Friday 4 May 2012

Bekas Ahli Parlimen UMNO Hantar 'Surat Cinta' Pada Najib


Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima satu lagi cabaran menjelang pilihanraya umum akan datang bilamana seorang Ahli Parlimen UMNO, Tamrin Tun Ghafar tiba-tiba menulis sepucuk surat kepada beliau menggariskan beberapa isu yang perlu diselesaikan jika ingin memenangi pilihanraya ini.

Sebelum ini bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir turut mengkritik kepimpinan Najib dan beliau akhirnya mengambil keputusan keluar UMNO.

Dalam surat kepada Najib bertarikh 23 April itu, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib iaitu isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim.

Dalam suratnya itu, Tamrin melihat jika isu-isu tersebut gagal dijelas dan ditangani dengan sewajarnya ia pasti akan menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, sebalikya jika ia dapat dihuraikan dengan baik serta diambil tindakan-tindakan yang sewajarnya, ia akan berupaya memulihkan semula keyakinan rakyat.

Tindakan terbaru Tamrin menulis surat dan mengkritik kepimpinan Najib dilihat sedikit-sebanyak akan menjejaskan persiapan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kerana isu-isu yang dibangkitkan beliau dalam suratnya adalah perkara-perkara yang menjadi percakapan ramai terutama di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Ramai ahli UMNO melihat Najib sebagai pemimpin yang lemah kerana gagal menangani pelbagai isu yang muncul dan membiarkan saja ianya larut dalam pemikiran rakyat walaupun kadang-kadang isu yang muncul itu kelihatan amat mudah untuk diselesaikan.

Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, Tamrin juga telah berucap di sebuah majlis anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap sebarang usaha untuk mendapatkan piliharaya yang adil dan bersih. Selain beliau, Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 ketika berucap di Selangor dan Kelantan.

Selain itu, Tamrin juga turut menerima jemputan menghadiri beberapa ceramah politik terutamanya di Perak, Kedah dan Terengganu dan secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib yang dilihatnya tidak serius melaksanakan perubahan untuk kepentingan rakyat serta negara.

Sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada arwah Tun Ghafar Baba, tidak dinafikan surat ini pasti membawa kesan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya kali ini kerana ini menunjukkan UMNO sudah mulai ditolak dari dalam sendiri.

Rakyat yang sedang mula bangkit dan mahukan perubahan sebagaimana yang tergambar dalam kehadiran kira-kira 300 ribu dalam Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini pasti melihat tindakan Tamrin menulis surat ini sebagai "vitamin tambahan" untuk mereka terus gigih dalam perjuangan.

Di bahagian penutup surat ini, Tamrin juga menegaskan bahawa suratnya ini akan disebarkan kepada rakyat di seluruh negara jika didapati Najib tidak serius melaksanakan perubahan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya. Difahamkan proses mencetak surat ini sedang dijalankan dan ia akan mula disebarluaskan ke seluruh negara sebaik saja ia siap dicetak.

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah menulis surat dan mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan akhirnya beliau dipecat daripada UMNO.

Adakah melalui surat ini Tamrin juga akan dipecat daripada UMNO?

Sebagai bekas Ahli Parlimen dan seorang yang sudah cukup matang dan melalui pelbagai susur galur dalam perjuangan, Tamrin tentunya sudah memikir dengan semasak-masaknya dan besedia menghadapi apa jua kemungkinan. Cumanya apakah dengan mengambil tindakan dan memecat seseorang yang mengkritik kepimpinan parti dengan niat yang baik akan berupaya menyelamatkan UMNO dan membawa kecemerlangan dalam keputusan pilihanraya.

Apa pun, hakikatnya "surat cinta" Tamrin kepada Najib ini dan disusuli dengan "keaktifannya" semula dalam pentas politik bukanlah berita baik bagi UMNO dan BN. Dan sama-samalah kita tunggu mungkinkah ada lagi bekas pemimpin UMNO yang akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini? (SH 04/05/2012).

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 600 k silap tulis.jumlah dimaksudkan 300 ribu seperti tulisan di atas.

    Link jumlah peserta di sini http://www.malaysiakini.com/news/196323

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Bukan hanya ustaz yang cakap.

    Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :

    1. Cakap tidak macam biasa
    2. Cakap merapu
    3. Otak tidak berfungsi tepat
    4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
    5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
    dll.

    Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :

    1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.

    2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.

    3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.

    4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.

    5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.

    6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah dipimpin kepala haram jadah...jadilah parti tu parti haram jadah!

    Maka berlambaklah tindakan dan kerja kerja haram jadah oleh pengikut parti haram jadah ni kebelakangan ni. Nak heran apa Tuan Shahbudin oii.

    ReplyDelete
  5. dah nk pupus dah umno nei....bnyak la nanti yg hilang akal bile umno brkubur

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...