga sanggup merompak wang rakyat dengan rakus.

    ReplyDelete
  5. UMNO kelal status quo. Nak bagi UMNO cerdik semula, kene tumbangkan UMNO dulu.

    #BNexit

    ReplyDelete
  6. Salam

    UMNO tu dah jadi daging busuk....nak masak tak boleh nak salai pun tak dapat....hanya layak sebagai makanan biawak je.

    Sape nak bimbit daging busuk kesana kemari?... biawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak2 munafik pening duniawi dan hilang akhirat....ke neraka lapisan terbawah. Tak payahlah berpura berIslam!

      Delete
  7. Najib Razak dan UMNO BN WAJIB dijatuhkan secepat mungkin dan sama sekali tidak layak diberi mandat lagi untuk terus mentadbir negara ini. Banyak keburukan di era UMNO BN di bawah pimpinan Najib Razak. Terlalu banyak rahsia keburukan disembunyikan baik daripengetahuan parlimen mahu pun di pengetahuan rakyat umum. Kerajaan hari ini adalah sah sebuah kerajaan yang dipayungi regim dan pengikut perasuah dari sebesar besar RM2.6 billion hinggalah sekecil kecil wang BR1M yang diberi untuk membeli hati para pengundi dengan harapan terus mengekalkan kerajaan regim perasuah ini di pilihanraya akan datang. Mengatakan Melayu akan hilang segala2nya dan hidup merempat tidak dapat mencari makan jika UMNO BN dijatuhkan adalah kepercayaan tahyul lagiu kurafat seolah olah menyekutukan Allah kerana hakikatnya Allah yang memberi rezki dan dilah sebaik baik perencana dan perancang. Sejarah kejatuhan regim2 korup dibanyak negara di luar sana tidak saja menjadikan rakyat negara berkenaan lebih baik kehidupan mereka malah amalan demokrasi berkembang dengan mekar dan sebaik baiknya. Kita memerlukan sebuah kerajaan yang benar benar demokrasi kerana hanya cara ini suara rakyat majoriti akan terjamin. Kejatuhan GOLKAR di bawah pimpinan Suharto misalnya telah meletak negara Indonesia jauh lebih dari era sebelumnya, demokrasi berkembang mekar malah nilai rupiah berbanding RM jauh lebih baik meninggalkan Malaysia yang kian mengundur ke belakang dalam hampir semua perkara kecuali RASUAH, yang dijuarai Malaysia dan diiktiraf di seluruh dunia. Amat memalukan Malaysia di era Najib Razak dan regim perasuah UMNIO BN sekarang ini. Ayuh TUMBANGKAN UMNO BN dalam apa jua keadaan dan situasinya.

    ReplyDelete
  8. bila amno dah bawa poak tongsan masok malaisa pekara yg patut d lakukan ialah buka kandang babi dan bela babi byk-byk buka kedai judi byk-byk dan pusat pelacuran byk- byk..
    sbb cina pandai dlm perniagaan dan metametik. bangsa cina saja yg dpt mengangkat martabat malaisa dmata donia mlayu boleh jd rakan kongsi.kita kongsi segala dari bidang perniagaan hinga bidang pentadbiran dan pemerintahan.. malaisa akan jadi lebih gemilang dan terbilang.contoh tengok singapork...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:12...
      Kau ni meracau sebab kena rasuk dan sampuk dengan Hantu Mak Semah. Kalau kau bersemangat lemah, jangan tengok gambar dia lama2.

      Delete
  9. Jika umno hancur dlm pru 14 maka nasib org melayu akan lebih baik jika dipinpin oleh DAP selama 5tahun maka dgn itu semuapetaduah penyamun penyangak anak beranak boleh dihukum kerana telah mencuri duit rakyat dan buat rakyat melayu menjadi pengemis ayoh hancurkan umno itu lebih baik kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Di negara kita juga boleh diamati. Negeri yg jatuh ke tangan pembangkang selalu akan dapat peruntukan tambahan sbb bn nak cuba tawan semula negeri berkenaan. Jadi kalau nak peruntukan lebih, undilah pembangkang. KBai

    ReplyDelete
  11. Msiakini lapor AG kita tak kerjasama ngan AG swiss. Lagi la aku meluat ngan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kerjasama kang ada yg terkena.

      Delete
  12. Satu sejarah dah berulang hari ni...ringgit turun lagi. Lagi padah ekonomi kita. Kpd yg tak paham apa padahnnya, tak paaa, anda tidak keseorangan, berjuta org pas dan umno pon tak paham.

    ReplyDelete
  13. umno bn la yg melayani semua rakyat terutama melayu dgn segala bantuan dan kemudahan ... pru14 ternyata bn juga menjadi pemerintah dan umum diketahui bukan di sebabkan pemimpin yang bernama itu tetapi yang bernama UMNO itulah yang terbukti berkesan memimpin M'sia kearah yang lebih tinggi dan dihormati selama ini. (yang dikata tercela adalah dua tigo eko bebudak yang terencat akal yang memburuk-burukan diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dihormati? Aku dah 2 tahun tak pi overseas. Kawan2 yg pi overseas kerana holiday atau kerja semua bawak balik cerita yg sama...org luar ketawakan kita. Kau terperam kat felda, apa kau tau?

      Delete
    2. siapa yang reka reka hal 1mdb sesudah disabotaj - sahlah dua tigo eko tu lah punya angkara maka M'sia masyul tapi nak buat camana ea kita ni mentimun nak lawan dgn dogoyan, ketua negara mana pun tahu sebab depa pun ada jugak dua tigo eko bebudak tu angkara. soros patutnya lobi trump daripada hillary - sejarah marika mana ada sampai tiga penggal, soros org sana pun tak pandai matematik, sbb budaya pengundi sana mcm bagus pun tak boleh lebey dari 2 penggal kecuali kalu buruk sgt sepenggal je la. ada arti?

      Delete
    3. 15.31...mark twain pernah kata: never argue with stupid people; they will drag you down to their level and beat you with experience.

      Aku tak nak bahas dgn kau.

      Delete
    4. anon 15:31 banyakkan membaca, luas pengetahuan

      Delete
    5. typical argument unless same bas

      Delete
    6. 1st conviction already in spore on 1mdb related case. Now spore police says J Lhow is a person of interest (means a suspect, just in case you are wondering). Tell me anon 15.31, apa yg sabotaj, di mana, oleh sapa?

      Delete
    7. Typical argument unless same
      bas ???? Amende tu? perumpamaan negara mana ni?

      Delete
    8. 18.35....anon 18.18 tu he knows broken Emglish only but doesn't know proper English.

      Delete
    9. http://www.straitstimes.com/search?searchkey=bsi

      Delete
  14. Jelas, umno dah panik.

    ReplyDelete
  15. Tags dimykemut pun ada opposition ngapa admin bubuh mykemut ka apa ka pro gomen ... takut...

    #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar 1MDB air selangor anwar anwar ibrahim azmin azmin ali Barisan Nasional bn dap Datuk Seri Najib hadi awang Harapan Baru hudud HUDUD PAS KALIMAH ALLAH kerajaan negeri selangor khalid ibrahim lim guan eng lim kit siang mahathir MAT SABU mca Menteri Besar Selangor MUKTAMAR PAS murtad najib Najib Razak nik aziz pakatan Pakatan Harapan pakatan rakyat Parti Amanah Negara pas PERKASA pkr prk kajang prk permatang pauh PRN Sarawak rafizi selangor Umno UMNO Barisan Nasional wan azizah
    ARKIB MYKMU ARKIB MYKMU

    ReplyDelete
  16. Harap2 Barisan Nasional akan kalah teruk pd pru14 selagi Dato Seri Bijan Badul Zakra x mlpaskan jawatan sebagai perdana menteri.kita brharap parti pembangkang akan memerintah malaysia.org kampung mcm atuk opah kata klau UMNO kalah melayu akan hbis.bkn melayu dh hbis semasa umno memerintah tanah yg ada modal ekonomi cina kafi pegang kita jd anjing kpd cina kafi.org kita masih x sedar lg walaupun dikutuk org bukan Islam.apa sumbangan Bn kt kita smua,org miskin brlambak kt tepi jln sumbangan bn bg pndatang luar tanpa permit pindah banjir kt sini.nk kata tanpa umno tanpa melayu.di singapore pap memerintah semenjak lee kuan yew jd premier pd tanggal 9 august 65 org kita x hancur pun agama Islam x trjejas.org melayu di singapore lg happy sronok gaji diorang tinggi walaupun singapore knakan gst 7% tapi barang murah.sini masa bn memerintah apa yg pak bijan bt naikkan harga + six percent gaji x naik2.saya berharap parti Bersatu Amanah dgn Keadilan akan menang dlm pilihan raya supaya dpt mntadbir smula ngara kita yg teruk kucar kacir era pak bijan.kita jgn compare sini dgn amerika di united states walaupun presiden kalah menang tukar parti tetap org putih mnguasai white house.kita tgk rakyat amerika kechewa sbb donald trump mnang.tapi sekejap saja.satu hari nnti amerika akan jd ok walaupun bnyak org luar x suka dia jd presiden yg bnyak kes.slogan diorang Amerika tetap Amerika.

    George Mckinley 1937

    ReplyDelete
  17. Dasar pemakan dedak!

    ReplyDelete
  18. Apa salahnya kita berkorban demi kebaikan. Kalau ada anggota yang perlu dipotong demi menyelamatkan nyawa, kenapa tidak? Lagi pun pemakan dedak bukannya ramai. Mereka sudah mabuk dedak. Dah tahap ketagihan.
    Tuduhan campur tangan asing dalam urusan negara telah lama berlaku. Cuma bagaimana kerajaan menanganinya. Pemerhatian saya, Tun M merupakan negarawan sejati. Beliau tidak sesekali membiarkan negara lain mengawal kita. Bagaimana dengan BIJAN? Sanggup dicucuk hidung macam lembu oleh rosmah dan China. Malang kita kalau tidak bangun mendapat kebenaran dan keadilan.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...