Wednesday, 2 November 2016

DASAR PANDANG KE CHINA, APAKAH NAJIB SEDANG MEMBERITAHU AMERIKA BELIAU SUDAH ADA TUAN BARU?


Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media semalam, telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion, suatu jumlah  terbesar dalam sejarah hubungan Malaysia dengan mana-mana negara asing.

Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.

Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy,  60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada  konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia  ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.

Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China. 
Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini. Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.

Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara. Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.

Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?

Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut. Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.

Tetapi sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman terhadap Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan harta-harta yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, kiblat dan idola ke arah Amerika itu seolah-olah mula pudar.

Malah dengan Najib turut membawa anak tirinya yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS menaiki pesawat rasminya ke China, ia bagaikan isyarat halus Najib kepada Amerika bahawa beliau kini sudah ada "tuan baru" di sisinya.

Kesediaan syarikat China membeli Edra Energy, sayap milik 1MDB dan mengetuai konsortium membeli 60 peratus Bandar Malaysia, adalah permulaan kepada pergantungan kepada negara tersebut. Ia kemudian diikuti dengan pembinaan rel laju ke Singapura serta ke Pantai Timur, juga diserahkan kepada syarikat China.

Melalui  penyerahan blok ekonomi besar-besaran kepada China, kita semua, termasuk Melayu, Cina dan India seharusnya mula bimbang dengan kesan ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin tiba-tiba mengancam negara.

Jika sekarang ini pun kemasukan warga China secara haram atau tiba-tiba hilang tidak dapat dikesan setelah masuk ke negara kita sudah dianggap begitu besar, bayangkan apa akan berlaku setelah mereka diberikan kuasa  ekonomi yang lebih meluas?

Dalam kes pembinaan rel keretapi ke Pantai Timur misalnya,  tidak mustahil semua bandar-bandar  kecil yang terlibat dengan projek tersebut selepas ini akan dipenuhi dengan pekerja warga China, yang kemudian tentunya akan tumbuh pula restoran, pusat hiburan, pusat urut kaki dan bermacam-macam lagi perniagaan yang didatangkan dari Tembok Besar sana.

Banyak bandar akan bertukar menjadi bandar satelit China, perniagaan baru dari China akan turut muncul satu demi satu dan ini sekaligus akan membunuh perniagaan orang-orang Cina sendiri.

Akhirnya, bukan saja ancaman ekonomi, masalah sosial dan budaya akan melanda masyarakat. Ia malah akan turut memberi ancaman lebih besar kepada keharmonian keluarga  kaum Cina negara kita  kerana merekalah yang paling terdedah kepada masalah sosial tersebut.

Dari segi ekonomi pula, oleh kerana syarikat-syarikat China itu datang dengan wang, ia juga akan meningkatkan pemilikan asing yang lebih ketara dalam hartanah dan perumahan pada tahun-tahun akan datang. Tidak mustahil akhirnya nanti kerajaan sendiri terpaksa memberi kelonggaran dari segi kouta dan pemilikan harta kepada mereka.

Bukan kita menolak pelaburan asing, tetapi sikap berlebih-lebihan Najib dalam konteks ekonomi China ini, terutamanya setelah terhutang budi kerana membantu menyelesaikan kemelut 1MDB, ia seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada semua, apatah lagi sikap beliau yang ketara memusuhi DAP yang disokong oleh kira-kira 80 peratus orang Cina dalam Malaysia sendiri. 

Akhirnya, dengan apa yang dimulakan Najib ini, di mana kedaulatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang? (SH 02/11/2016).

Tuesday, 1 November 2016

KALAU TIDAK RASA BERSALAH, KENAPA NAJIB PADAM GAMBAR ANAK TIRINYA?


Menurut kata Rizal Mansor, pembantu kepada Rosmah Mansor, penyertaan ahli keluarga Najib Razak dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke China adalah bersesuaian dengan amalan kebiasaan budaya masyarakat Cina dan keinginan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan.

Kata beliau, jarang untuk Najib membawa ahli keluarganya menyertai lawatan rasmi ke sesebuah negara, tetapi kali ini mahukan anak-anaknya ada bersama kerana lawatan panjang selama seminggu ke China.
Apatah lagi, katanya,  penyertaan dalam lawatan rasmi itu setelah mendapat jemputan khas untuk membawa keluarganya.

Rizal juga menambah, budaya menjalin hubungan melalui kekeluargaan itu dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut apabila minum air, fikirkanlah punca air tersebut.

Sejak malam semalam, heboh di media sosial mengenai penyertaan Riza Aziz, anak tiri Najib yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS, yang didapati turut serta dalam lawatan rasminya kali ini.

Gambarnya turun dari tangga kapal terbang sedang berjalan di belakang Rosmah mengundang rasa jengkel banyak pihak seolah-olah beliau individu penting dalam kerajaan Malaysia sehingga wang pembayar cukai digunakan untuk membiayainya.
Dilaporkan bahawa seorang lagi anak Najib, Norashman juga turut serta dalam lawatan rasminya ke China itu.

Di laman Facebook dan Twitter Najib pada awalnya ada disertakan tulisan mengenai ketibaannya ke China beserta gambar yang turut memaparkan wajah anak tirinya itu.

Namun demikian, setelah banyak kritikan serta cemuhan kedengaran, termasuk Rafizi Ramli yang membangkitkannya dalam ucapan di Parlimen hari ini, gambar Riza di laman Facebook Najib didapati sudah dicrop atau dipotong, manakala tulisan di Twitter pula dipadam terus.

Tindakan memotong gambar Riza di Facebook Najib itu menjadi berita dalam portal Malaysian Mirror, manakala pemadaman tulisan di Twitter pula dikesan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam tulisannya di laman tersebut.

Jika benar penyertaan anak-anaknya adalah atas jemputan kerajaan China dan kerana menghormati budaya mereka, mengapa Najib memotong gambar anak tirinya dan memadam tulisan di media sosial miliknya?
Tidakkah dengan berbuat demikian, ia menunjukkan Najib sendiri rasa bersalah kerana membawa anak-anaknya itu, terutamanya Riza Aziz dan kemudian memadamnya kerana tidak mahu gambar mereka dilihat oleh sesiapa?

Dalam hal ini, Rizal yang memberikan penjelasan yang direka-reka atau Najib yang akhirnya didapati tidak menghormati budaya masyarakat Cina kerana bertindak mengenepikan ahli keluarganya sendiri yang dijemput secara rasmi oleh negara China?  (SH 01/11/2016).

RUPA-RUPANYA PAS MEMANG RELA DIKENCING UMNO!!


Khususnya ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini. Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti peringkat kawasan atau ranting yang cakapnya hanya umpama angin lalu saja.

Sebagai Naib Presiden Pas, kata-katanya bukan saja dianggap benar, bahkan juga tentunya adalah gambaran tentang parti itu sendiri.

Sebagaimana yang dipetik dari portal Malaysia Dateline semalam, Idris dilaporkan berkata, Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh UMNO sekali lagi dalam isu isu rang undang-undang Akta 355.

Ketika berceramah di Kuantan, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihanraya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab itu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramahnya itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh UMNO, tetapi UMNOlah yang rugi.

Masya Allah...berdasarkan ucapan Idris itu, rupa-rupanya Pas sangat sedar mereka telah kena kencing dengan UMNO dan BN sejak sekian lama lagi, sudah 13 kali pilihanraya lagi.

Kemudian, dalam isu pembentangan usul Akta 355 yang sekarang ini ternampak ciri-ciri bakal kena kencing lagi, Idris boleh pula berkata, "tidak kesah kalau dikencing sekali lagi."

Kalau sudah 13 kali kena kencing, mengapa Pas masih sanggup kena kencing sekali lagi?

Kenapa pimpinan Pas yang ada sekarang tidak cuba mengelak atau menjauhkan diri daripada terus jadi tadahan kencing oleh UMNO dan BN?

Apakah Pas memang dilahirkan untuk kena kencing sepanjang zaman?

Lagu mana pula logiknya kata-kata Idris bahawa meskipun selalu kena kencing, bukan Pas yang rugi, tetapi UMNO yang rugi?

Apa untung yang Pas dapat yang mungkin ahli-ahlinya tidak tahu akibat selalu kena kencing selama ini?

Barangkali Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu senyum-senyum dengan kenyataan Idris Ahmad kali ini. (SH 01/11/2016).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...