Wednesday, 12 September 2018

KIT SIANG HARUS BERJIWA BESAR, TAK SEMUA PERKARA MESTI DISELESAIKAN DI MAHKAMAH


Walaupun Lim Kit Siang bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Hanif Omar yang didiakwa memfitnahnya, malah peguamnya, Ramkarpal Singh dilaporkan sudah memulakan proses ke arah itu, tetapi pemimpin veteran DAP itu seharusnya boleh menilai kembali tindakannya itu.


Beliau mesti sedar bahawa kini adalah zaman Malaysia Baru yang turut menitikberatkan semangat toleransi, sedia berbincang dan tidak semua pertikaian perlu dibawa ke mahkamah untuk dicari titik penyelesaian muktamad.


Lagi pun, dengan DAP merupakan komponen penting dalam kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara, sikap yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang dalam berhadapan dengan isu ini  boleh mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap parti itu dan sudah tentu dengan bertolak ansur, ia akan memberi keuntungan jangka panjang kepada DAP.


Oleh itu, dalam berhadapan dengan Tun Hanif Omar, seorang bekas Ketua Polis Negara yang disanjung ramai dan mempunyai rekod kerjaya yang cemerlang sebelum ini, Kit Siang seharusnya mempunyai jiwa besar dan tidak menjadikan mahkamah sebagai pemutus kata benar atau salah dakwaan yang ditujukan terhadapnya.

Meskipun barangkali boleh diterima bahawa dakwaan yang dibuat oleh Tun Hanif terhadap Kit Siang yang dikatakan cuba memisahkan Semenanjung kepada dua - Pantai Barat untuk Cina dan Pantai Timur untuk Melayu merupakan suatu tuduhan yang serius dan tidak benar, tetapi beliau juga mengakui ianya berdasarkan laporan yang diterimanya ketika itu berdasarkan apa yang disebut oleh seorang pemimpin DAP yang lain.


Lagi pula, perkara itu sudah lama berlaku dan kini Tun Hanif sudah pun bersara, manakala DAP yang dipimpin oleh Kit Siang telah pun menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang ini.


Maka, seperti mana kata Zaid Ibrahim dalam tulisan di blognya semalam, tidak bolehkah Kit Siang mengajak Tun Hanif untuk berbincang santai mengenainya sambil menghirup teh panas?


Lebih daripada itu, dengan membawa kes berkenaan mahkamah, ia hanya memperlihatkan Kit Siang hanya mementingkan dirinya semata-mata, manakala jika sedia bertolak ansur dan mengadakan pertemuan dengan Tun Hanif pula, ia membuktikan pemimpin DAP berkenaan lebih mengutamakan partinya sebagai wadah masa depan yang boleh diterima rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Pilihan di tangan Kit Siang sebenarnya, malah di ketika kedua-duanya berada di usia senja, tidak banyak untungnya dengan melibatkan mahkamah dalam menentukan pertikaian yang mungkin hanya kebetulan dan tidak disengajakan itu. (ShahbudinHusin 12/09/2018)

20 comments:




  1. ................pengundi kawasan parlimen Port Dickson akan dilembukan oleh si gembala demi cita-cita menjadi perdana menteri.......


    .......mboohhhhhh..........

    ReplyDelete
    Replies



    1. ........ibu segala PRK akan bermula........


      ......strategi sudah dirangka..........


      ........mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaa.....


      Delete
    2. Haha.. Dah ada yg meroyan dah. Kesian.. Makan ubat ka blom En Fauzi?

      Delete
    3. refer to Dr Mahathir Mohamad’s recent statement as below, quoting the Malaysian prime minister on the Malay culture:
      “This is our culture. We do not know what hardship is, we only want things to be easy. I have tried to be an example, tried to teach, scolded, cried and even prayed. But I have failed. I have failed to achieve the most important thing - how to change the Malays. The Chinese in Malaysia have no special rights, they experience discrimination. But they are more successful than us.” Etc, etc.

      Delete
    4. Kalo Hanip Omar tu, xperlu ek ok ek ok cakap banyak. Spesis Melayu HAMNO ni bukan jenis boleh bertolak ansur.

      Kalo pukul ular, biaq lunyai kepalanya. Camtulah spesis² HAMNO ni.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Meroyan sebab ada orang yang gila meroyan nak jadi PM.....

      Delete

    7. Kluangman6 September 2018 at 22:12
      Bercinta, kentut pun wangi.

      Reply
      Replies

      awang kualaberang6 September 2018 at 23:08
      mabuk bau kentut jadi loklak khayal macam pil kuda juga ke???


      EVERLASTINGKNIGHT7 September 2018 at 00:02
      Mahasiswa akan buat bantahan jika Maszlee enggan letak jawatan
      FMT Reporters - September 6, 2018
      Share

      Gamis mendakwa Maszlee Malik seolah-olah “gelap mata’ apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri. (Gambar Facebook)
      PETALING JAYA: Bantahan secara besar-besaran akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jika Menteri Pendidikan Maszlee Malik enggan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti itu, kata pertubuhan mahasiswa Islam.

      Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya memberikan tempoh selama 7 hari bermula esok kepada Maszlee untuk meletakkan jawatan, memandangkan keputusannya itu menimbulkan kemarahan mahasiswa.

      “Sekiranya beliau masih berdegil untuk memegang jawatan tersebut, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh mahasiswa Malaysia.

      “Ini adalah amaran dan janji daripada kami. Percayalah, apabila kami berjanji, kami akan tunaikan janji kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

      Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

      “Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya.

      Faizzuddin berkata, Maszlee seolah-olah “gelap mata” dengan kehidupan mewah apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri, hingga lupa prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi universiti awam daripada pengaruh politik.

      “Gamis menyeru kepada Maszlee untuk bermuhasabah, bertaubat dan kembali memikirkan soal perjuangan untuk menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya.

      “Bahkan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang sudah ditaburkan sewaktu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) yang lalu,” katanya.

      Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai Presiden UIAM yang baharu.

      Lim yang juga pengerusi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang pula jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan.

      UIAM dalam kenyataannya, bagaimanapun mempertahankan Maszlee sebagai presiden baharu, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

      UIAM juga berkata, pelantikan Maszlee disokong Rektor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

      Delete


    8. Mahasiswa akan buat bantahan jika Maszlee enggan letak jawatan
      FMT Reporters - September 6, 2018
      Share

      Gamis mendakwa Maszlee Malik seolah-olah “gelap mata’ apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri. (Gambar Facebook)
      PETALING JAYA: Bantahan secara besar-besaran akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jika Menteri Pendidikan Maszlee Malik enggan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti itu, kata pertubuhan mahasiswa Islam.

      Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pihaknya memberikan tempoh selama 7 hari bermula esok kepada Maszlee untuk meletakkan jawatan, memandangkan keputusannya itu menimbulkan kemarahan mahasiswa.

      “Sekiranya beliau masih berdegil untuk memegang jawatan tersebut, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh mahasiswa Malaysia.

      “Ini adalah amaran dan janji daripada kami. Percayalah, apabila kami berjanji, kami akan tunaikan janji kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

      Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

      “Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya.

      Faizzuddin berkata, Maszlee seolah-olah “gelap mata” dengan kehidupan mewah apabila hidup berkuasa sebagai seorang menteri, hingga lupa prinsip perjuangan untuk mengangkat autonomi universiti awam daripada pengaruh politik.

      “Gamis menyeru kepada Maszlee untuk bermuhasabah, bertaubat dan kembali memikirkan soal perjuangan untuk menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya.

      “Bahkan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang sudah ditaburkan sewaktu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) yang lalu,” katanya.

      Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai Presiden UIAM yang baharu.

      Lim yang juga pengerusi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang pula jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan.

      UIAM dalam kenyataannya, bagaimanapun mempertahankan Maszlee sebagai presiden baharu, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

      UIAM juga berkata, pelantikan Maszlee disokong Rektor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

      Delete
    9. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. Patutnye nasihatkan dulu tun hanif omar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Umno saja, PH pun kita jemput’
      SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.4K
      ‘Bukan Umno saja, PH pun kita jemput’
      Takiyuddin Hassan
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Jemputan untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar Pas ke-64 pada 15 September ini terbuka kepada semua parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

      Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya dalam proses untuk menghantar semua jemputan tersebut termasuk kepada Umno dan PH.


      “Ini merupakan muktamar pertama selepas PRU14, maka Pas telah buat keputusan untuk memanjangkan jemputan majlis perasmian muktamar kepada semua parti. Sama ada parti-parti yang dulu jadi kerajaan kini sudah jadi pembangkang iaitu Umno, MIC dan MCA atau parti yang sekarang jadi kerajaan.

      “Untuk PH pun kita akan panjangkan jemputan. Jemputan ini kepada semua parti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

      Terdahulu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Umno akan menghantar wakilnya ke Muktamar Pas di Kuala Terengganu sekiranya mendapat undangan.

      Menurut Takiyuddin, ini merupakan kali pertama Umno dijemput dan ia adalah atas dasar semangat pembangkang.

      Ditanya sama ada Pas akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini, Takiyuddin berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu.

      “Jika ada jemputan, kita akan bawa ke dalam mesyuarat untuk bincang mengenai kehadiran Pas. Buat masa sekarang tak ada jemputan lagi,” katanya.

      Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Muktamar Pas ke-64 pada 15 September di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.

      Delete
  3. Tun Haniff pun satu hal....gatal mulut. Bukankah Kit Siang sudah menjadi sebahagian dari kerajaan...timbang- timbangkanlah dulu sebelum mengeluarkan bicara. Tak kan sama mcm haji hadi atau zahid hamidi kut...bercakap dulu, fikir kemudian. Anyway itulah asam garam politik...lantak kau orang la....negara dan rakyat tak terlibat pun kau saman ka atau tidak. Tapi keluar duit buat PRK semata-mata senab ada yang tergedik- gedik nak jadi PM, itu memang menyusahkan rakyat....Tak boleh tunggu mana2 MP padam ka nak masuk bertanding....

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS: Malaysia hilang kerajaan sangat baik sejak PRU14
      Anne Muhammad | Diterbitkan 6 Sep 2018, 2:48 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 3:47 petang

      A+ A-
      Jika pemimpin Umno mendakwa orang Melayu sudah kehilangan kuasa di negara ini sejak 9 Mei lalu, PAS pula melihat suasana semasa lebih parah.

      Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Sallehen Mukhyi berkata parti itu berpendapat negara ini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang "sangat baik" apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya.

      “Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

      "(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (HARAPAN) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah HARAPAN, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

      "Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya pada sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam, hari ini.

      Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

      Pada 2 Sept lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan orang Melayu di negara ini sudah kehilangan kuasa.

      Berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu Pasir Salak di pekan Kampung Gajah, Perak Tajuddin berkata kerajaan HARAPAN hari ini dikawal oleh kalangan bukan Melayu.

      Hakis semangat beragama

      “Lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan hari ini dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.

      "DAP sendiri mempunyai lima atau enam jawatan, dan mereka juga mempunyai lebih banyak timbalan menteri. Separuh daripada kerajaan adalah kerajaan DAP," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.



      Bagaimanapun untuk rekod, 17 daripada 28 menteri dalam kerajaan HARAPAN sekarang ialah Melayu Islam.

      Kata Sallehen ketika ini orang Islam di negara ini semakin terhimpit dengan pelbagai isu termasuk fahaman liberalisme dan amalan Syiah.

      Selain itu katanya, isu berkaitan akidah lebih besar berbanding Melayu.
      “Hari ini bagi saya jika kita cakap tentang isu Melayu, tapi sebenarnya ia merentasi kehidupan orang Islam yang semakin terhimpit, bentuk kehidupan umat islam bercelaru dengan fahaman yang masuk.

      "Bukan setakat liberal, amalan Syiah terbuka mengancam akidah - itu saya fikir isu lebih besar daripada kekuasaan (orang Melayu).

      “Hari ini dalam kerajaan HARAPAN yang paling mendominasi ialah DAP.

      “Jadi sebab tu saya percaya rakyat melihat mereka mempunyai agenda tersendiri, bukan sekadar melupakan kekuasaan orang Melayu tapi pada waktu sama menghakis semangat hidup beragama dalam negara,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

      Delete
  4. Setuju dengan tindakan LKS tu, kena diajar Tun Hanif ni. Ribut tidak hujan pun tidak, yang dia gatal mulut buat cerita fitnah itu, buat apa??? Once for all, must give him and others too a lesson!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow Slow Tipu



      Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam bidang psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan 'menipu' dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda menggunakan teknik ini.

      Teknik yang diperkatakan ini dinamakan "self-fulfilling prophecy" (SFP) atau dalam bahasa Melayu, ia dinamakan sebagai "ramalan kebenaran kendiri". SFP sebenarnya berfungsi dengan menggunakan hanya satu mekanisme iaitu menipu diri sendiri. Yang menariknya, 'penipuan' ini boleh dilakukan secara sedar ataupun berlaku tanpa kita sedari – maksudnya kadangkala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang menipu diri sendiri!

      Contoh terbaik dalam menipu diri sendiri ialah mereka yang mengundi PAKATAN HARAPAN bagi mendapat suatu kebaikan dengan menjatuhkan Najib. Sedangkan diri mereka sedar Najib itu anak murib Mahathir. Ini disahkan oleh Mat Sabu.

      Tapi demi SFP
      Semuanya menjadi bodoh menipu diri sendiri.

      : SST anak beranak (bukan adik beradik seperti kata Mahathir) Nak bodohkan diri sendiri bersama Pakatan Harapan....

      Delete
  5. Ddalam mana2 pertandingan atau peperangan, musuh paling besar ialah sikap overconfident. Tindak tanduk Pd move ni jelas nampak kearah itu. Tengok n lihatlah kesudahannya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan pegawai Mat Sabu dapat RM800k dari biaya khalayak sukar diterima'
      Diterbitkan 15 Ogs 2018, 2:29 petang | Dikemaskini 15 Ogs 2018, 3:29 petang

      A+ A-
      Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

      Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).

      Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000 itu dalam kenyataannya hari ini, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran "meragukan" berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

      "Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil daripada biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut daripada status muflis.

      "Saya sukar menerima alasan ini keraa saya tahu seorang lagi pemimpin AMANAH yang belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan beliau lebih dikenali daripada pembantu Mohamad Sabu," katanya.

      Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung pegawai tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk menyelesaikan hutangnya.


      Sumber mendakwa pembantu itu telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu, tetapi hutangnya diselesaikan hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri.

      SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan, kata sumber itu lagi.

      Hari ini, Mohamad berkata beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

      Beliau berkata akan memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dan pegawainya perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat cukup bukti tentang dakwaan itu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...