Friday 6 November 2015

PERGHH...MEMANG TERBAIKLAH PENGERUSI PAC YANG BAHARU INI!!

Ketika arwah Jamaluddin Jarjis masih hidup, Hasan Ariffin tidaklah begitu dikenali dan hanya merupakan pemimpin peringkat negeri Pahang dengan jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya ialah Timbalan Menteri Besar Pahang sahaja.

Beliau juga tiada apa-apa pencapaian gemilang dalam pentadbiran kerajaan  mahu pun politik yang membolehkan namanya diingati serta dijulang. Beliau tidaklah sesetia dan mengiyakan apa saja seperti Hang Tuah dan tidak juga seberani melawan arus seperti Hang Jebat.

Wataknya lebih kurang seperti Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu saja - jarang benar disebut dan dipeduli orang, ada tidak begitu menambah, tiada pun tidak banyak mengurang.

Tetapi itu dulu. Sekarang setelah menjadi Ahli Parlimen Rompin mengambil alih tempat arwah Jamaluddin Jarjis dan dilantik pula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC yang berdepan tanggungjawab menyiasat 1MDB, Hasan nampaknya sudah lain macam.

Jika kenyataan awalnya sebaik dilantik mengetuai PAC ialah dengan mengatakan kedudukan Tony Pua akan ditentukan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu berikutan kelantangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bercakap mengenai 1MDB dan meskipun tiada apa-apa yang terjadi selepas itu, kecondongannya sudah mulai dapat dirasai.

Kemudian apabila timbul isu debat Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy, Hasan yang pada mulanya agak terbuka dengan mengatakan beliau tidak kisah dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen DAP itu membuat keputusan, tetapi sikapnya mula berubah apabila Speaker tidak membenarkannya serta mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu berlangsung juga.

Hasan malah mentafsirkan keputusan Speaker itu bahawa selagi kekal dalam PAC, Tony Pua bukan saja tidak boleh mengambil bahagian dalam debat dengan Arul Kanda, bahkan turut tidak boleh bercakap lagi mengenai 1MDB sama ada di luar Parlimen atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.

Semalam pula, setelah Tony Pua memilih untuk terus kekal dalam PAC dan mengundur diri daripada berdebat, Hasan mengatakan Tony Pua juga tidak dibenarkan lagi menyebut tentang 1MDB walau di dalam Parlimen sekali pun.

Walaupun jelas dalam arahan Speaker sebelum ini bahawa sebagai anggota PAC, Tony Pua hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam debat mengenai 1MDB kerana bimbang menjejaskan proses siasatan jawatankuasa Parlimen yang dianggotainya, tetapi menjadi haknya untuk bercakap dalam Parlimen, tetapi tafsiran Hasan seperti melebihi maksud Speaker sendiri.

Melarang Tony Pua menyebut mengenai 1MDB dalam Parlimen juga bertentangan dengan kenyataan Shahrir Samad, bekas Pengerusi PAC yang mengatakan Ahli Parlimen pembangkang itu masih bebas untuk bercakap tentang 1MDB asalkan tidak bertindih dengan laporan dan penyiasatan yang diketahuinya sebagai anggota PAC.

Dengan pendirian Hasan ini, Tony Pua akhirnya bukan saja dihalang daripada berdebat mengenai 1MDB, tetapi juga tidak dibenarkan lagi bercakap tentang syarikat itu, baik di luar dan di dalam Parlimen sekali pun.

Sah betapa suci, mulia dan kebalnya 1MDB di sisi Hasan.
Dalam masa yang sama, Hasan juga mengumumkan PAC belum boleh memanggil ahli perniagaan yang yang sering dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa itu berikutan perlu mengkaji aspek perundangan terlebih dahulu.

Katanya, disebabkan Jho Low tidak memegang jawatan secara langsung dalam 1MDB, keperluan dari aspek perundangan perlu dilihat semula sebelum memutuskan untuk memanggilnya.

Sekali lagi, kenyataan Hasan ini juga bercanggah dengan bekas Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed yang pada 10 Julai 2015 yang lalu telah memutuskan Jho Low akan dipanggil memberi keterangan berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Kata Nur Jazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, keputusan memanggil Jho Low itu adalah atas kapasitinya sebagai lembaga penasihat Terengganu Investment Authority atau TIA yang kemudian diambilalih oleh Putrajaya dan ditukar namanya kepada 1MDB pada tahun 2009.

Menurut beliau lagi, kedudukan Jho Low dalam lembaga penasihat TIA itu disahkan dalam laporan interim Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada PAC.

Namun, kini Hasan mahu mengkajinya pula dari aspek perundangan atau dalam erti kata lain seperti sedang mencari jalan untuk melengah-lengahkan keperluan memanggil Jho Low daripada mengadap PAC.

Perghhh, memang terbaiklah Pengerusi PAC yang baharu ini...ada harapan bakal dilantik menteri tidak lama lagi. (SH 06/11/2015)

29 comments:

  1. Bakal Menteri Hal Ehwak Kera Kena Belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Orang yang macam ni memang cepat jadi menteri

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ya Allah..ni sorg lg tua kutuk esok lusa dh nk bgkus,tp mkin klabu mata dgn duit. Sedih tgk kdaan msia..yg naik ke atas smuanya jnis kerbau..asal kyg perut ja.

    ReplyDelete
  3. Malangnya masih ramai yang sanggup bertegang urat bertelanjang kain mempertahankan self-proclaimed Panglima Bugis dan 'pack of wolves'nya yang tidak gentar bila bumi Malaysia berkeping dua (sebab tersedia bumi/tanah lain untuk mereka menyelamatkan diri).

    Malangnya Malaysia bukan kerana ada pemimpin secela Najib dan pengampunya tetapi kerana adanya rakyat yang mengabaikan peringatan Allah 'aku tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha merubahnya'.


    Bangsa Cina memilih berubah, sekarang negara mereka menjadi kuasa utama ekonomi dunia. Bangsa Jepun, selepas kalah teruk dalam Perang Dunia ke dua, memilih berubah lantas menjadi pakar utama teknologi dunia. Bangsa Korea, selepas perang saudara yang amat panjang, memilih berubah lantas menjadi negara maju walaupon 30 tahun lalu ekonomi mereka jauh dibelakang kita. Bangsa Melayu, memilih untuk tidak berubah, hari ini hanya pandai menyalahkan bangsa lain ketika pemimpin bangsa sendiri bersekongkol dengan bangsa lain rakus membolot khazanah negara demi kepentingan peribadi dan ia berlaku saban hari di depan mata sendiri. Inilah dungu dan jahil kelas satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ni dulu cukup pandai suruh rakyat berubah sebelum parah. Bila dah berkuasa semula Najib dah berubah jadi megah. Berubah jadi mewah. Berubah jadi lemah.Berubah jadi lembu pawah

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Jika pac memanggil jho low dgn bahlol2 yang lain,akhirnya pasti mereka akan menemui mastermind/master plan dlm syarikat 1mdbabi iaitu wanita paling berkuasa di Malaysia,jadi jgn Tanya kenapa jho low sedang berseronok seperti babi mengawan....sprm xperlu spt anjing menyalak bukit,gempak sana sini nak siasat....berhenti perbodohkan rakyat...tunggu je rejim diktator najib tumbang dahulu Dan Baru siasat habis habisan

    ReplyDelete
  6. Ini adalah taktik biasa dalam kerajaan Najib. Taktik melengah-lengahkan keputusan penting....nak siasat dari segi perundangan la, nak tengok WSJ pakai akta apa la....nak tunggu mesyuarat kabinet la.....suruh org letak jawatan dulu la dan macam2 macam lagi.

    akhirnya rakyat jugak tersepit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lazimnya bargitulah wak ...raayat disepit dikepit. dihimpit.dipijak, dihempuk, ditindas, ditindih...pastu keluer slogan..raayat diutama ,pemimpin berjiwa raayat dan macam2
      macam
      bermacam sweet talk lah.....ini semua tipu baaa...hagal

      Delete
  7. Rakyat harus tolak rejim najis..kalau ingin negara bebas dari pemerentah yg zalim parti BN....hanya pembangkang yg seharusnya memerentah (bukan pas) dan dapat membantu rakyat yg tertindas

    ReplyDelete
  8. Hasan Ariffin bakal ganti Hasan Malik, cuma yang ini nampak cerdik sikit. Melarang Tony daripada bercakap isu 1MDB di parlimen samlah ertinya melarang seispa saja MP daripada bercakap isu-isu berkaitan rakyat dan negara. Parlimenlah tempat terbaik untuk MP bercakap, tetapi kalu sudah dilarang apa gunanya ada parlimen. Amat aneh apabila isu 1MDB disebut oleh sesiapa saja, termasuk rakyat di luar parlimen, tetapi MP pula dilarang hanya semata-mata kerana Tony ahli PAC. Bodoh. .

    ReplyDelete
  9. Hasan, dah tua tua ni, pencen laaa...enjoy kat rumah main dengan cucu, tanam bunga, cuci jamban....Ramai lagi golongan muda yang nak berkhidmat untuk negara, kalau golongan tua macam kau bagi peluang.

    ReplyDelete
  10. Terang lagi bersuluh putabelit diorang..

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Pengerusi PAC lebih berkuasa dpd Speaker di Parlimen. Tony sekarang bertanggungjawab kpd PAC dpd Parlimen. 'Apa nak jadi....' kata SM Salim.

    ReplyDelete
  12. Mamat ni nak buat sandiwara badut laa ni. Muka pon apa kurang. Speaker cakap satu. Yg badut ni nak tunjuk pandai buat intepretasi yg lain pulak. Mmg pon layak najib letak badut ni. Syabas BN !!

    ReplyDelete
  13. abang asan, kenapa kau menjurumuskan diri mu kepada kutukan,maki hamun,sumpahan,celaan doa kecelakaan dipenghujung hidup mu....sudah banyakkan bekalan amalan untuk dibekal kemudian hari.....insaflah....jangan ditipu dunia macam pacik hadi awan

    ReplyDelete
  14. Sarjan Hassan Arifin...cukuplah tu. kalau pangkat sarjan, janganlah nak lebih berlagak macam OCPD.

    ReplyDelete
  15. Kota Belud ada tiga ekor kalabau,sekarang datang satu ekor kalabau rompin pulak.wah....gamat malaysia dgn kalabau kalabau balau.berkubanglah kalabau kalabau ni sebab rumput rumput banyak dipadang ditanam olih pak najis.....seronok jadi kalabau kalabau

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa seronok dengan gelaran kalabau ...

      Delete
    2. aku rasa seronok dengan gelaran kalabau ...

      Delete
    3. Dari rompin tu kerbau balar

      Delete
  16. Malaysia adalah negara terbaek di dunia ni .... hahahaha .. kat Jepun takde UMNO pun .. maju jugak ... Melayu yang tak nak berubah memang pengecut. Allah dah perintahkan untuk diri sendiri ubah nasib, Melayu langgar perintah .. mimpi nak jadi tuhan pulak. Telungkup terus.

    ReplyDelete
  17. Kalau saya berkuasa saya akan sarankan kjaan tutup semua ipts dan ipta..tk guna belajar sb rakyat diperbodohkan sewenang wenangnya. Tambah pulak yang berkokok ramai yg menentang dasar pendidikan negara yg mau kan rakyatnya lebih kritis..

    ReplyDelete
  18. Kalau saya berkuasa saya akan sarankan kjaan tutup semua ipts dan ipta..tk guna belajar sb rakyat diperbodohkan sewenang wenangnya. Tambah pulak yang berkokok ramai yg menentang dasar pendidikan negara yg mau kan rakyatnya lebih kritis..

    ReplyDelete
  19. Si tua ni baru nk naik nk tunjuk taring dia.. mengampu x tentu pasal.. ape target dia agaknya.. hoi org tua.. bawak2lah bertaubat.. ingat kat arwah datuk jj.. dlm sihat malaikat cabut nyawa dia.. so beringatlah ye.. Allah maha berkuasa..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Org Pahang .. mempertahankan Bossnya, Nilah masanya nak tunjuk hebat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...