Monday, 3 June 2013
Mahathir Mulai Menyanggah Najib?
Tidak sampai seminggu selepas Najib melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan UMNO yang terus menjadi parti terkuat dengan kemenangan 88 kerusi Parlimen daripada 133 yang dimenangi BN serta hampir menyamai kemenangan 89 kerusi oleh PR, hakikat itu seakan tidak dipersetujui oleh orang yang masih berpengaruh dalam UMNO, Tun Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, beliau berkata, kemenangan UMNO dalam pilihanraya yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam UMNO tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutamanya kepada parti lawan yang dipimpin oleh Anwar bersama dengan DAP menubuhkan kerajaan di Malaysia.
"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada UMNO," kata Mahathir lagi.
Kenyataan Mahathir ini sekaligus menyanggah kenyataan Najib baru-baru ini yang seakan berbangga dengan pencapaian UMNO walaupun dalam masa yang sama kemenangan BN juga diselubungi dengan pelbagai aspek kegagalan lainnya seperti prestasi Najib yang lebih buruk daripada Pak Lah dan juga kehilangan undi popular.
Najib yang membuat rumusan tentang kekuatan UMNO itu tentunya dengan tujuan supaya kepimpinannya dihargainya dan tidak ada sesiapa yang cuba mencabarnya dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini, terutamnya timbalannya Muhyiddin Yassin. Dengan hanya menang tipis 133 kerusi berbanding Pak Lah yang mampu memenangi 140 kerusi, ketakutan Najib ketika ini ialah jika wujudnya desakan yang memintanya berundur sebagaimana yang dialami oleh Pak Lah dahulu.
Tindakan Najib cuba menggambarkan kekuatan UMNO dan kejayaannya membawa kemenangan 88 kerusi bagi UMNO berbanding 79 yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008, tidak lain adalah bertujuan supaya ahli UMNO tidak cuba menjatuhkannya. Beliau cuba memadamkan hakikat kekurangan 7 kerusi yang dicapainya berbanding 2008, sebaliknya cuba menjaja cerita kejayaannya dalam konteks UMNO pula.
Kerana itu tujuan dan maksud Najib itu mudah difahami oleh sesiapa saja. Kenyataan Najib itu kemudiannya disambut pula dengan komen pelbagai pihak yang menyokongnya dan mahu kepimpinannya dikekalkan. Beberapa pemimpin UMNO seperti Fuad Zarkashi dan MB Negeri Sembilan kemudian didapati mengeluarkan kenyataan agar Najib terus dikekalkan dan tidak dicabar dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini.
Tetapi dengan kenyataan Mahathir yang menyanggah kenyataan Najib berhubung kekuatan dan kejayaan UMNO ini pastinya akan menimbulkan senario baru dalam UMNO. Dengan kenyataan Mahathir itu juga bermaksud UMNO dibawah kepimpinan Najib tidak bertambah kuat sejak 2009 lalu. Mahathir juga seperti mengakui kemenangan UMNO adalah kerana kejayaan program menakut-nakutkan orang Melayu mengenai DAP yang sering dipropagandakan dengan fahaman ekstremis Cina, mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan sebagainya.
Jika tidak kerana itu, maknanya UMNO tidak mungkin menang banyak kerusi.
Kenyataan Mahathir ini hampir seiring dengan kritikan Tun Daim terhadap pencapaian Najib dalam pilihanraya yang lalu yang dikaitkannya dengan penasihat-penasihat Najib yang dianggapnya telah memberikan nasihat yang salah sehingga merugikan BN.
Dengan bermulanya Mahathir berbeza pendapat dengan Najib, kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO menjadi terbuka semula menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini. Beliau mungkin terus bersuara dan berbeza pendapat lagi dengan Najib. Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal jelas tidak dipersetujui oleh Mahathir manakala Najib bercadang mahu menubuhkan makmal bagi mengkaji dengan lebih mendalam perkara itu.
Pemilihan UMNO hanya beberapa bulan saja lagi. Jika terus wujud perbezaan pendapat dan Mahathir terus menyanggah Najib dalam beberapa perkara, ia mungkin menjadi momentum yang memungkinkan berlakunya pertandingan jawatan Presiden UMNO itu sendiri.
Walaupun Mahathir semakin kurang pengaruhnya dalam masyarakat tetapi dalam UMNO, sekurang-kurangnya untuk setahun dua ini, cakap dan kenyataannya tetap laku sebagai rujukan untuk menjatuh dan menaikkan seseorang sebagai pemimpin dalam parti itu. (SH 03/06/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.
ReplyDeletePak Lah hanya hilang 8 kerusi Parlimen sahaja tetapi tidak hilang undi popular.Itu adalah kerana sabotaj dari Ahli Umno sendiri.Mahathir menyumbang kepada kekurangan sokongan pada Pak lah akibat beliau keluar Umno..sebab Pak lah menyisihkan dia.
Kini Mahathir tidak berani pulak keluar Umno sebab Anak dia sudah menjadi Menteri Besar.
Sekarang ini apa yang menimpa Paklah dimana orang umno dahulunya kutuk dia.Sekarang ini sudah kedengaran orang Umno sendiri sudah hilang kepercayaan pada Najib kerana kekalahan teruk BN/UMNO di Selangor malah Muhyiddin pulak berjaya menambah satu kerusi di wilayah persekutuan.
Kini sudah terbentuk beberaada kem yang sedang giat menyusun jari sepuluh untuk merisik dan meminang hiraki jawatan UMNO..Semoga mereka berjaya bukan untuk menambah harta karun tetapi yang hakikinya ialah untuk menyelamatkan dan memperjuangkan nyawa UMNO yang kini di hujung tanduk.
Mahathir nak sangat anaknya sebagai PM Malaysia pada masa depan.Mungkin ada persefahaman antara Mahathir dengan Najib yakni Mahathir sokong Najib pada masa sakarang.
ReplyDelete___________________________________________
http://rajaputar50.wordpress.com
Adakah BR1M akan diteruskan. Walaupun rakyat disogok dgn BR1M namun pencapain Najib lebih teruk daripada Paklah.
ReplyDeleteMungkin rakyat secara amnya mengaplikasikan formula TGNA bagi kain pakai, bagi gula kacau..... bagi BR1M....rembatlah.