Tuesday 25 December 2012

Pengundi Cina Tolak Setpol Najib...



Ekoran posting di blog ini beberapa hari lalu yang bertajuk "Setpol Najib Dilarang Jadi Calon Pilihanraya", beberapa respon telah diperolehi berikutan daripada artikel tersebut. Selain ramai yang bersetuju bahawa Setpol dan Pegawai Khas kepada Najib tidak perlu turut sama sibuk untuk melobi menjadi calon, ada juga ahli dan pemimpin UMNO sendiri merasakan mereka perlu lebih menumpukan perhatian membantu Najib, UMNO dan BN daripada mengejar kepentingan peribadi.

Ini kerana apalah yang perlu dikejar sangat untuk menjadi wakil rakyat dan bergelar YB sedangkan UMNO dan BN sendiri belum tentu kekal mendakap kuasa yang ada selepas PRU 13 nanti.

Meskipun Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO melahirkan keyakinan BN mampu menang dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum akan datang dengan kemampuan mengekalkan 140 kerusi sedia ada serta merampas 20 kerusi lagi dariada 82 kerusi yang dimenangi pembangkang, ramai yang menganggap ianya sebagai lawak serta nyanyian waktu rembang petang untuk membuatkan Najib terbuai lena semata-mata.

Najib sendiri sebenarnya masih tercungap-cungap untuk mengekalkan kuasa yang ada, jika ada yakin menang pasti sudah lama Najib membubarkan Parlimen.

Mahathir sendiri sebelum ini meramalkan pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya paling sukar bagi BN, sementara Muhyiddin pula menyifatkan PRU 13 adalah ibu segala pilihanraya.

Beberapa pensyarah sains politik yang membuat kajian tentang pilihanraya juga meramalkan jika pun BN menang, hanya kemenangan paling tipis yang mampu dicapai. Kemenangan lebih daripada 140 kerusi yang dicapai dalam pilihanraya 2008 hampir mustahil.

Jika antara menang tipis dan hilang kuasa sahaja pilihan yang ada bagi UMNO dan BN, tentulah peranan Setpol dan Pegawai Khas Najib ini lebih berat lagi. Kepentingan UMNO dan BN harus lebih diutamakan berbanding ghairah mengejar glamour bergelar YB.

Antara sekian banyak Setpol dan Pegawai Khas Najib, Setiausaha Politik beliau yang turut ghairah berusaha menjadi calon pilihanraya ialah Shafie Abdullah. Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, kini sedang mengumpul segala kekuatan dan senjata yang ada bagi mencapai impian itu dengan cara "merampas" kerusi Wangsa Maju yang sejak 2004 lalu menjadi milik MCA.

Sebelum 2004 kerusi Wangsa Maju adalah milik UMNO tetapi sejak 2004 ia diberikan kepada MCA dan dalam pilihanraya lalu, calon MCA Yew Teong Look telah tewas kepada Wee Choo Keong daripada PKR dengan kekurangan 150 undi. Wee bagaimanapun kemudiannnya mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra BN.

Kekalahan calon MCA itu merupakan hujah terbaik UMNO untuk merampas semula kerusi tersebut tetapi dalam masa yang sama MCA berkeyakinan dapat memperbaiki prestasinya.

Keghairahan Shafie menonjolkan dirinya menjadi calon telah mengundang sakit hati Yew Teong Look dan MCA, lebih-lebih lagi Shafie merasakan kedudukannya sebagai Setpol Najib adalah "lesen besar" untuk mengambil alih kawasan itu daripada MCA.

Sehingga ini belum ada ketentuan siapa sebenarnya akan menjadi calon BN di Wangsa Maju. Tetapi perang poster antara Shafie dan Yew Teong Look sudah agak hebat dengan poster masing-masing bertebaran di kebanyakan simpang-simpang jalan di sekitar Wangsa Maju.

Poster Wee Choo Keong juga turut kelihatan mencelah di antara poster Shafie dan Yew Teong Look dan ini menggambarkan beliau juga turut menaruh harapan dipilih sebagai calon BN sebagai ganjaran berikutan kesediaannya meninggalkan PKR dan menyokong Najib.

UMNO Wangsa Maju memang sebulat suara mahukan Shafie sebagai calon, walaupun didapati jumlah Ketua UMNO Cawangan yang mengasingkan diri daripada UMNO Bahagian makin melebar jumlahnya. Selain Melayu berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR, Melayu dalam UMNO Wangsa Maju sendiri turut berpecah.

Dalam pada itu, permusuhan dan saling bermasam muka antara Shafie dengan Yew Teong Look juga memungkinkan undi Cina melalui MCA tidak tumpah kepadanya, jika ditakdirkan beliau menjadi calon.

Berdasarkan komposisi pengundi Wangsa Maju yang berjumlah 65 ribu orang, hanya 53.20 peratus Melayu, Cina pula berjumlah 36.27 peratus manakala India berjumlah 8.68 peratus.

Ini bermakna, undi Cina adalah penting di Wangsa Maju. Tambahan pula calon PKR akan datang juga adalah Cina iaitu Dr Tan Kee Keong. Jika Shafie yang bertanding, dan beliau kekal suka bermusuh dengan MCA dan Yew Teong Look, cabaran untuk menang tentunya lebih besar.

Shafie tentunya sedar hakikat ini. Pada Jumaat lalu, beliau telah mengadakan program Walkabout Dan Sarapan Pagi di Taman Setapak Indah Jaya sebagai salah satu pendekatannya untuk mendekati pengundi Cina dengan menghantar jemputan kepada semua persatuan penduduk berbangsa Cina dalam kawasan Wangsa Maju.

Malangnya, tiada wakil penduduk Cina yang sudi hadir. Program itu gagal. Shafie dan Pejabat BN Wangsa Maju kemudiannya dimaklumkan bahawa wakil persatuan penduduk dan pengundi Cina tidak akan menghadiri program anjuran beliau kecuali jika mendapat kebenaran daripada Ywe Teong Look.

Isyaratnya jelas, pengundi Cina akan menolak BN jika Shafie yang menjadi calonnya. Kedudukan beliau sebagai Setpol Najib langsung tidak memberi merit pada pandangan pengundi Cina Wangsa Maju. Pengundi Cina dan MCA nampaknya mahukan status qou dikekalkan.

Dari sudut yang lebih luas, tindakan penasihat-penasihat Najib yang menyarankan agar semua Setpol dan Pegawai Khasnya dilarang daripada menjadi calon mula menunjukkan kebenarannya di Wangsa Maju.

Meletakkan Shafie sebagai calon lebih memungkinkan kekalahan daripada kemenangan, dan dengannya juga akan menyebabkan lagu nyanyian Ahmad Maslan kononnya BN boleh menang dengan majoriti dua pertiga dan menawan 20 kerusi pembangkang, kedengaran lebih sumbang di telinga Najib. (SH 25/12/12)






11 comments:

  1. kita agak muskil dengan kegairahan shahbudin husin untuk melihat melayu gagal di wangsa maju , sedangkan ramai pengundi berbagai kaum telah mendapat serba sedikit bantuan di klinik dato shafiee sejak di buka , ko ni macan SIAL LAH shabudin ,ko jilat la bontot cina , dulu kini dan selama nya .ko makan lah duit haramjadah yang backup ko tu..!!!

    ReplyDelete
  2. HAHAHA .... BUDAK HINGUS NI ASYIK CITER PASAL UNDI CINA JE !! MAKAN BABI BANYAK SABGAT KOT ?? "HABIS APA CITER PULAK DENGAN PENGUNDI MELAYU & INDIA ?? HAPRAK BETULLAH BUDAK SHAHBUDDIN NI .... HMMM .... BERAPA YTL BAYAR LU BRO ??

    ReplyDelete
  3. Analisis yg baik ...

    ReplyDelete
  4. Biarlah kalau Shafiee tu tergila-gila nak jadi calun. Jika beliau tidak popular, nescaya beliau akan ditolak pengundi kelak. Jika ini terjadi biarlah beliau terjun ke dalam sungai gombak bersama-sama labunya.

    Namun begitu jika Tuan Shahbuddin rasa tak puas hati terhadap Mamat yang bernama Shafie ni, saya cadangkan supaya Tuan bertanding juga . Tuah ayam nampak ditaji, tuah orang Tuhan yang tentukan. Barangkali dapat menjadi MP bagi Wangsa Maju.

    Dan kepada beruk-beruk yang suka memaki hamun orang di atas, kau pergilah ke blog Papagomo kalau nak memaki orang atau mencarut. Aku terajang masuk sungai Kelang kang!

    ReplyDelete
  5. Kenapa Anon-Anon di atas tuduh Shabudin sebagai Barua China. Tidakkah kamu semua sedar bahawa yang bagi mentedarah kepada wira (rakan niaga) kamu si Ibrahim Ali tu bernama Vincent Tan, berketurunan China. Kroni PakLah yang paling rapat ialah Patrict Teoh, keturunan China campur Keling. Kroni Mahathir Kutty pulak adalah Vincent Tan, Francis Yeoh, Robert Kouk, Mendiang Goh Chok Tong, Lim Kok Wing, Teik Keng.....hisshh dah bebuih mulut aku belum habis-habis menyebut nama kroni pemimpin hangpa bebangsa China ni...... Kroni Najib dan Rosmah yang paling akrab pun China bernama Jho Low dan China yang jadi golf partner depa tu.....hang pi la check atau tanya orang pandai

    Jadi janganlah lah jadi anjing bodoh yang menyalak membabi buta. Tengok dulu perangai pemimpin pujaan hangpa yang tadah pungkok dekat china selama 55 tahun memerintah. Bodo pun kena la ada tahapnya. Simpan sedikit kebodohan hangpa tu untuk anak cucu.....

    ReplyDelete
  6. Sampai bila orang Melayu ( Bangsa aku ) ni nak cerdik !
    Dah 55 tahun di tipu pun tak sedar lagi !!!

    ReplyDelete
  7. tak perlu lah dimaki seranah saudara shahbudin tu. . . analisis yang baik dan bole diterima pakai.calon mana pun BN tampilkan,MCA,MIC atau UMNO ke,atau bebas sekali pun yang mesra BN pasti akan kalah.rakyat dah berubah dan perubahan mesti dilakukan.

    ReplyDelete
  8. salam
    Begitu cepat shahbudin dapat info tentang walkabout di setapak indah jaya baru2 ni..samada dia ni memang barua YTL atau ada pencacai umno yang menjadi talibarut shahbudin..tetapi di sebabkan shahbudin hanya dapat cerita tanpa usul periksa maka memanglah beliau berniat jahat dengan dato shafei..Program walkabout da sarapan pagi di anjurkan oleh penduduk sekitar yang menjemput Dato Shafei melihat jalan yang truk berlopak dan berlubang yang mana YTL PUN TAK AMBIL PEDULI..kerana kawasan tersebut bukan awasan PUTIH YTL..beliau kalah pada 2008 adalah pengundi kawasan tersebut tak undi dia sebab di kawasan tersebut ada cawangan DAP..Dato Shafei sedar akan cabaran di kawasan tersebut tetapi kerana ingin mendengar denyut nadi rakyat beliau redah jugak..walaupun ada seorang nyonya orang YTL TERJERIT-JERIT memarahi sesiapa yang pergi menyokong program tersebut..busukya hati YTL dan Shahbudin ni..YTL dah tentu sakit hati dengan Dato Shafei..tetapi yang peliknya Shahbudin ni apasal jadi macam ni hentam org melayu..

    ReplyDelete
  9. Pg slot king77 สำหรับการเล่นสล็อตออนไลน์ จำต้องใช้เงินทุน ไม่ว่าจะเป็นเงินเยอะๆหรือน้อย ขึ้นชื่อว่าเมื่อลงทุนก็อยากผลกำไร จึงเลือกเว็บที่น่าเชื่อถือ ไว้ใจได้ pg slot สิคะ

    ReplyDelete
  10. pg slot คา สิ โน ออนไลน์ เว็บ ตรง เครดิต ฟรี สมัครสมาชิกวันนี้รับโบนัสทันทีกับเว็บสล็อตออนไลน์ PG-SLOT.GAME ที่กำลงมาแรงที่สุดรวมเกมจากค่าย PG SLOT อันกับ 1 ตลอดกาลในปี 2022

    ReplyDelete
  11. slot asia เป็นต้นแบบเกม เว็บไซต์สล็อต สล็อตออนไลน์ ยอดนิยมแล้วก็เป็นที่พึงพอใจ pg slot อย่างยิ่งสำหรับผู้เล่นเกมสล็อตออนไลน์ในช่วงเวลานี้ด้วยแบบเกม พีจี เป็นเกมที่เล่นได้ง่ายๆ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...