Monday, 2 June 2014
Sayang Betul Jamil Khir Dengan Cadbury!!
Tidak seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha beberapa hari lalu bahawa keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap dua jenis coklat keluaran Cadbury yang didakwa mengandungi DNA babi hanya akan diumumkan pada Rabu, sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengumumkannya dua hari lebih awal daripada yang sepatutnya.
Dalam pengumuman yang dibuatnya hari ini (Isnin), Jamil Khir berkata, analisis Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang itu mendapati ia bebas daripada DNA babi sebagaimana yang diperolehi oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.
Sehubungan itu, Jamil berharap dengan keputusan ini akan meredakan kerisauan orangramai berhubung status coklat tersebut yang heboh menjadi perbualan sejak beberapa hari lalu.
Wujud beberapa persoalan berhubung pengumuman Jamil Khir ini. Kenapakah begitu cepat Jamil Khir mengumumkan keputusan analisis Jabatan Kimia itu sedangkan Ketua Pengarah Jakim sudah mengumumkan sebelum ini ia hanya dapat diketahui pada hari Rabu?
Tak bolehkah ditunggu sehingga hari Rabu? Sayang sangatkah Jamil Khir dan Jakim dengan Cadbury ini sehingga seperti tidak sabar-sabar mahu membersihkan syarikat itu?
Adakah ini untuk melindungi Cadbury yang telah terjejas penjualan coklatnya atau untuk menjaga kepentingan umat Islam sehingga hari Ahad pun kakitangan Jabatan Kimia terpaksa bertugas untuk menganalisis kandungan DNA babi itu? Apalah salahnya ditunggu sehingga Rabu supaya beberapa ujian lagi dapat dilakukan terhadap sampel coklat itu?
Ada juga yang berseloroh bahawa kiranya pengumuman status halal dan bebas daripada DNA babi ini tidak juga berjaya meyakinkan umat Islam mengenai produk Cadbury itu, mungkin tidak mustahil juga selepas Jamil Khir dan beberapa pengurusan Jakim akan melakukan adegan makan coklat pula secara terbuka bagi meyakinkan lagi halalnya produk syarikat itu.
Persoalan juga timbul apabila Jakim mengatakan sampel ujian yang mereka lakukan ini diambil terus dari kilang dan bukannya daripada pasaran sebagaimana yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Tidak mungkinkah sampel itu merupakan sampel yang sudah dipilih dan ditentukan oleh Cadbury sendiri?
Bukankah lebih baik jika Jakim menganalisis kedua-dua sampel iaitu dari kilang dah juga dari pasaran bagi memastikan DNA babi itu benar-benar tidak wujud dalam coklat keluaran Cadbury?
Walaupun mungkin ada umat Islam yang berpuas hati dan yakin dengan penjelasan Jakim itu, tetapi dalam masa yang sama umat Islam juga berhak untuk terus ragu-ragu dengan status halal produk keluaran Cadbury. Ini kerana pengesahan Jakim hanyalah berdasarkan ujian sampel dari kilang yang dilakukan di Jabatan Kimia tetapi Jakim tidak pula menyiasat dengan lebih mendalam mengenai tempat memasak dan bahan-bahan untuk membuat coklat itu secara keseluruhannya.
Jakim juga nampaknya tidak mahu mendapatkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan bagaimana penemuan DNA babi itu diperolehi oleh kementerian itu. Jakim hanya percaya makmalnya saja yang boleh dipercayai dan tidak mahu menoleh kepada kebolehan makmal-makmal yang lain dengan mengatakan banyak makmal yang boleh membuat analisis tetapi makmal di Petaling Jaya saja yang diakui sah oleh Jakim.
Ini bermakna sehingga penemuan DNA babi oleh Kementerian Kesihatan itu tidak dirungkai sama ada ianya suatu kesilapan atau betul-betul penemuan yang sahih, umat Islam masih berhak untuk berasa was-was dengan kesucian dan status halal coklat keluaran Cadbury itu.
Kementerian Kesihatan pula sehingga ini belum lagi mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai penemuan awalnya itu. Yang ada hanyalah Menteri Kesihatan, S Subramanian yang mengatakan ia mungkin tercemar. Namun kenyataan bahawa kemungkinan tercemar ini sangat umum dan boleh dipertikaikan iaitu kenapa, bagaimana dan apa yang menyebabkan ia boleh tercemar itu?
Adakah coklat itu diproses di tempat yang tidak suci atau bercampur-campur dengan pengeluaran produk yang tidak halal?
Sebagai pengguna, status halal sesuatu produk memang merisaukan semua umat Islam. Ini kerana makanan yang halal juga berkait dengan ibadah yang dilakukan seharian. Tentunya tidak sempurna juga ibadah kita jika makanan yang masuk ke dalam tubuh kita juga diragui halal haramnya.
Namun petunjuk Islam juga mengingatkan bahawa jika kita berasa was-was terhadap sesuatu makanan itu, maka eloklah dielakkan kerana boleh menjadi haram hukumnya. Dalam kes coklat ini, walaupun sudah disahkan halal oleh Jamil Khir dan Jakim sendiri melalui keputusan yang dua hari dipercepatkan daripada sepatutnya, kiranya masih ada secebis saja pun keraguan, terutama kenapa pengumuman ini dipercepatkan, kenapa sampel dari kilang saja yang diuji dan mengapa Kementerian Kesihatan masih tidak menafikan penemuan DNA babinya sebelum ini, maka eloklah dielakkan saja pengambilan coklat keluaran Cadbury ini.
Sekurang-kurangnya, terhindarlah kita daripada memakan benda-benda yang haram atau diragui halalnya. Tidak mati pun orang Malaysia jika tidak makan coklat kerana ia bukan makanan ruji.
Lagi pula, negara kita juga beriklim panas. Kita tidak memerlukan coklat untuk membuatkan badan menjadi panas dan mengelak daripada kesejukan seperti mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk. Malah coklat yang manis dan banyak gula juga tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anak-anak pula, pengambilan coklat hanya menyebabkan mereka lebih agresif dan hyper aktif dalam aktiviti seharian.
Jauh lebih baik kita mulai banyak makan kurma dan kismis sebagai ganti coklat. (SH 02/06/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eloklah umat islam mengelakan memakan cokelat tu tetapi yang lebeh afdal jangan memakan / mengguna hasil kegiatan rasuah. Memakam makanan yang tercemar dengan babi adalah haram dan berdosa dgn Allah swt saje tetapi kalau mengamalkan rasuah bukan saje dimurkai oleh Allah swt tetapi menjejaskan kehidupan manusia lain
ReplyDeleteBenar. Org melayu begitu sensisitif dgn babi saja. Rasuah walau 10 sen pun (besar dari dna) haram juga hukumnya. Jualan dan penggunaan arak yg berleluasa pun haram. Zina pun haram juga malah lebih serious sbb melibatkan keturunan dan masyarakat. Kenapa pihak berwajib tak serious dan berdiam diri? Masyarakat pun diam saja.
DeleteMentekedarahlah coklat babi tu depan rakyat malaysia jamil oii kalau betoi halalnya jgn dok cerita je semua rakyat malaysia nak tengok..gamak ke x agaknya??
ReplyDeleteKalau nak suruh pak jamil dengan geng dia pak sukor jangan ambik dari kilang tapi pi ambik dari pasaraya 'gergasi' @ tesco.Kalu dari kilang sah depa bagi yang dah tak dak dna babi.Ada beran ka pak jamil?jadi nak gilamor ja.hang sorang ja yang berceloteh tapi mulut rakyat hang plaster.
ReplyDeleteLebih baik ikut pengesahan kementerian kesihatan kerana setakat ini mereka tidak nafikan, ulasan tercemar juga bermaksud benda itu masih ujud.
ReplyDeletePengumuman tidak dibuat oleh jabatan kimia dan setakat mana apa yg disahkan ada dan tidak ada bukan dinyatakan oleh jabatan tersebut.
Jamil khir hanya baca skrip, burung kakak tua. Menteri Ugama lantikan politik, makan gaji, saya yang menurut perintah...
NGO Islam wajar heret menteri dan kerajaan ke mahkamah untuk jawapan sebenar.
Suruhlah dia comment pasal rasuah dan lembu dlm condo juga kluangman
DeleteAda babi ke takde babi ke bila tiba PRU dapat BR1M penoreh getah & peneroka Felda tetap undi BN.
ReplyDeleteKhabarnya cadbury akan saman kkm.
ReplyDeleteOrg jenis mcm ne mkn babi ape ade hal. Lbh haram dr tu pyn dorg bedal...
Malaysiaku boleh..he..he..he
ReplyDeleteTerima kasih. Ko punya penulisan banyak menyumbang kepada kemenangan BN Teluk Intan. Teruskan stail hang ni, insyaallah..he..he..
ReplyDeleteJamil khir ni memang suka mencadbury buta bila bercakap..dpn ALLAH nnti dia yg tukang jawab bg umat islam kt malaysia yg dh termakan coklat babi tu
ReplyDeleteDari rentetan cerita ujudnya DNA babi dalam coklat cadbury... JAKIM berdolak-dalik, bersubahat dan tidak boleh dipercayai. Kesimpulannya...... jangan beli produk cadbury dan jangan makan produk cadbury walaupun diberi secara percuma.
ReplyDeleteSiapa yang betul dan siapa yang berbohong antara KKM dan JAKIM? Pasti salah satu berbohong atau salah. Satu lagi JAKIM, masalah kes mentega golden churn apa cerita? Dah ada pak yet dari JAKIM yang sanggup coklat depan khalayak, ajak sekali Jamil & Shukur. Fatwa kepala bana apa? Mesyuarat tidak tup-tup keluar fatwa halal atas alasan Umum al Bawla.Berapa masyuk? Tak kira siapa pemegang syer, Boustead ke LTAT ke kalau haram dan was-was jangan beli.
ReplyDeleteHarapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan tin, tin makan biskut. Harapkan Jakim, Jakim pula buat promosi.