Wednesday 19 December 2012

Kesian Zainuddin Maidin....


Ketika Zainudin Maidin atau Zam menulis dan melabelkan bekas Presiden Indonesa, BJ Habibie sebagai pengkhianat sejurus kesudiannya hadir di pentas Unisel bersama Anwar Ibrahim, tentunya dengan niat meracuni pemikiran rakyat agar Anwar juga dianggap sama pengkhianat kepada negara.

Zam yang yang tidak sampai dua tahun menjadi Penerangan dan kemudian kalah dalam piliharaya 2008 di Merbok, seperti tidak boleh menerima hakikat bagaimana Anwar bukan saja terus disanjung rakyat tetapi juga dihormati oleh pemimpin luar.

Lantas kedatangan Habibie yang duduk sepentas dan memberi syarahan bersama Anwar yang dinilai Zam mampu memberi nilai tambah kepada Anwar, setidak-tidaknya menjelang pilihanraya akan datang, membuatnya seperti seorang yang hilang pertimbangan dalam meluahkan fikiran serta idea.

Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan kemudian menjadi Menteri Penerangan, tulisan beliau yang menuduh Habibie sebagai pengkhianat dan "dog of imperialism", sebenarnya amat tidak wajar dengan status dirinya.

Tulisan Zam itu mungkin boleh dimaafkan jika beliau sekadar wartawan junior atau pengendali blog yang tidak ada didikan serta latar belakang kewartawanan.

Sebaik tulisan Zam itu tersiar, ramai yang menggeleng kepala setelah membacanya kerana Zam nampaknya masih terperangkap dengan cara pemikiran lama. Beliau kelihatan jauh ditinggalkan zaman.

Ketika kritikan datang bertalu-talu menghentamnya, bukan saja dari dalam negara tetapi juga dari Inonesia, Zam masih cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau tidak mempunyai pengaruh untuk merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia melalui tulisannya itu.

Zam dilaporkan memberitahu niatnya ikhlas dan tidak sekali-kali bermaksud jahat terhadap bekas Presiden Indonesia itu, apatah lagi mencampuri urusan dua negara yang selama ini bersandarkan perasaan saling hormat dan percaya mempercayai.

Sehinggalah semalam apabila Presiden Indonesia, Susilo Bambagang Yudiyono yang dalam rangka lawatan ke Malaysia juga menyifatkan tulisan Zam itu tidak wajar dan boleh mengeruhkan hubungan dua hala, reputasi Zam nampaknya makin jatuh merudum.

Hari ini pula, Menteri Penerangan Rais Yatim mahukan Zam memohon maaf kepada Habibie dan rakyat Indonesia sebagai penyelesaian wujudnya masalah berikutan tulisan beliau yang tidak sewajarnya itu.

Meskipun Habibie tidak marah atau mengemukakan saman terhadap tulisan menghina oleh Zam itu, tetapi kini kedudukan Zam sama taraf dengan wartawan dan akhbar Utusan yang kerap memohon maaf atau kalah bicara di mahkamah.

Sejak kalah pilihanraya dan hilang jawatan menteri, Zam seperti tidak dipedulikan oleh UMNO dan kerajaan. Tidak seperti kebanyakan bekas menteri lain yang diberikan jawatan duta atau pengerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan selepas tidak menjadi menteri, Zam sebaliknya tidak diberikan apa-apa.

Tidak juga seperti kebanyakan bekas ketua pengarang akhbar lain yang masih digunapakai dan mempunyai bisnes sendiri, Zam diketahui tidak mempunyai tugasan khusus selepas bersara. Johan Jaffar misalnya kini mengetuai Kumpulan Media Prima, Khalid Mohd pula sebagai perunding media kepada Perdana Menteri dan Kadir Jasin mengetuai Berita Publishing.

Sama ada kerajaan terlepas pandang atau merasakan Zam tidak layak, hanya Najib yang ada jawapannya.

Tetapi Zam sering memunculkan diri dan mebuat orang merasakan dirinya masih wujud, bernyawa serta boleh berfikir, melalui tulisannya yang kadang-kadang kontroversi dan menyingkap sejarah lama.

Tulisan Zam mengenai Habibie dan Anwar, meskipun sebahagian daripada lampiasan rasa tidak bersetujunya terhadap Anwar sejak sekian lama, ia juga disedari agar Najib dan kerajaan menyedari kewujudannya yang masih boleh menyumbang sesuatu kepada negara.

Di samping mengkritik Anwar dengan caranya menyamakannya dengan Habibie, Zam sebenarnya ingin membodek Najib. Najib yang kini masih tidak menentu kedudukannya dan masih tercari-cari tarikh pilihanraya, cuba dibodek oleh Zam dengan cara menghentam dan merendah-rendahkan wibawanya.

Malangnya bodeknya kali ini tidak menjadi. Beliau bukan saja menjadi kecaman rakyat tetapi juga menjadi sasaran kemarahan rakyat Indonesia. Kerajaan pula, selepas Bambang sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan tulisan itu, turut merasa terganggu kesan daripada artikel itu. Utusan sendiri, sebaik menyedari banyaknya komen negatif telah menarik balik pautan artikel itu.

Dengan Rais sendiri meminta agar Zam meminta maaf secara terbuka, niat Zam mahu membodek Najib kini menjadi malapetaka bagi dirinya. Najib sendiri tentunya menyedari tulisan Zam lebih menyusahkan, berbanding membantunya. Sudahlah Najib menghadapi pelbagai masalah dalam negara, tulsan Zam menambahkan lagi kebencian rakyat terhadapnya kerana Zam dilihat sebagai suara UMNO dan kerajaan.

Tidak cukup membebankan di dalam negara, tulisan Zam itu juga mengundang petaka di luar negara. Najib tentunya merah muka bila membaca komen Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudiyono mengenai artikel Zam itu. Jika perkara itu dibangkitkan pula dalam pertemuannya dengan Najib, tentunya sekali lagi muka dan telinga Najib menjadi merah kerananya.

Walaupun Zam mengaku bahawa beliau tidak pernah merasa gembira ketika menjadi orang politik tetapi pengakuan itu masih menimbulkan persoalan kerana ia hanya dilafazkan selepas kalah pilihanraya dan hilang jawatan menteri. Jika sedar tidak gembira, Zam patutnya menolak untuk berkubang di gelanggang politik sejak peringkat awal lagi.

Sebenarnya Zam tidak gembira sebab Najib tidak memberinya apa-apa sejak kehilangan jawatan pada 2008 lalu.

Tetapi Zam dipercayai akan terus tidak gembira kerana selepas ini tidak mungkin Najib mahu memberinya apa-apa lagi. (SH 19/12/12)



2 comments:

  1. Darah pariah masih menebal dalam diri Zam Susah untuk dia kikis mentaliti dan perangai Si Hitol dan Mandeliar dalam dir dia.

    Manusia keturunan Si Kitol dan Mandeliar ni kuat pendendam dan sentiasa merasa diri mereka hebat dan terbaik. Tidak banyak beza antara Zam dan Madir pandit Kutty kerana dua duanya dari species yang serupa. Bila mereka terpelanting kerana sikap buruk diri sendiri...orang lain yang akan dimangsakan untuk menutup kelemahan diri.

    Untuk peringatan rakyat Malaysia..di mana pun anda berada..dan jika manusia species si Kitol dan Mandeliar ada di sekeliling anda..hati hatilah kerana mereka ini umpama musuh dalam selimut yang mungkin anda tidak sedari.

    ReplyDelete
  2. Shahbudin.. you are one of the finest blog I ever read..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...