Sunday 1 November 2015

KAH, KAH, KAH...KESIANNYA DENGAN PAS SEKARANG INI!!

Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja.

Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja.

Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?

Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi,  Nik Abduh  dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?

Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan"  semata-mata.

Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.

UMNO akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang. Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu menyesuaikan dirinya.

Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.

Hadi Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak lama lagi.

Sekali lagi....kah, kah, kah...

Yang nyata, dengan kenyataan Hadi Awang ini, ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung, bahkan selama ini sangggup menderma wang untuk perjuangan menegakkan Islam, bolehlah beransur-ansur meninggalkan parti itu kerana Pas sebenarnya tidak ingin pun kepada kuasa sedangkan suatu ketika dahulu ghairah mengatakan dengan kuasa dalam tanganlah, maka Islam dapat ditegakkan.

Pas hari ini sebaliknya tidak lagi inginkan kuasa, mereka hanya mahu jadi penasihat kepada BN semata-mata. Maka, ahli dan penyokong Pas, jika ingin berjuang serta terlibat dalam politik, lebih baik sertai parti lain mulai sekarang. Jika tidak, duduk saja di surau serta masjid, lupakanlah untuk mengharapkan pahala dan syurga melalui Pas.

Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam angan-angan" kerana yang dikejar mereka bukanlah Islam melalui perjuangan sendiri, tetapi lebih mengharapkan UMNO menukar dasar pejuangannya, walaupun menyedari ia umpama mengharapkan burung pungguk dapat menyentuh bulan yang nun jauh di angkasa. (SH 01/11/2015).

76 comments:

  1. DS Rosmah ketawa berguling2 atas katil!! Hadi of Hadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....kah...kah...kah...kahhhhhhhh..Hadi patut jadi iman diSeri Perdana shaj..imankan Najib dan Rosmah bersembahyang..lagi banyak pahala....kah...kah...kah...kahhhhhhhh

      Delete
    2. Dulu Hadi kata orang UMNO kafir. Sekarang ni siapa yg kafir Hadi?
      Tok guru ni main kote pandailah

      Delete
    3. biau betoi....kelakau la pulok kak mah berguling atah katil sambil meraung mahadi..mah adi ..mmm adiiiii....

      Delete
    4. Ayoooo..bunyi laing saja. Meraung ker mengerang ni

      Delete
  2. Sesuatu yang mungkin betul dilakukan oleh pas mutakhir ini ialah memutuskan hubungan siasah dengan dap. Di ambang pru-14, pas perlu memilih sama ada bertempur dalam badar atau uhud. Jika pas benar2 menjadikan sunnah sebagai ikutan, pas akan berjuang sebagai entiti tunggal untuk menegakkan kebenaran. Dalam keadaan orang Melayu semakin hilang kepercayaan kepada umno, satu2nya wadah alternatif yang diharapkan ialah pas. Jika pas berkeyakinan untuk menghadapi pru-14 sebagai badar, maka pas harus mengorak langkah ke arah itu. Jika pas memilih untuk berbaik dengan umno kerana mendambakan harta ghanimah, pas akan tersungkur dalam uhud pru-14. Terpulang kepada haji hadi dan pimpinan pas yang lain untuk membuat pilihan. Jika umno tidak boleh menang pilihanraya sekadar sokongan ahlinya sendiri, apatah lagi pas. Jika pas benar2berpegang kepada keyakinan Islam, bersekongkol dengan pihak yang sedang terpalit dengan pelbagai skandal bukanlah sesuatu yang baik. Jika secara bersendirian, pas tentu lebih kuat dan menjadi pilihan lebih ramai pengundi. Janganlah nak betkawan dengan kerbau yang telah berselemus dengan lumpur tapi mengharap diri tak terpalit. Badar atau uhud adalah pilihan pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..nak Tanya..ada ahli Pas cakap dari RM2.6billion tu, Najib ada bagi Hadi sikit...betul ke??????

      Heran Malaikat2...orang yg ambik RM2.6billion Hadi pertahankan, MP2 yg dok tunjuk placard Tanya najib mana RM2.6billion tu Hadi dok kutuk...dari segi hukom islam, apa hukom terima RM2.6billion rasuah dari bawa placard...

      Mengikut Hadi semua pelaku rasuah tak bolih disabitkan kesalahan sekiranya tiada 4 orang saksi melihat penerimaan wang rasuah. Mesti SPRM garu kepala dan tanya otak Hadi dikepala ke atau dilutut???

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. Pening puak2 ni. Teringat zaman kecil2 dulu, tiada pkr yg ada bn dan pas serta dap. Di kg umno lawan pas di bandar mca lawan dap. Teringat bagaimana umno membuli pas sampai nak bg ceramah kat rumah persendirian pun kena gempur dgn fru, tp hari ini pas dah hebat bg ceramah kat stadium dan hotel tanpa gangguan. Itulah berkat kesabaran pejuang2 dahulu. Hari ini pas semakin baik dgn umno sampai mau jadi penasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. Selama ini angkuh sebagai parti islam, maksum konon, dia lebih Islam dari orang lain, mengkafirkan orang, tak nak kuasa kononnya, pigidah Yadi yawang

    ReplyDelete
  6. nak buat guana......ketua nok ikut jalan tu....arap pengikut jangan jadi species makan tahik.......msuk lubok juga pcik adi niiii .....siannnggggg hang pas nii.

    ReplyDelete
  7. shahbudin ni bukan kritis dan membina...malah bodoh dan bahlol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawab dan hujahlah apa yang saya tulis, kalau sdr tak bodoh dan tak bahlol...

      Delete
    2. Tahniah sdra shahbudin, kebanyakkan yg komen selalunya emosi tanpa fakta & hujah.. Lps tu serang peribadi.. Mmg betul lah skrg, pas ganti umno (PGU) dr segi perangai & tipu helah serta membodohkan ahli..

      Delete
    3. Sejak saya mengikuti blog ini dari tahun 2012 lagi jarang sekali Tuan Shah menulis darihal parti PAS. Tak sangka saya, sesekali Tuan Shah tulis berkenaan parti PAS maka begitu jitu, tepat, sinis dan kena sangat pada waktunya.

      Saya memang solute habis. Teruskan dengan penerangan Tuan Shah kerana rakyat perlu diberi pencerahan walaupun sukar kerana politik yang menjual agama untuk berkuasa amat sukar untuk dilupuskan persepsi buruk rakyat terhadap mereka walaupun mereka ini sudah jauh menyimpang dari agenda Islam. Ini kerana sesetengah ahli parti mereka sudah mengangap PAS sebagai sebuah entiti Islam dan Islam itu adalah PAS. Penulisan Tuan Shah pada kali ini amat tepat untuk menyedarkan rakyat terhadap PAS terutama ahli mereka yang terlalu walak dan mengambil sikap konservatif umpama "10 jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua. Sekian

      Delete
    4. Semua orang PAS pakai jubah nak tunjuk identiti saja pun tapi bila nak main selak kain nampak cawat juga.

      Parti PAS ni pembohong saja. Bila dah nak mampus halal pula berbaik baik dgn UMNO. Dulu kafirkan UMNO. Apa UMNO buat semua haram belaka. Tetapi kalau ahli dia berzina halal pula.

      Sekarang apa dah jadi?

      Delete
  8. Tuan penasihat 20 persen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah...itu semestinya... hari ini Tuan Najib nak bayar zakat. Ambillah apa yang aaa..

      Mmg best 3 abdul.. kisah Tunku Abd Rahman dan Tun Abdul Razak dijadikan modal sinis P Ramlee krn gadaikan negara kpd Cina Singapore dan Genting.

      Delete
    2. Sekarang ni giliran Abdul Najib pula

      Delete
  9. Belawok la parti agama ni. Awat sebelum ni x hantar? Nak kawen baru antar penasehat? mmmm.... Penasehat 25%. Yg masih ade akal bole la guna, yg ikut membuta tuli sila teruskan...

    ReplyDelete
  10. Pas hebat mada nik aziz selepas pemetgiannya pas hilang arah aku rasa bawah hj hadi dan dr haron din pas akan pupus kerana nak bebaik dgn najib dan umno sedarlah wahai prmimpin pas jangan berangan2 muhasabah diri tu amin

    ReplyDelete
  11. Pas hebat mada nik aziz selepas pemetgiannya pas hilang arah aku rasa bawah hj hadi dan dr haron din pas akan pupus kerana nak bebaik dgn najib dan umno sedarlah wahai prmimpin pas jangan berangan2 muhasabah diri tu amin

    ReplyDelete
  12. saya suka baca dan sokong semua tulisan awak....tapi saya sedih baca tulisan awak mengejek ulama......jangan perkecilkan mereka kerana melihat mata kasar....ada banyak yg tersirat......inilah fitnah akhir zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.6b termasuk fitnah akhir zaman tak

      Delete
    2. yer itu fitnah....sebab kepimpinan....tapi jangan dipukul rats...gaul semua serkali...saya cuma harap hati hati...kan Allah ada . dia sebaik baik pengadil...cuma pesanan saya biar ada reserve sikit....kita pun manusia lemah...wallahuallam

      Delete
    3. saya faham kita semua tak suka cara najib...dan banyak sangat ketirisan yg dibuat...cuma janganla lebih lebih sangat...ulama..telah dicaci dan di spin spin..pergila kenal hj hadi personally....jgn main pukul rata....sampai harun din yg berilmu tinggi diperlekeh....apa lagi yg kita ada...

      Delete
    4. ulamak dia tak cakap kasar
      ulamak dia tak cakap ikut sedap mulut je
      ulamak dia tak makan gaji haram
      ulamak dia tak buat amanat songsang sampai habis bercerai berai suami isteri
      ulamak dia akan nasihat bila berlaku sembahyang 2 imam
      ulamak dia akan bersuara bila sembelihan org yang tak sealiran dgn kelompok kita jadi haram
      ulamak ke mcm ni?

      Delete
    5. Ulama ker begitu apabila selalu ponteng dalam tugasan kepada rakyat dan negara? Tetapi tiap tiap bulan ambil gaji sebagai wakil rakyat.

      Delete
    6. Kalau nak diikutkan dari Amanat Hj. Hadi Awang dahulu maka dengan dia sekali pun sudah jatuh Kafir malah darjat lebih tinggi lagi menjadi Bapak Kafir lagi bukan sahaja untuk ahli dan pemimpin UMNO.

      Woi walaun! Setara itu fitnah lagi kah? (Rujuk Amanat Hj Hadi - Yang dipopularkan oleh Dato Nakhaie tu...)

      Delete
    7. PAScai ni bukan ulamak.. syok sendiri perasan diri tu ulamak.. akhlak Nabi langsung tak ikut.. last2 Islam yg dpt nama buruk.....
      umnu guna bangsa utk kepentingan diri.. PAScai guna Islam utk kepentingan diri.. jgn jadi mangkuk hayun follow membabi buta..

      Delete
    8. ulamak tak cakap kasar
      habis baca kenyataan yang dibuat dengan tujuan nak tunjuk keburukan ulamak, jadi burukla ia
      banyak lagi bole kutuk, kutuk la

      Delete
    9. Siapa lagi kalau bukan PAS pembuat fitnah zaman

      Delete
  13. Kenapa tuan bloq ni buat mengutuk pas pula.mengutuk najib dah tak jalan sgt agaknya.berkawan dgn pan dan dap pulak ke.renung renung kan juga jgn dibiar sampan hanyut kearah yg lain.tuan bloq dah jd ahli pan ke ada peluang utk dpt jawatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamat ni dah sah nok jadi species making tahik

      Delete
    2. Org barua ni...

      Delete
    3. Woi......Presideng Pastaking Wal Flip Flop setaraf Nabi bagi mung ye, hingga tak boleh dikritik? Mung kritik UMNO dan DAP tak mengapa pula? Rasanya mung ni baso Melayu yang otak penuh tahi sebab malas menelaah dan malas membaca.......

      Delete
    4. pascai mmg layak dikutuk..

      Delete
    5. Tuan Blog bukan mengutuk PAS tapi memperingatkan PAS.

      UMNO tu parti kuat. UMNO tidak akan mengubah dasar kebangsaan.

      Delete
    6. Ini lah padahnya bila menyokong najib yang terang-terang melakukan kesalahan. Kalau tidak Mahathir Ku Li Muhyiddin dan lain-lain tidak bersatu menentang Najib. Ketua Cawangan pun desak Najib letak jawatan.

      Jangan kan PAS, Menteri dan Ketua Bahagian yang menyokong Najib pun kena kutuk ! Apa hujah dia orang yang menyokong Najib yang pada awalnya menafikan kemudian mengaku derma...

      Delete
  14. Nak jdi penasihat kewangan kpd umno mcm mna klu sendiripun tak faham ttg kewangan.

    ReplyDelete
  15. Nak jdi penasihat kewangan kpd umno mcm mna klu sendiripun tak faham ttg kewangan.

    ReplyDelete
  16. Mengikut tajuk cerita....bukan satu kesalahan jika PAS ingin jadi penasihat kepada kerajaan Najib. Tapi jika mengikut lojik akal cita-cita nak jadi penasihat pada kerajaan persekutuan sememangnya teramat menyimpang ke longkang.

    Kerajaan negeri Kelantan yang mengalami tunggakkan yang tak sampai satu bilion ringgit tidak mampu nak selesai kan malah sibuk bertelagah dengan Husam bagaimana pemimpin PAS boleh jadi penasihat Najib yang berskandal dengan puluh puluh billion ringgit ?

    Dari sudut itu sudah nampak ada sesuatu yang tak kena pada tubuh Hadi Awang. Kita tidak menuduh kerana tiada bukti tapi perangai Hadi sebegitu rupa adalah seperti pencacai terima rasuah. Orang yang terima rasuah akan mempertahankan kedudukan orang yang memberi rasuah.

    Tambahan pula slogan cash is king adalah permainan Najib yang berselindung disebalik "I help you, you help me "....Bapak segala rasuah.

    Dalam hal itu, jika benar apa yang diramalkan maka amat malang bagi ahli parti yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan maruah ulamak sedangkan ulamak yang mereka sanjung itu membabitkan diri dengan rasuah untuk jadi kaya.

    Adalah lebih elok ahli parti peringkat akar umbi fahami hala tuju parti yang bakal dibawa oleh ketua yang bercelaru fikirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. celaru akibat kerawit masuk ke otak

      Delete
    2. Ahli PAS akar umbi nak paham apa? Jenih bodo bedengung dah asalnya pun.

      Delete
  17. NAK JADI PENASIHAT KITA MESTI PAKAR .?
    Statement pelik.... KITA NAK BERI NASIHAT, TAPI TAK NAK KUASA..... TAK KARTUN KAH ITU.......... JADI NELAYANG LEBIH BAIK !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi...tengok statement terus kutuk...mudah sunggoh....padahal yg dah keberapa ratus spin tu...

      Delete
  18. Puak puak ulamak pun dah kenal range rover,buat umah pun juta juta.Maknanya dah kenal wang ringgit saperti yg Husam perkatakan tuu.Hutan Kelantan dah habis gondol x per,janji pemimpin masyukk.Mangsa banjir masih dok di khemah.Aduhai....pemimpin pas,kenapa pas berpecah setelah Tuan Guru tiada? X wallaq ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ATGNA dok releben lagi.....anok ia ade keng.....patah tumbuh ilang berganti.......wallaq jadi wallapak....species puak akai singkat feat species makan tahik....kudos you'll

      Delete
  19. Dulu duit aku habiskan dgn beli harakah konon untuk support pas,aku dilahirkan dlm keluarga pas....tapi akhir akhir ni dah mula meluat pula dgn perangai perangai tok preseding sekor ni.Nampak macam nak kena cari umah baru pulak...dah x wallaq dgn pemimpin ni

    ReplyDelete
  20. Macam mana geng geng pas di kpg titi gajah alor setar (kedai aruah pak long man) masih wallaq dgn pas ke? Aku tengok depa pun dah x ambil kisah dgn pas.harap2 support amanah pulak

    ReplyDelete
  21. Hadi ni dah lalok dan gila agaknya?. Dah macam org meroyan saja sejak lepas Najib melawat dia kat hospital dulu masa dia terlantar sakit. Sejak itu Hadi berubah 360 degree mulai dengan bantahan Langkah Kajang. Lepas yu makin menjadi hingga terpelanting keluar kelompok profesional dari PAS. Makin hari mskin terserlah kurang siumannya Hadi dalam berpolitik. Kita boleh bayangkan apa akn berlaku jika drebar bas ekspres sedang lalok atau mabuk. Destinasi entah ke mana dan silap2 terjun gaung. Apa yg berlaku kebelakangan ini dalam PAS menunjukkan drebar parti yang mendakwa dialah parti Islam satu2nya yang boleh membawa penumpangnya ke syurga telah mamun dan lalok dan sanggup menjilat dan menelan ludahnya kembali. Ehh dah tak haram ke sekarang ni bekerjasama dengan parti sekular UMNO yg terang2 menolak undang2 Islam. Mana fatwa Hadi dulu? Dah bertukar ke hukum hakam Islam amalan Hadi?. Nampak sangat Islam dan ayat quran dijaja dan dimanipulasi utk kepentingan diri. Hadi tak ubah saudagar lalok penjaja dan penjual agama saja sekarang. Hadi melacurkan agama untuk survival politiknya saja. Sekarang ini menserlahkan cakap cakap dan kata kata Hadi tak lagi serupa bikin. Hinanya kerana sanggup melacur agama utk kepentingan firi dan kelompok tertentu hingga tidak sedikit masyarakat Islam kucar kacir kerana fatwa2nya yang klik kluk klik kluk itu.

    ReplyDelete
  22. Imej yg TGHH bawak ni imej islam. Tapi statement x pernah konsisten, pengundi semua pening bas ekpress yg TGHH kemudi.. Ke laut rasenye. Nak wala' pun biar la berakal. TGNA sgt konsisten dan disayangi kawan dan lawan, tapi sayang anaknya x begitu.

    ReplyDelete
  23. Imej yg TGHH bawak ni imej islam. Tapi statement x pernah konsisten, pengundi semua pening bas ekpress yg TGHH kemudi.. Ke laut rasenye. Nak wala' pun biar la berakal. TGNA sgt konsisten dan disayangi kawan dan lawan, tapi sayang anaknya x begitu.

    ReplyDelete
  24. Dulu ketika majoriti kita menentang ANUwor beraim kerana salah laku nya yg jijik PAS bela dia .La ni ketika kita kita mati matian tentang Najib beliun kerana penipuan dan onar nya PUN !! PAS bela dia juga..Cuma ada beza sikit ! Waktu mereka bela ANUwor mereka tentang BN ,Tapi bila bela Najib mereka sokong BN.

    ReplyDelete
  25. PAS = PARTI AMANAT SASAU

    ReplyDelete
  26. Tengok dan dengar video ni. Fikir lah sendiri wahai pendokong PAS apakah pemimpin kesayangan kalian jenis cakap serupa bikin. Apakah memegang kuasa itu tidak penting lagi sekarang ini?. Dulu menentang kerana apa? Sekarang menyokong kerana apa?. Adakah hukum Islam itu telah berubah walhal UMNO dulu dan UMNO skrg petlembagaannya tetap sama. Kenapa skrg kenyataan berubah sdgkan dulu pun Islam dan sekarang pun Islam, agama yg sama. Adakah Islam PAS dulu bukan Islam PAS sekarang?. Yang berucap dulu Hadi itulah juga dan sekarang Hadi itu juga. Rakyatkah yang biol atau Hadi yang sudah sasau?

    ReplyDelete
  27. nok tanye ni, kalau pcik adi jadi punaisihat...bang jamil nok kemanaq yek.....gegar pantai timor nampaknya bang jamil

    ReplyDelete
  28. It has to be said that Pas under Hadi and the geng live in their own make believe world! Ala Hollywood and Bollywood and other ...wood movies. In that world, Pas is respected and its leaders are world class sought after by others for views and whatnot. The truth however is so painful. They can't even get roof (and we are not talking of penempatan sementara, alright) for the ten of thousands affected by the tsunamic flood about a year ago. It seems the federal and the state governments are fond of blaming of each other on the housing disaster that they have brought to those people. And these very same people talk about the Chinese DAP interested about taking the Hak-Hak Istimewa Orang Melayu (which is really for the Umno leaders and cronies to make tonnes of money to kingdom come!)? Hence, their type of leaders should be maintained no matter what? Embarrassing. They truly believe they are enough lembu Malays around for them to talk down to. But then they are still people who shall continue to give their votes for these type of leaders. Truly they deserve the leaders they have got. And the country shall continue its downward movement to the bottom.

    ReplyDelete
  29. Idea Tuan Penasehat mungkin ikuti jejak langkah
    mantan Timb Pres Pas, Ustaz Nasarudin M.Isa

    ReplyDelete
  30. -kutukan dan komen berdasarkan berita yg ditulis kat media, blog.....cerita sebenar dan maksud sebenar pun tak tahu hanya Allah yg tahu....sampai emosi begitu.
    -dalam perjuangan dan perjalanan hidup ada macam macam fasa...masa muda mungkin radikal...semakin lama kita berjaln/berjuang kita tersedar kesilapan...jangan diungkit -ungkit...manusia tidak perfect...mahathir yg banyak berjasa pun ada byk kesilapan...tapi ALLAH menilai semua niatnya, dan tetap tidak menafikan kebaikannya...begitu juga Ustaz Hadi...kenapa perlu diungkit perkara dahulu...sampai mengajak org membencinya...satu lagi jangan look down pada ulama konon tak tahu ilmu dunia dan kewangan...sudah la..dangkal sangat...jangan la perasan sangat kononnya progresif...doakan la moga kita sama sama dapat petunjuk , bukan mengutuk sesedap rasa dan hawa nafsu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu bunyinya. Ulama nasihatkan umara. Molek sangat dah. Jangan dok pertikai. Dua2 berjuang untuk menang menang. Win-win kata orang putih. Gandingan mantap yang sukar digugat. Ulama umara versi 1malaysia.

      Delete
    2. theory dh cantik dah... tp realiti dua tk boleh harap..

      Delete
    3. Niat apa ? Kepala otak lah ! Najib masukkan RM 2.6 billlion biarkan sebab kita tak tahu niat Najib. Piraaah.

      Memang dalam hidup ada macam-macam fasa dan sekarang fasa kutuk Hj Hadi yang dok merapu.

      Sampai sekarang Hj Hadi tidak tarik balik amanat. Ini bukan salah tingkah laku tapi salah mengeluarkan amanat. Salah nya akan kekal selagi tidak di tarik dan selagi itu lah PAS haram berbaik dan bekerjasama dengan UMNO.

      Tak salah dari radikal masa muda dan bila dah tua slow tapi tetap berpendirian yang sama dan atas landasan perjuangan.

      Apa yang kita buat masa muda itu lah kita di masa tua. Kalau niat dari awal tidak betul dah ke tua lah tidak betul.

      Memang lah ulama ada ilmu dunia dan kewangan tapi ini nak memerintah negara, ilmu dunia dan kewangan bukan takat biasa-biasa.

      "bukan mengutuk sesedap rasa dan hawa nafsu...." mana anon tahu niat orang ??


      Delete
    4. Kata orang jual pil kuda, .... niat baik kot?
      Kata orang broker dan barua tanpa di panggil orang tersebut membela diri, .... niat mulia la sangat.

      Delete

  31. PAS GANTI APCO !

    PAS GANTI APCO !

    ReplyDelete
  32. Yang pertahankan dan sokong kenyataan Hj hadi, sila jawab 'siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti PAS?

    Yang ada pun yang pakar yang di bahas lain yang di tanya lain. Apa kena mengena perbankan asing dengan pendatang asing ?


    ReplyDelete

  33. Siapa wakil PAS dalam PAC ?

    ReplyDelete
  34. Kahkahkah...gelak gwa ni khas buat lu dgn bos lu tun mahathir wahai tuan shahbudin!..
    Gwa gelak sebab akhirnya bos lu dah kena main dgn org yg dulu duk bodek dia...hahaha...
    Apa barang lu citer kisah tok lebai hadi plak!!.. Lu tak tau ke hadi tu tunggul kayu?! Lu tak tau ke PM najib tu zombie?!..hahaha...
    Dua2 ekor presiden party tu dah kena remote bro!!
    Lu tgk la sapa yg pegang remote control...org yg 20 tahun lepas dok bodek bos lu... Si harun din dan hassan ali...hahaha...
    Sekor remote si hadi...yg sekor lagi remote najib bab agama...cantekk..!
    Bos lu tun tu liberal bro...awal waktu dia pegang kuasa takde pun dia sentuh bab agama...tu gwa respect.
    Tapi 20 tahun lepas...bila dia start ambik tau ttg agama..tu la time yg dia buat silap!..haha...
    Dia tau yg ex-pas geng asri muda dlm umno dok bodek dia dan geng agama dlm kerajaan pun dok bodek jugak.
    Bila tun buli geng ex pas..diaorg diam je la sbb takde tmpt nak lari..
    Tapi bila tun buli geng yg dlm kerajaan diaorg lari masuk pas!..haha...
    Lu tanya la dgn bos lu apa yg 2 jebon tu dok kecik ati sgt dgn tun. Kot jadi la najib terima nasihat hassan ali...abih jahanam malaysia dibuatnya...segala mcm bisnes disuruh tutup..hahaha...
    Itu jam gwa angkat kaki keluar la bro..haha...

    ReplyDelete
  35. Kah kah kah kah kah kah kah kah kaki ponteng nak jadi penasihat...kah kah kah...bentang hudud kat jepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kah kah kah kah

      Ada hati nak jadi penasihat... kah kah kah kah kah...

      Pengalaman tak ada. Idea pun tak ada.

      Ini satu penghinaan kepada Mustafa Mohamad....Kah kah kah kah..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  36. Bn tgh tersepit, mula la sibuk nk bebaik dgn pas. Yg pas pulak dulu bebaik dgn dap, last2 dap x sokong hudud terus putus hubungan. Pas pegi tanya bn, dia nk sokong hudud ke tak?? Confirm dia xnak punya. So ending nya dah terang, apahal nak sibuk lagi dgn bn?? Ke pasal pas pun dah goyang pasal dh ada amanah?? Wake up, Goyang ke tak ke, terus jalan ape penakut sgt

    ReplyDelete
  37. dia ni tengah sakit, lepas tu salah makan ubat 'tertelan pil kuda'

    ReplyDelete
  38. Mana kejayaan yg PAS dapat tunjukkn dalam mentadbir negeri..suruh PAS/ Hj.Hadi jadi penasihat pd kerajaan negeri Kelantan dulu..kah kah. .Kalau tidak suruh P.Pinang jd penasihat Kelantan.kah kah kah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...