Monday 2 November 2015

DEBAT APA NAMANYA JIKA TIADA SOAL JAWAB DAN TANPA PENONTON?

Ketika debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat sarat hutang itu hampir menjadi kenyataan, semua pihak seharusnya lebih memberi sokongan agar ianya benar-benar menjadi realiti akhirnya.

Tetapi tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak yang meletakkan syarat tertentu mengenai debat itu tidak lebih seperti suatu percubaan untuk mengelakkannya daripada menjadi kenyataan saja layaknya.

Daripada peranan beliau sepatutnya hanya memastikan RTM bersedia menyiarkannya secara langsung melalui televisyen saja, kini Salleh turut menyatakan debat itu akan diadakan tanpa soal jawab serta tanpa penonton.

Katanya, kedua-dua belah pihak hanya dibenarkan membentangkan hujah dan fakta berkaitan 1MDB semasa sessi debat diadakan, tetapi tiada soal jawab dibenarkan.

Salleh yang dilantik sebagai menteri kerana gigih mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir juga berkata, tiada penonton akan dijemput semasa debat, sebaliknya akan diadakan di sebuah studio tertutup, bagi menjamin suasana kondusif dalam membincangkan isu yang diperdebatkan.

Kenapa mesti tiada soal jawab dan tanpa penonton?

Seharusnya selepas sessi pertama di mana Tony dan Arul perlu membentangkan hujah masing-masing berkaitan 1MDB, ia mesti diikuti dengan sessi kedua atau seterusnya yang memerlukan mereka menjawab pertanyaan dan kemusykilan masing-masing.

Ini kerana berdasarkan pembentangan fakta yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak, sudah tentu ada persoalan berbangkit atau susulan yang perlu ditanyakan serta memerlukan jawapan.

Namun, jika hanya diberi ruang membentangkan fakta dan tiada soal jawab, apakah maknanya debat itu diadakan? Lebih tidak bermakna untuk ianya disiarkan secara langsung?

Lagi pun, ini bukanlah debat budak-budak sekolah yang perlu takut dengan sessi soal jawab, sebaliknya ia adalah melibatkan orang dewasa, dikenali ramai dan ada nama dalam masyarakat.

Biarkanlah mereka berhujah dan bersoal jawab sebebas-bebasnya untuk rakyat yang menontonya membuat penilaian.

Mencadangkan debat Tony dengan Arul hanya di sebuah studio kosong tanpa penonton tetapi disiarkan secara langsung melalui televisyen juga kelihatan pelik jadinya.

Namanya pun debat, maka ia mestilah ada penonton dan tepuk sorak hadirin memeriahkannya, lebih-lebih lagi jika disiarkan secara langsung.

Jika sekadar mahu diadakan tanpa penonton, maka lebih lebih baik ia tidak dibuat secara langsung dan bukan juga dinamakan sebagai debat.

Tanpa penonton, ia bukan debat namanya dan kenapa Salleh begitu bimbang dengan kehadiran penonton?

Selain kehadiran penonton boleh dibuat secara selektif dengan hanya melibatkan kumpulan berkualiti yang tertentu yang dipersetujui bersama antara kedua-belah pendebat, debat juga boleh dibuat hanya dengan dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Negara saja.

Sebagai kelompok pembuat dasar, menggubal serta meluluskan undang-undang negara, tentu saja kehadiran Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dalam debat yang melibatkan kemelut 1MDB itu begitu bermanfaat buat mereka. 

Walaupun debat ini bukan untuk mencari pemenang, tetapi lebih bertujuan kepada pencerahan, mengadakannya tanpa soal jawab dan di studio kosong tetap tidak memberi makna apa-apa. (SH 02/11/2015).

42 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Rahmat Puki Mak!!!!!

      Delete
    3. X reti rasa malu2 masuk blog orang.. iklankan blog sendiri secara percuma. Jenis yakjuj makjuj dan yahudi saja x ada sifat segan dan malu.

      Kurang2 park la satu iklan. Bayar la kat Budin. Ini meleis sumer nak free je. Oho lupa.. sultan dan raja pun mentekendarah free.. inikan pula rakyat...kahkahkah..

      Delete
    4. BAPAK RAHMAD BASTARD..PUKIMAK PUNYA INDON

      Delete
  2. Ingatkan fam je kena tindakan daripada FIFA....rupanya kerajaan Malaysia sekali!!!!!kesian rakyat Malaysia berkerajaan binatang kerbau!!!!

    ReplyDelete
  3. As I have said a few times before, as far as the 1MDB is concerned, Malaysia is truly The Laughing Stock of the World! This "no audience, no QA, etc." for the so called Pua-Arul Debate is just one in a series of harrowing episodes that give evidence to such. That Sabah guy and the people behind him think that it is their right to do and say whatever they want since they are in power! - even when it is at the risk of the country being turned into a joke among the nations of the world. Malaysia, I am truly shedding tears for you.

    ReplyDelete
  4. Debat orang bodoh (pinjam bahasa cai)....
    Beras hancur sudah ditarik subsidi sebab dah ramai yang makan dedak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Debat ala bajau kota belud

      Delete
    2. dedak lagi mahal

      Delete
    3. Debat ni standard menteri komunikasi dan multimedia saja. Sejak dia datang kl apa kerja yang dia buat? Asyik mengampu najib saja.
      Woiii Keruak...balik Kota Belud jaga kerbau lagi baik lah

      Delete
    4. Aku xsangka rupanya kat sabah tu byk mentori2 pengamput,salah tu jika ingin kaya dari hasil mengampu
      Memalukan spesis karbau...huh.

      Delete
    5. Aku xsangka rupanya kat sabah tu byk mentori2 pengamput,salah tu jika ingin kaya dari hasil mengampu
      Memalukan spesis karbau...huh.

      Delete
    6. Woiii...keruak daripada kau mengampu lebih baik kau mengamput bah....paloi punya menteri

      Delete
  5. Debat je depan Majlis Raja-Raja !

    ReplyDelete
  6. Kalau nak adakan debat tanpa penuntun dan tanpa soal jawab baik buat dalam kelambu saja wahai Salleh Said Keruak. Nak romantik sekali tutup lampu dan berbisik bisik aja. Kamu ni bangsat ke apa?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah ckit TERVANGSAT,kerbau tsmbatan najip ni,tykt sbh lagi meluat dgn keruak ni,memalu org sabah je

      Delete

  7. Mereka takut ada perkara-perkara yang di tanya menjadi fakta.

    Perkara yang di bentang oleh Arul kurang jelas. Bila di soal akan menjadi fakta.

    Perkara yang ada pada Pua ada lah sesuatu yang perlu di jadikan fakta yang perlukan pengesahan dengan kehadiran Arul.

    Arul berlakun tidak meletakkan syarat. Saleh berlakun akan siarkan secara langsung. Ada bran ke dia orang ?

    ReplyDelete
  8. Apakah Salleh Said Keruak fikir debat itu seumpama khutbah jumaat ke? Bila mana khatib sedang berkhutbah, jangankan makmum boleh bersoal jawab, malah makmum dilarang bercakap. Apalah punya bengong anak Keruak nih! Rakyat sekarang sudah jauh maju ke hadapan pemikirannya, jangan cuba hendak menyembunyikan perkara sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenuak ni mmg bengong. X tau lagi ker? Mmg layak dibuat ulam. Kencing pun haring.

      Delete
    2. Orang Kota Belud ni macam katak dibawah tempurung saja
      Kerjanya tak habis habis dengan mengampu najib sebab tu dapat jawatan menteri.

      Delete
  9. banyakkan istiqfar dan doa dari fitnah dajjal ,pemimpin,penguasa yang zalim.........jerubu pergi hujan mari, sepsis jahil masih harapkan munafik pemberi rezeki....layakkah kita mendapat safaat rasullullah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tau kat mana kami nak cari bende2 agama ni. Sini blog tempat berpolitik. Nak berblog ilmu agama, pergilah buat blog agama bodoh.

      Delete
  10. Ini org Sabah kasi malu org Sabah, baa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 Menteri Sbab dia punya kerja ampu n bodek Najib shj. Itu Sabah punya Speaker Amin Mulia pun sama. Kasi angkat balik Sbah...bah. Bikin malu sama Msia satu dunia. Low class ministets.

      Delete
  11. Berani kerana benar tapi kalau takut tak payahlah adakan debat agaknya org sabah ni tak faham cakap melayu makna debat tu klu begitu lebih baik cakap dgn org hutan sabah je atau letakkan budak tahun satu je hai saleh buatlah sesuka hati kuasa ditangan kau

    ReplyDelete
  12. Berani kerana benar tapi kalau takut tak payahlah adakan debat agaknya org sabah ni tak faham cakap melayu makna debat tu klu begitu lebih baik cakap dgn org hutan sabah je atau letakkan budak tahun satu je hai saleh buatlah sesuka hati kuasa ditangan kau

    ReplyDelete
  13. Debat sekolah rendah pun ada penonton Salleh ooiiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini keruak pandai mengamput saja

      Delete
  14. Tak mustahil dan tak terkejut kalau ini sekadar konspirasi antara Si Ah Phua dgn si Ah jib dgn si Ah Rul sbg balaci Ah Jib .Mungkin juga dema dah berpakat.kot? Kalau ia nak berdebat juga mesti depan penonton! Mesti ada Q&A dari penonton.Nak cantik lagi undang pemimpin seperti Tun Mahathir,Ts Muhyiddin ,Dato Shafie Afdhal,T.Razali dll. ADA BERANI KA DEY?

    ReplyDelete
  15. Mungkin boleh masuk Guiness Book record Debat tanpa penonton permata kali di dunia!

    ReplyDelete
  16. Macam perlawanan bolasepak.. Perlawanan diharamkan ada Penontun mcm Harimau Malaya...


    ReplyDelete
  17. Kah kah kah.....berdepad tanpa soalan,memang mangkuk berayun betul.x payah layan lah tony,kita ada point nak tanya...fasal 1mdb.rakyat nak tahu...nak pencerahan termasuk org umno sendiri.menteri ni memang hodoh/bodoh kaki jilat,kaki ampu.spesis beruk keruak

    ReplyDelete
  18. Takut 'pengkhianat yang tujuh' ikut hadir ke?

    ReplyDelete
  19. pundikar amin ugut mahu letak jawatan kalu arul sama tony berdebat/
    sayak setuju baa mereka berdebik..... boleh tukar speaker baru...2000watt baa tambah twitter dan woofer baa....no confinent vote bole cepat jalan baa.

    ReplyDelete
  20. Kalau debat tanpa soalan...bukan debat namanya..tu namanya penerangan....

    kalau ada debat tapi tak ada penonton...baik suruh buat call conference je...tak rugi masa....

    bak kata budak budak zaman kemarin..." tak bran ke...?"

    Debat kena lah tanya soalan...dan soalan tu haruslah di jawab dengan baik bukannya merapu atau kona 36 darjah....

    yer lah..nak buat mcm mana..undang undang di tangan keruak and the gang...

    Tanah Melayu

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Debat tiada penonton debat manusia bodoh.sebodoh bodoh manusia kalau nak debat biarlah berdebat didepan kerbau sapi atau kambing yang tak berkandang.tepi jalan pun jadi tak kisah manusia atau cuma ternakan yang menjadi penonton.bodohnya....

    ReplyDelete
  23. Menteri cap ayam,import dari mana ni,lesing baru tau...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. apa ;la korang,...menangis si Menteri baca comment korg,,...kah kah kah!

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wr,wb…
    SALAM KENAL SEMUA,…!!!
    Pengakuan Tulus Dari Saya.
    Demi ALLAH saya benar-benar yakin dan percaya angka goib AKI JAYABAYA telah saya buktikan juga kemarin saya dapat,awalnya saya ragu tapi saya mencoba menhubungin lagi dan meminta angka juga sama AKI JAYABAYA 4D akhirnya TEMBUS dan Syukur Alhamdulillah saya menang 350Juta,Sekarang saya sudah bisa buka usaha yaitu TOKO BUTIK dan melunasi semua utang orang tua,itu smua berkat bantuan dari AKI JAYABAYA,Saya Sangat BerTerima kasih Kepada AKI JAYABAYA jasamu takkan kami lupakan,Ini bukan janji tapi bukti Silahkan Bergabung dengan AKI JAYABAYA DI NMR : (082-333-390-858)
    INI KISAH NYATA SAYA DAN KELUARGA SAYA...!!!
    Pesan ini resmi saya yg menulis sendiri...
    MAU BUKTI SILAHKAN HUB AKI JAYABAYA DI NO : 082333390858

    {{=>>KLIK DISINI CARA MENDAPAT ANGKA RITUAL AKI JAYABAYA<<=}}

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...