Sunday 25 May 2014
BN Dah Lupakan Pengundi Cina, Sasaran Lebih Kepada Melayu
Setelah hampir seminggu kempen pilihanraya kecil Teluk Intan berjalan, BN didapati masih kekurangan sokongan daripada pengundi Cina yang meliputi 42 peratus daripada 60,483 jumlah pengundi keseluruhan di kawasan itu. Pengundi Cina dikesan masih selesa bersama-sama dengan DAP yang sudah menguasai kawasan itu sejak dua kali pilihanraya lalu.
Walaupun kali ini DAP meletakkan calon berbangsa Melayu iaitu Dyana Sofya tetapi rata-rata pengundi Cina tidak mengambil ianya sebagai isu besar kerana sebelum ini iaitu dalam pilihanraya 2008, calon DAP yang bertanding dan menang di Teluk Intan juga adalah berbangsa India, M Manogaran.
Lebih dari itu, salah satu DUN dalam kawasan Teluk Intan iaitu Pasir Bedamar turut pernah diwakili oleh calon DAP berbangsa Melayu, Fadzlan Yahya selama tiga penggal.
Oleh itu, isu calon DAP bukan daripada bangsa Cina bukanlah masalah besar bagi majoriti pengundi Cina di Teluk Intan. Sebagaimana dua pilihanraya sebelum ini, pada 31 Mei ini juga mereka akan memberikan sokongan kepada DAP. Salah seorang pengundi Cina yang ditemui, sambil berseloroh berkata, "kami sudah lama mengamalkan 1Malaysia".
Menyedari keadaan itu, BN kini terpaksa mengalih tumpuan untuk meraih sebanyak mungkin undi daripada kalangan pengundi Melayu yang berjumlah 38 peratus yang sebahagiannya berada di dalam DUN Changkat Jong. Pengundi Cina bukan lagi keutamaan dan akan sedikit demi sedikit dilupakan oleh BN.
Hanya pengundi Cina yang dikesan pengundi putih BN saja akan diberi perhatian selepas ini.
Bukan saja jentera kempen, terutama daripada luar Teluk Intan lebih memberi perhatian kepada pengundi Melayu, malahan kedatangan menteri-menteri dan pemimpin daripada Kuala Lumpur juga lebih memberi tumpuan kepada sasaran yang sama.
Surau, masjid, perkampungan serta penempatan Melayu seperti Kampung Bahagia, Durian Sebatang, Selabak, Batak Rabit, sekitar Jalan Changkat Jong dan lain-lainnya akan menjadi tumpuan dalam hari-hari terakhir kempen ini.
Untuk tujuan meracuni pemikiran pengundi Melayu juga, kempen berbentuk propaganda yang mengaitkan DAP dengan komunis dan 13 Mei serta menyebar gambar palsu Dyana berbikini turut dilakukan agar hasil yang maksimum diperolehi. Kempen seperti ini akan terus diperhebatkan dari semasa ke semasa.
Berikutan dalam pilihanraya lalu BN kecundang dengan majoriti 7,313 undi, BN merasakan kemungkinan untuk menang hanya boleh dicapai sekiranya lebih banyak undi Melayu memihak kepada mereka.
Janji pembangunan yang dibuat oleh beberapa menteri, ugutan bahawa pembangunan dan kelajuan internet akan dipertingkatkan sekiranya BN menang, ugutan kepada pengundi RELA, cemuhan supaya jangan mengundi semata-mata kerana calon itu memakai lipstik dan sebagainya adalah jelas ditujukan kepada pengundi Melayu yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan boleh dikelirukan pemikirannya agar terus bergantung kepada kerajaan.
Bagi pengundi Cina, kempen semumpama itu tidak bererti langsung kepada mereka.
Menjelang hari-hari terakhir juga, kempen rumah ke rumah serta kunjungan membawa buah tangan turut dipercayai akan dilipatgandakan untuk memastikan majoriti pengundi Melayu mengundi calon BN, Mah Siew Keong.
Bagi jentera BN, kegagalan mereka mendapatkan lebih banyak undi Cina juga disebabkan ketidak-upayaan jentera daripada parti komponen yang lain menjalankan fungsi dengan sebaiknya. Di banyak kawasan pusat daerah mengundi, hanya jentera UMNO yang kelihatan, manakala wakil daripada MCA dan MIC hampir tidak kelihatan.
Walaupun calon Gerakan yang bertanding tetapi jentera daripada parti itu lebih sibuk mengiringi calon bertemu dengan pengundi dan hampir tidak meletakkan wakil mereka di banyak pusat daerah mengundi, termasuk di kawasan yang mempunyai pengundi berbilang kaum.
Ini menjadikan ramai yang kecewa dengan sikap parti komponen itu, terutamanya MCA yang seolah-olah mahu melihat calon Gerakan turut kecundang supaya tidak jauh bezanya dengan kedudukan parti itu yang tidak meletakkan calon di Bukit Gelugor.
Di hari-hari terakhir ini, untuk DAP memastikan kemenangan dalam PRU 13 lalu dikekalkan, peranan rakan gabungan mereka iaitu PKR dan PAS untuk mengepung sokongan pengundi Melayu adalah sangat penting sebenarnya.
Kiranya PAS dan PKR dapat memastikan sokongan pengundi Melayu tidak banyak beralih arah, peluang calon Dyana Sofya mengekalkan kemenangan DAP adalah cerah, walaupun dengan majoriti yang sedikit berkurangan. (SH 25/05/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab tula najib bawak masuk panda dari China. Tujuannya nak tarik pengundi cinala. Time pilihanraya panda tu akan dibawa ke teluk intan.
ReplyDeleteKalau dalam pru13, DAP menang dgn majoriti 7K undi manakala pada pru12 pula majoriti 1K undi. Bila BN meletakan calon yang sudah ditolak pengundi sebanyak 2x melalui pru, BN sebenarnya buat kesilapan besar. Tapi BN masih boleh tarik perhatian pengundi kaum cina tapi kena belajar dgn parti dari sebelah timur. Kalau tida , ini kalilah Dyana Sofya boleh menang besar dengan majoriti lebih 10K dengan syarat % keluar undi lebih dari 75.
ReplyDelete