Wednesday, 15 April 2015

Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya...Habis Cerita!!


Disebalik Najib Razak menerima sokongan satu persatu, bermula dengan Ketua-Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Negeri-negeri, hakikat yang makin nyata ialah apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam serangannya selama ini semakin diakui ada kebenarannya.

Dua isu pokok yang dipersoalkan Tun Mahathir terhadap Najib ialah berkenaan 1MDB dan keadilan untuk Sirul. Berkaitan 1MDB, antara pertanyaan Tun Mahathir ialah ke mana perginya wang RM42 bilion yang ia berhutang dan apa peranan Jho Low dalam syarikat tersebut?

Dalam isu Sirul pula, pertanyaan Tun Mahathir ialah siapakah yang mengarahkannya membunuh Altantuya?

Selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO yang menyaksikan beliau dijulang kemudiannya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bukan saja meminta audit terhadap syarikat itu dipercepatkan, malah mahu Jho Low segera disiasat.

Ramai yang hairan kenapa KJ secara tiba-tiba, tidak lama selepas menjulang Najib, mahukan pula Jho Low disiasat?

Apakah beliau tidak puas hati dengan penjelasan Najib dalam pertemuan itu atau tidak percaya dengan pengakuan Perdana Menteri sebelum ini bahawa Jho Low tiada sebarang kaitan dengan urusniaga 1MDB?

Tidak lama selepas Jho Low tampil menuding UMNO sebagai "kaki putar"  dalam isu melibatkan dirinya, Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah, Reezal Merican Naina Merican pula mencabar ahli perniagaan itu agar berani kembali ke tanahair untuk menjelaskan kaitannya dengan 1MDB.

Dalam masa yang sama, hari ini juga Tony Pua dari DAP turut mendesak agar pihak polis segera menyiasat Jho Low dan Najib atas kesalahan melakukan jenayah kepada pembayar cukai.

Dengan pihak pembangkang dan UMNO seakan "senada dan seirama" mahukan Jho Low disiasat, ia seolah-olah semakin ramai mulai sedar bahawa kritikan dan teguran Tun Mahathir selama ini ada benarnya.

Dengan menangkap dan menyiasat Jho Low, barangkali banyak maklumat boleh diperolehi mengenai peranannya dalam syarikat yang bermasalah itu seperti dengan siapa dia berhubung, siapa yang memberi arahan, peranannya dalam beberapa entiti pelaburan di luar negara dan sebagainya lagi.

Secara logiknya, melalui maklumat daripada Jho Low sajalah kebarangkalian untuk mengetahui ke mana perginya berbilion-bilion wang 1MDB akan menjadi lebih mudah.

Dalam hal ini, adalah terpuji jika Najib dapat bertindak berani untuk memastikan Jho Low dapat dibawa pulang ke Malaysia dengan kadar yang segera bagi menjalani proses siasatan yang menyeluruh oleh pihak polis.

Najib hakikatnya tiada pilihan lagi. Kata-katanya bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB turut tidak dipercayai oleh menterinya sendiri. Melakukan audit dan mengeluarkan kenyataan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB juga tidak diyakini.

Muncul menjawab di televisyen juga akhirnya diperlekehkan orangramai. Apa lagi yang boleh dilakukan selain memberanikan diri membawa Jho Low ke medan siasatan dan pengadilan.

Jika ini dapat dilakukan, bukan saja orangramai memuji tindakannya, bahkan mungkin mampu memberi kepuasan kepada Tun Mahathir akhirnya.

Begitu juga dalam isu Sirul. Sejak Tun Mahathir bersuara, keghairahan orangramai ialah untuk mengetahui siapakah yang memberi arahan kepada anggota polis itu untuk membunuh Altantuya.

Sirul dalam pengakuannya pula mengatakan beliau telah diarahkan oleh seseorang dan hanya menjadi kambing hitam dalam kes Altantuya itu.

Selari dengan keghairahan orangramai itu, bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam reaksinya mengatakan pihak polis boleh membuka semula kes itu untuk disiasat bagi menentukan siapa yang memberi arahan sebagaimana yang kerapkali ditanyakan oleh Tun Mahathir.

Katanya, tidak ada sebab kertas siasatan tidak boleh dibuka semula memandangkan wujudnya laporan polis yang dibuat oleh Altantuya sebelum kematiannya.

Sekali lagi, Najib juga harus berani mengarahkan pihak polis menyiasat semula kes pembunuhan itu bagi menentukan keadilan yang hakiki serta menjawab teka-teki orangramai selama ini.

Hakikat Najib sudah bersumpah tidak pernah berjumpa atau mengenali Altantuya tiada kaitan sama-sekali kerana penyiasatan semula hanya menjurus untuk menentukan siapakah yang memberi arahan kepada Sirul melakukan pembunuhan itu.

Sama seperti kes 1MDB, kiranya Najib berani mengarahkan siasatan semula kes Altantuya ini, ia bukan saja mampu melimpahkan pujian kepadanya, bahkan juga tiada isu lagi Tun Mahathir meneruskan kritikan dan serangannya.

Ini kerana ia sesuai dengan soalan mudah Tun Mahathir kepada Najib sebelum ini - ke mana hilangnya wang 1MDB dan siapa yang beri arahan kepada Sirul?

Ayuh Najib, segera tangkap Jho Low dan buka semula kes Altantuya...habis cerita!!! (SH 15/04/2015)

12 comments:

  1. Ini kerja gila untuk suruh Najib n the geng membunuh diri. Sampai mampos bende ni tak akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. really????....one thing they will miss.....sleep in peace

      Delete
  2. Najib tak boleh lari lagi.Fail sulitnya ada dengan Musang Hasan dan Kj.Najib akan tersungkur sedikit masa lagi.Ha..ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah terbakar di bukit aman... kah kah kah, gelak beliau ... :D

      Delete
  3. Apa sudah jadi dgn parti PAS....XDA APA2...masalah kecil shj....siapa yg keluarkan buku parasit tu...musuh PAS...mungkin org dlm or org luaq.....

    ReplyDelete
  4. musa asang buat buat sibuk pulak
    masa kes tokya tu dulu mamat ni pangkat apa
    jo lo sapa pulak yang bagi keja kat dia
    pelesit merata ada bila sampai masa menjerit la dia
    keadilan gaya matde bila tak sehaluan dia pun menjerit jugak

    ReplyDelete
  5. Sukar utk Najib di turunkan. Cara demokrasi yg mgkn bole di fikirkan ada lah melalui undi tidak percaya di parlimen. UMNO perlu sepakat dgn muhyiddin dan zahid hamidi. Menggunakan undang2 polis dan mahkamah yang sedia maklum di kawal Najib bukan cara yang terbaik. Najib akan memanjangkan kes itu sehingga rakyat lupa. Ketika itu, kokokan Tun M hanya di layan seperti pembangkang.

    Tun M perlu guna pengaruh dan strategi licik utk menarik sokongan warlord UMNO. Utk Najib, tidak ada yg perlu di takutkan dgn PR walaupun berkokok sepanjang hari. Pembangkang tetap lemah.

    Undi tidak percaya pasti dpt di perolehi sekurang2nya 80% dari pembangkang. 20% mgkn di sebabkan sabotaj dr PAS yg di gula2kan Najib utk laksanakan hudud.

    ReplyDelete
  6. Sukar utk Najib di turunkan. Cara demokrasi yg mgkn bole di fikirkan ada lah melalui undi tidak percaya di parlimen. UMNO perlu sepakat dgn muhyiddin dan zahid hamidi. Menggunakan undang2 polis dan mahkamah yang sedia maklum di kawal Najib bukan cara yang terbaik. Najib akan memanjangkan kes itu sehingga rakyat lupa. Ketika itu, kokokan Tun M hanya di layan seperti pembangkang.

    Tun M perlu guna pengaruh dan strategi licik utk menarik sokongan warlord UMNO. Utk Najib, tidak ada yg perlu di takutkan dgn PR walaupun berkokok sepanjang hari. Pembangkang tetap lemah.

    Undi tidak percaya pasti dpt di perolehi sekurang2nya 80% dari pembangkang. 20% mgkn di sebabkan sabotaj dr PAS yg di gula2kan Najib utk laksanakan hudud.

    ReplyDelete
  7. Berani kerana benar
    takut kerana salah

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykum Tuan Shah

    Apa yang membuatkan Tuan terfikir Mohd Najib Abd Razak akan (ada kudrat) menangkap Jho Low atau mengkambing hitamkannya?

    Bising-bising yang dibuat PAC, kenyataan "tegar" siasatan segera oleh Najib, Khairy dan beberapa "pelakon terbaik" Malaysia adalah tidak lebih hanya teater. Dan lakonlayar mereka ini tidak akan berhenti sehinggalah mereka "diberhentikan" oleh Allah s.w.t.

    Apa sudah jadi dengan skandal-skandal berbillion ringgit sebelum ini? Sudah berapa ratus orang penyamun harta negara yang didakwa, dibicara dan dipenjara sepantas perlakuan ke atas Anwar Ibrahim?

    Kita marah pada Najib, pada Abdullah. Kita terlupa untuk marah Dr Mahathir sebaliknya kita memujinya pula. Setuju atau tidak apa yang berlaku hari ini adalah legasi Doctor in the House itu. Memangnya hanya Dr Mahathir yang layak (baca wajib) mengurus segala kepincangan yang berlaku pada negara hari ini. Manakala kita tidaklah perlu terus memuji tindakannya, cukup dengan menyokong usahanya. Kerana ia kewajiban orang-orang yang menzalimi bertaubat dan memperbetulkan kesilapannya.

    Almarhum Haji Fadhil Noor pernah berdoa Allah panjangkan umur Dr Mahathir moga beliau dapat melihat sendiri kerosakkan yang dilakukannya. Doanya (orang yang terinaya) dimaqbulkan Allah.

    Buat Tun Dr Mahathir Mohamad, betulkanlah segala kerosakkan ini. Kami akan menyayangi Tun sebagai true nobel man/negarawan sebenar negara, di kehidupan ini dan di kehidupan akan datang.

    ReplyDelete
  9. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI.

      Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….?

      DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA BELIAU DI JAMIN 100% BISA MENGHANCURKAN BANDAR TOGEL.

      Angka Ghoib Singapura.
      Angka Ghoib Hongkong.
      Angka Ghoib Malaysia.
      Angka Ghoib Toto magnum.
      Angka Ghoib Laos.
      Angka Ghoib Macau.
      Angka Ghoib Sidney.
      Angka Ghoib Brunei.
      Angka Ghoib Arab saudi.
      Angka Ghoib Kudalari.
      Angka Ghoib Super Toto.
      Angka Ghoib Thailand.
      Angka Ghoib Taiwan.
      Angka Ghoib Tokyo.
      Angka Ghoib Taipei

      Apakah anda membutuhkan bantuan yang ada di bawah ini.

      1.Angka togel 2D 3D 4D 5D 6D yang bisa di jamin tembus 100% tembus.
      2.Bank Ghoib artinya uang bisa datang secara ghoib dalam jumlah besar.
      3.Anda memerlukan Pesugihan Tuyul supayah anda bisa kaya mendadak.
      4.Setress karena bertengkar sama suami atau istri anda.
      5.Guna-guna,mantera,pelet,santet
      6.Di pecat dari tempat kerja anda.
      7.Perusahaan anda bangkrut.

      Jangan kwatir saya yakin KI KONCORO bisa mengatasi semua masalah anda karena saya sudah membuktikannya jadi tiba giliran anda untuk membuktikan kalau kata-kata saya tidak bohong jadi kalau anda kepengeng bergabung dengan beliau silakan hubungi di 0823,1332,9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI <<< kalau anda mau menang angka dari KI KUNCORO karena saya sudah membuktikannya,terima kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...