Tuesday, 8 April 2014
Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya
Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.
Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan sesiapa yang melanggarnya dianggap berdosa.
Dari segi moral, tutup aib orang dan Allah akan tutup aibnya di akhirat kelak. Saya ingat kalau hebat macam mana sekali pun, sebagai orang Islam elakkan daripada dedahkan aib orang dan sebagainya. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita, demikian katanya di Parlimen.
Beliau memberi jawapan secara umum dan bersandarkan etika Islam itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamad Hanipa Maidin yang meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan oleh Musa Hitam berkaitan peristiwa Memali dan kenyataannya bahawa Mahathir berada di dalam negara dan bukan di China seperti tanggapan ramai sebelum ini, sebagai suatu kebocoran maklumat.
Kemudian dari itu, Shahidan juga menegaskan, jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.
Penjelasan Shahidan tentang membuka aib orang lain dan hukumnya disisi agama Islam memang sesuatu yang benar. Rasanya semua orang Islam tahu perkara itu kerana kita memang sering diingatkan mengenainya sejak remaja lagi.
Cumanya, tindakan Musa mendedahkan di mana Mahathir berada ketika peristiwa Memali, meskipun kita sebelum ini diberitahu bahawa ketika itu beliau berada di China, bukanlah suatu perbuatan mendedahkan aib Mahathir. Tindakan Musa lebih merupakan suatu pencerahan dan menceritakan kebenaran kerana bersama dakwaannya itu, beliau juga tampil dengan bukti-buktinya sekali.
Lebih tepatnya, Musa hanya ingin membersihkan namanya kerana selama hampir 30 ini hanya beliau yang seolah-olah dipertanggungjawabkan atas kejadian Memali itu semata-mata kerana kononnya ketika itu Perdana Menteri tiada dalam negara dan berada di China.
Perbuatan mendedahkan aib ialah seperti menceritakan keburukan orang lain sedangkan aib seseorang itu tidak wajar didedahkan. Seperti dalam kes liwat dan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim misalnya, pendedahan secara besar-besaran isu membabitkan beliau dengan mengusung tilam selama berhari-hari ke mahkamah tetapi kemudian tidak dipakai pun sebagai bahan bukti dan penyebaran videonya, itulah yang dinamakan mendedahkan aib orang lain.
Begitu juga penyebaran video dan rakaman suara mengenai pemimppin Pas, itu juga dikira mendedahkan aib orang lain. Banyak lagi contoh tentang mendedahkan aib ini sebenarnya, ia berlaku di kalangan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Namun aib yang dimaksudkan dan dilarang oleh agama mendedahkannya sebenarnya lebih bersifat perbuatan peribadi seseorang yang mana ia menjadi perhitungan antara individu terbabit dengan Tuhannya.
Tetapi mendedahkan keborosan pemimpin berbelanja, hobinya suka membeli perhiasan mewah atau seumpamanya tidak boleh dikategorikan sebagai mendedahkan aib orang lain kerana sebagai pemimpin, seseorang itu dan keluarganya mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan dianggap tidak berhati perut jika mengamalkan gaya hidup mewah sedangkan masih ramai rakyatnya yang miskin dan susah.
Pendedahan tentang perilaku yang seperti itu lebih merupakan peringatan.
Pendedahan Musa tidak menjatuhkan aib Mahathir kerana sama ada beliau berada di China atau dalam negara bukanlah sesuatu yang mengaibkan atau bersifat peribadi. Dalam hal ini Shahidan tidak perlu terasa bahawa pendedahan Musa itu sesuatu yang mengaibkan Mahathir.
Ia lebih merupakan kebenaran yang disembunyikan. Jika kerajaan mempunyai bukti sama ada menyokong kenyataan Musa atau memihak kepada tanggapan sebelum ini yang mengatakan Mahathir berada di China, menjadi tanggungjawab kerajaan mendedahkannya kepada umum.
Bahkan, jika kerajaan mempunyai bukti tetapi tidak mahu mendedahkannya semata-mata kerana ingin menjaga hati atau nama seseorang pemimpin itu, ia lebih dianggap tindakan yang tidak bertangungjawab kerana menyembunyikan kebenaran sedangkan paksi kehidupan adalah kebenaran.
Sebelum Shahidan mengingatkan tentang balasan mendedahkan aib orang lain ini, ada baiknya beliau menujukan perkara itu kepada UMNO dan kerajaan sendiri kerana sepanjang rekodnya, mendedahkan aib ini bukan saja dilakukan oleh para pemimpin dan medianya untuk menyerang musuh-musuh daripada parti pembangkang tetapi juga merupakan senjata untuk menjatuhkan pemimpinnya sendiri yang dianggap musuh dan tidak disenangi. (SH 08/04/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya setuju shahidan 'overspeak' dan saya setuju musa hitam hanya membuat pencerahan tanpa menjatuhkan aib mahathir dan mahathir mengambil tindakan tidak menjawab setakat ini, mungkin mengelak dari menjatuhkan aib musa hitam.
ReplyDeleteBagaimanapun tanpa jawapan mahathir mengakibatkan ramai yg tidak berpuashati - mereka ini golongan 'batu api' !!!
Kita tak payah tunggu jawapan Mahathir kerana kita semua dah arif sangat dengan jawapannya. Meh aku tolong jawab - Mahathir akan cakap seingat dia dia dah berlepas ke China. Musa Hitam masa tu dah memangku jawatan PM.
DeleteKluangman memberi ulasan bernas....hahahahah...kalau macam tu kes Anwar Ibrahim tak payah lah diperbesar besarkan...menjatuhkan maruah dia....jadi yang mane yang asyik tak berpuas hati tu - mereka ini golongan 'batu api'!!! ye kan kluangman...
DeleteApa pasal sibok sangat ,Mahathir ada atau tidak dalam negara pada kejadian ' Memali' tu , tindak-tanduk kan dibawah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa menanganinya .
DeleteApa guna pembagian tugasan kapada kementerian-kementerian , kenapa Musa tidak mengunakan issue ini ketika bekomplot menjatohkan Mahathir sebelum ini ,pasti Mahathisr jatoh berguling ketika itu,
Semua org nak kecilkan hal nwar, kalau boleh sebut pun tak mahu.
DeleteTapi apakan daya anwar sendiri besar besar besarkan kpd puluhan tangguhan dan puluhan rayuan untuk menarik perhatian.
Mahathir pengecut dan suka kambinghitamkan orang lain demi meyelamat dirinya. Beliau tidak berani hadir kemakamah untuk diadili. Berbeza dengan Anuwar sedia diadili di Makamah walau pun dia tau peguam negara dan hakim telah dibela oleh umno.
DeleteSekarang Shahidan dah ambil tempat Ibrahim Ali untuk buat kerja-kerja bodoh yang merugikan negara, janji masyuk....
ReplyDeleteShahidan punya otak ada kat mana??? Kat lutut atau kat buntut. Rasanya kat buntut.
ReplyDeleteBidalan ada menyebut...kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak. Shahidan dalam kelompok ini lah. Sebelum jaga kain orang, elok selak dan belek kain isteri dan keluarga dulu. Kata dulang paku serpih, mengata pembangkang, UMNO yang lebih. Bukan kah begitu Shahidan ?.
ReplyDelete#DRMAZA tolong terangkan kepada #shahidankassim apa yang dikatakan mengaibkan orang dari sudut islam..jenaka minggu ini...kehkehkeh...
ReplyDelete