Tuesday 15 May 2012

Imej UMNO 'Diharamjadahkan' Oleh NGO Pra Matang


Sejak akhir-akhir ini nampaknya begitu galak NGO-NGO yang pro UMNO melakukan pelbagai tindakan untuk mempertahankan parti itu sejak perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas memperlihatkan UMNO makin kesakitan untuk mengekalkan kuasanya. Dengan tujuan mengalih perhatian terhadap kebangkitan rakyat, sebuah NGO yang bernama Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau IKHLAS mengadakan protes jualan burger di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga atas kerugian yang kononnya mereka alami ketika perhimpunan Bersih 28 April lalu.

Tidakan IKHLAS ini jelas kurang matang dan tersasar dari fakta kerana jika mereka menjalankan perniagaan pada hari tersebut,tentunya keuntungan berlipat kali ganda dapat diraih kerana ratusan ribu yang hadir dalam perhimpunan itu adalah merupakan pembeli berpotensi untuk makanan seperti burger dan air minuman. Sepatutnya mereka tidak menutup kedai pada hari tersebut, malahan menambah stok jualan.

Tetapi oleh kerana IKHLAS ini tidak ikhlas untuk berniaga dan menambah rezeki tetapi lebih ghairah untuk menjadi nasi tambah dalam pergolakan politik semasa, maka mereka telah melakukan tindakan yang memalukan diri sendiri pada mata rakyat. IKHLAS sebenarnya lebih sibuk untuk menjadi NGO pro UMNO daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk ahli-ahlinya sendiri.

Yang terbaru pula, susulan dariada perhimpunan Bersih juga, Persatuan Veteran Tentera Melayu atau PVTM trlah mengadakan demo "senaman punggung", juga di depan rumah Ambiga sebagai bantahan kerana kononnya tindakan Ambiga mengetuai Bersih telah merosakkan imej negara. Mengadakan bantahan dengan bersenam sambil menggoyang-goyangkan punggung adalah perbuatan lucah, tidak beradab dan keluar sama sekali daripada tata susila bangsa Melayu dan rakyat Malaysia yang matang serta beradab sopan.

Haruslah difahami bahawa politik adalah perjuangan yang berteraskan akal fikiran dan kematangan. Dengan bergaya
lucah dan menunjuk punggung untuk melawan perjuangan Bersih yang menuntut ilihanraya yang bersih dan adil hanya membuktikan PVTM sebuah lagi NGO pro UMNO yang tidak matang dan kebudak-budakan. Sukar mempercayai bekas askar boleh terlibat aksi sebegini. Sepatutnya kalau PVTM mahu melawan Bersih 3.0 yang berjaya menghimpunkan 300 ribu orang, mereka seharusnya menganjurkan satu perhimpunan yang boleh dihadiri oleh lebih ramai daripada itu.

Tindakan PVTM mengadakan demo lucah dan biadap seramai 15 orang hanya menunjukkan mereka adalah NGO pro UMNO yang pra matang. Tiada apa-apa sumbangan mereka kepada UMNO akibat perlakuan itu. Jumlah penyokong UMNO tidak akan bertambah kerananya. Pengundi atas pagar akan lebih menjauhi UMNO kerana kebiadapan aksi yang ditunjukkan itu. Di mata rakyat gelagat NGO ini hanya berjaya "mengharamjadahkan" imej UMNO semata-mata kerana perlakuan mereka dilihat seolah-olah dinaungi serta direstui oleh UMNO dan pimpinannya.

Dengan aksi yang seperti "haram jadah" yang ditunjukkan itu, sudah tentulah UMNO akan dilihat sedemikian rupa juga. Dengan pemikiran pengundi semakin kritikal sekarang ini, gelagat pra matang PVTM ini hanya menambahsukarkan lagi UMNO dan BN untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini.

Sebelum itu, dengan tujuan menyindir Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam aksi seks sebagaimana yang diheboh-hebohkan melalui penyebaran video yang mirip dirinya, sebuah NGO tanpa nama telah mengadakan demo Duduk dan Jilat di Shah Alam sambil mengagih-agihkan aiskrim percuma sambil berpesan "jangan makan airkrim dalam tandas" kepada mereka yang sudi menerima pemberian aiskrim percuma yang entah siapa penajanya itu. Perlakuan NGO ini juga bercirikan lucah, jijik dan biadap yang bertentangan sama-sekali dengan budaya rakyat Malaysia.

Meskipun NGO ini mengatakan mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi dengan penglibatan beberapa invividu dalam demo itu jelas sekali membuktikan mereka mempunyai kaitan yang rapat dengan UMNO dan pemimpin tertentu. Apakah manfaat yang UMNO perolehi daripada demo Duduk dan Jilat ini?

Jawapannya sudah tentu kosong. Sekali lagi - kosong. UMNO sebenarnya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada demo ini. Sebagaimana demo "senaman punggung" di depan rumah Ambiga yang tidak menyebabkan undi UMNO bertambah dan tidak juga meyebabkan Najib akan memperolehi keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang, demo Duduk dan Jilat ini juga tidak menyumbang sesuatu yang baik kepada UMNO, selain aksi dan gelagat mereka itu berjaya menjadikan imej UMNO kelihatan seperti "haramjadah" pada pandangan umum.

Sebelum demo jualan burger, aksi Duduk dan Jilat serta senaman punggung, sebuah lagi NGO iaitu TIBAI telah juga dilancarkan dan kini sedang bergerak aktif mengadakan ceramah dengan sasaran menyerang peribadi Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai perlakuan seks serta moral yang diragui. NGO ini yang dianggotai oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar dan menghentam UMNO serta Tun Mahathir suatu ketika dahulu, berbuat demikian semata-mata untuk membantu UMNO dan mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri. Dua orang daripada anggota kanan kumpulan ini sudah pun diberikan jawatan Senator oleh Najib iaitu Ezam Mohd Nor dan Datuk Nallakaruppan.

Kesemua perlakuan dan aksi NGO ini ialah untuk membantu UMNO dalam pilihanraya akan datang. Tetapi mungkinkan UMNO menang dengan bantuan kempen yang berunsur seks, lucah, serangan peribadi, aksi biadap dan tanpa akhlak ini?

Kiranya UMNO merasakan gelagat NGO-NGO terbabit sesuatu yang membanggakan dan berupaya menambahkan jumlah undi dalam pilihanraya akan datang, eloklah UMNO bermuhasabah semula sebelum menghadapi pilihanraya ini. Dengan perlakuan pra matang NGO-NGO terbabit yang lamgsung tidak memberi manfaat kepada imej UMNO selain menjadikan UMNO kelihatan lebih kotor dan "haram jadah" di mata rakyat, UMNO dan BN mungkin ditimpa bala yang lebih besar jika semua NGO ini terus bermaharalela seolah-olah mereka sayap baru UMNO dan BN serta "anak emas" Najib menjelang pilihanraya akan datang ini.

Perlakuan mereka akan menyebabkan pengundi pelbagai peringkat merasa lebih jijik untuk menyokong UMNO dan BN. (SH 15/052012)

8 comments:

  1. UMNO HARAMJADAH NK MAMPOS15 May 2012 at 23:21

    MARI KITA PAKAT2 GELARKAN UMNO, PARTI HARAMJADAH..

    ReplyDelete
  2. UMNO bukan parti haram jadah. Pertubuhan tu tak berdosa apa pun. Yang betul haram jadah adalah sebilangan pemimpin UMNO terutamanya pucuk pimpinan. Disebabkan pengasas UMNO sekarang ni haram jadah maka parti ini ikut diharam jadahkan pemimpin pemimpin ini.

    Aku tak nampak sikit pun rasionalnya untuk rakyat menyokong pemimpin dan parti begini kerana pemimpin UMNO terbukti tidak pandai untuk mendisiplin dan membina moral pengikut mereka. Puncanya keranan pemimpin sendiri tidak bermoral dan ramai yang biadap.

    Jadi apalah yang diharap lagi dengan kepimpinan orang orang yang bangkrap moral dan menghalalkan budaya lucah begini. Bila dikatakan UMNO parti lucah..pemimpin dan pengikut marah. Nilaikanlah sendiri dari tindak tanduk golongan ini. Amat jelas manusia UMNO tidak layak untuk diberi mandat memerintah negara. Tiada pilihan lain selain mengajar mereka dalam GE 13 akan datang.

    ReplyDelete
  3. Nak kata apa.., PVTM di teraju oleh bekas prebet Ali Baharom, yg tidak pernah meneraju kepimpinan.Pada Jan 2012, terpaksa membuat pengakuan akhbar utusan, bahawa beliau rasa bersalah mengunakan title Datuk dan meminta maaf.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    Puak totok UMNO Baru ni Buta Sejarah!

    RTM! TV3Stooges! Atro! "Jeng..jeng.jeng.. demonstrasi bukan budaya kita!...Occupy Wall Street..Tahrir Square!" Stesen TV Malaysia Pakar Edit Buta Sebelah Mata!! UMNO hentam habis-habisan Bersih 3.0, seolah-olah bandar KL nak kiamat, huru-hara sana sini. Kereta terbakar sana-sini. Bergelimpangan mayat sana sini. Ini semua auta UMNO.

    UMNO : Kalau ada demonstrasi di USA, UK, Australia, Canada, Paris. Jangan seronok-seronok pergi sana. Huru-hara nanti jadinya. Lebih baik kamu menteri-menteri UMNO pergi ke Korea Utara. Sana lagi best, tak ada demonstrasi jalanan. Semua RAKYAT menangis depan gambar Kim Jong Il.

    Rujuk apa sejarah UMNO pernah demo berpuluh tahun dahulu?

    http://www.malaysiawaves.com/2012/05/umno-yang-mulakan-budaya-demo-di.html

    ReplyDelete
  5. Memang perbuatan biadap melambangkan bangsa kurang akal yang semakin bodoh dan lucah setiap masa
    tiada apa yg mampu dilakukan selain kurang waras atas perbuatan melampau dan bagai haramjadah ini
    tak tahu lah bagaimana agaknya rupa negara ini kalau umno terus memerintah.. Islam cuma kulit isi dlm yg berfaedah dibuang..orang melayu harus berubah dari terkena tempias bodoh umno yg makin melayu kini
    kini video lucah yg kononnya memaparkan adegan nurul izzah dgn seorang pensyarah hendak disebarkan..tak dapat ayah tibai anak tak dapat anak tibai isteri dan begitulah seterusnya
    sudah mmg hati jin dan iblis tak duduk senang dan sering kepanasan krn kemunadikan dan kejahatan mereka

    ReplyDelete
  6. Tuan-tuan,

    Keharaman jadah UMNO BARU memang sesuatu yang nampak jelas dan ibarat kata orang buta pun tahu. Dalam keghairahan kita melahirkan kemualan kita kepada tektik yang begitu menjijikkan yang dihidangkan kepada kita setiap hari, hakikatnya ia adalah satu strategi politik yang paling ampuh. Ia adalah satu tektik untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu pokok yang sebenar.

    Bagaimana depa buat? Depa hidangkan setiap hari perkara-perkara bodoh seperti senaman punggung, keluarkan pelbagai isu seks dan lucah untuk hidangan harian rakyat-rakyat supaya rakyat setiap hari merasa mual dan bertindak menunjukkan kemualan mereka dengan pelbagai cara, SEKALIGUS MELUPKAN ISU-ISU POKOK YANG SEDANG MENGHIMPIT.

    ISU PALING POKOK SEKARANG INI IALAH DAFTAR PENGUNDI YANG AKAN DIGUNAKAN DALAM PRU 13 INI KOTOR. PENUH DENGAN PENGUNDI HANTU, PERPINDAHAN PENGUNDI SECARA SISTEMATIK KEKAWASAN-KAWASAN TERTENTU UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN BN.

    Kita semua marah dengan isu-isu memualkan yang sengaja dihidangkan untuk mengalih perhatian kita, sedangkan mereka melalui pelbagai agensi sedang melakukan penipuan kepada dafta pengundi bagi memastikan mereka menang dengan bergaya dalam PRU 13 ini.

    Nampak tak apa tujuan kita dihidangkan dengan sendiwara-sendiwara lucah dan jijik ini?

    Jadi apa yang kita kena buat. Senjata mereka dalam PRU 13 ini adalah daftar pemilih yang kotor. Jadi, kita yang ingin perubahan ini, tidak cukup dengan menulis, komen, beri ulasan kat blog-blog sahaja. Tidak cukup dengan senjata satu undi yang kita mileki sahaja untuk menumpaskan BN.

    Kita kena tolong pakatan pembangkang membersihkan daftar pemilih itu. Satu caranya, kita organise kawan-kawan kita, kita beri masa dan tenaga kita untuk menyemak daftar pemilih bagi DUN DAN PARLIMEN kita untuk cari nama-nama baru yang dipindahkan/didaftarkan.

    Sebab pertambahan nama-nama ini banyak, maka banyak masa yang diperlukan. Disinilah tenaga-tenaga kita diperlukan untuk membantu.

    Setelah nama-nama ini dapat dikenalpasti, kena pula buat bantahan. Celakanya, SPR ni, setiap nama yang kita bantah kena bayar RM 10. Satu orang hanya boleh bantah 20 nama je. Dalam usaha nak bantah nama-nama yang dimeragukan ini, kena pulak kita dan pembangkang cari duit. Macam-macam kos lagi kena yang sengaja dibuat oleh SPR untuk menyukarkan usaha membersih daftar pemilih kawasan.

    Jadi, marilah kita sama-sama berusaha dengan pembangkang bersihkan daftar pemilih. Ini je satu cara yang boleh memberi peluang yang agak besar untuk kita menumbangkan UMNO BARU/BN.

    bat8

    ReplyDelete
  7. Punyalah haramjadah ini sampai ke Kanada pulak.

    Rating Najib naik sampai ke Kanada.

    http://www.vancouversun.com/business/French+judges+begins+bribery+probe/6576987/story.htmlda.

    ReplyDelete
  8. Ini bala kerana celupar mulut Najib panggil orang Felda Haram jadah. Yang Haram jada tu siapa? Tanah Felda yang digadai tu tarafnya apa? Rezab Melayu atau Rezab Najib?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...