Thursday 19 July 2012

Najib Akhirnya Tunduk Dengan Asakan Setpolnya


Kerusi Parlimen Wangsa Maju yang menjadi "rebutan panas" antara UMNO dan MCA sejak empat tahun lalu, akhirnya menemui titik nokhtahnya apabila Ketua UMNO Bahagian itu, Shafie Abdullah mengumumkan bahawa pucuk pimpinan sudah bersetuju menyerahkan kembali kepada UNNO untuk bertanding di situ dalam pilihanraya akan datang ini.

Shafie mengumumkan perkara itu dalam perjumpaan dengan AJK UMNO Bahagian, Ketua-ketua cawangan dan Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Wangsa Maju, Selasa lalu.

Dalam perjumpaan itu, selain mengumumkan bahawa UMNO akan bertanding di Wangsa Maju, beliau juga meminta semua pihak supaya bekerja keras mulai sekarang untuk memastikan kemenangan UMNO dalam pilihanraya nanti.

Menurut Shafie, beliau sudah berusaha untuk mengembalikan kerusi itu kepada UMNO, di mana sejak dua penggal lalu kawasan itu diberikan kepada MCA. Bagaimanapun calon MCA, Yew Tiong Look telah kalah dalam pilihanraya 2008 kepada Wee Choo Keong dengan kekurangan 150 undi.

Untuk bulan Ramadhan ini, Shafie juga mengumumkan beliau diberikan peruntukan RM300 ribu untuk menjalankan pelbagai program di masjid dan surau bagi menarik sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.

Sejak berakhirnya pilihanraya 2008, kerusi Parlimen Wangsa Maju menjadi rebutan panas antara UMNO dan MCA di mana Shafie yang merupakan Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan telah melakukan beberapa asakan serta desakan kepada Najib agar kawasan itu dikembalikan kepada UMNO.

Antara asakan dan desakan yang dilakukan ialah melalui usul dalam mesyuarat cawangan dan bahagian, menghantar memorandum, membawa rombongan bertemu Najib dan Muhyiddin serta pelbagai lagi.

Shafie juga, melalui pengaruh dan kedudukannya sebagai staff Najib, telah berjaya meyakinkan pucuk pimpinan UMNO dan BN untuk menyerahkan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju kepadanya sedangkan sebelum ini ianya dipegang oleh Yew Tiong Look dari MCA.

Sejak itu hubungan UMNO dan MCA sentiasa panas dan tegang. Hampir semua mesyuarat dan program BN Wangsa Maju juga diboikot oleh MCA. Shafie pula kerana merasakan beliau berada dekat dengan pemegang mohor kuasa iaitu Najib, tidak pula cuba merendah diri dan mahu berbaik-baik dengan MCA.

Sebagai tindakbalas, MCA juga melakukan beberapa program untuk menunjukkan bahawa MCA masih relevan bertanding di kawasan itu. Antaranya, baru-baru ini MCA mengadakan jamuan tengahari yang dihadiri oleh NGO-NGO dalam kawasan Wangsa Maju bersama seluruh pimpinan tertinggi MCA di Kampung Pengantin, Setapak.

Dalam perjumpaan itu, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menerima perakuan daripada NGO-NGO terbabit untuk terus menyokong calon MCA di Wangsa Maju, turut melahirkan keyakinan bahawa Wangsa Maju akan kekal menjadi milik MCA dan meminta jangan ada sesiapa mengganggu-gugat perkara itu.

Kemudian dari itu, MCA bersama TAR Kolej juga mengadakan program yang melibatkan generasi muda yang turut dihadiri Najib di kolej itu, hujung bulan lalu yang sekaligus memberi gambaran bahawa pemilikan MCA terhadap Wangsa Maju adalah sesuatu yang sukar digugat.

Dalam masa yang sama, MCA Wangsa Maju sendiri sudah menyiapkan jentera mereka untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini bedasarkan keyakinan bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak goyang pendiriannya terhadap pelbagai tuntutan yang dibuat oleh UMNO Wangsa Maju yang diterajui oleh Setpolnya sendiri.

Namun dengan pengumuman Shafie bahawa Najib bersetuju menyerahkan kepada UMNO bertanding di Wangsa Maju, ia bukan sahaja akan menambahkan lagi suhu pergolakan antara UMNO dan MCA tetapi juga memungkinkan berlakunya juga pergolakan lain sesama UMNO di Wilayah Persekutuan.

Dengan UMNO diserahkan kembali kerusi Wangsa Maju, bermakna akan berlaku pertukaran yang menyebabkan UMNO terpaksa pula menyerahkan salah satu kerusinya kepada MCA pula.

UMNO WP kini memiliki kerusi Lembah Pantai, Titiwangsa, Setiawangsa dan Putrajaya. Jika salah satu kerusi ini mahu diberikan kepada MCA, kebarangkalian yang agak nyata ialah Setiawangsa akan menjadi korban berikutan Ahli Parlimen kawasan itu, Zulhasnan Rafique adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan dikenali sebagai orang Pak Lah.

Dengan memberikan kerusi Setiawangsa kepada MCA sebagai pertukaran kepada Wangsa Maju yang diberikan kembali kepada UMNO, ia adalah kaedah diplomatik Najib untuk membersarakan Zulhasnan dan membuang orang-orang Pak Lah secara tersusun.(SH 19/07/2012)

5 comments:

  1. Letak calon umno kt wangsa maju ni...comfom akan TEWAS kt PKR..kerana pengundi akan nenolak bn unt pru13..

    ReplyDelete
  2. PENGUNDI MELAYU DITERATAI MEWAH APARTEMENT...AKAN MEMBERI SKONGAN PADU KEPADA BAKAL CALUN PKR DR TAN...KERANA ORG2 MELAYU DITEMPAT KAMI DISISIHKAN OLEH UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU..KEBENARAN...

    ReplyDelete
  3. PORN STAR CINA TAK BOLEH DEFEND ANAK BUAHNYA KAHKAHKAH!!!

    ReplyDelete
  4. Biarkan Shafie tu bertanding di wangsa maju untuk kali terakhir. Hipokrit... Melayu dan bekas tentera tak akan mengundi mamat ni. Orang Cina dan India kalau mengundi mama ni maka memang lah mereka bangang.
    Say bye bye shafie....

    ReplyDelete
  5. BN letak la siapa pun calon dari UMNO,MCA,MIC atau dari langit pon,comfirm akan kalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...