Tuesday 26 August 2014
Yang Penting Khalid Akhirnya Letak Jawatan, Tiada Pilihanraya Dan MB Tetap Dari PR
Dalam episod yang semakin menuju jalan ke penghujungnya, Khalid Ibrahim akhirnya akur untuk meletakkan jawatan. Setelah sedar majoriti tidak lagi memihak kepadanya, beliau akhirnya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, petang tadi.
Bagaimanapun baginda menangguhkan untuk menerima perletakan jawatan Khalid itu sehingga penggantinya dilantik.
Dalam memutuskan pengganti Khalid Ibrahim pula, Sultan Selangor akhirnya menitahkan agar setiap parti dalam PR iaitu Pas, PKR dan DAP mengemukakan dua nama untuk dicadangkan sebagai Menteri Besar yang baru. Baginda sebenarnya tidak menolak nama Dr Wan Azizah secara mutlak, cuma hanya mahukan lebih daripada satu nama dikemukakan bagi memudahkan membuat pilihan.
Melalui keputusan meminta setiap parti mengemukakan dua nama ini juga bermakna tiada pilihanraya negeri akan diadakan di negeri Selangor. Baginda nampaknya amat memahami tentang tiada keperluannya mengadakan pilihanraya negeri serta mahu menyerahkan kembali kerusi Menteri Besar ini kepada PR yang memperolehi majoriti sokongan Adun dalam pilihanraya lalu.
Yang penting di sini, selain Khalid akhirnya akur untuk meletakkan jawatan, tiada pilihanraya negeri akan diadakan dan PR mendapat kembali kerusi Menteri Besar Selangor yang bagaikan terlepas daripada genggamannya sejak Khalid diisytiharkan sebagai Adun Bebas.
Dengan titah Sultan Selangor yang mahukan setiap parti mengemukakan dua nama, terserahlah kepada Pas, PKR dan DAP menentukan pilihan mereka.
Jika dikira daripada keputusan sebelum ini, PKR dan DAP tentulah akan meletakkan nama Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua pula mungkin Azmin Ali atau lain-lain Adun yang difikirkan sesuai kerana tiada kata putus mengenai pilihan kedua itu.
Pas pula, jika diambil kita keputusan mesyuarat pada 17 Ogos lalu, sudah tentulah parti itu akan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Azmin sebagai pilihan kedua.
Tetapi jika diambil kira tindakan U turn yang dibuat dalam mesyuarat AJK Pas semalam yang menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat pilihan, pilihan Pas kini sudah jadi terbuka.
Pas kini boleh mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Azmin sebagai pilihan kedua atau boleh juga meletakkan Azmin sebagai pilihan pertama dan Dr Wan Azizah sebagai pilihan kedua.
Pas juga boleh meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan mana-mana Adun Pas sebagai pilihan kedua atau Azmin sebagai pilihan pertama dan mana-mana Adun Pas sebagai pilihan kedua.
Jika Pas sampai hati, mereka juga boleh mencalonkan mana-mana Adun Pas sebagai pilihan pertama dan kedua dan mengenepikan sama-sekali menamakan calon daripada PKR tetapi jika tindakan itu dibuat ia tentunya bermakna Pas secara nyata memungkiri janjinya sendiri sebelum ini yang menyatakan tidak akan menuntut jawatan tersebut daripada PKR.
Namun, melihat beberapa U turn yang dibuat oleh Pas sebelum ini, tidak mustahil parti itu sekali lagi melakukannya. Kata orang yang biasa bergelumang dalam dunia politik, semua boleh jadi dan serba mungkin dalam dunia politik ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan perebutan kuasa dan ia tidak mengira sama ada Islam atau pun bukan Islam.
Bagaimanapun, apa yang nyatanya dengan tindakan Sultan Selangor meminta setiap parti menghantar dua nama, ia adalah ujian kepada kesepakatan dan semangat berpegang pada janji antara parti-parti dalam PR. Siapa yang bakal dipilih oleh Sultan nanti memanglah menjadi hak baginda tetapi ia juga akan menyerlahkan sejauh mana kesepakatan dan bersatu hatinya Pas, PKR dan DAP dalam mengemukakan nama calon Menteri Besar ini kepada baginda.
Apakah Pas, PKR dan DAP akan bersatu hati memilih Adun yang sama sebagai pilihan pertama dan kedua atau nama-nama yang dikemukakan nanti menjadi caca-marba? (SH 26/08/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Heheh, what's important is Tuanu showed KR who's Boss. MB for until a new replacement found! Submit 2 3 nama bulan 1!
ReplyDeleteIt Tuanku Selangor the Boss not DAPKR or AnwarIbrahim!
Thsi is Bugis Sultan with all his Power! balik awal datangbalik submit to MBKI untuk perkenan KeBawah Duli.
I should learn some protokol from my royal Cousins, really!
Tahnks to PAS 15, Majority still seimbang!
Hello...the rakyat is the Boss lahhhh. No Constitution, no Sultan lahhh. Lucky Umno is weak now....so they bodek the Sultan. During Mamak Mahathir's time when Umno was strong, all Sultan and Agong so afraid of him lahhhh.
DeleteSultan wants 2 or 3 names no problem lahhhh. PR can submit them together with documentary evidence as to who of the 2 or 3 names submitted who has confidence of the majority.
Gol back and read the Sgor constitution in particular Art 53. When you have understood, then come here and comment.
Hei Bodoh, lu ni betul2 bodoh. Lagin pun apa yang megahkan sangat semangat Bugis kamu. Aku pun Bugis, tapi semangat Bugis kita bertempat. Kamu jangan jadi macam UMNOGOK yang bodoh2 tu. Ha Ha Ha
DeleteShaikirin bodoh tu simpan sikit utk keturunan hang akan dtg. hahahahaha
DeleteSultan suruh PR hantar 2 nama dan bukan tiap2 parti hantar 2 nama. Adalah satu arahan yang bengong kalau DAP juga kena hantar 2 nama.
ReplyDeleteHantar dua nama shj dan ditandatangani olih Mat Sabu, Wan Azizah dan LGE. Ini menunjukkan ketiga2 party setuju dengan 2 nama ini. Bagitahu Sultan nama2 dan sokongan Adun terhadap mereka.
1. Wan Azizah- 29 Adun sokong.
2. Azmin Alii- tiada sokongan Adun kecuali Hj hadi yang bukan Adun Selangor.
Itu shj yang Sultan hendak. PR hantar 2 nama, samalah dengan tiap2 parti hantar 2 nama.
DAP boleh minta 2.ADUNnya masuk Islam (berlakon) dan hsntarlah 2 nama itu..mana tau kot Sultan perkenan.Selagi cina itu DAP dan DAP itu cina..tak ada yg mustahil buat mereka.
ReplyDeleteAnon 21:24....Sultan always the boss thats why chinrse (rakyat) csnnot become MB...
Next time ...tengok cermin dulu bsru datang sini
Hello...Boss lah bayar gaji pekerja. Sultan punya gaji, elau ke.. siapa bayar?...kalau rakyat bayar, rakyat lah Boss. Itu pun tak tahu ke...apa lulusan SPR ke? Next time...go back to school and study and then come here.
DeleteAnon 22:28...itu anon 22:11 cakap...lu sudah tengok cermin ke belum..itu sultan tak ada buat kerja...Sultan tak ada angkat gaji atau elaun....itu kerajaan yang mau bayar,,ini negeri dia punya..lu tumpang,
DeleteLagi, lu mau gosok gigi dulu kalau mau cakap sini, bau babi banyak busukk..
Amik periksa spr kat mana maa..kat beijing ka..bodoh cam rafizi
DeleteApa pun dalam isu ni, sikap kurang ajar PKR dan DAP terserlah. Tuanku minta lebih dua nama, malam tadi SUA dua-dua parti perosak umat tu keluarkan kenyataan mereka tetap calonkan Ratu Kipas tu saja. Nampak sangat biadap dan tak reti bahasa!
DeleteSelepas ini agong juga ada kuasa melantik PM...minta lebih dr satu nama..insyaallah Pru akan dtg
ReplyDeletekalau macam ni tak payah lah pilihanraya bagai. suruh sultan lantik je siapa dia suka. tak mengabiskan masa, tenaga dan wang ringgit
DeleteNi kalau aku repot, ada yang masuk lokap ni...
DeleteDEMOKRASI KONON, DEMOKRASI TAHI KUCING
ReplyDeletedemokrasi ala Anwar Ibrahim...cadangkan satu nama, lepas tu suruh orang pilih! Dari muda sampai ke tua, tak habis-habis dengan putar alamnya.
Deletekalau sultan yang pilih
Deletesiapa jadi menteri besar
kepala bana apa
buat pilihan raya
bangang tahap gaban
bodoh tahap telo
busuk tahap seluar dalam cik gu pa
KAH KAH KAH
PAS yang dulunya sibuk mempertahankan kedudukan Khalid dari dipecat sebagai menteri besar oleh parti PKR, kini giliran mereka pula yang meraung-raung nak memecat 2 ADUN nya yang menyokong Wan Azizah.
ReplyDeleteApakah ini dinamakan tepok air didulang terperecik kemuka sendiri ?
Dalam masa yang sama perangai presiden PAS pula tanpa sengaja telah mempromosikan “AGAMA SUKU POLITIK SUKU” dalam mempermainkan PKR dan DAP dalam isu menteri besar Selangor.
Segala janji yang diucapkan nya tidak boleh dipercayai. Hari ini cakap lain esok cakap lain. “Janji dicapati”. Ulamak penipu !
Apakah PAS masih memperjuang kan hukum hudud di Selangor ?