Wednesday 25 November 2015

JANGAN TERKEJUT, MUNGKIN HANYA NAJIB SEORANG SAJA BERUCAP DI PENUTUP PAU 2015 KALI INI?

Kebimbangan Najib Razak terhadap Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini atau PAU 2015 ialah meliputi dua perkara - perasmian mesyuarat sayap-sayap dan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan.

Dalam mesyuarat MT  semalam, di sebalik Muhyiddin tidak diambil sebarang tindakan, Najib berjaya menyekat suara Timbalan Presiden UMNO itu daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri dengan memutuskan ketua sayap masing-masing merasmikannya.

Najib memberi alasan bahawa tindakan itu diputuskan kerana kononnya ia adalah kehendak serta permintaan ketua-ketua sayap tersebut dan MT hanya menunaikan sahaja.

Adakah betul MT menunaikan kehendak ketua-ketua sayap atau sebenarnya ia merupakan kehendak Najib yang terpaksa dipatuhi oleh ketua-ketua sayap?

Tetapi dengan menyekat Muhyiddin berucap merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri itu, ia secara langsung mengesahkan ketakutan Najib terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang sudah dipecatnya itu.

Apakah yang menyebabkan Najib begitu takut dengan suara Muhyiddin dalam PAU 2015 kali ini? 

Kerana 1MDB? Kerana derma RM2,600 juta? Atau kerana pelbagai isu menyaluti dirinya yang semakin melemahkan UMNO jika dibangkitkan satu persatu oleh Muhyiddin akan membangkitkan protes senyap terhadapnya?

Apa pun isunya yang menyebabkan Najib takut dengan Muhyiddin, kesimpulannya ialah beliau takut dengan kebenaran?

Dengan Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap itu, bukan saja simpati terhadapnya terus melonjak, tetapi yang paling ditunggu-tunggu sekarang ialah ucapan penggulungannya pada hari terakhir PAU 2015 nanti.

Tetapi, persoalan yang timbul ialah apakah Muhyiddin akan dibenarkan berucap atau sekali lagi suaranya akan disekat juga?

Jika melakukan perasmian sayap-sayap pun boleh dihalang, apakah tidak mustahil ucapan penggulungannya juga akan menerima nasib yang sama?

Mengikut kebiasaan, sehari sebelum PAU 2015 dirasmikan iaitu pada sebelah malamnya akan diadakan sekali lagi mesyuarat MT UMNO yang bukan saja untuk mendengar laporan mengenai perjalanan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri yang baru berakhir, tetapi juga untuk memutuskan perkara-perkara terakhir untuk perhimpunan pada esok harinya.

Untuk kali ini, adalah dipercayai Najib akan memanfaatkan buat kali kedua kuasa MT untuk menghalang Muhyiddin daripada berucap di majlis penggulungan itu.

Jika ketika dihalang merasmikan perhimpunan sayap-sayap, hujah yang digunakan ialah kerana kononnya ketua masing-masing ingin merasmikannya, menghalang Muhyiddin berucap di majlis penggulungan pula mungkin dengan menjadikan Zahid Hamidi dan Hishammuddin sebagai "korban"  utamanya.

Selain Presiden dan Timbalan Presiden, pemimpin lain yang biasanya berucap di majlis penggulungan ialah ketiga-tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan seorang atau dua ahli MT tertentu yang dipilih berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perhimpunan diadakan.

Untuk pertama kali dalam sejarah UMNO dengan tujuan untuk menghalang Muhyiddin daripada berucap, sama seperti pertama kali Ketua sayap merasmikan perhimpunan masing-masing, tidak mustahil dalam PAU 2015 kali ini hanya Najib seorang saja yang dicadang menyampaikan ucapan di majlis penggulungan.

Cadangan itu pula mungkin akan dilontarkan oleh mana-mana ahli MT yang  merupakan penyokong kuat Najib, kalau pun tidak oleh Tengku Adnan atau Ahmad Maslan.

Ketua-ketua sayap tentu setuju dengan cadangan itu kerana sudah "terhutang budi"  berikutan sudah diberi peluang merasmikan perhimpunan masing-masing berbanding hanya menyampaikan ucapan dasar pada tahun-tahun sebelumnya.

Zahid Hamidi dan Hishammuddin barangkali tiada pilihan selain bersetuju  untuk "simpan suara" kerana jika mereka mahu juga berucap di majlis penutup, maka Muhyiddin dan Shafie harus juga dibenarkan sama.

Jika Zahid dan Hishammudin mahu berucap juga dan dalam masa yang sama terpaksa memberi ruang kepada Muhyiddin dan Shafie untuk berucap, barangkali akan memperlihatkan kedua-duanya "tidak cukup sayang" kepada Najib.

Maka, dengan setujunya dua Naib Presiden iaitu Zahid dan Hishammudin serta ketua-ketua sayap terhadap cadangan tidak berucap itu, alasan tersebut akan digunapakai untuk menghalang semua pemimpin lain daripada berucap, kecuali Najib.

Akhirnya,  PAU 2015 kali ini perasmiannya akan dilakukan Presiden UMNO  dan penutupnya pula oleh Perdana Menteri. Ucapan-ucapan sepanjang perbahasan pula lebih tertumpu untuk membela serta mempertahankan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. (SH 25/11/2015)

30 comments:

  1. Dlm UMNO BN..semuanya boleh dikontrol. Dgn kuasa yg ada, Presiden boleh sekat dan buang sesiapa yg x sekufu dengannya. Undang2 hanyalah buku yg membebel itu ini. Bukan wajib atau terpaksa kita ikut pun. Yg jadi undang2 ialah kuasa di tangan.

    ReplyDelete
  2. umno sekarang najib yang punya. tak mustahil umno juga akan dijual oleh najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit punya pasal apa pun dia sanggup jual

      Delete
    2. Memang dia dah lelong legasi bapak dia sendiri pun.

      Delete
    3. Bukan saja dia dah lelong legasi bapak dia sendiri saja. Legasi atok dia pun dah lama masuk pajak gadai

      Delete
    4. he is a good salesman.....but a poor seller

      Delete
  3. Kau hari hari kutuk najib tak penat ke en budin.bior lah lantak lah suka hati dia lah.umno ni bukan bapak kita punya.sebab kata Malaysia banyak sangat nama razak,baik kat Jalan kat bangunan kat university dan berbagai lagi maka secara tak lansung Malaysia bapak najib punyalah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razak baginda...

      Delete
    2. Ya la Tok aku nama putrajaya jadi PUTRAJAYA tok aku dan keluarga aku punya la. apa punya bengap la kamu macam najib dan ahmad maslan.

      Delete
  4. "Sudah terang lagi bersuluh",langkah-langkah menuju kehancuran kerana untuk menegak benang basah.

    ReplyDelete
  5. Sdr Shah --- itu cadangan yg cantik dan munasabah! Lagi comel klu boleh diluluskan oleh MT cadangan2 berikut:- a. Persidangan Puteri dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pekan, b. Persidangan Wanita oleh Pengerusi Lembaga Punaisihat 1MDB dan c. Persidangan Pemuda oleh Menteri Kewangan 1!....

    ReplyDelete
  6. aku sokong apa yg najib wat...makin mudah tenggelam pru14....lingkupkan lagi

    ReplyDelete
  7. Ahli akar umbi Umno, yg sayangkan umno perlu bertindak....jgn senyap dan jadi pank angguk sahaja. Berani bercakap benar....

    ReplyDelete
  8. Ahli akar umbi Umno, yg sayangkan umno perlu bertindak....jgn senyap dan jadi pank angguk sahaja. Berani bercakap benar....

    ReplyDelete
  9. Tidakkah ketua2 sayap dan ahli2 perwakilan sayap tertanya2 Dan dapat berfikir apa sebenarnya berlaku. Adakah Najib Dan pemakan 2 dedak Najib berfikir yang ketua2 sayap Dan ahli perwakilan sayap tidak tahu kenapa TSMY tidak dibenarkan merasmikan? Tidakkah ketua2 sayap dan ahli2 perwakilan sayap tertanya2 sampai bila mereka Akan di kontrol Dan dipergunakan, dipergunakan serta diperbodohkan oleh Najib, zahid, kunang Dan pemakan2 dedak yang lain? Adakan ini di amanahkan oleh Allah swt kepada mereka sebagai perwakilan untuk lakukan untuk menutup korupsi Dan penganiayaan Najib and the gang?

    ReplyDelete
  10. Patutnya Persidangan Sayap Wanita dirasmikan oleh Isteri, Sayap Puteri oleh Anak, Sayap Pemuda oleh Menantu & Besan rasmikan PAU. Jadi Penggulungan kitau tau la sapa. korang teka la, aku tak mau sebut nama.

    ReplyDelete
  11. pondan, bacul, bendul, mr bean... go die bastard

    ReplyDelete
  12. Kita sebagai rakyat Malaysia patut menyokong segala tindakan caca merba Najib kerana ia akan memudahkan UMNO dan BN lebih mudah ditolak dan berkubur terus dlm pru 14....elok najib...teruskan najib...u can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan confident sgt. SPR sudah dikontrol olih BN/UMNONGOK. Dia takkan bolih tumbang. Ingat zahid nak bawak masuk 2 juta bangla secara berperingkat2. Tujuannya amat jelas..

      Delete
  13. Agak2 bila dia berucap, dalam fikiran perwakilan apa yang dibayangkan dan apa yang berlegar di kepala. Kalau Kita tengok muka perwakilan semasa dia berucap, agak2 macamana ye? Agaknya semasa dia berucap, macamana body language dia. Biasanya, bila orang menipu atau berbohong, bahawa badan dia berubah atau memberi isyarat2 tertentu dan luar biasa. Cuba Kita tengok bila zahid berucap, kan semacam Dan luar biasa.

    ReplyDelete
  14. najib dah ada talian hayat baru kami nak jadi punahsihat

    ReplyDelete
  15. Boikot je pau tahun ini..biag najib n mkt n ketua bhgn je yg mai persidangan..ahli umno jgn dtng ke pwtc..opps..mungkin pau tahun ni di buat dlm parlimen...mudah urus keselamatan kpd penasihat agunh wanemdeebee

    ReplyDelete
  16. Tumpor yeop....najib dah alami sindrom ketakutan,tidak kepercayàan pada MT,KB dan ahli akar umbi yg mula bangkit menentangnya.Hanya kepercayaan pada Rosmah sahaja.....Najib semakin murung dan akan mengalami penyakit jiwa.Najib perlu berubat dgn kadar segera (kata ainina langkawi)

    ReplyDelete
  17. Ayat power-selenge mana Najib pakai kali ini....selepas

    Bangang
    Sekor sekor
    Haram-jadah
    Songlap
    Penyamun

    dan lagi

    dan lagi......

    Ada yang di lontar melepas geram, banyak juga yang keluar ayat minta belas-kasihan....


    Emmmm....kalau tolak campur pun boleh fail, ni lah PM paling gila glamour tapi negara tak maju mana pun. Mana kan tidak, boleh buat bisnes

    Dengan modal seciput,
    Buat hutang 42,000 kali ganda
    Modal permulaan kena sengat
    Tambah dan Jamin rembat duit dari KWSP
    Ambil hutang lagi
    Jual Tanah Prime Land earmarked for bumiputera harga kelong pasar-gelap!
    Jadi Asset Mahal beli IPP dan Tanah di Penang harga pasaran
    Hutang dah menimbun
    Bunga hutang pun tak leh bayar
    Siap berani kata 1MDB tak rugi?
    Jual Asset EDRA hutang kurang Asset Hangus
    Hutang masih lagi banyak berbaki.....

    Rasionalisasi apa ke benda kalau mula buat bisnes pun tak ada Perancangan Rasional?

    So jangan ingat orang kampung pun tak reti, bab duit ni, 2.6 billion pun orang tahu 2,600,000,000 bersamaan 2 Ribu, 600 Juta! Nak kelentong macam mana pun orang tahu mana ada dalam dunia derma banyak tuh masuk akaun peribadi bukan RASUAH?

    Aku nak belanja Pegawai Trafik ayer batu cendul pun boleh ditakrif rasuah, apa lagi billion?

    Gila ke apa pemimpin Tanah Melayu sekarang!

    Wahai ahli UMNO,

    Melayu sudah kena cincang jadi PKR
    Kena kencing dan tonggang jadi PAS,
    Melayu di kelentong di buai jadi UMNO

    Apa masih ada harapan Melayu-Muslim-Bumiputera di Tanah Melayu atau akan hanya tinggal Tunggul-Nama tiada tanah, hilang sejarah!

    Anak Melayu

    ReplyDelete
  18. UMNO akan berkubur pada PRU nanti, tahniah dan syabas untuk preseden. UMNO akan di ludah selepas ini kerana perbuatan seorang saja, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.Selamat tinggal wahai UMNO parti kesayangan orang Melayu. Malaysia ini bukan untuk UMNO, demuanya akan berubah selepas ini. Berani kerana benar

    ReplyDelete
  19. Sape yang tumpor tu Cik Ya Ali oii?? Najik mane buleh tumpor..duet berkoyan-koyan..buleh beli ape saje..sape tak dibelinye..ahli parlimen? menteri besor? ketue bahagian? ketue cawangan? tok mupeti? tok hakim? ..silap-silap dengan mike pon dibelinye..ate..orang mengate dia pasa belom kena huloq..udah dapat..mengotek pon idak..ajenye..he'eh..yang tentu tumpor..orang kampong..orang pekan..rakyat..orang Umno macam teman ni pon kene jugak bayo gst..bayo tol..tu yang teman dan kengkawan bercadang nak kuar jer dari Umno..tambah-tambah kak midah udah kene pecat..kapae udah nak karam yob..ape nak ditunggu..huhuhu..

    ReplyDelete
  20. Umno dah nak tumpor anon 23.06....hang pi kedai kopi,hang pi masjid/surau,hang pi pasar dan mana hang pi mana pun semua dah tolak umno.Yang tinggal yang makan dedak dua tiga kerat lagi....depa tu pun lalang,x bolih percaya tu yang najib fobia.Aku ni dah hampiq 39 thn dah tolak umno.Aku pun bolih hidup kerana rezeki bukan umno bagi,Alllah Taala yg bagi.

    ReplyDelete
  21. Teman setuju benor dengan mike Cik Ya Ali..teman udah lebih 20 tahun jadi ahli Umno..hapah satu bende pon tak dapat..ate..bukannye teman bayor yuran pon..sume ditanggung oleh ketue cawangan teman..selame ni teman bukannye pegang ape-ape jawatan..setakat ngikut ponggong ketua cawangan jer..kebanyakan kume segan nak lari dari umno pasa nye dari ketue cawangan membawak ke ketue bahagian bukannye orang lain..adek beradek kume jugak..dulu umno ni idak le terok sangat tapi sejak Najik memerintah ni teman nengok udah takde cerite daso memperjuangkan rakyat..asyik-asyik cerite daso menekan dan mencantah jer..udah melampo bebeno..awok rase udah le tu..tak sior teman nak bersekongkol dengan deme tu lagi..risikonye..bermasam muke le nanti adik beradik..orang bawah bukan cerite duit sangat..tu criter orang atah-atah..Brim pon teman tak endak walau pon layak pasa mase apply itu ari..tak pasa sampa surat income tax nanyekan hal kompeni yang teman sendiri udah lupe yang teman jadi pengarah..memang le ade teman nyain,,orang kuat Umno jugak le yang beria-ria ngabor ade lobang dapat kawasan balak dekat Grik dan dia memang kamceng dengan MB mase tu..punye beso harapan toksah cerite le mase tu..aleh-aleh habok pon takdak..yang tentu dapat ..kene soal siasat dengan income tax..jenoh jugak la menjawab..nyareh lepah..kalo tidak..tak pasa kene caj kat mahkamah..haa..tu baru tumpor yob..ishh--udah pukui 2 Cik Ya..esok-esok kite sambong belabon..assalamualaikom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atte...nak buat meghonjang hape dighiso kalo UMNO tumpo, biyo dilantaknye le UMNO jadi mendiang. Baghu le pueh ati semue oghang.. he'eh. Miker bukannye tak sedo, selagi UMNO meghentah segale mak nenek habeh dilelongnye. Cer kabo, tanah rizab melayu dah tingge beghape eka je lagi, tanah KTM kat Singapughe lesap sape punye keghoje, Bank Bumi kubonye pun tak mandang. Ihh...kalo nak disogheh lagi bejele-jele panjangnye. UMNO yang ase dah dihaghamkan, lepeih tu lahiyo pule anaknye UMNO baghu. Atte UMNO baghu tu, senang cceghitenye...anak hagham le. Ajenye tak semenggah langsung. Cer pikiyo, betoi ke tak.

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...