Monday, 2 November 2015

DRAMA MENJELANG HARI SELASA

Drama muncul lagi. Hampir tiap kali tibanya hari Selasa, selalu saja muncul drama baru berkaitan saman Perdana Menteri, Najib Razak terhadap akhbar perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ) yang digembar-gemburkan sebelumi ini.

Setelah beberapa drama berjaya dipentaskan sehingga berpuluh-puluh hari Selasa telah berlalu, namun saman tidak juga menjadi kenyataan sebagaimana yang dijanjikan, sebaliknya wang RM2,600 juta yang didedahkan WSJ itu pula yang makin kuat dipertahankan, kini muncul satu lagi drama baru mengenainya.

Peguam Najib hari ini pula berkata, saman terhadap WSJ itu mungkin tidak difailkan di Amerika Syarikat atas alasan Perdana Menteri tidak begitu dikenali di sana.

Faktor tidak dikenali itu menjadi pertimbangan baru kerana kononnya jika menang pun, jumlah pampasan yang diterima Najib nanti hanyalah kecil saja.

Keadilan adalah satu perkara, tetapi ganti rugi juga penting, kata peguam Najib dengan memberi contoh seorang ahli perniagaan United Kingdom yang menang saman di Amerika Syarikat tetapi hanya menerima jumlah pampasan yang kecil jumlahnya.

Peguam Najib turut memberi contoh kononnya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng juga mengemukakan saman bukan saja untuk mencari keadilan, tetapi juga untuk mendapatkan pampasan.

Hahaha...semalam ketawa kepada Hadi Awang yang mahu menjadi penasihat BN, hari ini terpaksa ketawa untuk Najib dan peguamnya pula.

Satu demi satu drama lucu berjaya mereka pentaskan mereka untuk hiburan rakyat negara ini. Benarkah Najib tidak begitu dikenali sedangkan beliau paling kerap melawat Amerika Syarikat, dapat bermain golf dengan Obama serta mungkin paling banyak menjadi sebutan medianya atas pelbagai sebab?

Dan bila pula Anwar dan Guan Eng mengemukakan saman semata-mata kerana wang pampasan?

Bukankah dulu Najib ada mengatakan saman akan dikemukakan terhadap WSJ adalah bertujan untuk membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah oleh akhbar perniagaan itu?

Apa hal nak fikir besar atau kecil gantiruginya pula sekarang ini?

Apakah Najib seorang Perdana Menteri yang tidak berduit sehingga begitu mengharapkan laba pampasan yang besar apabila mengemukakan saman terhadap WSJ?

Bukankah derma besar RM2,600 juta sudah ada?

Sebelum bercakap soal gantirugi pula, apakah peguam Najib benar-benar yakin mereka boleh menang apabila menyaman akhbar tersebut berkaitan pendedahan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya?

Dalam masa yang sama, peguam Najib juga memberi alasan mengenai kesukaran untuk mengemukakan saman terhadap WSJ di Malaysia kerana bimbang akhbar itu menggunakan perlindungan Akta Speech yang menjadikan keputusan mahkamah itu tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat.

Makna mudahnya, semuanya belum pasti lagi sama ada Najib mahu meneruskan saman itu atau sebaliknya.  Sebabnya, kalau nak saman di Amerika Syarikat, takut jumlah pampasannya ciput manakala jika di Malaysia pula, bimbang dengan Akta Speech.

Lalu,  drama dan alasan sentiasa direka untuk melengahkan masa sambil membuatkan rakyat secara perlahan-lahan terhasut dan  percaya dengannya, lalu bersetuju bahawa saman itu tidak perlu diteruskan.

Sebenarnya itulah tujuannya drama menjelang hari Selasa ini dipentaskan.

Maka, bukankah lebih mudah jika Najib dan peguamnya berterus-terang saja bahawa saman itu tidak jadi difailkan sama ada di Amerika Syarikat mahupun di Malaysia? Mahu disaman apa lagi kerana dakwaan berkaitan wang itu bukan saja sudah diakui, bahkan sudah ramai yang bangga dapat turut menerimanya.

Tidak perlu terus menerus mementaskan drama demi drama kerana "makcik Felda "dan "pakcik kedai kopi di kampung" sebenarnya sudah ramai yang menggunakan telefon pintar sekarang ini. Mereka sudah faham segala-galanya.

Cukup-cukuplah. (SH 02/11/2015)

35 comments:

  1. Haha si najib ni memang tak tahu malu. Hatta dilempar dengan najis sekalipun dia masih buat blur. Nak buat apa, tunggu je lah bumi terbelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam ni jenis mamak pedukang lidah bercabang taik kelentong.Jumpa ular jumpa mamak peguam ni ketuk kepala mamak ni dulu.

      Delete
    2. Jangan salahkan peguam... Ni semua atas arahan Najib...kalah menang peguam masuk juga...Klu ada kes lg bagus....

      Delete
    3. Dalam perarakan Baju kuning hari tu bukan saja Gen Y pijak2 gambar Najib tapi kencing diserata kuala lumpur sebagai simbolik kencingkan Najib. Tapi Najib bukan faham atau sengaja buat2 tak faham untuk tutup malu diri dia sendiri

      Dulu Najib cakap dia sentiasa mendengar denyutan hati rakyat.

      Dalam bersih 4 rakyat pula rakyat dah tak bagi isyarat. Tapi rakyat tunjuk secara terang terangan. Rakyat pijak rakyat kencing cuma rakyat tak baling saja lagi muka dia dengan taik.

      Adnan Mansor ular sawa UMNO pun tak berani keluar rumah masa tu. Dia hanya berani cakap besar dalam media saja. Kalau dia keluar ke kl masa tu nahas dia. Rakyat akan bogelkan dia sehingga telanjang bulat.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. Tepat sekali bidaean tuan....

    ReplyDelete
  3. hari tu sembang hanya beliau pm yang dpt bermain golf dgn president Obama..sekarang kata xterkenal pulak kat u.s!!!????rugi duit rakyat je tanggung arwah j.j dan memberi kontrak kp apco yahudi bagi meningkatkan imej najib di u.s.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasar lidah belit....kalau keluar statement mesti berbelit dan membelit dan pada ketika akan datang akan dibelit oleh pembelit........united we stand divided we fall....1552 be positive, don't meltdown

      Delete
  4. Tuan Shah, bagus sangat kalau Najib atau kerajaan tidak saman WSJ samada di Amerika atau Malaysia. Itu akan.melibatkan kos yang tinggi dan Najib bukanlah golongan yang boros atau suka membazir.

    Samada duit kocek Najib atau duit kerajaan jika tidak digunakan sebagai kos saman sidah tentu boleh membantu kerajaan membuat pembangunan seperti sekolah, jalanraya, surau.dan kebajikan yang lain.

    Jika setiap saman asyik berlegar di dalam negara sahaja, kita bimbang sistem kehakiman negara disalahtafsir dan dipandang serong (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kau hanya layak dibaca oleh macai2 umngok yang bangang macam kau.Juga untuk dibaca oleh macai2 Pasngok.

      Delete
    2. Najib memang bukan golongan yang boros atau suka membazir tapi bini dia yang boros dan suka membazir. Najib suka dapat duit derma dan duit dari memerah keringat rakyat.

      IPTA kena cari dana sendiri. Mara tidak lagi memberi biasiswa. Pembinaan sekolah, jalanraya dan lain-lain dah masuk dalam bajet. Jika Najib saman maka berikan lah duit belanja saman tersebut kepada Mara untuk meneruskan biasiswa anak-anak melayu.

      Najib lebih selamat menyaman WSJ di Malaysia sebab Peguam Negara akan membalas jasa baik Najib dan biarkan lah WSJ guna akta speech kerana ini akan menunjukkan Najib berani dan benar.

      Delete
    3. Berani ke si penipu tu nak saman? Tak malu ker seorang perdana menteri sanggup berdolak dalik.???
      Atau pun masih tunggu arahan bini

      Delete
  5. Kena jadi orang terkenal ke baru boleh menang saman kat US tu ???

    ReplyDelete
  6. Menipu adalah satu ibadah utama dan kudus dalam UMNO dan BN. Sbb tu kita dpt lihat, dari juak2 UMNO BN, ketua2 kampung, para JKKK, ketua2 cawangan, ketua2 bahagian hinggalah menteri2 serta org lantikan UMNO BN dlm kerajaan berlumba2 melaksanakan ibadah menipu ini.

    Lagi kuat menipu, lagi tinggi maqam kedudukan mereka di syurga ciptaan UMNO BN kelak. Ini mmg perkara terpuji di sisi tuhan UMNO BN (PM).

    ReplyDelete
  7. HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA
    Najib ternyata PM paling tongong lagi bengong di dunia dan lawyer dia ikut tumpang jadi tongong dah bahlul sejak berdamping dengan dia. Yang ketara dan terang adalah PM Najib memang kaki putar alam dan kaki entot. Tak percaya..boleh tanya Isa Samad. Sebab tu PM Najib sayang sangat Isa Samad. Masing masing berlumba tutup sopak dan kurap sesama sendiri.

    Woit...

    PM Najib dah berjaya mengtongongkan dan membengongkan lawyer yang mewakili dia. Ahak..ahak...jadi bengong dan tongong pun tak apa laa asalkan ada bahagian lawyer oiii. Janji masyuukkkkk.

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...FILEM LAWAK TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN KINI DAH MUNCUL..KAH KAH KAH

    Awat Najib oiii??? Hang ingat rakyat Malaysia ni IQ zero kaaa? KAH KAH KAH.... keras perut aku tahan gelak tengok filem lawak bangang ni. Lebih lawak dari citer IQ Zero. Lepas ni cyber trooper dan blogger pro Najib akan ikut membengongkan diri masing2. Tunggu saja!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk dek akal. Lawyer Najib ni betul ke degree bertauliah atau degree beli. Alasan yang dibagi ni macam alasan bodoh jer aku tengok. Dah terdesak agaknya

      Delete
    2. Lawyer BAPOK

      Delete
  8. NAJIB DAH LAMA KENA CHECK MATE!
    APA DIA PUNYA TUGAS PUN DARI SEGI MORAL SUDAH TAK DI IKTIRAF LAGI!!! ZEROOO...:(

    ReplyDelete
  9. Sentiasa bersangka baik.nasihat tuang jepung dah masok akaun kepala umpama naik bas tanpa destinasi.

    ReplyDelete
  10. Najib roti telog ? Peeeeerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tak ada teloq...podahhh

      Delete
  11. Hadi akan jadi penasihat najib,najib akan bertukar wajah dgn berserban labuh.Waduh satu malaysia heboh.manakala rosmah akan pakai purdah untuk tutup topi keledar hitamnya.itulah kejayaan sulung penasihat najib....boleh ke hadi?

    ReplyDelete
  12. ,kerje lawyer saman..masyukkk..dia apa kira....dia tahu boss dia bnyk duit..kalah mebang soal kedua...saman bro saman..kalu tk saman...kompom najib roti canai kosong ..

    ReplyDelete
  13. ,kerje lawyer saman..masyukkk..dia apa kira....dia tahu boss dia bnyk duit..kalah mebang soal kedua...saman bro saman..kalu tk saman...kompom najib roti canai kosong ..

    ReplyDelete
  14. Selain wang pampasan, peguam Najib boleh tuntut kos perbicaraan dan kos-kos lain yang di anggap wajar oleh Hakim. Najib tak rugi jika Najib berani dan yakin dia benar.

    Dalam surat kepada WSJ, ingat-ingat lupa, Najib mengatakan WSJ seolah-olah mengatakan duit RM 2.6 tersebut telah di salah gunakan dan untuk kegunaan peribadi nya.

    Najib sebenarnya memang terkenal di serata dunia. Masalah Najib sebenarnya ialah dia PM yang tidak di hormati.

    Orang-orang UMNO tak boleh lah berbangga dengan Presiden mereka dan lain kali apabila ada pemimpin UMNO kata Malaysia di kenali oleh dunia, jangan percaya lagi.

    Tapi kalau Najib terkenal di Israel, itu memang fakta !!

    ReplyDelete
  15. Tuan,
    Orang bilang, kalau kita nak tahu status pemimpin2. UMNO kita tengok pada SONGKOK nya. Makin tinggi songkok makin kuat RASUAHnya. Makin tinggi songkok makin kuat penipunya

    ReplyDelete
  16. Hai najib kalau tak nak saman wsj di us atau malaysia kata jelah tak payah jangan terkial kial nak cakap rakyat yg tak bodek dah tahu pun

    ReplyDelete
  17. Hai najib kalau tak nak saman wsj di us atau malaysia kata jelah tak payah jangan terkial kial nak cakap rakyat yg tak bodek dah tahu pun

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Apakah tindakan Najib tidak saman WSJ akan memberi kesan kepada saman terhadap LLS.? Sedangkan LLS berpegang pada lapuran WSJ.

    Penasihat......Mana Penasihat nie ??

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Pilihlah nak saman atau nak samun.kalau saman tak menguntungkan lebih baik samun saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...