Thursday 19 November 2015

TELUR PENYU SAJA PUN, KENAPA BERANG SAMPAI MAHU SAMAN-MENYAMAN?

Jika saman Najib Razak terhadap akhbar perniagaan The Wall Street Journal atau WSJ yang dijanjikan pada hari Selasa tidak diketahui bila akan menjadi kenyataan, nampaknya hari ini, Khamis boleh dianggap hari saman-menyaman bagi dua orang menteri.

Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom akhirnya menunaikan janjinya untuk mengemukakan saman terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir berhubung dakwaan penyalahgunaan dana anak-anak yatim YaPEIM untuk lawatannya ke Amerika Syarikat.

Beliau mengemukakan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta.

Yang kedua, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang berang dengan penyebaran gambar-gambarnya bersama  hidangan telur penyu di media sosial, mengancam unntuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Ketika sekeping gambarnya  bersama hidangan telur penyu tersebar luas minggu lalu, beliau menafikan turut memakan hidangan terlarang itu atas alasan kandungan kolesterolnya yang tinggi.

Katanya, beliau bukan saja menjauhi makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, bahkan sentiasa memakan ubat penahannya berikutan kandungan bahan itu sudah sedia tinggi dalam badannya.

Selain itu, Ismal Sabri yang meletakkan beban menyediakan telur penyu tersebut di pihak penganjur yang meraikannya dan bukan atas permintaannya, turut mengatakan beliau tidak menyedari mengenai undang-undang larangan berkaitannya.

Bagaimanapun ketika isu tersebut hampir dilupakan dan tidak lagi diperkatakan, Pusat Lapangan Danau Girang, sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah tiba-tiba memuat-naik empat keping gambar Ismail Sabri dalam majlis makan malam di Sandakan itu dengan keterangan yang berbunyi, "merujuk kepada empat keping gambar yang dimuat-turun dari laman Facebook Walai Penyu Resort Libaran dan dikongsi oleh "Deadturtle Sabah", nampaknya telur penyu sebenarnya dimakan oleh orang yang sama menafikannya sebelum ini."

Jika sebelumnya  Ismail Sabri menafikan memakan telur penyu kerana kandungan kolesterolnya yang tinggi, tetapi dalam satu daripada empat keping gambar yang disiarkan itu jelas kelihatan kulit telur penyu terdapat dalam pinggannya.

Gambar lain pula memperlihatkan sebuah pinggan berisi telur penyu di hadapannya yang menunjukkan isinya hanya tinggal separuh saja lagi, satu kemungkinan bahawa separuh lagi sudah dimakan.

Yang pelik dan hairannya, kenapa Ismail Sabri tidak menafikan buat kali kedua bahawa beliau benar-benar tidak memakan telur penyu itu, sebaliknya berang sambil melontarkan ancaman mahu menyaman pihak yang menyebarkan gambar-gambar itu?

Bukankah isu ini mudah saja, mengaku atau nafikan saja?
Kalau benar tidak memakannya, nafikan saja. Jika benar-benar  tidak mengambil telur penyu itu, kenapa perlu takut untuk menafikan walau sehingga seribu kali  asakan sekali pun.

Tetapi, jika tersilap kerana memakannya pula, mungkin kerana teruja berikutan telur penyu tidak kedapatan sama ada di Kuala Lumpur atau Bera atau barangkali kerana tidak pernah memakannya sebelum ini, mohonlah maaf secara terbuka.

Apalah yang susah sangat nak memohon maaf. Bukankah memohon maaf dan mengaku kesilapan suatu sifat terpuji?

Walaupun kesalahan mengumpul, menjual atau memakan telur penyu di Sabah boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM50 ribu atau kedua-duanya, Ismail Sabri mungkin boleh dikecualikan atau diringankan hukuman jika benar-benar tidak mengetahui atau menyedari mengenai kesalahan yang dilakukannya.

Tambahan pula, beliau cuma dihidangkan makanan terlarang itu oleh pihak penganjur dan bukan membeli atau meminta disediakan telur penyu untuk hidangannya. Tentulah ada toleransi dan budi bicara pihak berkuasa dalam hal ini.

Yang mustahak, berlaku jujurlah kerana itulah antara nilai terpenting dalam kehidupan seorang pemimpin.

Kenapa perlu berang dan ugut mahu saman-menyaman? Jika diteruskan juga mahu menyaman, bukankah lebih memalukan jika kemudian didapati pula ada gambar lain menunjukkan beliau sedang menyuap telur penyu itu ke mulutnya?

Lagi pun, hanya menjadi bahan ketawa dan lawak jenaka ramai saja jika seorang menteri terpaksa turun naik mahkamah semata-mata kerana sebiji telur penyu yang bukan enak sangat lazatnya. (SH 10/11/15)

30 comments:

  1. Menteri bangang dalam kabinet bangang dibawah pentadbiran PM bangang, Najib bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri langgar undang2 kenapa tak tangkap? Kalau rakyat ambil sebiji saja telur penyu dah kena tangkap dah kena dakwa di mahkamah

      Delete
    2. Mana arka Rani kulop knp tak repot polis

      Delete
    3. rani kulup ada be rani kaa.........tong koson jaa

      Delete
  2. Sdr,
    Inilah satu lagi masalah menteri sekaràng. Menipu saja. Jelik.. Isu kecil macam ini pun tak boleh nak "handle" dengan bàik, macamana nak selesaikan masalah negara.
    Menteri-menteri dan ketua bahagiàn yang seperti ini patut "resign" saja. Akan menjadi "liabiliti" kepada parti dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri menteri skrng memang penipu besar. Tuhan dah tunjukkan satu per satu

      Delete
    2. Sekarang kita gelar dia mail telur penyu

      Delete
  3. Deadturtle.......aku ingat din turtle,ni mesti din turtle terguling guling gelak sampai pecah perut sebab menteri ni nak saman.Menteri menteri umno sedang berlumba lumba nak menyaman sesiapa yg menuduh mereka.....jangan main main ooi,pak menteri dah siap dah ker lowyat 11.....kami nak buka kedai vape perisa ketum pulak.....kah kah

    ReplyDelete
  4. makan telo tu sah.....tapi berdosa......fartwow akim
    bak kata kawan kita....kutip zakat tu amil
    perabih zakat tu j-amil
    ........dunia2.....selagi x kiamat selagi tu lah si napik bermaharajalela

    ReplyDelete
  5. Lu kasi halam makan itu balang ,lu sendili makan apa macam maa aa ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mau bikin ubat lemah syahwat maa.

      Delete
  6. Bab turtle ni kena tanya Din Turtle Ganu dia mesti expert..hihihi. Masa saya muda2 dulu rajing jugok tgk penyu bertelor kat Rantau Abang..ler ni jare doh yg singgoh sbb tukar persinggahan kat Saboh plk kot. Bkn sedap pong telurnya, lembik walau rebus berjam2 pong..klu nk mkn keras mcm telur Ayam kena buat telur masin lah...tapi saya nafi pernah memakanya ...sekian adanya..Din Kuala Abang

    ReplyDelete
  7. Gambar tu jelas macam dok tengah telan , tapi tak mengaku makan , habis dok makan apa menteri lembab hoi , lu makan suap kut ...!!!

    ReplyDelete
  8. Saya tak tahu itu telor penyu, saya ingat bola ping pong....

    ReplyDelete
  9. Dia btoi2 mkn lh tu..tp dia xsgka gambaq tu nak jd viral gamaknya..tu yg melatah nak saman tu. Sama lah dgn si jamil..semua jneh MAKAN. Tiru big boss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiiii ismail sabri samanlah kenapa tak mau saman pula. Dah melantak cakaplah melantak. Bukti ada depan mata.
      Bangang punya menteri

      Delete
  10. Dia termakan telur bigboss... Tak sedap... Hanyiaq, masam... Tu yang tak mau ngaku tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bigboss macam kera sumbing kat manila lepas dengar berita anak buah bera ng difitnah oleh telo penyu.............telo lagii emmmmm

      Delete
  11. Ini kes yang cukup nanya pada IS.Dia telah berlebihan sangat utuk menunjulkan diri sebagai pengganti VP umno yang baru menggantikan S.afdal.Orang sabah mestilah tak suka,depa ada orang mereka sendiri macam RD atau SK.Walau macam mana pun kes ini amat serious sebab dendanya sampai RM50k (bukan kes sambal belacan dalam kesah bujang lapok sampai nak pancung-pancung....kakaka)

    ReplyDelete
  12. Mana dia tak marah. Pemimpin yang lain lagi teruk dari dia. Dia setakat makan telur penyu je, tu pun berapa biji dia berani makan. Sedangkan pemimpin lain kena sebab beratus ribu dan berjuta-juta. Jatuh lah standard dia macam lah dia kemaruk sangat nak makan telur penyu.

    Sepatutnya semua pemimpin di kaitkan dengan hal-hal kecil sebab jika di tuduh dengan hal besar seperti berjuta-juta mereka rasa berbangga dan berbaloi.

    ReplyDelete
  13. Mempamirkan kemarahan di khayalak adalah salah satu cara untuk menutup kelemahan diri, menutup ketidakupayaan untuk berfikir secara matang, logik dan rasional. Orang yang tahap intelektualnya tinggi akan menggunakan hujah, bukan emosi. Di zaman reformasi era 90an, ramai melayu kelas pertengahan tak join pkr, sebab cara mereka penuh emosi. Bila pkr tak lagi buat demo huru hara, tapi menggunakan hujah a la rafizi, ramai melayu kelas pertengahan tertarik, dan dah join. Orang umno sebaliknya pulak....demo baju merah tunjuk emosi, menteri kena soal sikit dengan media nak saman, ugut tak mau lagi buat press conference, nak tunjuk belang tak bertempat. Last last kutu kampong jer lerr yang sokong umno.

    ReplyDelete
  14. Kelentong dari Kepala sampai ke Tembolok hingga ke ekor......ini Pemerintah Kelentong ke? 2.6 billion boleh, 41 million pun boleh, 2 juta? Tak de hal......

    PM sebat, Menteri sengat, Ketua Bahagian pun ikut rembat.....kepala buat yang bawah semua dorang angkat, tak gitu?

    ReplyDelete
  15. Dia ingat bola pingpong and as part of table deco...

    ReplyDelete
  16. Kelakar... isu kecil sprti ini pun dibawa ke parlimen. Boleh pulak dia samakan isu ini dengan orang hindu yang tak makan daging lembu. Seperti yang sdr katakan, kalau awal-awal mengaku dan minta maaf, tak ada isu pun.. Yang jadi masalah, pemimpin UMNO sekaràng ni sombong dan angkuh, minta maaf dan mengaku kesilapan, tak ada dalam kamus fikirkan mereka.
    Boleh lah sekapal dengan "Mat maslan and the gang".
    UMNO hari ini seperti menghadapi satu masalah besar iaitu " Brain Dead" leaders..

    ReplyDelete
  17. Kesian rakyat malaysia umno sekarang tak boleh cakap nanti kena saman dari pm sampai menterinya cuma nak tahu mana menteri sabah yg sebok tu macam mana org sabah boleh hidangkan telor

    penyu kalau dah tahu undang2 sabah kata salah

    ReplyDelete
  18. Kesian rakyat malaysia umno sekarang tak boleh cakap nanti kena saman dari pm sampai menterinya cuma nak tahu mana menteri sabah yg sebok tu macam mana org sabah boleh hidangkan telor

    penyu kalau dah tahu undang2 sabah kata salah

    ReplyDelete
  19. abang jamil.....saya merayu abang dan sukusakat,....sudah sudahlah dengan sikap pecah amanah.
    kita hidup x lama....akhirat jua kekal abadi.....tobat dan insaf.....resign dan kembalikan hak kepada penerima sebenar sebelum terlambat......

    ReplyDelete
  20. Telur ayam lebih sedap dr telur penyu tu.sy pernah mkn telur penyu masa kecik kg saya tak jauh dr rantau abang masa tu byk penyu dtg bertelur sekarang sudah lama tak ada.rasa mcm telur masin tp lebih sedap sbb tak la masin sgt.rasa mcm masin manis gitu.kat pasar kedai payang ada lg jual sikit sikit.entah mahal kot harganya.lebih baik mkn telur ayam la.save turle save shark save animal save planet for the next generation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. save Malaysia, save ppz.save th,save kwsp,save ltat...etc

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...