Monday 21 May 2012

Seorang Lagi Menteri UMNO Kantoi Akibat Nafsu Serakah


Selepas isu Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal yang hubungannya dengan artis Zahida Rafik terdedah kepada pengetahuan umum dan dipercayai sudah berkahwin di luar negara, seorang lagi menteri UMNO turut 'terkantoi' baru-baru ini kerana menyembunyikan perkahwinan dengan isteri keduanya sejak lebih setahun yang lalu.

Menteri terbabit dipercayai sudah melangsngkan perkahwinan kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya di luar negara dan selama ini berjaya menyimpan rahsia itu kerana beliau diatakan tidak menunjukkan unsur-unsur yang mencurigakan, termasuk sentiasa bermalam di rumah setiap malam kecuali jika ada tugasan di luar kawasan.

Bagaimanapun isterinya yang dikatakan sudah mendengar 'bisik-bisik burung' bahawa suaminya telah menikah lagi satu sejak beberapa bulan lalu, tidak terus mempercayainya sebaliknya telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengintip gerak-gerinya suaminya itu.

Hasil daripada pengintipan dan bukti-bukti yang diperolehi melalui hasil kerja penyiasat persendirian itu akhirnya mengesahkan bahawa menteri terbabit bukan saja didapati sudah berkahwin lagi, bahkan dikatakan sudah memperolehi seorang anak hasil perkahwinan keduanya itu.

Isteri keduanya yang dipercayai dinikahi di luar negara itu adalah bekas seorang model dan tidaklah terlalu popular dan glamour seperti Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Afdal.

Oleh kerana perkahwinan yang cuba disembunyikan itu sudah terkantoi, kini hubungan menteri terbabit dengan isteri pertamanya berada dalam 'zon perang dingin' dan menteri berkenaan juga didapati sudah kurang muncul di dada-dada media sama ada bercakap tentang isu politik mahupun melibatkan tugasan kementeriannya.

Malahan jika diperhatikan wajah terbarunya yang sesekali muncul di akhbar dan tv, kelihatan raut wajahnya tidak lagi ceria, sedikit susut dan bagaikan sudah hilang aura sebagai seorang pemimpin yang diharapkan untuk masa depan UMNO.

Tindakan menteri terbabit berkahwin lagi dan menambah bilangan isteri sebenarnya tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana beliau memang berkemampuan tetapi sebagai seorang menteri dan anggota pentadbiran kerajaan sepatutnya menghormati undang-undang syariah Malaysia yang menetapkan bahawa mana-mana lelaki yang ingin menikah lagi harus mendapat kebenaran daripada isteri pertama terlebih dahulu.

Adalah amat jelek dan menimbulkan kecacatan kredibiliti bahawa seorang menteri pun sanggup melanggar undang-undang hanya kerana gagal mengawal nafsu sendiri.

Selain itu, tindakan menteri terbabit berkahwin lain juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada masyarakat dan seolah-olah mengesahkan kebenaran tanggapan umum selama ini bahawa antara hobi pemimpin UMNO dan kerajaan bila disaluti kuasa dan kemewahan ialah menambah bilangan isteri, dan bukannya melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat.

Dengan beberapa orang menteri UMNO yang sebelum ini turut diketahui mempunyai lebih daripada seorang isteri dan mempunyai pelbagai hubungan terlarang walaupun diketahui 'tidak sekacak mana', terbongkarnya rahsia seorang lagi menteri ini pastinya menambah-burukkan imej UMNO di mata umum.

Itu belum didedahkan lagi bagaimana kemewahan yang dilimpahkan kepada isteri barunya itu dan ia akhirnya akan meleret pula kepada bagaimana sumber-sumber kemewahan itu diperolehi sebagaimana yang terjadi kepada Shafie Afdal.

Jika itu terbongkar nanti, UMNO dan kerajaan juga yang menanggung bebannya. Harapan kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya pasti akan terjejas dalam PRU 13 ini kerana perlakuan sebegini adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahu berubah walaupun kuasa yang dipegang kini sudah berada di tepian gaung.

Sebagaimana kata-kata seorang bekas menteri, " orang lelaki yang bekahwin lebih dari satu tidak boleh dipercayai cakapnya kerana mereka akan berbohong sepanjang masa".

Kalau isteri dan keluarga pun boleh dibohongi, rakyat apatah lagi!! (SH21/05/2012)


7 comments:

  1. Ha ha ! Bukan rakyat saja yang sanggup depa kelentong api anak bini sendiri pun depa auta. Walau pun pernikahan kedua atau ketig tu halal dari segi syarak...tapi kelentong anak bini tu bukan cara Rasulullah.

    Yang syoknya undang undang dan peraturan Nikah Jabatan Agama Islam ni digubal dan disahkan oleh UMNO BN sendiri tapi depa juga yang membelakangkan undang2. Hanya wayang jer lebih. Saya setuju pandangan dan ulasan Tuan Shahbuddin.

    Pemimpin macam ni tak layak dihormati sama sekali. Mereka munafik tak kira tempat dan pada sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Tuan Shahbudin,

    Puak UMNO ni terutamanya pemimpin peringkat tertinggi dan kroni rapat, selera mereka tinggi. Semuanya mahukan calon isteri yang bergetah dan kalau boleh mesti seksi dan glamour. Sebab itu kalangan artis jadi pilihan selain mek salleh.

    Bila dah pilih perempuan species begitu maka "maintenance" pun kelas la juga. Ingat artis dan mek salleh lawa lawa tu senang nak serah body kalau pulangan tak setimpal..apa lagi usia mereka tu jauh lebih mudah berbanding pemimpin UMNO yang kira dah hampir usia pencen.

    Bila dah "maintenance" tinggi..faham faham saja laa..kena la usaha duit masyuk banyak. Kalau gaji dan elaun tak cukup, pandai pandailah cari sumber "gelap" lain. Yang akan jadi mangsa sebenarnya adalah rakyat sebab pemimpin jenis ni akan manipulasi apa saja bagi penuhi kehendak dan nafsu serakah mereka.

    Saya tak terkilan sangat kalau mereka ni cari janda janda yang susah dan perlu bantuan sebagai calon isteri...ni tak..cari yang seusia anak sendiri (kalau pun tak boleh disebut taraf cucu). Dah beza umur jauh macam tu..duit perlu lagi nak cari viagra dan ubat kuat itu ini. Sebab tu pemimpin yang berbini artis ni terpaksa pasang body guard dan spy buat mengintip perhgerakan isteri masing2. Pandai pula tak percaya bini muda pilihan sendiri...tapi pilih juga perempuan macam tu.

    Nampak tak tuan Shahbudin..nafsu serakah mereka menenggelamkan akal waras mereka sendiri. Selama mana nak tutup kan kan kan.

    ReplyDelete
  3. kantoi.kantoi...cpt la brkubur umno ni

    ReplyDelete
  4. Dia kahwin perempuan tu. Taklah macam seseorang yang main dalam tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduhan tanpa bukti, semua boleh direka ingatlah org yg mempercayai sama dosa dgn org menyebarkan fitnah, bertaubatlah sebelum Allah S.W.T. melakukan sesuatu yg tidak diduga terhadap org spt ini....

      Delete
  5. anoy17.42, memang hobi umno, main amoi dan fitnah orang, ini orang umno sendiri yg ngaku (tim ketua pemuda umno kampar)

    ReplyDelete
  6. main amoi kira ok oooo....dr 'main belakang' oooooo...hahahaha....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...