Thursday, 17 April 2014

Kematian Karpal Singh Perlu Disimpati, Bukan Dikeji


Berita mengenai kematian Karpal Singh, seorang pemimpin veteran DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan jalanraya awal pagi tadi, tentunya mengejut dan memeranjatkan banyak pihak. Malah ada yang memeriksa daripada beberapa sumber lain untuk memastikan kesahihannya, sebelum benar-benar mempercayai kematiannya.

Walaupun beliau seorang pemimpin pembangkang dan DAP, perjuangannya dalam menegakkan keadilan melalui profesyen guamannya amat mengkagumkan. Beliau boleh dikatakan peguam tersohor dan legenda dalam bidang guaman di negara ini.

Kematiannya membuatkan sesiapa juga yang mencintai keadilan dan hak seseorang berdasarkan Perlembagaan, pastinya turut bersedih. Ada yang terbuka menzahirkan kesedihan, lebih ramai lagi sebenarnya yang berbuat demikian dalam diam.

Sebagai seorang Islam, tidak salah untuk kita menzahirkan simpati atas kehilangannnya walaupun berlainan agama. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menzahirkan penghormatan atas kematian seorang Yahudi dengan berdiri sebagai tanda hormat Baginda sambil berkata, " bukankah dia juga seorang manusia."

Jika Nabi Muhammad SAW sendiri menunjukkan teladan terpuji atas kematian seorang yang bukan Islam, amatlah tidak wajar kita pula menunjukkan sikap yang sebaliknya. Hanya kerana Karpal Singh seorang pemimpin pembangkang bukan Islam dan menentang perlaksanaan hukum hudud, sebenarnya ia bukanlah halangan kepada kita sebagai umat Islam untuk turut bersedih, bersimpati dan memberi penghormatan atas kematiannya.

Hormatinya beliau sebagai manusia dan perjuangannya terhadap keadilan sepanjang hidupnya. Penentangannya terhadap hukum hudud barangkali boleh dimaafkan kerana beliau bukan beragama Islam yang memahami sepenuhnya perlaksanaan hukum tersebut.

Tetapi bagaimana dengan adanya orang Islam sendiri yang menentang hudud dengan pelbagai hujah tidak Islamik? Pemmpin UMNO sendiri, termasuk yang berpendidikan agama, ramai yang mengeluarkan pendapat memperlekeh hudud dengan antaranya termasuk Dr Mashitah Ibrahim yang bekata, jika selepas dipotong tangan kanan kerana kesalahan mencuri pertama, kemudian tangan kiri pula kerana kesalahan kedua, selepas itu apa pula yang mahu dipotong?

Bukankah ia lebih menghina berbanding Karpal yang hanya berkata, "langkah mayat saya dulu" jika mahu melaksanakan hudud?

Sebab itu kata-kata keji di laman sosial mengenai kematian Karpal Singh ini tidak boleh diterima sama-sekali. Ia bukan saja bertentangan dengan Islam, bahkan meletakkan agama Islam dipandang hina oleh agama lain. Beberapa pengendali laman sosial pro UMNO yang mengungkapkan perkataan "kojol", "mampus" dan sebagainya untuk menggambarkan kematiannya, langsung tidak beretika sebenarnya.

Begitu juga dengan tindakan Naib Presiden Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin yang cuba mempolitikkan kematian Karpal dengan mengatakan kematiannya sengaja ditakdirkan Allah SWT untuk memudahkan perlaksnaan hukum hudud, juga tidak boleh diterima serta melambangkan sarang pemikirannya yang kotor lagi keji.

Tidakkah beliau sedar yang paling utama menentang hudud ialah Mahathir? Bekas Perdana Menteri itu bukan saja menulis surat mengenainya, bercakap dalam pelbagai nada, bahkan menggunakan Parlimen untuk menghalangnya dengan mengatakan perlaksanaan hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Speaker DUN Terengganu pula baru-baru ini turut menolak usul hudud yang dibentangkan. Jadi siapa sebenarnya yang lebih menolak hudud?

Di ketika semua pihak, termasuk pemimpin BN sendiri menzahirkan simpati, tindakan Zulkifli Nordin dan beberapa pihak lain yang bersikap sebaliknya atas kematian Karpal ini tidak lebih menunjukkan bagaimana tahap pemikiran dan kerosakan hati yang mereka sedang alami.

Sebab itu tindakan Khairy Jamaluddin yang menempelak Zulkifli dengan teguran keras "Shut up. Really shut up" amat bertepatan sekali walaupun KJ jarang-jarang memakai kopiah putih di kepalanya seperti penampilan Zulkifli itu.

Kematian Karpal tidak harus dilihat dari sudut penolakannya terhadap hudud saja, tetapi harus diteropong dalam konteks yang lebih luas sehingga beliau ditahan dibawah ISA dan jika masih hidup, mungkin akan dipenjara selepas ini dibawah Akta Hasutan, walaupun perjuangannya lebih untuk keadilan, hak dan kebenaran.

Cukuplah mengeji dan memaki hamun semasa beliau masih hidup, tetapi selepas kematiannya, semuanya harus diakhiri dan menerima penentangannya terhadap hudud adalah kerana ketidakfahamannya terhadap hukum Allah itu.

Sekali lagi takziah untuk keluarga Karpal atas kematiannya. (SH 17/04/2014)

16 comments:

  1. MUNGKIN MAKI KEPADA DR. MAHATHIR TUAN SETUJU KALAU KARPAL SINGH TUAN TIDAK SETUJU. SEKARANG BARU SAYA FAHAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puki mak kau,irkiz rith,aku maki kau pulak ! setuju ke?

      Delete
    2. Irkiz

      Maki kepada sesiapa pun tak boleh. Islam xajar kita memaki hamun orang lain. Kamu b3lajar Islam mazhab mana yang kato ado orang yang boleh dimaki dan ada orang yang tak boleh dimaki?

      Delete
    3. Ko ni irkiz klu xphm jgnla komen..tuan shabudin cuma cerita pasal karpal saja..xda kena mengena org lain

      Delete
  2. Sesuatu yang memberi kesan kapada kita , kita akan terasa , sebaliknya kita akan turut meremehkanya jika mereka-mereka itu bukan dari kalangan yang kita suka. Bagitulah sifat manusia , yang sentiasa alpa.

    Sebelum ini kemangkatan DYMM Sultan Johor , Almarhom Siltan Iskandar turut dipersenda , apakah Mereka-mereka turut terasa ?. Adakalanya sifat kepuakan kita ,membuatkan kita lupa kapada Maha Penchipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ikut perangai buruk manusia dan itu mahu dit3gakkan sebagai benang basah memanglah boleh. Sebab itu wujudnya nilai moral dalam mana-mana masyarakat didunia ini bertujuan untuk mewujudkan kedamaian dan keamanan.

      Contohnya - kalau ikut pandangan sdra, pihak Israel bolehlah bertindak ganas kepada orang palestin kerana menjaga survival mereka. Tetapi nilai moral s3jagat tidak bersetuju dengan tindakan ini.

      Pandangan begini hanya wujud dalam diri manusia-manusia yang takbur, yang berada diatas didalam pusingan roda kehidupan. Manusia yang angkuh yang merasa mereka akan selamanya berada diatas dan atas s3bab itu merasa mereka mempunyai les3n besar untuk bersikap angkuh,zalim dan menindas orang lain. Dia sahaja mempunyai hak dan bol3h beraja dimata dan bersultan dihati t34hadap orang lain.

      Manusia j3nis ini ramai disekeliling kita. Kita boleh lihat dalam setiap aspek kehidupan.

      pada manusia begini eloklah mereka ini benar-benar faham tindakan mereka dan akibat yang mereka undang keatas diri mereka apabila mereka pula berada dibawah dan kehilangan semua kelebihan-kelebihan yang mereka mil3ki sekarang apabila senario bertukar nanti. INGAT!.....JANGAN KOMPLEN BILA KEADAAN BERUBAH! PANDAI BUAT,PANDAI LE TANGGUNG AKIBAT!

      Agaknya Islam mazhab mana yang m3nghalalkan cara ini ?

      Delete
  3. Zulkifli Nordin ditolak dalam GE13 lepas kerana mulut longkangnya yang celupar. Dulu bersongkok berkopiah bukan main dan berceramah atas nama Islam tapi sikap tidak langsung melambangkan taraf pendidikan dan jiwa Islam dalam diri beliau. Islam jenis apa yang loyar cabuk ini anuti sampai sanggup bersikap negatif begitu.

    Apa yang peliknya kalau mendiang Karpal menolak hudud semasa hayatnya? Karpal bukan seorang Islam dan tidak mendalami hudud itu sendiri. Tapi sebagai warga Malaysia beliau berhak menyuarakan pendapat dan haknya. Beliau bercakap bersandarkan perlembagaan negara, bukan perlembagaan atau undang undang Islam (kerana dia bukan muslim).

    Nampak sangat bangangnya bekas lebai Zulkifli Nordin ni berbanding KJ. Adakah Zulkifli Nordin boleh terima kalau orang ramai menganggap kekalahan beliau dalam GE13 dulu kerana Allah tidak mahu seorang yang rendah moral, mulut cabul dan celupar seperti beliau menjadi seorang pemimpin rakyat? Kerana moral dan sikap hipokrit beliau lah yang menyebabkan Allah menghukum beliau kalah?. Tidakkah begitu?.

    Bagaimana pula dengan Anwar yang dianggap peliwat dan pro yahudi oleh seteru politiknya di izinkan Allah menang dalam setiap election?.

    Makin haru biru budak Kulim sorang ni. Hal kematian pun beliau tak peka dan sensitif. Biar orang ramai menilainya. Teguran KJ itu kena pada tempatnya, memang sesuai sangat.

    ReplyDelete
  4. Tahniah tuan seorang yg tahu berfikiran ilmu dakwah . Cara memuji tu senang didengra ole bukan islam utk medekati agama Allah swt.... wahai pembaca ikut caranya untuk meletakan nilai2 islam bila tuan shah berfikir menulis...

    ReplyDelete
  5. Zul Nordin harus sedar,dia juga boleh mati bila-bila masa sahaja.Tolong sedar diri jangan jadi bahlol sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  6. Jika zul nordin mati maka akan adalah statemen berbunyi....."pas akan tenang seketika kerana jarum yg mnyucuk perpaduan pr mati atau sdh tdk ada".

    ReplyDelete
  7. Aku tak paham Karpal Singh mati orang Melayu pulak berbalah. Ko ni pun satu Budin...just shut up you too will you.stop being apologetic.sometime it just good to shut your mouth once in a while...dare you to post this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata melayu berbalah pasal kematian karpal singh. Pokok ceritanya kena jelas- adakah Islam mengajar tindakan Zul Nordin? Kalau Islam tu ugama Zul Nordin seorang tak ada orang melayu Islam nak bantah tindakan Zul Nordin.

      Logiknya senang je. Jika tindakan Zul Nordin tu diwajibkan atau dibolehkan oleh Islam dah tentu mufti-mufti, Dato Jamil Khir dan Najib s3ndiri lebih dahulu mengeluarkan kenyataan ters3but.

      Yang lebih malang, kita orang melayu ni be4main politik keterlaluan. Tak kira pihak manalah baik UMNO atau PAS. Seolah-olah ketaksuban kepada parti masing-masing mengatasi ALLAH dan Rasul. Seolah-olah ketaksuban parti merupakan pasport masuk syurga kelak. Agaknya bila sebut no ahli parti di depan Allah di padang masyar kelak, Allah tak bol3h buat apa-apa. Allah k3na beri syurga secara otomatik!

      Ketaksuban parti mengatasi batas hukum ugama.

      Delete
    2. Ini bukan soal Melayu atau tidaklah bodoh. Ini soal menghormati kematian seseoranglah bodoh. Dalam kepala otak kau cuma Melayu, Melayu, Melayu. Pergi mampuslah dengan bangsa-bangsa ni semua. Mati esok, malaikat tak tanya kita ni bangsa apa. Semalam helmet aku kena rembat. Nak tau siapa yang curi? MELAYU jugak yang curi. Melayu buat taik kat Melayu sendiri. Pergi mampuslah Melayu- Melayu ni semua. Membodohkan bangsa sendiri je

      Delete
  8. Setiap manusia yang putus nyawa baik dia Islam atau kafir, dia akan kembali ke sisi Allah. Sebab itu Rasul SAW berdiri menghormati jasad tidak bernyawa si yahudi, kerana jasad itu sedang dibawa untuk mengadap Allah.

    Itulah yang berlaku kepada karpal singh. Walau dia belum disemadikan, hakikatnya dia telah mengadap Allah. Hanya Allah yang berhak menghukum apa yang Karpal buat semasa dia hidup. Apa hak kita untuk mengambil alih tugas Allah itu?

    ReplyDelete
  9. umno pas sama sahaja. fitnah. maki hamun semuanya. ada pada parti masing masing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...