Sunday 1 November 2015

NASIHAT RAJA2 TAK PUN TAK DIPEDULI DAN ANTARA PAS DENGAN APCO, SIAPA AGAKNYA PILIHAN UMNO?

Berikutan kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan parti itu tidak ingin merebut kuasa, sebaliknya hanya mahu menasihati BN menjadi pemerintah yang lebih baik, khususnya berkaitan 1MDB, cukai GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit, pelbagai reaksi boleh lantas kedengaran.

Rata-rata bukan saja tidak percaya Pas berkemampuan berbuat demikian, malah lebih tidak percaya UMNO dan BN mahu mendengar nasihat daripada parti itu.

Dalam masa yang sama, belum kedengaran lagi reaksi positif daripada pemimpin utama UMNO dan kerajaan berhubung tawaran Pas untuk memberikan nasihat itu dan ini menandakan seolah-olah ia tidak  penting untuk diberi pertimbangan.

Dalam sekian banyak reaksi dan pandangan itu, apa yang dilontarkan oleh Raja Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, paling munasabah untuk difikirkan bersama.

Beliau yang kini sudah menyertai Amanah, sama sekali tidak yakin kerajaan BN akan mendengar nasihat Pas kerana nasihat daripada Majlis Raja-Raja yang mahu masalah 1MDB diselesaikan segera pun tidak diendahkan sehingga sekarang.

"Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan dalam menangani masalah besar ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan berkaitan 1MDB.

"Sehingga ini tiada apa-apa kenyataan dan tindakan daripada kerajaan. Apakah Pas merasakan pengaruh mereka ada lebih besar berbanding Majlis Raja-Raja terhadap kerajaan?" soal beliau.

Harus diakui, dalam situasi politik semasa, memang UMNO berharap dapat mengikat Pas untuk kepentingannya mengekalkan kuasa. Tetapi UMNO hanya mahu mempergunakan Pas saja, bukan ingin mendengar apa-apa nasihat daripadanya.

Jika Pas berharap dengan berbaik itu dapat menjadikannya berperanan sebagai penasihat kepada UMNO dan kerajaan, lupakan sajalah.

Selain itu, bukan menjadi rahsia lagi bahawa penasihat utama kerajaan ialah Apco yang dilantik dan dibayar lumayan oleh kerajaan sebaik Najib mengambil alih teraju kerajaan pada 2009.

Agak-agak antara Pas dengan Apco, kiranya diberi pilihan, siapa yang menjadi pilihan Najib untuk menasihati kerajaan yang dipimpinnya? (SH 01/11/2015)

25 comments:

  1. Haji Abd Hadi Awang yang berkelulusan agama merasakan beliau lebih hebat dari penasihat berbangsa Yahudi di APCO. Pening dengan "ulama" ini. Sudah terlalu banyak komen-komen negatif terhadapnya. Jika saban hari umum bercakap (berdoa) yang buruk tentangnya, tidak mustahil ahli dan pemimpin parti yang mewala'kannya akan terkena tempias. Sedangkan nabi (Yunus a.s) Allah s.w.t turunkan ujian (pembalasan) inikan pula mukmin biasa seperti Hadi dan Haron. Cukup-cukuplah tu. Jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat bukan wakil parti dan makanlah gaji yang berqat. Jika mahu jadi ulama, jadilah ulama yang memimpin dan menyatukan umat bukan mencela saudara seagama dan memecah-belahkan jemaah apalagi menghukum bagai Tuhan. Pilihanlah antara Masjid dan Dewan Rakyat. Ulama PAS ternyata tidak mampu memikul kedua-duanya. Mereka ini umpama Harapkan pegar, pegar makan padi. Sebelum pilihanraya cakap lain. Bila menang pilihanraya buatnya lain. Sudah seperti spesis UMNO Baharu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat PAS, Parti Ajaran Sesat hanya sesuai untuk macai-macai Pasngok pimpinan Hadi barua, penipu rakyat. Apco lebih sesuai dari Pasngok untuk parti Melayu ngok Umngok. Antara Yahudi Apco dan Pasngok, kedua-duanya sama taraf, perosak umat islam sedunia, dengan ajaran gila babi, oleh ulama2 taik kucing! dari Pasngok.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Dear Shah, what that guy from Pas is trying to do is not really for the benefit of Umno, for the truth is that he is just trying to make sure that Pas is still found to be relevant by many. Pas over the past so many years have been using different vehicles (recent ones would be Pakatan Rakyat and the professional group in Pas and PKR) to achieve political power. But today Pas is truly a relevant lost for both Malaysia and Islam. Have some pity for them... By the way, in the pages of Harakah these days there appear to be strenuous efforts to show to the rakyat that they are the rakyat's champions over the issues affecting the rakyat such the GST, the tol payments and the TPPA. What is so sad is that these Pas's ustaz group leaders have the habit of being inconsistent - check out their opposition to the Pakatan Harapan's leaders showing "where's the RM2.6 billion" placards in Parliament and now their offering to Umno leaders to be the advisers (who of course shall be paid hundreds of millions of ringgits of fees as that is the practice of you-know-who since becoming the PM).

    ReplyDelete
  3. 100% lah dengar nasihat APCO...sebab tiada pantang larang hukum hakam yang perlu di turut sendangkan PAS pasti kena ikut lunas lunas ugama yang bukan pun cara yang terbaik dalam memperkukuhkan SIFAT TAMAK..MENIPU DAN MENYAMUN.. Perutusan DI RAJA pun boleh di perkudakan inikan alim ulamak? UMNO ni sekarang BERDAULATKAN keris emas dan selampang kepewiraan NAJIB yang punya harta BERBILLON ...

    ReplyDelete
  4. Menjawab soalan tuan shah...dgn data empirikal dan numerikal...bn umno pasti memilih apco sbg advisor dan pas ( hj hadi ) hanya digunakan dan dipergulakan shj...
    apa yg menariknya dgn perkembangan pas lately...
    1. Pimpinan pas nmpk mcm bersatu ttp hakikatnya ramai yg mati kutu.
    2. Harta..takhta dan wanita telah mula merajai dan mengelabui mata hati pemimpin pas.
    3. Ada unsur2 ingin berbaik smula dgn umno.
    4. Kader kader spt nasha...din ayam...dll. telah berjaya memainkan peranan mrk seperti yg telah diarahkan oleh godfather.
    5. Meeting n perjumpaan bbrp kali di bilik meeting mewah telah berjaya diadakan sambil bergelak ketawa sbb misi n visi 90 peratus berjaya.
    6. Tinggal 10 persen lg utk yakinkan penyokong pas bhw pas mesti bersama umno utk pertahankan org melayu.
    7. Hal ini x boleh buat terburu buru...umpama menarik rmbut dlm tepung...man man...nnt ramai penyokong lari.
    8. Tungguuuuu....ada lg 3 debaran isu yg akan dikeluarkan oleh pimpinan pas sblm disember ini..
    9. Jan 2016...akan termeterai perjanjian persefahaman antara sesama.....
    10...buat penyokong pas...pimpinan ada strategi sendiri...mrk sdg guna swot analisis utk bersatu padu dgn......

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11...buat penyokong pas...syurga yang pemimpin mereka janjikan itu terletak di Belakang mati, Golok , Danok , Patpong dan lain lain

      Delete
  5. Aku pun hairan dgn pas ni agaknya mereka ni dah hilang akal mabuk dgn umno ingatlah perintah terengganu n kedah pun satu penggal je sebab tamak tengoklah diri tu baik2 dan lepas ni kelantan pun lingkup klu tak percaya tengoklah

    ReplyDelete
  6. Aku pun hairan dgn pas ni agaknya mereka ni dah hilang akal mabuk dgn umno ingatlah perintah terengganu n kedah pun satu penggal je sebab tamak tengoklah diri tu baik2 dan lepas ni kelantan pun lingkup klu tak percaya tengoklah

    ReplyDelete
  7. kerjaya seorang kapten sabuah kapal ditengah lautan yang terumbang ambing dek gelora,mungkin dapai ditolong tetapi malangnya mengenakan sayrat pula kapada orang yang hendak menolong.Maka kemungkinan besar hanyutlah anda dilautan itu.Pada krew fikir-fikirlah tindakan yang diambil oleh kapten itu.Setengah krew telah berenang ke pulau yang berhampiran bagi menyelamatkan diri.Nasiblah bila kita memiliki kapten yang tidak mempunyai distinasi untuk dituju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm PAS terdiri dari ahli2 dan jawatankuasa yg degil dan keras kepala. Begitu juga dgn tok ketuanya. Susah ditegur kerana sudah mencapai taraf ulamak. Pada melayu bangang, bila dah jadi ulamak, semua apa ulamak buat adalah sama tingkatannya dengan kerja buat nabi-nabi dan mencerminkan mukjizat para rasulullah. X boleh dikomplen.. tak boleh ditegur. Melancap sajalah tgk gelagat ulamak2 mereka adalah lebih afdhol berbanding menegur. Ulamak2 PAS lebih tinggi dari kedudukan Khalifah. Jika Saidina Umar terbuka kpd teguran, dlm PAS x boleh. Semua ulamak2 PAS buat apa, ianya kudus!!! Khalas.

      Kesemuanya hanya mempamerkan kelembutan secara lahiriahnya sahaja. Masalah tuang presideng keras kepala pun x reti nak pikir dan buat keputusan. Dalam UMNO politiknya jauh lebih teratur berbanding PAS. Sbb dalam UMNO..sama2 merembat ratusan ribuan juta.. sama2 kowtim la.

      Delete

  8. APCO ada kelemahan. APCO tidak pandai guna agama. APCO tidak pandai melabelkan orang barua. APCO tidak pandai Uturn. APCO tidak reti cakap berbelit-belit.

    Hj Hadi sepatutnya menulis surat kepada Raja-Raja supaya PAS di lantik menjadi penasihat kepada Majlis Raja-Raja dan mengesyorkan pada Majlis Raja-Raja apa tindakan dan penyelesain yang sepatutnya di ambil.



    ReplyDelete
  9. Hj. Hadi ni dah pening sikit....cakap melalut aje...sedangkan cakap timbalan presiden, najib tak mahu dengar...ini pulak cakap hadi...mungkin kah lepas pru nanti....umno dan pas akan berkubur?...

    ReplyDelete
  10. Mari kita tunggu nasihat hj hadi tentang pelan pemulihan nilai ringgit ke tahap usd1=rm3.20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentekedarah lee......ooooppssss...muntah darah lee...

      Delete
  11. Dari bagi nasihat secara percuma dan tidak mempunyai kebertanggung-jawaban lebih baik lantik pemimpin PAS yang bakal jadi penasihat kepada Najib menganti Zeti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Pak Kusniadi haram jadah mana pulak menyibuk kat sini. Elok tangkap dan humban budak kurafat ni dalam laut lagi baik. Dok promo benda haram kat sini. Kalau dah Mbah hang tu boleh buat semua orang jadi kaya..hang dok menyibuk promo apa ke jadah lagi?. Sebab hang pun tak berubah,,dah laa miskin..baut pula benada haram.

      Delete
  12. Yang nasihat Najib dn BN ialah Rosmah. Pas kena jumpa Rosmah dulu sbelum dterima jadi penasihat.

    ReplyDelete
  13. Dengar statement Hadi.. Dengar statement Nik Abduh... Hmmp...tak pelik ramai ramai org pas yg cerdik pandai akan cabut! Takkan la nak jadik bodoh mcm diorg kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Hadi saudagar pil kuda saja

      Delete
  14. Sebenarnya Umno akan buat2 dengar nasihat Pas kerana perlukan semua sokongan yg ada untuk melawan DAP. Kalau Pas sokong maka bolehlah mendabik dada tanda Melayu sudah pun bersatu untuk kekalkan pemimpin Melayu.

    Aku rasa si Hadi ni mmg tak patut buat kenyataan sebab Nampak sangat mcm tok karut. Lebih baik tuan Ibrahim jer yg bagi kenyataan. Hadi ni main kayu ke logam tiga ?

    ReplyDelete
  15. Mimpi di siang hari la kor hadi weh..

    ReplyDelete
  16. Mimpi di siang hari la kor hadi weh..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...