Friday 25 July 2014

Sejauh Manakah Khalid Ibrahim Boleh Bertahan?


Kedudukan Menteri Besar Selangor kini menjadi semakin panas dan menarik berikutan Khalid Ibrahim yang mahu ditukarkan daripada jawatan itu seperti tidak mahu mengalah dan berundur. Beliau dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan mahu terus kekal sehingga ke hujung penggal.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, Khalid terlihat tidak tergugat dengan pengumuman Anwar Ibrahim bahawa beliau akan digantikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai meneruskan Langkah Kajang yang telah dirangka sebelum itu.

Selain mengaitkan kuasa Sultan Selangor dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor sebagai sandaran untuk terus bertahan, sampai ke satu peringkat beliau juga mencabar agar undi tidak percaya dilakukan keatasnya. Dalam masa yang sama, media milik kerajaan Selangor juga mula membuat tinjauan yang mendapati kononnya rakyat Selangor lebih perlukan Khalid sebagai ketua kerajaan negeri berbanding calon-calon yang lain.

Tinjauan atau bancian ini untuk mempertahankan Khalid jelas tidak matang kerana rakyat sudah pun memberi mandat dalam pilihanraya lalu. Sekarang terserah kepada pimpinan PR yang telah diberikan majoriti menentukan siapa pimpinan negeri. Meninjau pendapat rakyat sudah tidak relevan lagi.

Menambahkan lagi rencah ialah apabila UMNO Selangor juga mula menyucuk jarum dengan mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun kenyataan itu secara tidak langsung memperlihatkan ketandusan pemimpin di pihak UMNO sendiri dalam kemelut yang sedang berlaku ini.

Ada juga yang menyarankan agar Khalid menyertai Pas dan seterusnya menagih sokongan parti itu untuk mengekalkannya di kedudukan sekarang atau membubarkan DUN Selangor sebagai langkah terakhir "biar sama-sama putih mata."

Di pihak yang lain, selain ada yang menyarankan agar PR mengadakan undi tidak percaya keatas Khalid jika gagal memujuknya untuk berundur atau jika Sultan Selangor menolak pencalonan Dr Wan Azizah, ada juga yang memintanya agar menubuhkan parti baru bagi menguji kekuatannya.

Blog ini sendiri pernah menyarankan, jika Khalid merasa dirinya hebat dan tidak mahu akur kepada kehendak parti yang pernah meletakkannya di kedudukan tertinggi kerajaan negeri, beliau sepatutnya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri dan kemudian bertanding atas tiket BN memandangkan kecenderungannya lebih kepada BN dan kerajaan Pusat sejak kebelakangan ini.

Jika beliau masih mampu menang, sama ada di DUN Pelabukan Kelang yang diduduki sekarang atau di DUN Ijok yang pernah dimenanginya dalam pilihanraya 2008, barulah beliau seorang pemimpin yang hebat dan benar-benar diterima rakyat Selangor.

Tetapi sehingga ini nampaknya bukan itu pilihan Khalid. Beliau hanya mahu kekal sebagai Menteri Besar berdasarkan keyakinannya bahawa undang-undang negeri memihak kepadanya dan Menteri Besar tidak boleh ditukar sesuka hati. Penyokongnya pula percaya Sultan Selangor akan terus mempertahankannya dan menolak sebarang pertukaran yang dicadangkan oleh PR.

Sehingga ini, nama Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid sudah pun dicadangkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pas dan DAP yang dijangka akan diketahui selepas Aidilfitri ini. Namun sehingga keputusan itu diketahui, perdebatan mengenainya akan terus hangat.

Persoalan yang paling menarik ialah sejauh manakah Khalid boleh terus bertahan? Apakah beliau mampu bertahan jika ditakdirkan Pas dan DAP juga sebulat suara untuk bersama-sama dengan PKR mahu menolaknya dan menggantikan dengan Dr Wan Azizah?

Pendirian Haji Hadi yang mempertahankan Khalid lebih merupakan pendapat peribadi dan belum lagi merupakan pendirian rasmi Pas. Mungkin Haji Hadi sekadar ingin meredakan suasana yang mula berpecah-pecah dalam parti itu sehingga mesyuarat rasmi diadakan selepas Hari Raya nanti.

Ini kerana selain PKR yang sudah sebulat suara mahu menukar Khalid, DAP juga dilaporkan berpendirian sama. Mampukah Haji Hadi terus mempertahankan pendiriannya mengenai Khalid sedangkan kebersamaan dalam agenda yang lebih besar di peringkat pusat terus menjadi pegangan?

Apakah pula pilihan Khalid ketika itu nanti? Akur dengan pertukaran atau akan menentangnya? Atau mungkinkah beliau memilih untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?

Apa pun pilihannya, semuanya terletak di tangan Khalid. Sebagaimana Anwar, PKR dan PR boleh mencadangkan pertukarannya, Khalid juga boleh memilih untuk menjadi degil dan keras hati.

Tetapi jika berdegil menjadi pilihannya, orang akan beransur-ansur meluat dengannya. Sekarang pun sudah ramai yang menyampah dengan Khalid melalui lenggok politik yang ditunjukkannya. Khalid mulai ditakrif sebagai tamak, tidak menghormati parti serta tidak faham hukum dalam berpolitik. Bila zamannya berakhir nanti, bukan saja rakan-rakan dalam PR tidak lagi menghormatinya, UMNO yang sekarang menyokongnya juga tidak memperdulikannya lagi. (SH 25/07/2014)

12 comments:

  1. Usul undi tidak percaya misti dibentangkan dalam dewan supaya TS khalid dapat message yg jelas semua parti PR tidak perlukan dia lagi. Paling baik TS khalid berundur secara hormat. Parti yg mencalonkannya bukan sultan yg memilih nya jadi MB.

    ReplyDelete
  2. Khalid nampaknya menyebabkan 'disrepute' kepada politik PR dalam Kerajaan Selangor. Kalau tindakan di buang keAhlian PKR, boleh kah Khalid membawa usul Pembubaran Dewan kepada Sultan sedangkan dia sudah bukan ahli parti memerintah dan terlucut jawatan MB?

    ReplyDelete
  3. Pecat aje khalid ibrahim seprtimana pas lakukan pd hasan ali. Pas pulak jgn pentingkan diri sebab semua negeri yg ber pas perintah semua terlepas kecuali kelantan dengan berkat tok guru nik aziz. Hadi awang bethenti ajelah jadi presiden sebab banyak ganggu strategi pakatan rakyat. Duri dalam daging bg pakatan rakyat dan jika piliharaya negeri dijalankan bilangan kerusi pas akan menurun disebabkan protes dr pengundi atas pagar yg tak puashati dgn tindakan pas yg selffish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji hadi tu tggu masa jer nk mampus

      Delete
    2. Rakyat bawahan Selamgor mau kepastian, adakah Selangor akan bermasalah besar jika TS Khalid dikekalkan jadi MB hingga akhir penggalnya. Mereka beranggapan, TS Khalid lebih baik dari Khir Toyo bekas MB ( UMNO ) dulu. Jika jawapannya TIDAK , jangan korbankan keuntungan sekarung tetapi akan membawa rugi seguni !.

      Kalau bubar DUN dan ada pilihanraya, yakinkah PKR, PAS dan DAP akan menjadi pilihan majoriti rakyat dan jadi kerajaan semula ? .Kalau jawapannya TIDAK, lebih baik biarkan TS Khalid terus jadi MB. Wan Azizah boleh sambung selepas PRU 14 !.

      Perlu dipahami, rakyat bawahan Selangor tidak perlu diberet dalam percaturan pemimpin PKR sekarang. Mereka mau menikmati pemerintah yang menguntungkan dan lebih selesa dengan pemimin / MB sekanga. Mereka tahu erti derita sewaktu Khir Toyo jadi MB ( UMNO dulu...

      Di harap semua pemimpin PKR mohon pertolongan Allah menunjukkan tindakan terbaik untuk semua rakyat Selangor. Jangan kerana hendak menjayakan ' Langkah Kajang ' dalam PRU 14 kerusi sedia ada hilang melayang.....

      Delete
  4. Isu MB Selangor !!!! .belum selesai lagi ke?
    Ingatkan dalam seminit je Anwar boleh selesaikan...

    Apapun..jom kita raya dulu..... bermaaf-maafan sesama ahli parti, cium mulut, berlaga pipi..

    ReplyDelete
  5. Khalid perlu disingkir tanpa belas kasihan kerana mengkhianati pilihan rakyat Selangor yang tak mahu umno lagi. Tetapi beliau berbaik-baik dengan musuh untuk agenda peribadinya. Ini satu pengkhianatan terhadap terhadap rakyat. Bila berbaik dengan umno,sifat kejinya akan terserlah dan dia bukanlah pejuang rakyat tetapi perangai seperti pemimpin umno.Dahulukan perut sendiri.Sila berambus.Pemergian yang tak akan ditangisi oleh sesiapa.

    ReplyDelete
  6. Seeloknya pun TS Khalid berundur. Serahkan sahaja Selangor kepada Wan Azizah supaya bapak ayam tua yang bernama Anwar Ibrahim itu senang menjual, menggadai atau meng'apa' pun Selangor ini mengikut sedap emak bapak dia. Dia pernah menjual UMNO kepada suku-sakat dan kroninya dulu, apa salah dia jual Selangor pulak. Lagipun Selangor perlukan seorang pemimpin wanita yang nampak baik walaupun terang-terang lembap dan bodoh macam Wan Azizah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak hipokrik jangan sebut nama wan azizah...

      Delete
  7. Sebelum kita mempersoalkan Khalid Ibrahim yang dikatakan gagap itu..... kita buka balik sejarah hitam yang terpalit dalam hidup Shahidan Kassim, Idris Jusuh, Ahmad Said, Abu Hassan Omar, Mohammad Mohd. Taib, Khir Toyo.... mengapa mereka semuanya diterajang keluar dari bilik menteri besar. Apa salah mereka sehingga parti yang melantik dan sultan yang merestui pelantikannya dulu menolak kepimpinannya....?

    Pasti ada sebab yang tidak diumumkan pada masyarakat secara jelas kerana menjaga maruah pihak-pihak yang berkepentingan.

    Apakah ketika itu sokongan rakyat mampu mempertahankan kedudukan menteri besar itu ?

    DiSelangor Khalid Ibrahim bertegas tidak akan berundur daripada kedudukannya walaupun menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau hanya akan berundur selepas habis penggal Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Alasannya ialah beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

    Apakah Khalid fikir bahawa dia sudah jadi dewa disisi Sultan Selangor sehingga terlupa bahawa jawatan menteri besar itu diperolehi melalui pencalonan Parti Keadilan Rakyat dan persetujui oleh Pakatan Rakyat, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa PRU13 yang lalu ?

    Sepatutnya Khalid sedar diri, patuh kepada desakan dan beliau berundur secara bermaruah. Tapi bila diamat-amati Khalid juga ingin tunjuk perangai biadap dan kurang ajar seperti bekas MB dari Barisan Nasional terhadap parti yang melantik mereka kejawatan itu.

    Rakyat biasa memang tidak akan mengetahui apa yang sudah dilakukan oleh Khalid dalam menyelesaikan isu dan projek tertentu, tapi ahli parti dan wakil rakyat yang berada dalam DUN amat peka dan sentiasa melihat perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap rakyat Selangor.

    Pekara yang betul mereka puji, tapi pekara yang menyimpang dan menyeleweng mereka akan bantah dan kritik.

    Apabila sudah sampai ketahap mendesak supaya Khalid berundur, bermakna pentadbiran Khalid sudah menderhaka pada kepimpinan parti kerana beliau ada agenda sendiri sehingga mengabaikan kerjasama antara parti PAS, DAP, PKR yang beliau sendiri bentuk.

    Sikap sombong, bongkak dan ugutan yang dilontar oleh Khalid kepada kepimpinan parti PKR juga memberi petunjuk bahawa Khalid Ibrahim yang dulunya jujur dan beramanah kini sudah tidak boleh dipercayai lagi.

    Kita perlu bertanya, jika Khalid dikatakan seorang yang hebat mentadbir sehingga mampu mengumpul dana sebanyak 3 billion ringgit untuk kerajaan negeri tapi kenapa beliau begitu lemah sehingga dikatakan memiliki hutang peribadi sehingga 80 juta ringgit ?

    Dan hutang sebanyak itu dikatakan hanya tinggal 8 juta ringgit saja. Bagaimana beliau menyelesaikan nya ? Sehingga kini Khalid tidak memberi penjelasan bagaimana beliau berjaya mengurangkan defisit tersebut.

    Spekulasi menggambarkan bahawa Khalid sudah menghampiri rasuah. Jika tidak dicegah dari sekarang kerajaan negeri akan terlepas kepada Barisan nasional kerana Khalid sudah jual Selangor sedikit demi sedikit kepada musuh politik bagi membayar hutang yang ditanggongnya disamping mendapat komisyen projek berproksi orang ketiga.

    Khalid dulu adalah ahli politik dari parti PKR, tapi sekarang Khalid sudah jadi penyamun dan perompak dalam kerajaan negeri seperti yang dilakukan oleh bekas menteri besar UMNO Baru......

    Tanya juga pada HADI AWANG.... kenapa PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri Kedah semasa pimpinan DS Azizan sedangkan beliau adalah presiden parti PAS yang bertanggongjawab memberi pandangan, cadangan, dan juga mengubah pentadbiran jika perlu ?

    Semuga ahli PAS Selangor tidak jadi bebal dan bangang kerana beratnya serban diatas kepala.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...