Wednesday 27 August 2014
Apakah PKR dan DAP Derhaka Kepada Sultan?
Tindakan PKR dan DAP mengumumkan secara bersama keputusan parti itu yang bertegas hanya mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal Menteri Besar Selangor secara umumnya menimbulkan dua tanggapan umum. Pertama, mengenai PKR dan DAP yang dianggap biadap serta derhaka kepada titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dua nama dan yang kedua, ia menunjukkan Pas sudah mula ditinggalkan dalam gabungan PR dan apakah nasib parti itu seterusnya?
Mengenai persoalan pertama, apakah benar PKR dan DAP biadap dan derhaka?
Walaupun PKR dan DAP mewajarkan tindakan mereka mencalonkan hanya nama Dr Wan Azizah dengan mengepilkan salinan surat daripada istana mengenai proses perlantikan Khalid Ibrahim pada 2013 di mana ketika itu Sultan meminta dikemukakan empat nama tetapi tetap setuju dengan pemilihan Khalid walaupun hanya satu nama yang dipersembahkan.
Maka, berdasarkan konvensi itu serta hakikat bahawa Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majorit 30 Adun, maka PKR dan DAP mengekalkan hanya nama Presiden PKR itu saja, meskipun Sultan Selangor menitahkan agar setiap prti mengemukakan dua nama bagi pertimgangan baginda.
Dari segi politik adu-domba, tentu saja tindakan PKR dan DAP itu boleh ditafsirkan sebagai biadap dan derhaka kepada Sultan tetapi berdasarkan undang-undang dan perlembagaan, Sultan juga tertakluk untuk mempersetujui mana-mana nama yang dipersembahkan oleh kumpulan yang memperolehi sokongan majoriti.
Baik dalam pemilihan Perdana Menteri atau Menteri Besar di negeri-negeri lain pun, biasanya hanya satu nama saja yang dikemukakan. Tidak pernah dua nama sekaligus dibawa untuk pertimbangan Sultan atau Raja sebelum ini untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.
Memang ada kes seperti di Perlis, Raja tidak bersetuju dengan Shahidan terus dipilih sebagai Menteri Besar dan di Terengganu pula, Sultan tidak setuju dengan Idrus Jusoh sebelum ini. Tetapi nama baru iaitu, Isa Sabu di Perlis dan Ahmad Said di Terengganu, hanya dikemukakan setelah sah adanya penolakan daripada istana. Shahidan dan Idris tersingkir hanyalah kerana UMNO pula tidak berani bertegas mempertahankan pendirian asalnya.
Bagaimanapun, UMNO pernah juga bertegas dalam dalam hal ini. Di Negeri Sembilan misalnya, Isa Samad pernah ditolak oleh Yang Dipertuan Negeri sebagai Menteri Besar tetapi ketika itu Tun Ghafar Baba segera menemui istana dan mempertahankan pencalonan Isa sambil mengingatkan bahawa dalam sistem Raja Berperlembagaan, nama yang dikemukakan oleh UMNO dan BN yang sudah memiliki majoriti tidak boleh ditolak sama-sekali.
Akhirnya Isa Samad berjaya menjadi Menteri Besar selama lebih 22 tahun di Negeri Sembilan.
Soal sama ada tindakan PKR dan DAP ini biadap atau derhaka kepada Sultan atau tidak, ia sebenarnya hanyalah persepsi saja. Teti mencalonkan hanya satu nama bukanlah asing dan diluar amalan sebelum ini. Oleh kerana nama Dr Wan Azizah sudah dikemukakan oleh pihak yang mempunyai sokongan majoriti, terserahlah kepada Sultan sama ada mahu menerima atau menolaknya.
Jika Sultan menolaknya, mereka boleh memilih untuk mencalonkan nama lain atau bertindak tegas sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Ghafar itu.
Dalam masa yang sama, Sultan juga secara konvensinya tidak boleh menerima nama lain yang bukan dicadangkan oleh pihak yang mempunyai majoriti kerana boleh ditafsirkan bertentangan dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang diamalkan selama ini iaitu calon Menteri Besar mestilah dipilih melalui nama yang dikemukakan oleh pihak yang mempunyai majoriti.
Kiranya Sultan memilih Adun Pas pula sebagai Menteri Besar tetapi tidak mendapat persetujuan PKR dan DAP yang mempunyai majoriti, ia mungkin pula berhadapan dengan usul undi tidak percaya dalam DUN yang selewat-lewatnya akan diadakan November ini. Jika itu berlaku, pertukaran Menteri Besar terpaksa dilakukan sekali lagi.
Mengenai persoalan kedua pula, PKR dan DAP nampaknya sengaja meninggalkan Pas dalam membuat ketetapan mengenai isu ini untuk melihat apakah pendirian parti itu seterusnya. Jika Pas turut mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama bersama nama lain sebagai pilihan kedua, ia bermakna Pas juga telah bersetuju dengan pemilihan Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Kiranya itu pencalonan yang akan dibuat oleh Pas, ia secara langsung memudahkan Sultan membuat pilihan kerana secara logiknya ketiga-tiga parti mahukan Dr Wan Azizah.
Tetapi jika Pas membuat ketetapan lain daripada itu, bukan saja Pas berisiko diketepikan dalam susunan Exco kerajaan negeri, bahkan juga mungkin ditendang daripada PR jika akhirnya Sultan akur dengan calon pilihan PKR dan DAP yang jelas memiliki sokongan majoriti itu.
Pas memang nampak tersepit dalam keadaan ini. Menolak mencalonkan Dr Wan Azizah amat mengundang bahaya kepada masa depan parti itu iaitu mungkin dikeluarkan daripada PR dan akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang. Husam Musa sudah mengingatkan sebelum ini bahawa tindakan yang boleh menyebabkan Pas terkeluar daripada gabungan bersama PKR dan DAP akan menyebabkan perjalanan parti itu berundur selama 30 tahun ke belakang.
Jika Pas akur pula mencalonkan Dr Wan Azizah, meskipun ianya memudahkan lagi penyelelesaian kemelut ini sedangkan sebelum ini berdolak-dalik dengan terakhir menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan, maka sekali lagilah Pas membuat U turn.
Sesuai dengan amalan demokrasi dan prinsip Raja Berperlembagaan, penyelesaian terbaik ialah dengan menghormati pilihan majoriti atau serahkan kembali mandat kepada rakyat membuat penentuan. Amatlah tidak kena ketika penyerahan mandat semula kepada rakyat tidak mahu dilakukan, suara majoriti juga tidak mahu dihormati. (SH 27/08/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pak budin,ngkau ni x de keja lain ke? asyik nk provok orang aje..mengalahkan yahudi!!!
ReplyDeleteKlu x reti basa ddk diam2...tu keje dia...spe nak sebok
Deleteapa bodoh punya statement... dia hanya berhujah berdasarkan undang2 perlembagaan.. setahu aku yahudi je tak ikut undang2 atau perlembagaan antarabangsa..
DeleteSaudala Shahbudin,
DeleteLu fikirlah sendili loo oo !.
Kuat sangat ke PKR tu...x lama lagi anwar masuk penjara.
ReplyDeleteLepas tu Rafizi. Apa lagi yang ada pada PKR. Azizah akan merintih tiap malam mengenangkan lakinya meringkuk dalam penjara. Kalau jadi MB lagi huruhara Selangor. Tanah bagi saja pada DAP/PKR.
Anon 16:10
DeleteKuat tak kuat Anwar, PAS menang di Terengganu kerana faktor Anwar. Lepas tu Tuang Presideng hangpa dek terlampau hebat menjadi MB, sepenggal bungkuih sampai la ni walaupun dalam PRU 13 lalu UMNO Terengganu dalam keadaan lemah pun Tuang Presideng hangpa dan geng hebat ganu pun xleh makan.
Dok persoal orang lain. Tengok kat tuang presideng hanpa la lagi baik.
Citer dulu xyah ckp...semua org terpegun dgn anuwar...igt dia berubah nk jd islamik...la ni....urghhhh....hudud berbelit2...fitnah org dgn bukti yg blum dibukti.... skrg dgn konsensus nasional...alhamdulillah la....tuhan tunjuk sikit2. Nampak gah la kt alam maya dgn balaci2 berbayar...tp kt luar...kongress pun kosong dan kacau bilau...tebal muka je thn malu. Setakat husam tu...nik aziz pun dh reject. Nk kata kt pas trg....sedar diri sikit....pkr pun menang dgn ehsan jentera pas.
DeleteTau la nk tahaluf dgn umno mrlalui kn...patutla nurul mintak mahap dlm court je dan balaci2 umno x serang pun...nk ckp psl integriti lg?
Angkuh, sombong dan nak tunjuk lagak tak bertempat! Apa masalahnya kalau hantar 2 nama? Kenapa beriya-iya sangat nak jadikan isterinya sebagai MB? Apa yg terSIRAT? Ini baru nak memerintah sebuah negeri, kalau dpt memerintah negara bagaimana agaknya kesombongannya, blh jadi macam Yahudi.
ReplyDeletetiada salahnya juga PR hendak menetapkan satu nama... baca habis dulu hujah pak din ni... bercakap tak ikut akal.. aduh..
DeleteAku nk jijah jgk...aku nk jijah jgk...aku nk jijah jgk...x kire...xkire...x ikut aku tanda sokong umno...x ikut aku kuar pkr...x ikut aku kuar pas...x ikut aku kuar pr...x ikut aku bubar dun.....lu pikir la sindiri
DeleteDerhaka atau tak derhaka, aku tak tau. Tapi KURANG AJAR tu memang dah sah-sah. Susah sangat ke nak bagi dua nama? Nak memperalatkan undang-undang semata-mata kerana nak menunjukkan besar kepala?
ReplyDeleteMak lu... natang x kurang ajo....baring atas jln halang sultan x kurang ajo...munafik
DeleteTk bulih nk beza antara tindakan ahli biasa dgn tindakan ketum....hok baring tu ahli biasa...normalla fanatik mcm baling kerusi ngen penumbuk dlm pkr....hok ning bapok2 sendiri nebeng ngen sultan....ngok mung ning. Tu la bershi kata korg sgt...ada ilmu faraid gamoknya leh kenal org munafik ke dok? Kuat amalan baham pitis mung ning. Tinggi maqam. Igt ke dosa etek duk sedap mulut sgt.
DeleteIni sama sekali bukan soal derhaka atau tidak tapi ini berkait dgn sikap takutkan makhluk melebihi takutkan Allah.
ReplyDeletePKR dan DAP bertindak berdasarkan undang undang sedia ada yang telah diguna pakai selama ini hatta di negeri Perak pun tu hari. Kalau mengikut dan mematuhi undang undang yang telah diperakui dan diterima selama ini dianggap derhaka, baik humbankan sajav) undang undang itu ke dalam longkang dan tong najis. Untuk apa disimpan lagi?
Ambik contoh seorang bapak yg mempunyai seorang anak. Si anak ini seorang yg patuh dan mentaati hukum dan undang undang syarie. Tiba tiba si ayah ini yang selama ini mengajar undang2 syaraq kepada si anak naik angin dan berang lalu marahkan anak kerana mengamalkan undang2 dan hukum berkenaan walhal anak itu terus mematuhi dan mengamalkannya kerana yakin kebenaran berada dipihaknya kerana itulah ajaran si ayah serta tuntutan hukum syaraq sekama ini . Derhaka kah anak itu?.
Ini berbeza kalau si anak itu lebih takutkan si ayah mengatasi ketakutan dia kepada Allah. Tidak kah pimpinan serban besar juga selalu berceramah sana sini bahawa kita sbg manusia tidak harus takutkan makhluk mengatasi takut kan kepada Allah?.
Malangnya puak serban besar cakap tak serupa bikin. Kerana takutkan makhluk lbh dari takutkan Allah lah yg telah merumitkan lagi isu gantian MB di Selangor ketika ini. Hal ini dipayahkan lagi oleh kebodohan dan dangkalnya ilmu politik puak serban besar selain ditokok oleh sifat2 tengkok lembik yg ada pada mereka, menyebabkan mudah untuk dipulas belit.
Aku pasti pengikut puak serban besar marah krn aku kata pimpinan depa bodoh dlm politik. Utk itu cuba hangpa jengok dlm sidang parlimen selama ini. Sapa yg selalu bertegang leher dan bersuara lantang melawan MP MP UMNO BN kalau bukan MP PKR, DAP dan MP team profesional dari PAS. Mana suara puak serban besaq? Bisu dan cuma jadi pak angguk dan hanya ke parlimen cuma nak cari alasan halalkan elaun yg diberi?. Kenapa selalu bisu dan diam dlm parlimen?. Bukan sebab bodoh dan bangang krn tak cukup ilmu pencak silat politik???.
Ambil kes si ayah dan si anak tadi. Kalau si anak seorang yang cerdik dan berilmu dan sentiasa memegang kpd hukum syaraq dan undang2, si anak akan beri penjelasan dan hujah sehingga si ayah dapat diyakinkan dan menerima amalan dan kepercayaan yg selama ini jadi ikutan. Tapi kalau si anak jenis lembik leher, bodoh dan takut berhadapan ayah mengatasi takut pada Allah, maka nak berjawab pun tidak mampu selain menurut saja. Maka akn punahlah segala kebaikan yg selama ini diamalkan.
Isu pengganti MB Selangor bagi aku menjadi semakin sulit bermula bila si anak serban besaq dipanggil mengadap si ayah. Rupanya si anak serban besar ini gagal dan tak boleh nak bezakan antara ayah dengan Tuhan. Lebih merumitkan lagi kerana si anak serban besar ini cuma kaya hal berkait agama tapi papa kedana ilmu undang2, siasah dan politik.
Adakah kerana berkata benar dan menegakkan hukum dan undang undang itu derhaka?. Adakah anak yang tidak mematuhi ayah hanya kerana si anak taat dan mematuhi hukum dan undang2 dianggap derhaka dan boleh ditelan tulah daulat si ayah yg bertindak melampaui hukum ?.
Apa yang jelas disini ialah puak serban besar cakap tak serupa bikin, takutkan makhluk mengatasi takutkan Allah sehingga tindak tanduk depa ini menjadi tunggang langgang, kejap belok kiri dan kehap belok kanan, tak ubah macam orang mabuk samsu haram.
Ayat panjang..siapa nak baca? Sendiri baca le...tunjuk pandai tak bertempat.
Delete2. Persetankan dengan husam musa...dia sendiri tertinggal kapal.
3. Semua pihak ikut undang2..tetapi apabila sultan minta dua nama..ikut je lah....Kalau zizah tak jadi MB kiamat ke dunia. Dalam PKR hanya anwar dan zizah saja ke hebat??????????
4. Jika bagi satu nama, sultan tolak? Apa anwar nak kata? Dalam keadaan sekarang..nobody majaroti yet till DUN bersidang...
5. Jika umno + pas + bebas + ada ADUN yg lompat= siapa majoriti? Segala kemungkinan boleh berlaku.
Untuk menyatakan pas rugi jika keluar pakatan, ia satu analisa yg terlalu awal sedangkan selama ini pkr dan dap banyak bergantung kpd askar PAS.
Anon 18:01,
DeleteAgaknya krn ramai askar dlm PAS lah yg menyebabkan puluhan tahun PAS tak pernah dpt puluhan kerusi dalam parlimen?. Bila dah combine dgn askar PKR dan DAP yg sikit tu baru PAS dpt byk kerusi.
Adakah kerana askar PAS selama ini cuma guna lastik dan lembing utk berperang dgn UMNO BN yg menyebabkan PAS susah nak menang? Dan adakah hanya setelah askar PKR dan DAP yg sikit itu ajar askar PAS cara guna senjata moden baru PAS lebih kuat?.
Sekadar ramai askar tapi tak berkualiti dan kurang cerdik, ditambah pula dengan general yang mathematik taugeh, makin teruklah tentera PAS.
Nampak kat sini walau pun askar PKR dan DAP sikit, tapi dengan kelengkapan senjata serba moden ditambah ilmu perang yang lengkap, PKR dan DAP lebih berani berdepan musuh politik. Kerdil tubuh tak apa. Jgn kerdil ilmu dan semangat. Tanpa ilmu dan semangat akn jadi darah gemuruh nak berhadapan musuh dlm selimut yang ada di mana mana hatta dlm istana hinggap negeri abtah berantah.
Ckp panjang...tp ajk tlg hudud...dok rok boh. Rela dok sblh pagar dgn dap. Hbs srmua org tk betul. Maksum sungguh.
DeleteDok sibuk bsb hudud PAS ni. Jangan dok mimpi nak buat hudud kst Malaysia ni kalau perlembagaan tak dipinda. Nak pinda perlembagaan hanya blh buat klu UMNO BN tumbang dan PR berkuasa. Sbb tu fokus tumbangkan BN dulu. Yg jadi bodoh teperangkap dgn BN konon nak kan hudud tu kenapa?. Di sinilah bengongnya PAS sebab bertindak tak pijak dibumi nyata. Ini Malaysia lah bkn Arab Saudi atau UAE. Polarisasi kaum perlu ambil kira dan strategi perlu adjust sesuai dgn keperluan. Fikir pakai otak bkn dgn kepala lutut. Jgn biar sentimen atasi akal waras. Ramai yg cerdik dlm PAS tapi pandangan mrk tak nak dipakai krn mrk bkn jenis serban besar. Puak serban besar ni takut bayang2 sendiri. Inilah masalah besar dlm PAS hingga sanggup belot jadi duri dlm daging hingga Timbalan Presiden sendiri kalah dlm GE di Pendang. Org Kedah dan Pendang semua tau sapa punya kerja ni, tak lain tak bukan oleh puak serban besar ni laa.
DeleteSaya setuju. Bang mat tu semua tau mcm mana gigih dia. Keluar masuk lokap dah jadi lumrah buat dia krn perjuangan. Sbb tu BN takutkan sangat ayam sabung PAS ini. Jasa bang mat pada PAS dlm menarik kepercayaan bukan melayu terhadap PAS tdk siapa blh nafikan. Sbb tu BN matian2an arahkan meriam ke batabg tubuh manusia bernama mat sabu ni.
DeleteMalangnya puak serban besar buta mata dan buta hati hanya krn mat sabu tak berserban besar dan bkn lulusan timur tengah sampai sanggup jadi duri dlm daging di Pendang dlm piluhanraya lepas. Tak cukup dgn tu, puak2 ni jadi pula tukang sebar tiduhan BN yg mengarakan mat sabu ni shiah. Klu kawan sebantal pun serban besar sanggup khianati, apatah lagi PKR yang tak berkopiah putih dan DAP yg dituduh kafir harbi tu.
Aku akui puak serban besar ini berilmu dlm bidangnya tapi aku nampak kebodohan mrk tahap gaban dlm bidang siasah politik dan strategi dan lain2 skop ilmu duniawi.
Mulai skrg aku tak ak beri terhadap calon2 PAS jenis mcm ni. Aku tak sanggup subahat dgn manusia jenis duri dlm daging ni. Harap serban jer besar tapi hati busuk penuh dengki kianat.
Tuan Azariza Alawi - Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mendedahkan,
ReplyDeleteTGHHA KECEWA dgn Anwar Al-Jubori kerana:-
Anwar Laknatullah UMUM Nak Tabalkan Timbalan Perdana Menteri Dua Orang:-
1. Orang Cina - DAP Babi
2. Orang Melayu
Inilah sebabnya 98% Orang Cina sokong Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim Nak lantik Baru Bian (Seorang kristian) untuk jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat Menang Pilihanraya Negeri??
Pas tersungkur, kalah 6 kerusi kerana Orang Melayu dan Melanau Sarawak marah..
Nuar Al Juburi Laknatullah Nak Naikkan Cina Babi Chauvanist, Rasis Pelampau jadi Timbalan Perdana Menteri..
Woooi Penyokong PKR Lahanat, Kamu menjual Maruah Bangsa Melayu dan sanggup di LIWAT oleh Cina Kafir Harbi..
PKR kau memang Parti Celaka..
Patulah TGHHA marah sangat kat Nuar Berahim.. Nik Aziz pon sama marah.
Cuma Mat Sabu, Hanifa Maidin, Khalid Samad, Mujahid Rawa, Nizar, Saari, mereka NIEH bukan lagi MELAYU... tapi CINAYU
Bahasa baru utk penyokong Cina Rasis ialah CINAYU..
Ello anon 17:23,
DeleteSebelum ini bertahun2 UMNO menguasai majoriti kerusi DUN dlm GE di Pulau Pinang, tolong hang sebutkan berapa kali UMNO BN lantik melayu Islam jadi Ketua Menteri?. Tolong hang habaq mai sat!. Pasai apa haram UMNO BN tak lantik KM melayu wlu pun UMNO ada kerusi majoriti DUN Pulau Pinang? Itu sejarah dan fakta!
Tak payahlah hang nak pukul gendang karut kalau hang buta fakta dan hanya nampak angin yg orang ramai yg lain tak nampak pun. Tok sah lah hang dok sebar kisah angin yg hang sorang nampak tu. Tok sah lah dok menjaja nama Hj Hadi sana sini dan cari dosa kering. Kami dlm saf pimpinan PAS tak pernah dpt berita ni. Tak mungkin Hj Hadi cuma share dgn penyokong pencacai mcm hang saja dan tdk dgn ramai pimpinan lain?. Tak pyh lah cari dosa yer.
Selalunya PAS lah yang bermati-matian menentang segala titah sultan sebagai contohnya apa yang berlaku di Perak selepasa PRU12. Ada di antara penyokong PAS yang sanggup baring atas jalan selepas solat Jumaat untuk menyekat laluan sultan Perak kerana baginda tidak setuju membubarkan DUN untuk diadakan PRN sebaliknya bersetuju melantik dari kalangan ADUN UMNO yang mempunyai majoriti sebagai MB yang baharu. Persoalannya kenapa Sultan Selangor berbuat demikian? Pertamanya mungkin baginda lebih mesra UMNO, keduanya Hadi Awe telah berjumpanya 4 Syawal (Munafik besar PAS), ketiganya ada sentimen politik dan projek yang bakal dianugerahkan kepada baginda sekiranya PAS + UMNO + Khalid menjadi kenyataan. PAS sebagai parti yang katanya memperjuangkan Islam rupanya kaki bodek Sultan juga walaupun boleh dipanggil Munafik dan jahil tak bertempat dan buta perundangan (itu sebablah ramai macai-macai akar umbi pun bodoh dan tak rajin membaca seperti Presideng Adi Awe dan Mustofa Ale) tetapi darihal membodek Sultan pastinya mereka akan ke hadapan. Tun Mahathir jauh lebih berani dan berkredibiliti apabila berdepan dengan golongan "free loader" ini.
ReplyDeletePAS Perak jadi lagu tu sebab Adun PKR dapat sedekah daging mentah hidup-hidup ( cerita ni yang dapat sedekah cakap sendiri hasil siasatan SPRM).. Yang DAP pulak dapat habuan lain. Hancur kerajaan PR Perak.
DeleteSebab itu sejak azali saya cukup curiga dengan depa-depa ni. Di Kedah pun buat hal juga sampai sakit PAS Kedah nak pertahan kerajaan PR Kedah.
Haaaaaa ni..masih belum puas lagi. Di Selangor buat hal lagi. Buat satu kerja yang BN dah perintah 50 tahun pun tak buat keje macam ini.
PAS yang salah juga ke?
Kat Kedah siapa yang buat hal sebenarnya? Memang macai PAS tak kurang atau lebih dari macai UMNO, cumanya macai UMNO lebih tinggi kopiahnya dan macai PAS lebih panjang janggut dan jambangnya...
DeleteDerhaka adalah ungkapan yang direkacipta olih mamak2 bendahara masa zaman Sultan Melaka untuk memperbodohkan dan menakutkan orang melayu kepada Sultan yg zalim..
ReplyDeleteSekarang 'derhaka' HANYA digunakan untuk melabel perbuatan(menentang) manusia dengan Penciptanya iiatu Allah SWT.
Untuk makluman, didalam kes Perlis dan Trengganu, Umno tidak ada menunjukkan satu bentuk dokumen atau keterangan yang menunjukkan Shahidan atau Idrus Jusoh disokong olih majorit Adun. Olih yang demikian Sultan bolih mengguna budi bicaranya melantik seorang yang dipercayai mempunyai sokongan majority.
PKR/DAP bertindak mengikut Perlembagaan iaitu menamakan seorang Adun yang telah memperolehi majority iaitu 30 Adun. Buat apa pergi hantar nama Adun yang tidak disokong olih mana2 Adun sedangkan Sultan terikat dengan undang2 perlembagaan untuk melantik seorang yang mempunyai sokongan majority.. Bodoh lah tu kalau menamakan nama orang yang tak disokong.
Pas cakap dia beri sokongan kepada Wan Azizah dan Azmin. Itu dia punya hak lahhh. Mereka bertindak diluar rangka PR. Tindakan itu menampakkan kebodohan Pas juga kerana Azmin tidak disokong olih majority Adun. Pas dianggap derhaka kerana tidak mematohi Perlembagaan dengan menamakan seorang yang tidak disokong olih majority..
Ada undang, ada peraturan,ada adat, dan ada konvensi. Perbuatan tanpa rujuk semua ini bahaya untuk semua pihak. Jika Sultan nak pilih, tukar pelembagaan. Tak perli pilihan raya. Raja pilih saja, siapa dia sayang atau suka.
ReplyDeleteRaja-raja Melayu terikat pada perlembagaan negeri dan negara. Mereka bukannya kebal setelah pindaan2 yg dibuat oleh pemimpin Umno Baru, Dr Mahathir. Maka Sultan2 kena ikut apa yg tersurat dari yg tersirat.
ReplyDelete