Tuesday, 30 January 2018

GST HANYA MENYELAMAT KERAJAAN KLEPTOKRAT, BUKAN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA


1. Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke - 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.


Kenyataan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat menyelamatkan  negara dari terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.


2. Saya berpendapat kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. GST bukannya menyelamatkan negara, tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN.


Justeru GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan, ketirisan dan kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri dimana ianya menjadi punca Malaysia terjerumus ke jurang kegawatan ekonomi.


Melalui GST kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan sudah boleh menuai hasil yang lumayan. 


3. Sebegitu mudah seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara.


Jika begini mentalitinya, sesiapa pun boleh jadi pemimpin,apabila ekonomi berada dalam keadaan gawat akibat skandal 'rompakan mega' wang dan khazanah negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan. Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya.


4. Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM 44 bilion berbanding RM 41 bilion tahun 2016 


Jumlah yang diberi pula hanya ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan pelbagai subsidi lain ditarik balik. Adakah tindakan kerajaan  ini cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?


RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST!


5. Mengapa PM Najib Razak tidak menjelaskan sejak perlaksanaan GST, harga barang terutamanya barang keperluan, perkhidmatan, makanan dan lain-lain semakin mahal. 


Belum ada lagi petunjuk harga barangan dan perkhidmatan menurun atau statik sejak GST diperkenalkan. GST dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kenaikan harga barang. Setelah rakyat terbeban dengan GST, dalam masa sama menanggung pula beban kos harga barang yang semakin meningkat, belum dikira lagi dengan pelbagai cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi kerajaan dan negara tercinta ini. 


BR1M yang diberi hanya untuk mengenyangkan rakyat beberapa hari, tetapi rakyat perlu menanggung penderitaan ini selama setahun pula kemudiannya untuk hadapi kehidupan harian mereka akibat GST dan penarikan balik subsidi harga barang.


6. Sepatutnya pendapatan negara   tanpa sumber GST dan salah guna kuasa, rasuah dan rompak curi khazanah negara sudah pun mencukupi untut meringan kos sara hidup rakyat dan memastikan pendapatan boleh guna rakyat bertambah dengan mengembalikan subsidi harga barangan keperluan utama, memberikan pendidikan tinggi percuma tanpa PTPTN, mengawal harga barangan dan keperluan, mengawal serta mesubsidikan harga minyak.


Sebaliknya apa yang berlaku masakini taraf pengangguran semakin meningkat, ruang pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi semakin tinggi, jurang antara yang kaya dan miskin semakin ketara. 


Adakah ini menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil, atau  GST hanya menstabilkan ekonomi pemimpin negara?


7. PM Najib Razak tidak perlu berdolak dalik dengan mendendangkan GST menyelamatkan ekonomi negara. 


PM Najib Razak perlu akui bahawa beliau sudah kekeringan idea dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan negara yang berada di jurang kehancura.


Malaysia kaya dan banyak hasil daripada pelbagai sektor dan industri, tetapi kerana ketidak cekapan pengurusan dan salahguna kuasa pemerintahan kerajaan Klaptokrasi UmnoBN, mereka gagal menyuburkan ekonomi negara. Situasi ini menandakan tempoh kerajaan BN sudah sampai ke penghujung nyawa dan mandat pemerintahan perlu diserahkan kepada Pakatan Harapan, agar rakyat melihat sinar baru yang menyelamatkan mereka selepas PRU ke-14 nanti.


DATO' HJ MAHFUZ OMAR

Ahli Parlimen Pokok Sena

30 Jan 2018/13 Jamadilawal 1439H.

Monday, 29 January 2018

TAK KESIANKAH NAJIB KEPADA PAS, SUDAHLAH DIUNGKIT-UNGKIT BANTUAN, KELANTAN PULA MAHU DIRAMPASNYA?


Semalam, Perdana Menteri Najib Razak melakukan lawatan sehari ke Kelantan. Seperti biasa, dalam lawatannya ke mana-mana negeri menjelang PRU 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, banyaklah janji projek dan curahan wang dilakukan yang tentunya diharap akan dibalas dengan sokongan dan juga undi.


Kelantan turut tidak terkecuali, meskipun negeri itu ditadbir oleh Pas yang merupakan "rakan mesra"  kepada UMNO. Selain mengumumkan beberapa projek, Najib juga mengungkit kemurahan hatinya kepada Kelantan yang menurutnya, beliau adalah jauh lebih baik berbanding Tun Mahathir Mohamad dahulu.


Kata Najib, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dana yang disalurkannya kepada Kelantan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion sahaja.


Sebaliknya, kata beliau, sejak 2006 hingga tahun ini, dana yang disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan adalah berjumlah RM14.69 bilion.


"Negeri defisit macam Kelantan ini, kalau tiada sumbangan daripada kerajaan Pusat, mereka nak bayar gaji pun tak mampu.


"Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan kepada Kelantan. Nak undi atau tak undi, itu hak mereka tapi kali ini undi kitalah.


“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naiklah sikit.


“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, inilah kita baik hati,” demikian antara kata-kata  Najib sambil tertawa kecil.


Dalam erti kata lain, selain bersikap pemurah memberi peruntukan wang kepada Kelantan yang kekurangan dana untuk mentadbir negeri dan melaksanakan projek-projek pembangunan, nawaitu sebenar Najib ialah mahu negeri itu dikembalikan semula kepada UMNO untuk memerintahnya.


Sebab itulah beliau suka mengungkit-untkit apa yang diberikannya kerana harapannya apa yang disumbangkannya  itu sentiasa diingati oleh pengundi Kelantan.


Kenapa Najib masih bersungguh mahu menawan kembali Kelantan sedangkan Pas adalah "rakan mesra" kepada UMNO sehingga parti itu berkeras untuk menjadikan pertandingan tiga penjuru di peringkat Pusat semata-mata mahu memberi kelebihan kepada BN memenangi pilihanraya akan datang?


Di mana budi bahasa Najib kepada musuh yang sedia menukar identiti menjadi rakan di peringkat Pusat, tetapi UMNO dan BN tetap mahu menggulingkan Pas daripada memerintah Kelantan?


Apa salahnya, oleh kerana Pas sudah memberi kelebihan kepada UMNO dan BN melalui pertandingan tiga penjuru di peringkat Pusat, parti itu membalas kebaikan parti Islam itu, bukan saja dengan memberi peruntukan kewangan, malah dengan tidak meletakkan calon-calonnya bertanding di Kelantan?


Tidak dinafikan, meskipun belum pasti, kesediaan Pas berpisah dengan dengan parti-parti pembangkang yang lain untuk bertanding sendirian tidak lain ialah untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN memenangi pilihanraya, seterusnya mengekalkan kuasanya di Putrajaya.


Lebih jelas lagi, dalam sekian banyak kenyataan para pemimpin Pas, sasaran serangan mereka lebih ditujukan kepada Pakatan Harapan berbanding UMNO dan BN.


Najib yang terlibat skandal kewangan terbesar di dunia, menukar demokrasi Malaysia kepada kleptokrasi dan dalam akaun banknya terbukti ada beribu-ribu juta ringgit yang menurut DOJ bersumberkan dana 1MDB yang diselewengkan, tetapi di mata Pas beliau tetap kelihatan suci dan bersih.


Yang lebih ditakuti oleh Pas tetaplah Tun Mahathir, Pakatan Harapan dan DAP, sedangkan yang terang-terang menolak hudud dan pindaan Akta 355 ialah MCA, MIC dan juga Gerakan. Tun Mahathir juga tidak pernah terbukti ada berbilion wang dalam akaun peribadinya.


Dalam masa yang sama, meskipun melalui Gagasan Sejahtera, Pas tidak terlihat ingin menang pilihanraya kali ini. Sasaran utama Pas lebih untuk memastikan Pakatan Harapan tidak dapat berkuasa saja.


Dilihat daripada pelbagai sudut, kecuali ada ganjaran lain yang kita tidak ketahui, bukan kecil sebenarnya pengorbanan Pas kepada Najib, UMNO dan BN.


Namun demikian, berikutan kesedaran rakyat yang semakin meluas terhadap perlunya perubahan dalam negara, belum tentu semudah itu untuk Najib, UMNO dan BN mengekalkan kuasanya, walaupun setelah adanya bantuan pertandingan tiga penjuru daripada Pas.


Jika rakyat benar-benar inginkan kepada perubahan dan pengaruh Tun Mahathir berjaya mewujudkan tsunami rakyat melalui kembalinya semula beliau menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil UMNO dan Pas akan sama-sama ditolak ke tepi oleh pengundi kali ini.


Tetapi berbeza bagi Kelantan. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia tidak dinafikan akan memberi kelebihan kepada UMNO menawan semula negeri itu.


Tanpa kehadiran pengundi bukan Melayu dan dengan pengundi Melayu berpecah kepada tiga - UMNO/BN, Pakatan Harapan dan Pas - selain dikukuhkan dengan pengaruh wang, media dan jentera kerajaan Pusat,  kelebihan adalah memihak kepada UMNO/BN untuk menawan kembali Kelantan.


Pas lebih mungkin kecundang dan hilang kuasanya di Kelantan kali ini. Bermakna, selain sudah tentu akan kalah di peringkat Pusat, Pas juga kemungkinan besar akan turut kehilangan kuasa di Kelantan melalui pertembungan tiga penjuru.


Dalam keadaan ini, demi untuk mewujudkan suasana menang-menang, tidak bolehkah Najib, UMNO dan BN memberi laluan kepada Pas saja berhadapan dengan Pakatan Harapan di Kelantan?


Biarkan Pas saja berhadapan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan, manakala UMNO dan BN hanya memberi sokongan dari segi kempen, kewangan, jentera dan pelbagai kemudahan lainnya kepada parti itu.


Dengan bantuan UMNO dan kerajaan Pusat serta pertandingan satu lawan satu berhadapan Pakatan Harapan, Pas tentu lebih selesa untuk mengekalkan kuasanya di Kelantan. 


Dengan kata lain, apabila Pas dan UMNO bekerjasama untuk berlawan dengan Pakatan Harapan, ia ibarat perlawanan gusti dua lawan satu layaknya. Lebih mudah untuk Pas  menang lagi di Kelantan.


Setidak-tidaknya, kalaulah UMNO dan BN kecundang di peringkat Pusat kepada Pakatan Harapan, Pas masih ada lagi tapak kuasanya di Kelantan.


Tetapi, dengan kalau di Pusat kalah dan di Kelantan juga tewas, apa lagi yang tinggal buat Pas?


Tak kesiankah Najib kepada Pas?


Atau Najib sebenarnya memang dalam hatinya mahu "membunuh" terus Pas daripada sebarang sisa-sisa kuasa? (ShahbudinHusin 29/01/2018).

ANNUAR MUSA, IBRAHIM ALI, ANINA - SEMUANYA ADALAH SAMPAH!!


ANNUAR MUSA... AWAK HANYALAH SEORANG KAKI BODEK MINDA LEMAH OTAK UDANG!! ANINA SAADUDDIN AWAK MINUM BALIK KENCING NAJIB TUN RAZAK!! IBRAHIM ALI AWAK HANYALAH MAHARAJA KATAK LOMPAT!!

Saya mengikuti forum Perjuangan For All dan dapati semua ungkapan-ungkapan dari ketiga-tiga orang tersebut hanyalah retorik sampah yang datang dari otak-otak sampah semata-mata!!

Huraian-huraian annuar musa selaku 'kaki bodek minda lemah otak udang', ibrahim ali 'maharaja katak lompat' dan anina saaduddin yang terpaksa 'telan semula kencing najib tun razak' hanya layak dimasukkan ke dalam tong sampah saja!!

Semua rakyat malaysia kenal siapa dia annuar musa!! Semua orang tahu sangat siapa itu ibrahim ali!! Dan kini juga keseluruhan rakyat malaysia mula mengenali siapa dia anina saaduddin!!

Saya amat geli hati bila annuar musa kata najib tun razak adalah seorang perdana menteri berjiwa besar dan sanggup terima teguran-teguran dari rakyat secara hati terbuka!!

Apa punya bodoh dan bangang annuar musa ini?! Sekarang najib tun razak mengakui terdapat pelbagai kelemahan pentadbiran dalam syarikat 1mdb yang telah mendorong kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada alaf ini!!

Kalau perdana menteri paling korup itu seorang yang bersifat terbuka; mengapa saya selaku bekas naib ketua umno bahagian batu kawan di pulau pinang ditangkap serta disumbat ke dalam penjara sg buloh kerana membongkar kes skandal 1mdb di mana kini sejumlah hampir rm40 bilion duit syarikat itu telah hilang!!

Pada waktu itu saya hanya nak jadi pemimpin akar umbi yang amanah!! Saya ingin jadi warganegara yang bertanggungjawab!!

Nawaitu saya untuk selamatkan dana kerajaan dan duit rakyat dari diselewengkan oleh penyangak jho low serta riza aziz yang akhirnya habuan songlapan duit 1mdb itu sampai ke pangkuan najib tun razak mahupun rosmah mansor!!

Apabila saya buat laporan pada pdrm, sprm, bank negara serta maklum pada pejabat peguam negara; semua institusi kerajaan ini tidak berani untuk ambil tindakan dalam kes skandal 1mdb!!

Maka apabila memperolehi pelbagai bukti-bukti lain mengenai pengubahan wang haram yang berpunca dari akaun syarikat 1mdb; ianya telah mendorongkan saya untuk buat laporan di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan fbi yang beribu pejabat di new york!! 

Malangnya, apabila pulang ke tanahair saya telah ditangkap seterusnya dipenjarakan selama hampir 2 bulan di penjara sg buloh!!

Semua laporan-laporan saya di luar negara mempunyai asas kukuh dan terbukti benar kini!!

Ianya disahkan benar oleh jabatan kehakiman amerika syarikat, pejabat peguam negara switzerland, penguatkuasa undang-undang di singapura, hong kong dan juga united kingdom!!

Malahan mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan juga telah memenangkan saya dalam kes yang bersangkutan dengan skandal.1mdb ini!!

Inikah yang annuar musa maksudkan najib tun razak selaku perdana menteri paling korup itu seorang yang bersikap terbuka?!

Annuar musa memang bangang dan dia hanyalah seorang kaki bodek minda lemah otak udang!!

Ibrahim ali ini seorang yang 'opportunist' dan tiada kredibiliti langsung dalam politik!! Dia 'maharaja katak lompat' yang tak boleh dipercayai!!

Sebab itu ketika saya berada dalam parti PPBM seringkali nyatakan jangan bekerjasama dengan ibrahim ali!! Dia seorang pakar 'kaki korner!!' 

Risiko amat tinggi untuk kita bekerjasama dalam politik bersama ibrahim ali!! Hakikatnya, ibrahim ali bukan ada prinsip tetapi dia seorang yang mempunyai sifat kepentingan diri  yang amat tinggi!!

Buang masa untuk saya huraikan mengenai sikap berpolitik ibrahim ali ini!! Bagi saya ibrahim ali hanyalah 'low class' bukan 'colourful' dalam arena politik!!

Yang paling sedih ialah sikap anina saaduddin masakini!! Pada realitinya dia seorang yang tiada mempunyai asas mutu kepimpinan dalam politik atau sistem berpartian!!

Sejak berada di dalam umno; anina saaduddin tidak pernah menjawat jawatan penting di dalam parti baik di peringkat bahagian ataupun cawangan!!

Ilmu politik dia cukup cetek!! Dia cipta nama hanya kerana berani sebut "najib tun razak dah kencing kita semua" di mesyuarat umno langkawi!!

Tetapi malangnya kini; anina saaduddin telan balik kencing najib tun razak!!

Bila parti PPBM lucutkan jawatan dia kerana tak tahu memimpin disebabkan oleh tiada ilmu politik maka sejak itulah baru dia mengamuk!!

Kalau tahu PPBM itu lemah dan tidak betul kenapa dari awal lagi tak mahu tolak tawaran untuk jadi ketua serikandi parti Bersatu!!

Ketika menjawat jawatan ketua serikandi PPBM; anina saaduddin ini saya nampak terlalu kagum dan gembira menerima jawatan tersebut!!

Dia menjelajah ke seluruh negara kutuk najib tun razak, rosmah mansor, umno dan BN secara bermati-matian!!

Secara sekelip mata kini setelah dilucut dari jawatan ketua serikandi; dia 'U-Turn' 359° darjah pulak!! Begitu pantas ubah pendirian!! 

Hakikatnya, anina saaduddin ini kaki putar alam!! Dia kuat menipu!! Dia kata tak boleh terima PPBM kerana parti itu bersekongkol dengan DAP!!

Ini satu pembohongan besar anina saaduddin!! Saya pernah memimpin Deklarasi Rakyat!! 

Deklarasi Rakyat adalah platform permulaan kita bergabung dengan semua tokoh-tokoh pemimpin pembangkang!! Deklarasi Rakyat menjemput semua tokoh-tokoh DAP hadiri mesyuarat-mesyuarat serta program-program ceramah di seluruh negara!!

Budak anina saaduddin ini pun selalu duduk mesyuarat dengan semua tokoh-tokoh pemimpin DAP!!

Pada waktu itu anina saaduddin tiada masalah pun dengan DAP!! Dia pun seringkali menghadiri pelbagai program-program Deklarasi Rakyat bersama dengan pemimpin-pemimpin DAP!!

Mengapa sekarang setelah dilucutkan jawatan ketua serikandi PPBM baru nak kutuk parti Bersatu kononnya bersekongkol dengan DAP?! 

Mengapa dalam Deklarasi Rakyat dulu anina saaduddin tidak pernah menolak DAP?!

Kalau anina saaduddin nak keluar dari PPBM dan masuk mana-mana parti lain waimah umno sekalipun; itu hak dia!!

Parti Bersatu tidak pernah rugi pun atau merasai kehilangan anina saaduddin kerana saya pun tahu kualiti kepimpinan dia yang kosong pada hakikatnya!!

Siapa saja nak tinggalkan parti PPBM demi dedak; melantaklah!! Tetapi selaku pengasas parti anina saaduddin tidak wajar sama sekali mengutuk sebuah parti yang dia sendiri julang serta sanjung pada suatu masa dahulu!! 

Sebab itu imej dan reputasi anina saaduddin kini hancur berkecai!! 

Dia cakap apapun 32 juta rakyat malaysia sudah jelek mendengarnya!! Anina saaduddin sudah hilang maruah mahupun kredibiliti sama sekali dalam politik!!

Sebab itu ada perumpamaan kata 'kalau jumpa ular dengan orang macam anina saaduddin maka pukullah orang macam anina saaduddin itu terlebih dahulu!!"

Makhluk yang suka makan tuan ini lebih berbahaya dari seekor ular!!

Sebagai orang yang tidak berilmu dalam politik, tak tahu buat kerja pun dan dijulang naik secara terlalu pantas; ianya telah merosakkan budak hingusan ini!!

Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya kata budak anina saaduddin ini sedang 'meludah ke langit yang akhirnya jatuh ke muka sendiri!!'

Seandainya anina saaduddin ingat dia kuat dan diterima rakyat dengan perbuatan-pebuatan kejinya mengutuk PPBM, tun dr mahathir mohamad, tan sri muhyiddin yassin serta dato seri mukhriz tun mahathir; suruhlah dia bertanding di mana-mana kerusi pada pru14 nanti walaupun di langkawi!!

Sama-sama kita tunggu dan lihat samada budak hingusan anina saaduddin ini laku atau pun tidak!!

Memori anina saaduddin ini cukup pendek!! Namanya dijulang naik oleh tun dr mahathir mohamad, tan sri muhyiddin yassin, dato seri mukhriz tun mahathir serta Deklarasi Rakyat sebelum ini!!

Manusia yang 'kufur nikmat' serta tidak tahu berterima kasih macam budak hingusan anina saaduddin ini insya-Allah tuhan tidak akan mengangkat darjatnya!!

Nasihat ikhlas saya pada budak hingusan anina saaduddin ini sekiranya dia tak mampu nak berbudi adalah memadai dengan membalas budi!!

Andaikata dia tak mampu juga untuk membalas budi; adalah memadai dengan budak hingusan ini mengenang budi!!

Sebagai rumusannya, program forum Perjuangan For All ini hanyalah berkualiti sampah, untuk orang berotak sampah dan hanya layak dimasukkan ke dalam tong sampah saja!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...