Monday, 2 May 2016

ADENAN SATEM TERBUKTI LEBIH "TERUK" DARIPADA TAIB MAHMUD


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali antara yang dibenarkan masuk ke Sarawak, tapi hanya sehingga 2 Mei.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelumnya tidak disekat, tiba-tiba diberitahu hanya boleh berada sehingga 5 Mei saja.

Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah yang selama ini dilarang,  akhirnya dibenarkan masuk ke Sarawak, itu pun setelah menulis surat kepada Ketua Menteri, Adenan Satem. Tetapi tempohnya sehingga 5 Mei juga.

Rafizi Ramli, sebelumnya dilarang, tapi malam tadi diberi kebenaran masuk ke Sarawak selama lima hari. Bermakna, 5 Mei kena keluar daripada Sarawak.

Sejumlah yang dilarang masuk ke Sarawak, terus dihalang. Yang diberi kebenaran pula hanya diberikan ruang masa sehingga 5 Mei saja.

Azmin dilaporkan mahu datang kembali ke Sarawak pada 4 Mei, tapi nasibnya tentu saja sukar dijangka, silap-silap 5 Mei tetap diarahkan keluar daripada negeri itu.

Hari mengundi  pilihanraya negeri  ialah 7 Mei, tapi menjelang 5 Mei semua dihalau keluar daripada Sarawak. 

Secara tidak langsung, majoritinya nanti hanya  pemimpin-pemimpin UMNO dan BN saja yang dibenarkan berada di Sarawak dalam tempoh kritikal dua hari sebelum pembuangan undi.

Umpama main bola, di sepuluh minit terakhir, tiada pemain lawan dibenarkan berada dalam padang, kecuali penjaga gol manakala pasukan tuan rumah tiada halangan sama sekali menurunkan kesebelasan pemain.

Begitukah demokrasi yang difahami oleh Adenan Satem?

Di mana di dunia ini ada keadaan seperti itu berlaku dalam pilihanraya?

Itulah Sarawak sekarang. Adenan Satem nyata lebih "teruk dan menjengkelkan " berbanding Taib Mahmud. 

Beliau bukan saja "membunuh" erti demokrasi dan "mengkafankan" semangat keMalaysiaan, malah "menguburkan" sama sekali  intergrasi nasional antara Semenanjung dengan Sarawak. (SH 02/05/2016).

Sunday, 1 May 2016

LAGI DUA MINGGU, MUDAH-MUDAHAN MATLAMAT 1 JUTA JADI KENYATAAN

Demi memastikan Deklarasi Rakyat benar-benar mendapat sokongan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan sebelum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja pertengahan Mei ini, semua pihak yang terlibat nampaknya sedang bekerja keras ke arah itu.

Di pasar malam, di majlis forum, di kompleks membeli-belah, membuka meja di kaki lima, bahkan di mana-mana usaha mengumpulkan tandatangan itu menggambarkan rakyat pelbagai lapisan sedang berganding mahu dan bersatu hati mengenainya.
Tun Mahathir sendiri, selepas 28 April lalu di Jitra dan 29 April di Johor Bahru, pada malam 1 Mei ini kembali semula ke ibu negeri Kedah untuk program Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di Bandar Stargate, Alor Setar.

Pada 4 Mei, Tun Mahathir akan ke Kota Bharu dan pada 6 Mei pula ke Ipoh, kedua-duanya untuk program Selamatkan Malaysia dan mempromosi Deklarasi Rakyat yang matlamat awalnya ialah mengumpul 1 juta tandatangan daripada rakyat.
Dalam usia 91 tahun, kesediaan dan kegigihan Tun Mahathir ke sana ke mari, aduhai....amat mengkagumkan!!

Kepada yang belum tandatangan, boleh lakukannya di sini -  bit.ly/deklarasirakyat  dan kepada yang ingin menurunkan tandatangan di program-program Selamatkan Malaysia, boleh juga berbuat demikian di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.
Yang penting, dalam tempoh dua minggu ini, matlamat mendapatkan 1 juta tandatangan itu jangan sesekali gagal. Sekurang-kurangnya hargailah kegigihan Tun Mahathir.

Bak kata Tun Mahathir, kalau 1 juta yang tandatangan ini nak ditangkap, di lokap mana nak diletakkan mereka yang seramai itu!! (SH 01/05/2016).

KALAU NAJIB PUN TAK TAHU, PENCACAI LAGILAH TAK TAHU APA-APA

Berucap di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.

"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?

"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.

Sebetulnya memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.

Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....
Pencacai?

Kalau Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka. Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang diterima.

Sekarang ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang suara mengenai 1MDB.

Hakikatnya, Najib dan pencacainya sama saja - tak tahu apa-apa. Itulah wajah pemimpin dan kerajaan yang kita ada. (SH 01/05/2016).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...