Wednesday, 20 February 2013

Setelah 22 Tahun Diabaikan, Tiba-Tiba Peneroka Felda Disayangi Mahathir


Apabila tiba-tiba Mahathir mengingatkan para peneroka Felda supaya mengingati jasa kerajaan yang mewujudkan tanah rancangan itu dan tidak menggigit tangan pihak yang membantu mereka, ramai yang ketawa kecil dengan sikap bekas Perdana Menteri itu. Nasihatnya kepada peneroka Felda itu tidak lebih menunjukkan sikap terdesaknya yang menjadi wakil tidak rasmi UMNO dan BN bagi mendapatkan undi Melayu setelah pengundi Cina menunjukkan sikap yang nyata menolak BN yang telah mendakap kuasa selama lebih 54 tahun lalu.
.
Kenapa hanya sekarang beliau ingat kepada peneroka Felda sedangkan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, peneroka Felda begitu jauh di hatinya? Itulah antara pertanyaan sinis ramai orang mengenai sikap Mahathir yang memberi nasihat kepada peneroka Felda itu.

Apakah nasihat Mahathir itu mahu didengari oleh para peneroka Felda sedangkan selama ini Mahathir tidak pernah memperdulikan mereka. Apabila mengambil alih kuasa Perdana Menteri pada 1981, Mahathir telah membawa keluar Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Beliau memperkenalkan dasar pandang ke timur, mewujudkan industri berat, merangka pembangunan yang hebat-hebat dan sentiasa mempunyai sikap mendongak ke langit.

Dunia pertanian dinombor-duakan. Orang kampung dan luar bandar bukan lagi keutamaan. Rasanya sepanjang menjadi Perdana Menteri juga Mahathir tidak pernah menjejak ke mana-mana tanah rancangan Felda untuk bertemu dan menyelami kehidupan para peneroka. Rumput sudah dilupakan dan tidak dipandang lagi.

Tidaklah salah mengalih kepada negara industri tetapi larian Mahathir ke arah itu sehingga beliau melupakan hakikat bahawa sebahagian besar rakyat negara ini adalah orang kampung dan penduduk luar bandar yang mana peneroka Felda adalah sebahagian daripadanya. Beliau benar-benar menjadi Melayu yang lupa.

Hari ini apabila kedudukan BN cukup genting akibat penolakan rakyat, yang sebahagian besar sebab penolakan itu adalah berpunca daripada sikap Mahathir sendiri sepanjang memegang kuasa yang gemar mengamalkan sikap pecah dan perintah, tiba-tiba peneroka Felda menjadi penting kepada UMNO, BN dan Mahathir. Ketika gah berkuasa, nilai peneroka Felda dan pengundi luar bandar hanyalah sehelai kain batik dan kain pelikat saja, itupun hanya diberikan lima tahun sekali.

Undi peneroka Felda menjadi penting sehingga turut menjadi keutamaan Mahathir ialah kerana tanah rancangan Felda merangkumi 54 kawasan Parlimen yang mana dalam pilihanraya lalu, hanya dua daripadanya dimenangi oleh Pas. Undi peneroka adalah penentu dan kiranya tidak dijaga seumpama menatang minyak yang penuh, tidak mustahil daripada 54 kawasan itu, 10 atau 15 daripadanya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Jika itu berlaku, habislah kuasa BN. Dengan undi bukan Melayu tidak lagi memihak kepada BN, barulah kini undi peneroka Felda menjadi penting. Mereka bukan saja dijaga dan dibelai, malah sering diberi ganjaran demi ganjaran. Hanya setelah undi Cina tidak memihak, barulah undi Melayu dianggap bernilai.

Najib memang sejak sekian lama memberi perhatian kepada Felda. Sejak Timbalan Perdana Menteri, Felda dibawah kendalian kuasanya. Namun Najib juga penuh dengan masalah yang menyebabkan undi peneroka juga berpecah. Tetapi dengan Mahathir sendiri turut memberi perhatian kepada peneroka Felda, tidak lain membuktikan ketakutan yang amat sangat dalam dirinya akan kehilangan kuasa BN dalam pilihanraya akan datang ini. Daripada 28 juta rakyat Malaysia, Mahathir barangkali menjadi orang paling takut jika BN tumbang dan hilang kuasa. Sebabnya mungkin pelbagai dan hanya beliau yang tahu punca sebenarnya.

Kalau tidak kerana takut yang amat sangat, mana mungkin Mahathir mahu mencemar duli bertemu peneroka Felda. Dunia Felda bukan mainannya. Dunia Mahathir ialah projek mega, KLCC, KLIA atau membelasah Amerika.

Itupun pertemuan Mahathir dengan peneroka Felda itu tidak diadakan di tanah rancangan di hujung gunung atau jauh di pedalaman. Sebaliknya 3000 peneroka itu diangkat ke PWTC, di dewan yang nyaman dan sejuk untuk mendengar amanat dan nasihat daripada bekas Perdana Menteri yang selama ini mengabaikan mereka.

Kata-kata dan nasihat Mahathir supaya mengenang budi dan kemudian membalasnya dengan undi, mungkin didengari dan mungkin juga hanya ibarat angin lalu kepada sebahagian peneroka. Jika peneroka tidak mahu mendengar nasihat Mahathir itu, ia bukanlah salah mereka. Ia salah Mahathir sendiri.

Pertama, kerana Mahathir selama ini telah mengabaikan peneroka Felda dan lebih gemar memberi tumpuan kepada aspek lain. Walaupun Mahathir menyebut Felda ditubuhkan oleh kerajaan tetapi peneroka tidak terasa sentuhan Mahathir ada di situ. Sentuhan Mahathir lebih banyak di Langkawi berbanding tanah rancangan Felda. Malah Mahathir lebih kerap ke Amerika berbanding tanah Felda.

Jadi, bagaimana peneroka Felda mahu mendengar nasihat orang seperti itu.

Yang keduanya, Mahathir sendiri menunjukkan contoh tidak baik dalam konsep berbudi dan membalas budi ini. Catur politiknya sehingga menduduki kerusi Perdana Menteri penuh dengan amalan pecah dan perintah, buang kawan dan menolak orang yang menaikkannya. Lebih dari itu, UMNO yang berjaya menjadikannya Perdana Menteri bukan saja sanggup "dibunuhnya" malah kemudian ditinggalkan hanya kerana tidak bersetuju dengan seorang Perdana Menteri yang dipilihnya sendiri.

Di manakah sikap mengenang budinya?

Maka itu, amatlah malang jika masih ada peneroka yang mahu mengambil nasihat Mahathir itu sebagai azimat. (SH 20/02/2013)




5 comments:

  1. Kalau dah jenis " ular ", jika tak membelit..bukan ular namanya. Itulah perangai sebenar Mahathir. Sebagai generasi peneroka saya berterima kasih kepada kerajaan dan pemerintah terdahulu kerana memberi peluang kepada ibu bapa saya dalam program pembangunan ekonomi masyarakat ini.

    Tapi kini keadaan sangat berbeza. Pemimpin dan pemerintah dibawah UMNO sekarang telah cuba memanipulasi masyarakat peneroka kerana kepentingan peribadi sekelompok pemimpin selain disebabkan terdesak oleh tadbir urus mereka sendiri. Kebocoran dan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran menyebabkan kerajaan kekurangan wang dan kini FELDA mahu dijadikan " tabung kecemasan " untuk faedah pemimpin UMNO BN serta pertubuhan UMNO itu sendiri.

    Kekalutan dan beberapa tindakan luar biasa Najib terhadap FELDA serta perkara2 berkaitan peneroka akhir akhir ini adalah kerana pemimpin UMNO BN sekarang amat tahu bahawa adalah lebih mudah untuk mempermainkan peneroka yang majoritinya melayu berbanding mengusik hak dan kepentingan " kaum lain ". Kurangnya pengetahuan generasi tua peneroka menyebabkan UMNO amat berani memberi tumpuan untuk memanipulasi masyarakat ini tanpa pihak peneroka sedar bahawa " kebodohan " dan " kesetiaan " mereka selama ini terhadap pemerintah kini sedang dipermainmainkan.

    Selaku anak peneroka di Johor..sekarang adalah masanya masyarakat peneroka bangun mempertahankan hak masing masing. Keutuhan FELDA adalah atas keringat dan penat jerih peneroka sendiri membangunkannya yang memakan masa sangat lama. Namun tiba tiba...kerajaan sekarang semudahnya mahu meruntuhkan dan melakukan apa saja demi kepentingan sekelompok pemimpin dan kesinambungan parti tertua Melayu yang terbukti cuma mempertahankan sekelompok pemimpin2 sangat bermasalah.

    Bangunlah anak abak peneroka. Sama sama kita pertahankan pusaka ibu bapa kita. Jangan biarkan sama sekali pemimpin sekarang khususnya UMNO memperbodohkan ibu baoa kita dengan janji dan slogan indah sedang hakikatnya mereka ini telah memperdagangkan nasib peneroka FELDA..menjadikan peneroka tak ubah bagai barang dagangan atau pelacur....sedang hasilnya banyak masuk ke kantung mereka. Tanggungjawab kita selaku anak dan generasi kemudian peneroka untuk memperbetulkan kepercayaan ibu bapa kita sebelum terlambat. Ini kalilah...kita UBAH. SAY NO TO UMNO !

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Ibarat kata orang bijaksana, orang yang hidup dengan pedang akan mati dihujung pedang juga. Itulah mahathir. Semasa berkuasa, dia telah menggunakan pedangnya yng menebas laluan beronak, menikam insan-insan yang menjadi penghalang dengan pedang sakti yang berada ditangannya. Kini pedang itu sudah tiada, yang ada hanya parang kontot sahaja. Dengan kederat yang masih berbaki, beliau kini hanya menggunakan parang kontot yang ada ditangan menebas kiri kanan di dalam belantara politik yang semakin tebal.

    Mahathir sebenarnya sedang melalui saat-saat akhir dalam kehidupannya di pentas politik. Dia tahu "odd is against him" tetapi dia tidak ada pilihan lain selain melawan dengan kederat yang semakin lesu sedangkan himpitan beban kesalahan-kesalahan silam semakin dirasa memberat dibahunya.

    Tidak kisah lah jika UMNO menang tipis dalam PRu 13 nanti atau tewas terus. Nasib Mahathir telah diputuskan oleh keadilan Illahi.

    bat8

    ReplyDelete
  3. Yang Berhormat Shahbudin,

    I wont be surprise if Peneroka still choose BN based on their exposure to open information, all they have just mainstream media everyday touch their life, what I do really wish that Pakatan should never spend too much time on Deepak instead should venture into Peneroka areas to enlighten them...what they have done in PWTC is nothing but really unacceptable as per written by Kit Siang Blog...I personally hope that BN will get out from Putrajaya after the GE13

    Thank you

    ReplyDelete
  4. Salam tuam admin..sayugia di ingat kan..rata2 peneroka felda lupa bahawa dasar Dr m mengubah policy pertanian kepada negara industri memyebabkan tanaman komoditi utama kita sawit di agihkan merta pelosok donia..paling bodoh tindakkan memindahkan teknologi sawit kita ke indonesia..kini kesan amat ketara ..indonesia merupakan pengeluar utama minyak lemak sayuran sawit.kita gagal menjaga komoditi utama negara..
    dalam tahun 90 an di sebarkan propaganda kawasan felda akan di jadikan kawasan industri..hingga ke segala ceruk pendalaman felda di racun dgn mimpi jutawan segera ..proposal projek di tabor seluroh felda..hingga peneroka terpinga pinga ...jutawan segera adalah hasil usha umno ..kini semua nya hanya mimpi untuk lupakan peneroka pada kelemahan dr m masa itu..undi peneroka masih solid ..kerana termakan umpan jutawan segera di kaw felda..

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Shahbudin!

    Saya tertarik artikel Tuan kali ini kerana ia betul-betul satu artikel yang tepat dituju kepada Mahathir yang ramainya rakyat tidak perasan kelakuan buruk Mahathir. Sepanjang dia menjadi PM memang betul tiada satu pun waktu yang dia melawat atau menjengah warga felda. Mahathir sememangnya bukan suka pada kaum petani yang hidup sepanjang hayat mereka membanting tulang di bawah cuaca terik dan bergelumang dengan segala kekotoran ladang.

    Dia memang menjadikan rakyat Malaysia ketika pemerintahannya sebagai antara dua darjat yang berlainan.Mungkin dia menyedari asal usulnya yang datang dari benua India yang serba kekurangan menjadikannya cuba memadamkan sejarah keperitan kehidupan bapanya sebelum menetap di negara ini.

    Jika dilihat dengan keadaannya sekarang bagaimana anak-anaknya sekarang mengaut kekayaan negara ini bukan secara terhormat mengesahkan bahawa dia sememangnya suka bermewah untuk menutup kesusahannya di masa lalu. Tetapi dia dan anak-anaknya menggunakan kebaikan orang melayu untuk menindas mereka, sepatutnya dia patut bersyukur kerana orang melayu masih bersabar atas kerakusan dia merompak kazanah negara ini, tetapi akan menerima hukuman yang dahsyat dari rakyat sekiranya BN tumbang dalam masa terdekat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...