Monday, 24 December 2012
Sampai Bila Najib Nak Berdiam Diri?
Sejak Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, mendedahkan penglibatan Najib dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Bala, pelbagai rentetan mengenainya sudah terdedah ke pengetahuan umum. Daripada bagaimana Rosmah memintanya mencari P Bala, penglibatan adik Najib, Nazim Razak membayar wang kepada penyiasat persendirian itu, kaitan seorang peguam bergelar Tan Sri merangka akaun bersumpah dan sebagainya, semuanya memperlihatkan kedudukan Najib mula terjejas di mata umum.
Deepak sendiri sejak muncul beberapa minggu lalu, memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berhenti setakat ini saja. Beliau pasti akan muncul dengan banyak pendedahan lagi.
Isu yang dibangkitkan Deepak adalah isu yang berlarutan sejak sekian lama. Walaupun rakan karib Najib, Razak Baginda telah dibebaskan dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kesan daripada peristiwa itu terus menyelubungi rakyat kerana begitu banyak misteri yang tidak terungkai disebaliknya.
Selagi rakyat bercakap mengenainya, selagi itulah Najib bagai dikejar bayangan hantu Altantuya itu. Ini berikutan misteri yang pada mulanya tidak terjawab itu seperti mula menunjukkan kebenarannya. Munculnya pendedahan Deepak merupakan salah satu buktinya.
Dengan pendedahan terbaru Deepak mengenai penglibatan Najib meminta P Bala membuat akaun bersumpah kedua dan menafikan akaun bersumpah pertama kerana bimbang kehilangan peluang untuk menjadi Perdana Menteri dan sejumlah wang dibayar kepada penyiasat persendirian itu, membayangkan seperti ada sesuatu yang disembunyikan disebalik pembunuhan Altantuya.
Berikutan pendedahan Deepak dan nama seorang peguam terkenal bergelar Tan Sri turut dikaitkan, tekanan kini cuba dipertingkatkan untuk memaksa beberapa pihak seperti SPRM dan Peguam Negara, agar mengkaji semua kes tersebut.
Pihak pembangkang terus menekan Najib agar berani bersuara atau setidak-tidaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak, jika dakwaannya itu sebagai liar dan tidak benar. Mahfuz Omar secara terbuka telah pun mencabar Najib mengambil tindakan saman itu.
Angkatan Muda Keadilan pula telah mencetak 50 ribu poskad #Tanya Rosmah untuk diedarkan kepada rakyat dan kemudian akan dihantar ke peti surat kediaman Perdana Menteri, bagi tujuan sama iaitu meningkatkan tekanan agar Najib dan Rosmah berani bersuara terhadap pendedahan yang dibangkitkan oleh Deepak itu.
Ceramah dan program-program pembangkang pula sejak kebelakangan ini tidak pernah sunyi daripada memperkatakan isu Najib, Scorpene, Razak Baginda, P Bala dan Altantuya.
Media alternatif pula digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan isu tersebut. Hakikatnya, sejak Deepak bersuara, isu Najib dan Altantuya ini sudah disebarluaskan hingga menerobos seluruh pelusuk kampung dan desa pedalaman serta diperbualkan di kedai-kedai kopi di merata tempat.
Cara bagaimana isu ini dimainkan membayangkan bahawa selagi Najib berdiam diri dan tidak bersuara, selagi itulah ia akan dibangkitkan serta dijadikan isu. Dan selagi Najib tidak bersuara juga, selagi itulah rakyat menganggap ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan dalam hal ini.
Penduduk bandar, kalangan profesional dan masyarakat pertengahan ke atas sudah agak lama sangsi terhadap Najib dalam isu ini. Rentetan isu yang mereka ketahui melalui pelbagai sumber, termasuk internet, seperti meyakinkan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia itu.
Generasi muda dan mereka yang lebih terdedah kepada maklumat tanpa sempadan juga dilihat mempunyai pendirian yang sama.
Deepak kini nampaknya benar-benar menjadikan kedudukan Najib tampak sukar kerana melalui pendedahannya, semakin ramai rakyat mulai faham dengan isu itu. Hari ini isu yang dibangkitkan Deepak sudah menjadi topik perbualan di mana-mana - pejabat kerajaan, syarikat swasta, pelajar universiti, suri rumah, lobi hotel, kedai kopi, laman-laman sosial dan di mana saja tempat orang boleh berkomunikasi.
Dan selagi Najib berdiam diri, memilih menjadi pemimpin yang "pekak" dan "bisu" terhadap suara-suara yang menjadi percakapan berkaitan isu yang dibangkitkan Deepak ini, selagi itulah rating serta sokongan rakyat kepadanya akan terus merudum.
Bagi rakyat terbanyak, falsafah mereka cukup mudah - berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar, bersuaralah. Jika terus diam dan tidak berani menafikannya, maknanya salahlah. Ini prinsip moral mudah yang diajar sejak kecil lagi.
Ini bermakna selagi Najib tidak berani bersuara menafikan segala dakwaan Deepak atau menjelaskan kedudukan sebenarnya, selagi itulah beliau akan terus berada dalam kedudukan yang sukar dari segi sokongan rakyat.
Buatlah seribu satu macam transformasi, berilah berapa banyak gula-gula politik sekalipun tetapi jika ada asas moral yang diragui rakyat, maka selama itulah ia akan menjadi beban kepada Najib sendiri.
Dalam isu yang dibangkitkan Deepak, Najib tidak ada pilihan selain bersuara. Beliau boleh memilih untuk menafikannya berserta hujah dan bukti atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak jika dakwaan itu tidak benar.
Percayalah, lagi lama berdiam diri, lagi melebar kepercayaan rakyat bahawa beliau berada di pihak yang salah manakala keberanian Deepak dilihat sebagai bukti beliau berada di pihak yang benar.
Najib, bersuaralah!!(SH 24/12/12)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengapa diam seribu bahasa? Silence means consent? Tidakkah begitu?
ReplyDeleteNajib mencipta sejarah sebagai PM paling bacul dan dayus di dunia. Beliau menjadi bacul dan dayus kerana dosa dosa yang melingkari kehidupan beliau. Isa Samad sendiri tentu tahu sejarah Najib ini.
ReplyDeleteTidak syak lagi...SD1 Bala adalah kebenaran. Deepak pula mengesahkan perkara ini. Dan ini diperkuatkan lagi dengan sikap bacul Najib untuk menyanggah kedua dua dakwaan Bala dan Deepak. Sirul dan Hazilah juga mengaku mereka membunuh kerana upah. Tetapi hakim dalam perbicaraan di mahkamah menyebut " motif " tidak penting. Inilah satu satunya perbicaraan kes pembunuhan yang menolak sama sekali peranan " motif ".
Logika akal...bila Sirul dan Hazilah mengaku membunuh Altantya kerana upah..sudah tentu ada pihak yang mengupahnya. Siapa ?. Baginda ? Najib ? Abdullah Badawi ? Mohyiddin atau Mahathir ?. Jawapannya ada pada Sirul dan Hazilah. Cuma ada pihak yang menghalang perkara ini didedahkan. Dan yang ada kuasa menghalang perkara ini dibongkar tidak lain tidak bukan pihak yang berkuasa sekarang ini. Siapa yang berkuasa ?. Tentulah UMNO BN dan PM nya sekarang!
Najib kian dimakan sumpah sendiri. Sumpahnya yang menyebut tidak mengenali Altantuya kini dipertikai kebenarannya oleh majoriti rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO BN sendiri. Apa yang sedang berlaku sekarang menjelaskan kepada umum betapa PM Malaysia sekarang ni sarat dengan mistri yang sangat mengejikan.
Sial Malaysia ini jika PM nya seorang yang terbabit dengan pembunuhan, apatah lagi kalau motif pembunuhan itu kerana seks luar tabie dan rasuah. Dan seluruh rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO BN harus bangun dan sekata untuk mendesak Najib serta adiknya Nazim menafikan penglibatan mereka dengan kes Altantuya sebagaimana yang didakwa dalam SD1 Bala dan terbaru pendedahan Deepak.
Saya selaku ahli UMNO Kedah juga mendesak timbalan PM, Mahyuddin dan Mahathir sendiri agar menekan Najib supaya mencabar tuduhan Deepak di mahkamah. UMNO BN tidak wajar di pimpin oleh individu yang terlibat dalam pembunuhan serta mereka mereka yang melindungi perkara keji sedemikian dari didedahkan. Kami diperingkat akar umbi hadapi kesulitan untuk berhujah dengan penyokong parti lawan setiap kali isu ini dibangkitkan. Kami benar benar malu dan kecewa. Jika Najib terus dikekalkan...pilihan kami di GE 13 adalah pakatan pembangkang, tiada pilihan lain. Hinanya kami kerana bernaung di bawah presiden parti yang bacul yang tidak mampu untuk membela maruah diri sendiri, sekali pun di injak injak kaki seorang pedagang karpet.
Datuk Seri. . . saya percaya datuk seri tidak terlibat dalam apa jua scandal yang dituduh oleh pihak pembangkang.Jadi,saya dan rakyat sekalian memohan datuk seri mengadakan sidang akhbar untuk membuat penafian.kewibawaan datuk akan tercalar jika datuk terus mendiamkan diri.
ReplyDelete