Thursday, 6 June 2013
Perangai Tak Tahu Malu Seorang Setpol PM, Dah Kalah Pilihanraya, Tuntut Senator Pulak!!
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Najib telah mencipta sejarah dengan meletakkan 4 orang Setiausaha Politiknya sebagai calon pilihanraya.Ini merupakan jumlah teramai yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Mereka ialah Fatmi Che Salleh di Kota Bharu, Sahlan Ismail di Pokok Sena, Shafei Abdullah di Wangsa Maju dan Sufian Awang di Kuantan. Namun kesemua mereka telah kalah dan ditolak rakyat.
Di sebalik desakan ramai yang mahu Najib mengganti kesemua Setpolnya itu dan mengganti dengan orang baru, terdapat juga antara mereka ini yang sedang giat melobi untuk terus kekal berada di beranda kuasa di Jabatan Perdaana Menteri. Antaranya ialah Sahlan dan Sufian yang menjadi percakapan ramai dalam UMNO sedang berusaha ke arah itu.
Namun seorang lagi Setpol Najib di Kementerian Kewangan iaitu Shafie Abdullah lain pula perangainya. Setelah kalah dalam pilihanraya lalu di Wangsa Maju kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan 5511 undi, beliau kini sedang mengatur strategi mendesak Najib agar memberikannya jawatan Senator pula.
Beliau melalui UMNO Wangsa Maju yang dipimpinnya sedang menyiapkan satu memerandum desakan kepada Perdana Menteri kononnya daripada akar umbi UMNO Wangsa Maju yang mahukan jawatan Senator diberikan kepadanya setelah kalah dalam pilihanraya lalu.
Pejabat UMNO Wangsa Maju kini sedang giat menghubungi Ketua-ketua cawangan, Ketua Pemuda cawangan, Ketua Wanita Cawangan serta Ketua Puteri Cawangan, selain AJK Bahagian 4 Peringkat untuk mendapatkan tandatangan sokongan kepada memorandum itu yang mahu dihantar dengan seberapa segera kepada Najib.
Kandungannya ialah tidak lain mahukan Shafie diberikan jawatan Senator atas alasan kononnya beliau merupakan pemimpin paling berwibawa dalam UMNO Wangsa Maju selama ini dan antara yang terbaik di Wilayah Persekutuan, walaupun hakikatnya kekalahan BN di Wangsa Maju lebih tinggi berbanding 2008. Pada 2008, calon BN Wangsa Maju Yew Teong Look kalah cuma 150 undi tetapi dalam pilihanraya lalu Shafie kecundang dengan 5511 undi.
Dengan tidak ada perasaa malu atas kekalahan itu, Shafie cuba menggunakan pendekatakan biasanya iaitu menghantar memorandum kepada Najib agar hasrat terpendamnya untuk bergelar YB tercapai jua akhirnya. Sejak berkecimpung dalam UMNO, Shafie memang diketahui sebagai pemimpin yang sering menggunakan kaedah menghantar memorandum untuk mencapai apa yang dihajatinya.
Ketika berbalah dengan Kamal Salih dulu pun, beliau menghantar memorandum, bahkan ketika mendesak pucuk pimpinan BN agar namanya dicalonkan dalam pilihanraya lalu juga menggunakan kaedah menghantar memorandum. Begitu juga ketika mendesak kerusi Wangsa Maju yang merupakan milik MCA sebelumnya agar diberikan kepada UMNO, juga kaedah memorandum digunakan.
Hakikatnya, menghantar memorandum adalah kegemaran Shafie dan sudah berpuluh memorandum yang didalanginya sejak bertahun dulu. Kali ini, sekali lagi kaedah memorandum digunakan.
Walaupun memorandum menuntut jawatan Senator ini kononnya kehendak akar umbi UMNO tetapi semua orang memahami ia adalah atas idea dan hasrat yang terpendam dalam hatinya semata-mata. Beberapa pemimpin cawangan sehingga ini dikesan keberatan untuk menurunkan tandatangan mereka dan pegawai di pejabat UMNO Wangsa Maju sedang berusaha memujuk dan merayu mereka terbabit kerana beliau memerlukan sokongan 100 peratus bagi memastikan ia membuahkan hasil yang diimpikan.
Seharusnya setelah kalah dalam pilihanraya lalu, Shafie berasa sedikit malu untuk menuntut jawatan Senator itu dan memberi peluang tersebut kepada pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO Wilayah Persekutuan yang tidak berpeluang menjadi calon seperti Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapha Kamal dan lain-lainnya.
Tetapi nampaknya selagi beliau bergayut di bawah dagu Najib, semua ingin dibolotnya. Calon pilihanraya beliau mahu, Setiausaha Politik juga mahu, Senator pun beliau mahu dan tidak mustahil lepas ini jawatan Menteri Wilayah Persekutuan juga mahu dituntutnya dengan menghantar memorandum yang sama juga. (SH 06/06/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila manusia perasan dirinya hebat, inilah jadinya. Kalau betul Shafie ni hebat, taklah UMNO BN kalah lebih teruk kat Wangsa Maju dalam GE13. Najib patut tahu dan sedar bahawa orang UMNO sendiri kat Wangsa Maju tak inginkan Shafie. Sebab tu majoriti kekalahan makin melebar. Tapi dah jenis kulit muka setebal kulit k******, dah ada perasaan malu baginya. Selaku ahli UMNO Wangsa Maju, kami memang menyampah dengan Shafie ni. TQ En Shahbudin kerana mengulas perkara ini.
ReplyDeleteMimpi yg telah Allah kurniakan sampai tak terhingga..Subhanallah Rezeki Allah
ReplyDeletePendaftafaran yg cukup murah..tak payah bersusah untuk mncari org..
perlu ada tenaga utk mmperknalkan produk..
kita tidak menjual produk..
semua bergantung di hujung jari anda.
mulakan dgn Bismillah untuk langkah pertama yang mudah http://tinyurl.com/kkqfynn
Secara jujur, hanya sebilangan kecil sahaja, pemimpin UMNO yang boleh diperdagangkan dalam pasaran politik. tetapi dek kerana tahap pemikiran orng Melayu masih jauh ke bawah, maka pemimpin yang tak ada kualiti ini masih berlegar degan jawatan. jika diukur degan skala poltik yang sebenarnya, ramai pemimpin UMNO yang hanya bertahap peon politik saja.... intelektual Melayu memang ramai, tapi mereka MELUAT dan selesa atas pagar saja...
ReplyDelete(Dr Azizan alZigazi .... misaii85@yahoo.com. Facebook: abu jatuh
sdra,
ReplyDeletekita tahu kenapa "Dr" Shafie beriya nak jadi setpol. sebab dia mahu kembali sebagai penjaga tol di pejabat PM atau menteri kewangan. semua orang tahu Shafie dahulu melepek tapi setelah jadi setpol, membalun kekayaan dengan jadi toll gate collector.
Salam
ReplyDeleteSememangnya kebanyakan ketua-ketua cawangan Umno terdiri dari golongan yang tidak sekolah tinggi yang masih gila jawatan ..kalau ada yang pandai sikit pun tergantung je..ke kiri tidak ke kanan pun tidak..yang terlebih pandai tak menyabar nak naik cepat..Apabila hajat tidak sampai merajuk pulak.
Maka tinggallah mereka-mereka yang berlagak pandai serta bercakap macam dia ini hebat sangat walhal SPM pun selekoh maut..ada hati pulak hendak mencuba nasib untuk merebut jawatan tertinggi peringkat bahagian..geli hati melihat orang Umno yang bertaraf Peon ini.
Maka inilah dia alkisah perjuangan UMNO yang masih menjadi legasi yang barangkali tidak akan berubah..Orang yang bijak pandai dan intelektual serta pakar akademik sememangnya sedang mengelakkan ahli Umno yang tak sedarkan diri ini..meroyan , menceceh dan kadang-kadang bercakap macam ahli dewan rakyat membuat telahan dan teori tetapi hakikatnya masih di takuk yang lama.
Ada yang mendakwa pandai berurusniaga..dapatlah seekor dua lembu untuk disembelih tetapi disebabkan pandai sangat selepas lembu dia kena sembelih ..dia dapat ekor je boleh buat sup ekor..lepas tu salahkan orang..tetapi hakikatnya dia yang bodoh..
Salam
ReplyDeleteBila masuk politik mana tau malu bro..kalau banyak malu masuk lah hutan bro..tetapi dalam hutan pun mana ada perasaan malu..berok-berok pun tak pakai spender bro..biasalah dalam dunia politik yang pandai akan terus in command dan mesti supreme kalau tidak apa maknanya jadi Ketua..Apabila dah jadi ketua mestilah ada privilege takkan nak sama dengan ketua cawangan yang jual goreng pisang bro..
Sebab tu bila berada diatas kena balun kekayaan lah bro..sebab bila dah kalah orang tak pandang lagi bro..orang pun dah tak tegur lagi..macam dato shafei bila kalah semua orang dah mula mengata dan korek sana sini..tetapi itulah manisnya politik bro..yang kalah kalau dia pandai semasa dia diatas , dia dah kaya bro..yang kita-kita ni yang sibok tulis kat blog ni dan orang yang mengomel kat kedai mamak masih macam tu jugak bro..makan minum pun tunggu ada bro-bro yang tolong bayarkan..aduhh itulah nasib orang UMNO yang masih di tahap PEON.
Salam
ReplyDeleteDi waktu ini di mana-mana pun orang UMNO sedang sibok berkempen dan melobi jawatan peringkat cawangan / bahagian dan peringkat MT..mereka sudah lupa yang nyawa UMNO di hujung tanduk..generasi muda sudah tidak ingin dan sudah meluat dengan UMNO.. maka tinggal pokcik , mokcik dan abang –abang bertarap PEON yang sedang giat berkempen dan berteori di setiap pelusuk kedai kopi , kedai mamak dan restoran mamak..
Di Wangsa Maju khususnya ada tempat-tempat yang menjadi tempat pertemuan ahli-ahli falak ini..mengkaji siapa yang boleh pegi , siapa yang akan pergi dan siapa pulak yang masuk perigi..hakikatnya mereka sudah lupa yang sebenarnya bukan Dato Shafei sahaja yang kalah malah mereka-mereka yang menjadi pegawai serta AJK bahagian yang menjadi PDM PUN PATUT DIPERSALAHKAN kerana mereka sama ada tidak buat kerja atau berpura-pura buat kerja atau memang tak tahu buat kerja..tetapi hari ini mereka mendabik dada dan bercita-cita nak jadi pemimpin kononnya dan mereka lansung tak tahu malu dan lari dari tanggungjawab sebagai pasukan Dato Shafei..yang kini sudah mula main belakang..dulu kata anwar suka main belakang sekarang ni ramai orang umno sudah main belakang..bukan di wangsa maju malah di semua peringkat umno bahagian..semua kaki main belakang..
salam
ReplyDeleteAlamak Bro..macam pernah dengarnya ungkapan main belakang ni..tak salah saya Dato Shafei bila berkempen suka kutuk anwar main belakang..tapi anwar main belakang tak menyusahkan belakang dia..anwar balun belakang orang lain..takda kena mengena dengan belakang kita bro..tapi sekarang ada orang kata orang sekeliling dato shafei sudah main belakang dia..ini lagi berat bro..
Menyampah betul bila tengok watak-watak dan muka-muka taik kucing ketua-ketua cawangan yang tempat sendiri pun kalah tak tahu malu nak berkempen pulakkk..kelakar lah bro..diharap bro shahbudin dapatlah mententeram kawan-kawan bro yang sedang giat berkempen tu tengok muka kat cermin dulu..umno sebenarnya dalam dilema janganlah kita pulak mencurah api..anak-anak muda sudah meluat tengok perangai tak senonoh pemimpin-pemimpin umno ni.khususnya di peringkat cawangan..