Friday 11 April 2014

Mahathir Ingat-Ingat Lupa Rupanya...


Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.

Musa juga menyebut bahawa beliau memujuk Mahathir agak membatalkan lawatannya ke China dengan tiga alasan iaitu kejadian Memali itu melibatkan Melayu dan Islam, berlakunya pula di negeri Kedah serta untuk menunjukkan keprihatinan dan ambil berat terhadap kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut Musa lagi, Mahathir menolak pujukannya dan meneruskan juga lawatannya ke China itu.

Namun demikian, Mahathir mengatakan beliau tidak ingat bahawa Musa pernah memujuknya untuk tidak meneruskan lawatan itu.

Apa yang Mahathir ingat ialah Musa ada menghantarnya ke lapangan terbang bersama ramai yang lain untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya. "Di ketika itu pun saya tidak ingat sama ada beliau ada menasihati saya supaya tidak pergi ke luar negara," tambah Mahathir dalam tulisannya itu.

Di sebalik Mahathir tidak pernah ingat sama ada Musa pernah memujuk atau menasihatinya agar tidak pergi ke China itu, beliau nampaknya ingat pula kehadiran bekas timbalannya di lapangan terbang itu.

Mahathir juga dapat mengingati bahawa sebelum beliau ke China itu, beliau telah melantik Musa sebagai pemangku Perdana Menteri atas keyakinan bahawa timbalannya ketika itu dapat menangani keadaan. Bahkan Mahathir juga dapat mengingati sekembalinya beliau daripada China pada 28 November, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam negara.

Mahathir juga masih ingat bahawa Musa mengakui beliaulah yang bertanggungjawab atas peristiwa Memali itu.

Di ketika Mahathir masih dapat mengingati beberapa rentetan daripada peristiwa Memali itu, satu-satunya yang beliau tidak ingat ialah sama ada beliau pernah dipujuk atau dinasihati oleh Musa agar tidak meneruskan lawatannya ke luar negara itu.

Dalam usianya yang yang sudah menjangkau 89 tahun, sifat ingat-ingat lupa Mahathir mungkin boleh difahami dan boleh juga diragui tetapi sekurang-kurangnya ingatan beliau lebih baik daripada beberapa orang yang lebih muda daripadanya, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin yang awal-awal menempelak Musa Hitam dan mengesahkan bahawa Mahathir tiada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali itu.

Sifat ingat-ingat lupa ini juga barangkali bertepatan dengan ungkapan yang selalu disebutnya sebelum ini bahawa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa.

Dengan pengakuan Mahathir ini, walaupun beliau masih meletakkan beban tanggungjawab kepada Musa Hitam sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, sekurang-kurangnya sejarah baru mengenai Memali perlu ditulis semula setelah fakta sebenar mengenainya tersembunyi hampir 30 tahun lamanya.

Dengan pengesahan Mahathir sendiri beliau berada di dalam negara ketika itu, persoalannya ialah apakah peranan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu? Apakah waktu itu Perdana Menteri hanya berdiam diri?

Walaupun setelah hampir 30 tahun berlalu, dengan perkembangan terbaru ini barangkali ada keperluan juga untuk ditubuhkan Siasatan Diraja untuk menyemak semula fakta Memali dan menarik semula kertas putih yang telah dibentangkan sebelum ini.

Melalui pengakuan Mahathir ini, setidak-tidaknya nama Musa Hitam sedikit dibersihkan daripada persepsi dan tanggapan para penyokong Pas yang sebelum ini bulat-bulat menuduhnya bertanggungjawab atas peristiwa yang mengorbankan 16 orang yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya serta 4 anggota polis. Pengakuan Mahathir ini juga tentunya melegakan Musa Hitam kerana ternyata beliau bercakap benar dan tidak berbohong.

Tetapi keseluruhan kejadian belum dijernihkan lagi. Segala-galanya kini terpulang kepada Najib dan kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya. (SH 11/04/2014)

34 comments:

  1. Nik Ajis jak yg koat ingatannya.... ha..ha..ha....

    Yang buat onar si hadi boroi, org lain pulak jadi mangsa? Apa punya blogger nih, bias betul!

    ReplyDelete
  2. Kluangman nak komen tu.....jeng jeng jeng....hahahaha

    ReplyDelete
  3. woi anak haram punya umporno hangpa yang buat siel tak mau mengaku buat2 lupa pulak tapi betoi jugak kata mamak pudekang melayu mudah lupa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap angota kabinet yang dilantik mempunyi tugas dan tangongjawab masing yang dipertangongjawabkan , sepatutnya tidak timbul dimana PM ketika itu berada .
      Orang yang lemah keperibadian sahaja akan mengatakan itu dan ini sedangkan tugas dan tangongjawab telah diamanahkan kapadanya.

      Sebab itulah Musa tak jadi PM.

      Delete
  4. Sebelum sebelum ini saya kira pemilik blogger ni agak hebat dan boleh difikirkan layak sebagai bernas.

    Tetapi tulisan di atas meosakkan segalanya.

    Insiden memali tidak perlu ditulis semula walau sepatah ayat kerana ia kekal atas apa yg telah terjadi. Sudah pun ujud versi umno dan pas sebelum ini dan tidaklah perlu lagi ditambah oleh versi baru yg datang dari hati yg busuk, umpama mahu menegak benang yg basah, umpama tikus membaiki labu.

    Yang timbul hanyalah dakwaan musa, mahathir ada dalam negara pada masa kejadian dan ini disahkan betul oleh mahathir - apa lain yg nak remeh temeh !!!

    Ingatkah anda baju apa yg anda pakai pada 7hb march 2013 dan dengan siapa anda bersarapan pada pukul 8.45am - Tidak ada manusia yg boleh jawab saolan itu.

    Inikan pula Menteri, bahkan PM yg mempunyai 1001 peristiwa dlm kehidupannya. Mengingati sebahagian dan terlupa sebahagian adalah lumrah manusia biasa termasuk Mahathir.

    Kalau nak benci umno, nak benci mahathir, nak sokong sesiapa pun hak masing2 tetapi janganlah sebab kebencian dan taksub sampai menampakkan diri sendiri tidak rasional dan tidak cerdik.

    Kita umat Nabi Muhammad dan bukannya umat Nabi Luth.




    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha......tong sampah dah berkata-kata. Mencari kebenaran kluangman. Cuba kena batang hidung sendiri. Lebih daripada beruk hang jadi. Jangan cakap jer pandai.

      Delete
    2. Sebelum Ne nafi bukan main keluangman, mcm berok mak yee

      Delete
    3. hahahahahaha...kluangman.....lompat...lompat.....lompat!!!

      Delete
    4. Kluangman,, wah ingat nabi.. Bagusss....

      Bila madey kutuk janggut nabi amacam!!!!
      putar la..... Putar la...
      haprak

      Delete
  5. rakyat kena berak , mangsa memali teraniya , RCI kena kencing ..budaya pemimpin umnu sanggup tipu demi kuasa ..apa lagi rakyat mau ???? masih sayang umnu ???

    ReplyDelete
  6. Apabila kebenaran dinyatakan ...anjing suruhan akan menyalak tanpa fakta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluangman masa abah ko berayok boleh ingat tak?
      pakai akal la..
      bunuh org boleh lupa ke
      Kencing punya kaki

      Delete
    2. Kluangman merepek.......hahahaha....hang yg jadi anjing suruhan....beli rantai sendiri lilit kat leher hang.....tu jer layak utk hang.......hahahah

      Delete
    3. Haaa....Haaaa...mengata orang kamu yang lebih. Tidak sedar kah.... kamulah anjing suruhan Mahathir.

      .....apabila kebenaran dinyatakan,,,,anjing suruhan Mahathir akan menyalak tanpa fakta,,,,

      Delete
  7. Drama pencak silat dan tendang terajang antara dua Tun ini terkait tragedi Memali adalah satu ilustrasi bahawa kerajaan UMNO regu 2M telah melakukan kesilapan besar yang meragut 14 nyawa tidak berdosa, mencederakan ramai selain menyebabkan penderitaan dan siksa perasaan keluarga mereka yang terlibat. Tolak menolak dan saling menyalahi antara 2 Tun ini menjelaskan bahawa mereka sedar tragedi Memali itu tidak wajar berlaku.

    Saya lebih menyakini kata kata Tun Musa berbanding Mahathir kerana banyak perkara yang lepas yang memperlihatkan sisi buruk Tun Mahathir, bila ditanya wartawan, beliau sering menjawab " saya lupa...dah tak ingat...lama dah ". Tapi kalau yang disoal itu satu isu positif dan sisi baik terkait dengan dirinya, Tun Mahathir tidak pernah lupa. Jawapan stereo type Tun Mahathir ini sebenarnya menjelaskan bahawa beliau adalah seorang individu dan pemimpin yang angkuh dan sombong dan sama sekali tidak bersedia mengakui kelemahan sendiri.

    Akibat tangan tangan kotor regu 2M ini mereka yag tetkorban sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan setimpal sedangkan mereka yang mereka yang terang lagi jelas ada rekod jenayah tetapi mati dalam lokap polis lebih mendapat pembelaan walhal mereka yang rebah di Memali
    itu adalah sebangsa dan seagama dengan 2 Tun berkenaan. Inikah yang dikatakan UMNO memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam?. Apa perlunya 2 Tun ini bertendang terajang sama sendiri kalau tragedi Memali itu satu tindakan dan keputusan yang betul oleh kerajaan 2 M dulu?.Perbetulkan apa yang telah silap dan keluarga mereka yang terlibat wajib diberi pembelaan oleh kerajaan hari ini kerana kerajaan Melayu UMNO yang samalah punca semua ini. Percakaran dua Tun ini adalah kehendak yang maha Esa untuk memperlihat kepada umum " sopak dan pekung " yang ada ditubuh kedua manusia itu.

    ReplyDelete
  8. Perlu ingat sangat ke untuk PM dan Menteri KDN untuk ingat setiap tarikh dan masa setiap penjenayah dan pengganas dibunuh dan ditumpaskan.

    Ibrahim Libya dan kumpulannya tidak lebih dari pengganas atau penjenayah yg menolak kedamaian dan mesyuarah mengikut tuntutan Islam dengan enggan menyerah diri untuk dibawa kemuka pengadilan.

    Puak haram kemudiannya pula akan menuduh pengadilan akan mengikut telunjuk kerajaan.

    Puak haram hanya iktiraf mahkamah kalau menang, itu mentaliti yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.......kluangman dah lompat.....lompat....lompat....eh eh....ade rantai pulak.....hahahah.......nak menegakan benang yg basah.....hahahaha

      Delete
    2. Mangkuk hayun kluangman....bodohnye..peristiwa yang membabitkan nyawa...peristiwa hitam utk negara...bukan peristiwa mlm pertama ko gan bini ko..tu ko jer yg tau...mesti ingat nye.. Kau tau ke pm tu ape? Perdana menteri..nama pon dah perdana menteri. Kalau sorang2 buat kerja mungkin lupa laaa. Ini ade satu jabatan iaitu pejabat perdana menteri dalam tu ade berbagai setiausaha, pengarah, pegawai, kerani untuk pm. Semua minit meyuarat, surat rasmi dan bermcm lg disimpan untuk direkod dan disimpan. Ade lagi jabatan perdana menteri, ade pulak kementerian dlm negeri, pdrm yng merekod semua minit dan keputusan mesyuarat yg direkod dan disimpan. Untuk ape semua ini? Untuk kite tengok balik. Nilai balik betul atau tidak. Bukan kira kau lompat berapa kali....tu mana ade nilai utk direkodkan.....
      Nak tau gak kerajaan ni nak ke keluarkan dokumen berkaitan tu...atau jawapan biasa.....dah hilang....
      Mangkuk betul.....contoh.....kalau ko ade kereta mesti ade geran....kalau tak ingat tarikh beli tengok geran......aaaaa baru ingatkan.

      Delete
  9. Hello Kluangman,

    Hari ini si A kalah kes di mahkamah, setahun dua kemudian si B menang kes bukan satu bukti yang menggambarkan mahkamah itu adil. Jangan jadi bodoh. Masalahnya di sini ialah keputusan hakim yang tidak berdasarkan fakta hujahan selain perjalanan kes yg mencurigakan. Dgn kata lain pendakwaan terpilih.

    Boleh hang buktikan jenayah apa Ibrahim Libya telah lakukan?. Dia ada bunuh mak bapak hang ke?. Sirul yg telah mengaku bunuh boleh mahkamah lepaskan, kenapa Ibrahim Libya hang tidak dibuktikan dosa besarnya boleh dibunuh.

    Esok atau lusa kalau Sirul tembak bpk hang dan letupkan tubuh bpk hang, dia dibicarakan dan mengaku bunuh bpk hang, tapi makamah lepaskan, aku yakin orang macam hang tak kan kisah sedikit pun selagi pelaku berkenaan orang kuat UMNO dan Najib. Betul kan ??? Aku rasa yaa sbb hang ni jenis spesis tidur kepala kat bawah.

    ReplyDelete
  10. Haramjadah punya kluangman. Klu penjenayah buat pe sultan melawat.

    Ko mangkok ke tolol

    ReplyDelete
  11. Kluangman dah tak guna otak untuk berbahas ye...ye...

    ReplyDelete
  12. Aku yakin kluangman tu spesis sama dgn madet kerala. Dia klingman berdarah mandeliar, satu kapal dengan maidin yg KO dgn Johari Abdul di SP. Sebab tu PERKASA yg dibawah naungan madet kutty agak ramai disertai spesis ini.

    ReplyDelete
  13. Yang patut dihumban ke jel selama-lamanya adalah Hadi Awang, pembawa fatwa sesat yang mengkafirkan orang UMNO pada masa tu, tapi sekarang menjilat beruk tua yang hidup penuh pembohongan yang bernama Anwar Ibrahim...manusia yang dihilangkan rahmatnya hinggakan tengok muka pun nampak sangat macam ahli neraka!

    ReplyDelete
  14. Adakah begini muka orang syurga? Anak Mursyidul PAS ke dia ni?

    ReplyDelete
  15. Di dunia ini Mamak Kutty memang mudah lupa...... Insyaallah, apabila masuk ke liang lahad nanti pastinya beliau akan ingat kembali segala dosa-dosa yang selalu menghantui beliau di dunia ini. Pastinya Malaikat Munkar dan Nangkir As tak akan mudah lupa......

    ReplyDelete
  16. Anwar sedang fokus kepada reformasi keadilan 1hb Mei dan aku percaya Anwar akan berjaya mengumpul seramai mungkin penyokong berdasarkan fakta: ramai lembu tidak bersekolah di sini akan diseret ke jalanan.

    Hidup lembu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluangman lompat lompat lompat....nak gula gula hacks....mulut busuk sangat tu.....maklumlaaa beruk....lalalalalal.......lembu umno yg bela...cuba tanya kak jat.....

      Delete
    2. Hahaha...meroyan nampak sahabat lama aku ni dari zaman blog jeff ooi dengan Anwar gara-gara demo GST pada 1mei depan. Siap mengaku ghamai rakyat akan turun.

      Bro...penuh mulut dok sebut demokrasi, sikap pun kena demokrasi jugak le. Geng-geng orang melayu miskin yang dok sokong UMNO dah pun mengadakan demo minta cukai GST dilaksanakan kepada mereka. Kalau depa boleh, depa yang bantah GST pun patut diberi peluang juga le. Kalau geng yang bantah GST tak boleh, geng yang sokong GST pun tak boleh le....

      Apa nak takut jika ghamai yang keluar pada 1 mei nanti. Itu menunjukkan bahawa ghamai rakyat yang menentang GST - simplekan. Apa nak dengki. Alternatifnya, organiselah juga demo besar-besaran dikalangan penyokong GST yang lebih besar untuk mengambarkan sokongan yang lebih besar.

      Jangan bersikap sombong dan takabur menuduh orang yang tidak menyokong UMNO bodoh dengan menyamakan dengan lembu. Perangai beginilah yang merosakkan UMNO dan menyebabkan UMNO semakin hari semakin terpinggir di kalangan orang melayu sehingga kena minta sokongan dan minta orang bukan melayu bukan Islam tetapi kristian untuk menyokong dan menjadi ahli UMNO.

      Kerana sikap macam ni le, UMNO kena tukar status parti dari sebuah parti melayu Islam kepada PARTI BUMIPUTRA apabila masuk ke Sabah semata-mata nak minta talian hayat daripada kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam ( majoriti berugama kristian) kerana dah tak laku kat semenanjung, tempat lahir dan medan politik asal!

      Bat8

      Delete
    3. Tujuan umno ke sabah untuk memyelamatkan Islam. Tanpa umno pasti sudah ramai lagi yg masuk kristian krana kegiatan mubaligh mereka yg agresif, aktid dan ditaja.

      Menuduh biarlah ada pengkajian, jangan tengok semua dari sudut politik shj.

      Delete
    4. Kemasukan umno ke sabah juga semasa umno masih kuat dan pada masa itu umno tidak menghadapi kegilaan individu yg gila pangjat dan kuasa spt sekarang.

      Umno semakin kuat selepas ini, insyAllah.

      Delete
    5. Tak payah nak kel3ntonglah yang UMNO masuk ke Sabah semasa kuat. Kalau kuat mengapa sampai sanggup tukar status parti dari sebuah parti MELAYU ISLAM kepada PARTI BUMIPUTRA untuk menarik sokongan bumiputra bukan melayu bukan Islam kat Sabah yang berugama KRISTIAN masuk dan tolong perkuatkan UMNO.

      Kalau UMNO tu kuat macam sdra cuba kelentong, buat apa lari dari medan politik asal di semenanjung, pi cari bantuan orang yang tak ada kena mengena dengan UMNO di tempat asing beribu-ribu batu dari kampong halaman di sem3nanjung ni!

      Sdra kita ni bukan budak-budak lepas SPM. Dah masuk peringkat dewasa sakan. Buruk perangai dan sikap bila cuba m3nipu fakta-fakta bertujuan untuk memperdayakan sesama melayu kita menyokong kita dengan cara menipu. Ugama pun larang bersikap b3gitu. Tapikan, mungkin tegahan ugama dah tak penting dalam UMNO sebab sejak masuk sabah UMNO bukan lagi parti untuk orang Islam semata-mata. Umno dah jadi parti caca marba - s3mua ugama boleh join asal bumiputra!

      Delete
    6. Kluangman meroyan lagi.......hoi mangkuk ayun....gi baca sejarah apa yg berlaku bila umno masuk sabah!!!!!!!!.......ops!!!!! Lupo....kluangman lupo laaaa macam mahadir...hahahaha....kluangman mana pernah baca report ke, sejarah ke, dokumen ke, berita ke....sebab dia beruk.....hahahahahahah.....tulis ikut jubo......otak letak kat jubo....jadi taik ler yang dia tulis.....respect satu same lu....lu bole tulis...beruk yg pandai menulis...hahahahah....wey kluangman.....tulis lagi taik ko tu......hahahaha

      Delete
  17. Hidup Jak Jat!. Malaysia dah tak import daging lembu lagi kerana lembu lembu Kak Jat yg diternak dalam kondo gemuk gemuk semuanya. Kaedah Kak Jat ternak lembu cukup canggih, orang Kluang pun semuanya makan daging lembu Kak Jat termasuklah Kluangman. Tanpa Kak Jat..tak sekor lembu pun ada kat Malaysia. Tahniah Kak Jat kerana bijak memelihara lembu baik dalam kondo mau pun dalam kandang UMNO.

    ReplyDelete
  18. Mari Beri Pendapat

    Dijemput saudara/saudari meluangkan masa untuk memberikan pendapat pada link berikut.

    https://docs.google.com/forms/d/12BTtyPup0d61QBXQZqDgas9gKOSPMOpTfyQfbWASQHQ/viewform

    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...