Sunday 13 May 2012

Najib - Antara Harapan dan Realiti


Pilihanraya mungkin diadakan bila-bila masa saja. Paluan gendang pilihanraya kini makin kuat gemanya di sana sini. Di samping rakyat bercakap tentang pilihanraya, pemasangan bendera parti-parti politik juga kelihatan di mana-mana. Di merata tempat, bahang pilihanraya membuatkan ramai yang sentiasa ghairah dan teruja.

Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri kira-kira 300 ribu rakyat baru saja berakhir. Ia dibalas pula dengan sambutan ulangtahun UMNO yang dihadiri seramai 100 ribu orang di Stadium Bukit Jalil. Najib yang jarang melihat lautan manusia didepannya tampak begitu teruja, lantas menyatakan piliharaya boleh diadakan bila-bila masa. Rasa macam esok juga nak mengadap Agong untuk bubarkan Parlimen, begitu lebih kurang Najib berkata. Najib seperti sudah terbayang kemenangan di depan mata.

Dalam masa yang sama pelbagai pihak pula membuat kajian tentang perkembangan politik semasa. Sementara program ceramah anjuran PR sentiasa mendapat sambutan hangat daripada rakyat, kajian-kajian yang dibuat ooeh pelbagai pihak pula nampaknya lebih memihak kepada UMNO dan BN.

Selain rating Najib yang dikaji oleh Merdeka Centre terus menaik kepada 69 peratus berbanding 59 peratus pada Mac tahun lalu, kajian terbaru oleh Pusat Kajian Dmokrasi dan Pilihanraya, Unoversiti Malaya juga menampakkan trend yang serupa. Kajian itu dikatakan menunjukkan sokongan rakyat kepada BN berada pada kedudukan 49 peratus berbanding PR hanya 21 peratus, sementara 30 peratus lagi masih pada kedudukan tidak pasti.

Najib juga kini sedang menagih populariti rakyat melalui sikap murah hati dan amalan politik "ala santa clausnya". Pelbagai bantuan, jajan, buah tangan dan durian runtuh sedang ditaburkan. Setelah BR1M bernilai RM500 yang menjadi kebanggaan Najib dan seolah-olah program itu mampu menyelesaikan derita rakyat, Najib juga menghadiahkan durian runtuh kepada para peneroka Felda bernilai RM15 ribu. Pendahuluan RM5 ribu kini sudah mula diagihkan dan wakil-wakil rakyat UMNO sedang sibuk mengagihkan pemberian wang sehingga ada wakil rakyat yang mengatur tiga program dalam sehari untuk majlis penyerahan itu kepada peneroka.

Meski Najib, UMNO dan BN begitu berbangga keraja berjaya memberi pendahuluan RM5 ribu ini tetapi hakikatnya jumlah itu tidaklah sebenar mana bagi sesetengah peneroka, jauh sekali membuatkan mereka tersandar kerananya. Ini kerana bagi peneroka Felda yang mengusahakan kepala sawit, adalah perkara biasa mereka memperolehi hasil antara RM5 ribu hingga RM9 ribu sebulan, terutama ketika harga kelapa sawit berada di paras yang tinggi.

Keghairahan memberi durian runtuh itu bukan saja menggambarkan pilihanraya sudah terlalu dekat tetapi juga menunjukkan undi peneroka Felda amat penting kepada UMNO dan BN. Kawasan Felda kini merangkami 56 kawasan Parlimen dan 52 daripadanya dimenangi oleh BN dalam pilihanraya 2008 lalu.

Pengagihan durian runtuh kepada peneroka Felda adalah kemuncak sikap pemurah Najib kepada rakyat. Beliau kini mesti mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini. Jika tidak, dibimbangi bahangnya tidak lagi terasa panasnya terutama bila wang yang diberi itu sudah habis dibelanjakan.

Untuk menunjukkan popularitinya sedang meningkat juga, Najib turut memperbesar-besarkan peningkatan peminatnya yang semakin ramai di laman Facebook dan Twitter. Pengikut Najib di Twitter kini melebihi 500 ribu manakala di Facebook pula melebihi 1 juta.

Tetapi jumlah pengikut di laman sosial ini tidak menggambarkan undi yang akan diperolehi dalam piliharaya. Prnyokong pembangkang sendiri ramai menjadi pengikut Najib, begitu juga ramai penyokong UMNO yang menjadi pengikut laman sosial Anwar Ibrahim atau Tuan Guru Nik Aziz. Malahan pengikut Najib yang ke 500 ribu yang diraikannya di sebuah restoran di Bangsar pada Sabtu lalu hanyalah seorang remaja berusia 15 tahun yang belum pun layak mengundi.

Sementara populariti yang didewa-dewakan, halangan yang dihadapi Najib juga tidak kurang besarnya. Isu lembu NFC, keganasan polis dalam Bersih, menteri-menteri yang dikaitkan dengan rasuah dan skandal, isu pembaziran dan ketirisan, kehakiman, pengurusan kerajaan yang lemah dan pelbagai isu lainnya sentiasa menghimpit Najib hingga ke dinding.

Itu belum diambil kira lagi kes perbicaraan kapal selam Scorpene di Perancis yang mana Najib sudah pun dinamakan sebagai salah seorang saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan. Di mata rakyat dan dunia, imej Najib sudah calar-balar bila Suaram berjaya berjaya membawa kes rasuah kapal selam itu ke mahkamah Perancis.

Najib juga dibelenggu oleh wataknya yang dianggap lemah dan tidak tegas. Dalam isu lembu dan Bersih misalnya, beliau dilihat begitu lembab untuk bertindak dan menyelesaikannya sehingga ia berlarutan begitu lama dan telah merosakkan imej UMNO dan kerajaan.

Imej Najib sebagai ketua kerajaan juga terjejas bilamana beliau mengambil keputusan memansuhkan Skim Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang sudah diumumkan dan membatalkan perjanjian Mas-Air Asia yang sudah dimuktamadkan. Dalam kedua-dua kes ini, Najib dilihat tidak fokus, tidak berhati-hati dan tidak menimbang dengan sebaik-baiknya sebelum membuat sesuatu keputusan yang penting. Sebagai Perdana Menteri, kekerapan membatalkan keputusan sendiri tidak lebih menunjukkan kelemahan sebagai pemimpin.

Walaupun beberapa tindakan Najib dilihat begitu diperbesar-besarkan oleh media arus perdana, kebangkitan rakyat adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Rakyat kini bangkit menuntut apa saja yang dirasakan tidak wajar dan menindas mereka. Keberanian rakyat pelbagai kaum menuntut hak adalah sesuatu yang diluar jangkaan ketika ini. Kebangkitan rakyat bukan saja dapat dirasakan di ibukota KL dan beberapa bandar besar lain tetapi juga sudah merebak ke Johor, negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO sebelum ini. Himpunan Bersih dan Protes Tanah di Johor Bahru yang dihadiri hampir 2 ribu orang jelas petanda tidak baik bagi UMNO dan BN Johor.

Kebangkitan rakyat adalah realiti yang tidak dapat dinafikan dan ia berkembang daripada pelbagai derita dan isu yang gagal ditangani sehingga menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat. Najib pula selain melalui pelbagai program jangka pendek seperti pemberian tunai yang sudah diagih-agihkan, juga cuba menambat hati rakyat melalui langkah perhubungan awam yang digerakkan melalui bantuan media.

Sementara PR sentiasa tampil dengan pelbagai tawaran untuk rakyat seperti penurunan harga minyak, kajian semula tarif letrik, penghapusan tol, urus tadbir kerajaan yang telus dan bebas rasuah, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN, Najib pula lebih gemar menonjolkan sikap lebih mesra rakyat dan pemurah dengan tunai. Bukan saja rakyat diberi RM500 dan peneroka Felda diberi RM15 ribu, murid sekolah dan penuntut universiti yang belum layak mengundi juga "dirasuah" dengan wang saku RM100 dan RM200 oleh Najib.

Jika rakyat terpana dengan bantuan jangka pendek dan penonjolan langkah perhubungan awam yang dilakukan melalui media, Najib mungkin meraih manfaat yang besar daripadanya. Tetapi jika rakyat memikirkan program jangka panjang yang lebih membawa kebaikan, tawaran-tawaran PR mungkin juga mempersonakan mereka.

Menjelang pilihanraya kali ini, BN tidak banyak memberi tawaran jangka panjang seperti mana selalunya. BN lebih banyak membawa pendekatan jangka pendek dan pemberian tunai sebagai sandaran kemenangannya, selain serangan peribadi yang berunsur seks dan lucah terhadap beberapa individu dalam pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Namun kini serangan peribadi turut ditujukan kepada beberapa individu lainnya pula.

Sementara Najib dan Anwar masing-masing menaruh keyakinan terhadap kemenangan dalam pilihanraya kali ini, hakikatnya persaingan masih agak terbuka. BN mungkin dominan di kalangan pengundi luar bandar manakala PR lebih kuat di kalangan pengundi bandar dan mereka yang menguasai internet.

Bagaimanapun harapan Najib mungkin tidak sama dengan harapan rakyat. Begitu juga realiti yang dirasa Najib mungkin jauh beza dengan realiti sebenar rakyat. PRU 13 akan menjawab semuanya. (SH 13/05/2012).











4 comments:

  1. Tuan,

    Definitely harapan Najib tidak sama dengan rakyat. realitinya najib tidak boleh kalah dan kehilangan kerajaan at watever cost kerana ini akan mendatangkan personal tragedy yang amat buruk padahnya. Seorang lagi yang didalam kedudukan yang sama ialah TDM.

    Perbicaraan mahkamah Peranchis dan maklumat yang sedikit yang didedahkan oleh Suaram baru-baru ini, mengubah haluan dan expediency PRU 13 ini bagi najib. Shafee Abdullah yang berada diluar negara ini dalam misi peribadi najib mengukuhkan lagi betapa pentingnya PRU 13 ini bagi Najib secara peribadi. Kepentingan peribadi najib dalam PRU13 ini mengatasi kepentingan parti, kepentingan rakyat dan negara.

    Walaupun kepentingan najib dan TDM berbeza, tetapi kepentingan dan situasi tak boleh hilang kerajaan bagi kedua mereka adalah sama-sama penting.

    Bagi TDM, pertukaran kerajaan ibarat pili bomba pecah. Semuanya terburai dan mendedahkan dirinya kepada undang-undang. Tidak sukar untuk membongkar segala kebejatan TDM selama ini. Paper trails abound.

    Jadi, dengan asas ini, kita akan dapat melihat dan faham dengan jelas setiap tindakan mereka berdua no matter what.


    bat8

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Kasihan, bekas wira-wira negara jadi lembu tua jual punggung. Lembu tua ini telah disuap dengan rumput basah busuk dari UMNO.

    http://www.youtube.com/watch?v=1zVUeqY5Bm0

    Inilah lembu tua harapan Najib.

    ReplyDelete
  3. Sir,

    http://www.youtube.com/watch?v=1zVUeqY5Bm0

    Suka hati fatwa 100 Plus Haram. Ini kes fitnah. Bolehkah syarikat 100 Plus ambil tindakan undang-undang?

    ReplyDelete
  4. Anon 13:16,

    Wira-wira tua ni tak faham ke fatwa pasai demo ni. Kan dah tak boleh demo, haram. Tapi seperti biasalah geng UMNO ni,jenis tak makan saman tak makan hukum. Apalah sangat hukum atau fatwa yang depa buat sendiri, apa depa heran. Hukum Allah yang larang fitnah, larang rasuah dsb pun depa tak heran.

    mat pendang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...