Thursday 17 July 2014

"Kalau Hebat Sangat, Bubar DUN Selangor Dan Tandinglah Atas Tiket BN"


Kemelut politik di Selangor dan isu pertukaran Menteri Besarnya sudah mula memasuki episod yang memual dan merimaskan. Rakyat dan pemerhati politik sudah mulai bosan dengan situasi yang berlarutan itu. Semua keadaan ini berpunca daripada dua sebab iaitu kedegilan Khalid Ibrahim yang merasakan jawatan itu miliknya selagi mahu serta kegagalan pimpinan PR bertindak tegas serta pantas menyelesaikannya.

Pertukaran jawatan Menteri Besar adalah perkara biasa. Blog ini sudah menulis sebelum ini bahawa pertukaran itu telah banyak kali berlaku sebelum ini dan tiada yang peliknya bila Khalid Ibrahim pula mahu ditukarkan. Dalam hal ini, Khalid haruslah sedar beliau dipilih oleh parti dan seharusnya akur bila diminta untuk berundur. Janganlah menganggap jawatan, kediaman dan kereta rasmi dan pelbagai kemudahan lainnya sebagai hak milik peribadi.

Amatlah memalukan apabila pemimpin UMNO yang sering dikaitkan dengan kronisme, nepotisme dan amalan-amalan tidak baik boleh menerima apabila ditukarkan tetapi Khalid yang kononnya sarat dengan perubahan dan reformasi tidak mahu akur dengan pertukaran.

Tindakan beliau berkeras bahawa akan terus memegang jawatan sehingga akhir penggal di sebalik desakan kian bertubi-tubi mahu menukarnya, bahkan diingatkan oleh Anwar Ibrahim juga agar jangan menjadikan jawatan Menteri Besar milik peribadi, tidak lebih menunjukkan sikap tamak dan tidak faham hukum politik dalam jiwa Khalid sendiri.

Tindakannya melompat dari satu dahan ke satu dahan mencari perlindungan juga menunjukkan jiwa kacaunya mahu menpertahankan jawatan itu. Kenapa hanya ketika ini mahu berbaik-baik dan hadir majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri, Najib Razak? Mengapa baru sekarang juga teringat mahu menjemput Presiden Pas, Haji Hadi datang ke kediamannya untuk berbual-bual politik walaupun sudah jam 11 malam?

Kenapa selama lebih lima tahun menjadi Menteri Besar sebelum ini beliau tidak terfikir semua itu? Mengapa selama ini hanya Anwar Ibrahim saja yang dipujanya tetapi sekarang mula dibelakangkannya?

Khalid sebenarnya tiada alasan untuk mempertahankan lagi dirinya jika benar pimpinan PR sudah bersetuju untuk menukarnya. Beliau haruslah akur dengan ketetapan itu. Tidak perlu lagi melompat dan tersengih ke sana sini mencari dahan serta tauke yang dirasakan lebih kuat.

Bagi PR pula, janganlah dilengah-lengahkan lagi pertukaran itu jika ianya sudah dipersetujui secara muafakat. Segeralah majlis pimpinan PR bertemu Khalid dan memaklumkan perkara tersebut secara terang-terangan kepadanya. Selepas itu, pimpinan utama PR daripada Pas, PKR dan DAP pula segeralah mengadap Sultan Selangor memberitahu mengenai hasrat pertukaran yang telah diputuskan secara muafakat serta mencadangkan bakal penggantinya.

Jika semua ini dilakukan secara terib dan berhemah, tidak mungkan lebih banyak masalah akan timbul. Sultan Selangor juga tidak mungkin menolak jika sudah pimpinan ketiga-tiga parti mengadapnya memaklumkan pertukaran itu kerana baginda adalah seorang yang faham mengenai undang-undang.

Tetapi jika semua pendekatan ini diambil dan Khalid masih juga berdegil mengatakan beliau akan bertahan sehingga akhir penggal iaitu sehingga pilihanraya akan datang, barulah boleh dipertimbangkan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya di DUN Selangor.

Tetapi tindakan ini seharusnya menjadi pilihan terakhir kerana jika ia berlaku, ia lebih menunjukkan kegagalan pimpinan PR sendiri dalam menyelesaikan masalahnya. UMNO sendiri, walaupun kerap menukar Menteri Besarnya sebelum ini tetapi tidak pernah pula sampai ke peringkat mengusulkan undi tidak percaya kepada ahli partinya sendiri. Proses rundingan haruslah menjadi keutamaan.

Bagi Khalid pula, oleh kerana partinya sendiri sudah tidak menghendakinya dan PR juga turut bersetuju untuk menukarnya, tiada lagi alasan untuknya bertahan di kedudukan itu. Tetapi jika beliau ingin melawan ketetapan itu, tunjukkanlah kejantanan dengan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Jika benar beliau sudah mempunyai hubungan baik dan "cium mulut" dengan UMNO dan Najib, selepas itu bertandinglah menggunakan tiket BN dan bekerjasamalah dengan UMNO melawan PR. Jika masih mampu menang, ciumlah tangan Perdana Menteri untuk minta diteruskan sebagai Menteri Besar sehingga akhir penggal.

Janganlah pula nanti andainya sudah menang, Noh Omar pula dinaikkan jadi Menteri Besar Selangor.

Seandainya beliau masih mampu menang, sama ada di kerusi Pelabuhan Kelang mahupun Ijok dan kemudian melalui kerjasamya dengan UMNO pula boleh membuahkan kerusi majoriti, barulah beliau diiktiraf sebagai pemimpin yang hebat dan diterima rakyat Selangor.

Dalam kedudukan sekarang, di mana rakyat Selangor memberikan undi dan sokongan kepada PR, Khalid tidak seharusnya terus mahu bertenggek di kerusi empuk itu sedangkan pimpinan PR sudah bersetuju mahu menggantinya. Beliau selama ini diberikan undi dan sokongan atas tiket PKR dan PR, maka akurlah dengan kehendak dan ketetapan parti. (SH 17/07/2014)

11 comments:

  1. Copy & paste omakkau.blogspot.com

    Kita perlu tahu bahawa tugas Menteri Besar adalah memberi perkhidmatan untuk kerajaan negeri secara keseluruhannya berasaskan kerjasama dari parti komponen yang melantik beliau sebagai Menteri Besar.

    Dan ramai orang bagi pendapat bahawa TS Khalid Ibrahim pemimpin yang bagus, hebat dan cemerlang.... tapi itu tidak bermakna beliau bekerja bersendirian tanpa mendapat maklum balas dari penasihat dan perancangan yang betul.

    Pekara yang tidak disebut dan ditunjukkan secara jelas oleh pecacai pro UMNO Baru yang menyokong TS Khalid Ibrahim adalah RASUAH.

    Kita boleh lihat bagaimana kelakuan TS Khalid membelakangkan rakan beliau dalam Pakatan Rakyat ketika menyelesaikan isu air, lebuhraya, kitab bible....

    Sikap yang bagus, hebat dan cemerlang itu tidak akan berguna lagi apabila Menteri Besar menghampiri rasuah yang bakal disogok oleh pro pembangkang dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri akan lingkup sebagai lingkupnya kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh allahyarham DS Azizan.

    Propaganda yang dimainkan oleh penyokong tegar UMNO Baru terhadap TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang hebat hanyalah sindawara saja bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat yang akhirnya wujud huru-hara.

    Penyakit yang amat membarah dalam Malaysia adalah rasuah. Dan pengamal tegarnya adalah dari parti UMNO Baru yang selalu menggunakan konsep "I Help U, U Help Me"

    Untuk menghapuskan penyakit rasuah memang susah tapi kita perlu berikhtiar dengan tindakan mecegah lebih baik dari merawat.....

    Disebabkan TS Khalid yang disanjung bagus, hebat, cemerlang, jujur, dan ikhlas itu sudah mahu menghampiri RASUAH...... maka adalah lebih baik dia ditukarkan dengan orang lain sebelum dia menukarkan tampok pememerintahan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional.

    Apabila anda sokong TS Khalid ketika ini.... bermakna anda menyokong RASUAH. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong TSKhalid disingkir kerana tidak akur kepada suara demokrasi yang mahu beliau dihentikan.

      Delete
  2. Yang tak menyokong Khalid adalah Azmin and ikan lampam yang melocat2 kelaparan. Kemudian bawak cerita semua orang dah setuju dengan kehendak Azmin.

    ReplyDelete
  3. Ketua kerajaan merupakan PEMIMPIN parti yang mendapat sokongan MAJORITI ahli, yakni majoriti ahli parlimen bagi jawatan PM dan majoriti ahli dewan undangan negeri bagi MB. Itu adalah ASAS amalan demokrasi.

    ReplyDelete
  4. TG Hadi Awang tentunya menyokong penuh Khalid Brahim sebab Din Ayam (Menantu Ayah) dah diberi jawatan besar di dalam negeri Selangor. Bukankah kerana Din Ayam inilah yang menyebabkan PKR kekurangan (Kalah) 1 DUN akibat pecah undi dan dimenangi oleh BN? Khalid telah beri jawatan lagi kepada pengkhianat PR rupanya...... Lembu gagap ni tak harus dibiarkan lama sebagai MB di Selangor, kelak ia akan mengulangi sejarah Azizan Razak di Kedah (Mesra UMNO, sampai semua habis tergadai).

    ReplyDelete
  5. Banyaknya yam jantan berkokok tak sedar ekor banyak taik..tunggu dan lihat aje saipae dapat jadi MB, PAS ke PKR atau faktor utama yang dilepas pandang, ape Tuanku mahu!

    ReplyDelete
  6. Apa jaminan kalau naik MB baru, sampai setahun nak tukar pulak? naik MB lain, lepas tu setahun tukar pulak....last2 lingkup...
    Cuba fikir dgn rasional, kenapa kita selalu salahkan org yg nak ditukar? Berbagai alasan akan dicari untuk justify ditukar. Bila kalah pilihanraya mula salahkan org itu. Tetapi kita tidak pernah menyalahkan orang yg menyuruh menukar itu? kenapa org itu menyuruh tukar..

    untuk hidup dgn tenang dan harmoni berpeganglah dgn prinsip - selagi tidak ada penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa, prestasi bagus, teruskanlah memimpin sehingga habis penggal. kalau ada perkara2 kecil yg tak setuju selagi tidak melanggar prinsip reformasi, itu perkara biasa.

    kalau nak reformasi - walk the talk..bukan setakat laungan, tapi perangai macam BN jugak - setiap projek nak jadi orang tengah. pemilihan parti mcm caca merba, tindakan disiplin pilih bulu. Lihatlah manipulasi undi yg di laporkan...kalau tak caya tanya chegubard... Enough is enough PKR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TS Khalid hanya ada dua pilihan sama ada mahu berundur atau tukar corak kepimpinan ala ceo syarikat yang membuat segala keputusan bersendirian tanpa mempedulikan teguran orang lain.

      Jawatan Menteri Besar adalah jawatan politik yang memerlukan perbincangan, pandangan dan cadangan dari semua wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat dalam pilihanraya. Ia adalah untuk kepentingan rakyat, wakil rakyat dan juga untuk kepentingan parti. Bukan untuk kepentingan peribadi dan juga bukan untuk kepentingan musuh politik.

      Jika TS Khalid mahu ditukarkan kerana beliau cenderung kepada rasuah maka orang yang akan menggantikan beliau itu semestinya bersih dari rasuah. Oleh kerana itu tidak timbul soal siapa yang akan menggantikan TS Khalid kerana penggantinya pasti lebih baik dari beliau.

      Serahkan saja urusan menggilir jawatan MB Selangor pada pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka yang lebih tahu siapa yang lebih layak menjawat jawatan itu kerana dalam Pakatan Rakyat ada ramai calon yang mempunyai kelayakan. Tidak semestinya DS Wan Azizah atau Azmin Ali saja.

      Orang Terengganu dua kali susah hati kerana kehilangan menteri besar tapi dalam percakaran merebut jawatan itu mereka tidak pernah pun bercakap akan menyerahkan kerajaan negeri Terengganu pada Pakatan Rakyat kerana pergolakan itu.

      Kenapa pergolakan dalam negeri Selangor kononnya tak pandai mengurus negeri, maka rakyat perlu menyerahkan kerajaan negeri pada pemimpin UMNO Baru ?

      Apakah orang yang memberi undi pada Pakatan Rakyat bodoh macam ahli UMNO Baru ke ?

      Delete
  7. Nice post,, i'm very enjoyed to visit this site :D

    ReplyDelete
  8. setiap hujah yg diberi adalah berdasarkan naluri masing2...jadi saya pun nak ikut naluri saya juga lah...kita tidak berada di kerusi TS Khalid jd kita boleh buat mcm2 anggapan. Kadang2 saya terfikir juga, kenapa perlu minta nasihat rakan2 politik lain jika nasihat yg diberi lebih kpd kepentingan diri sendiri atau politik?? PR sering melaung-laungkan demokrasi sejati...tetapi pernah PR ikut demokrasi yg sejati??? spt kata TS Khalid, saya akan berkhidmat utk rakyat selangor, bukan utk rakyat PKR, DAP atau PAS...yg mana baik utk rakyat Selangor, TS Khalid akan buat...nak berpolitik? Tunggu pilihanraya nanti...itu baru demokrasi sejati..

    ReplyDelete
  9. Kalau Anwar & Co tak Mampu "Bite the Bullet" Dan Ambil Tindakan maka mereka tak ada Telor dan tak berhak membentuk Kerajaan Malaysia. Semua Penyokong PR akan membelakangkan mereka dan pilih BN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...