Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara tersebut.
Tetapi di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan. Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan seolah-olah mendapat "suntikan tenaga baru" untuk terus menyingkirkan Najib.
Jika Jumaat lalu, Tun Mahathir dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh selama kira-kira sejam tidak jauh dari Masjid Negara, hari ini pula bekas Perdana Menteri itu duduk bersebelahan dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam suatu program anti perang di PWTC, Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Muhyiddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir.
Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Muhyiddin yang bagaikan menyambut keluhan Tun Mahathir sebelum ini bahawa beliau mungkin keseorangan dalam berhadapan dengan Najib Razak yang mahu disingkirkannya.
Selain semakin rancak bertemu dengan pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, Tun Mahathir juga semakin rajin menulis meluahkan pandangan dan kritikannya kepada Najib di blog Chedet miliknya.
Kehadirannya di pelbagai program yang disusuli dengan lontaran pelbagai pandangan mengenai isu politik semasa dalam negara, juga turut bertambah.
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mendedahkan baru-baru ini, Tun Mahathir juga ada mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali di luar negara.
Sokongan terbuka Muhyiddin kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidaklah sukar difahami bahawa ia tentunya berkaitan dengan serangan dan kritikan terhadap Najib, tambahan pula tiada akvititi atau isu lain yang difokuskan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika ini.
Ke mana hilangnya wang 1MDB dan siapa yang memberi arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya seperti yang kerap ditanyakan oleh Tun Mahathir tidak lain hanyalah untuk mengetahui kebenarannya.
Lebih-lebih lagi dengan mengatakan Tun Mahathir tidak keseorangan dalam perjuangan itu, ia adalah pengakuan terbuka Muhyiddin bahawa beliau berpihak kepada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Jika Jumaat lalu, Najib mungkin tersentak dengan berita pertemuan antara Tun Mahathir dengan Ku Li, sokongan terbuka Muhyiddin ini dan mereka juga duduk bersebelahan yang memberi gambaran adanya "ehem ehem" antara keduanya, pastinya memberi lebih lara kepada Perdana Menteri yang sedang berada di luar negara.
Berada di Kazakhstan di mana beliau sepatutnya berasa gembira sebagai seorang bapa, tetapi sebagai Perdana Menteri pula mungkin perasaannya sedang berbeza.
Di dalam negara dan di pelbagai peringkat percakapan pula, rata-rata rakyat begitu mengharapkan adanya perubahan dalam kepimpinan negara kerana peredaran masa memperlihatkan Najib ternyata gagal memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Gagalnya Najib barangkali boleh difahami dengan kenyataan sinis Tun Mahathir beberapa hari lalu yang menyatakan simpatinya kepada Perdana Menteri kerana "nak bina jambatan pun tak boleh".
Najib, mahu tidak mahu, harus mengakui bahawa semua perkembangan akhir-akhir ini adalah tanda-tanda yang semakin jelas hayat politiknya sebagai Perdana Menteri kian pendek dan sukar diselamatkan.
Najib, tunggu apa lagi!! (SH 19/04/2015)
Gambar terbaru Najib ketika menghadiri majlis bertandang di Kazakhstan...
Daniyar dan Nooryana gembira sebagai pasangan suami isteri...
Apabila Balik nanti Najib akan melaung kata kata "Lawan Tetap Lawan" untuk penyokong penyokong nya lebih giat mempertahankannya dari serangan "Orang Tua" ini.
ReplyDeleteJangan la ciplak orang lain punya ayat.Kau ni kangkong macam najib juga.
DeleteUnknown, Kamu pasti kah dia akan balik?
ReplyDeletePerkhabaran yang aku terima bahawa "ISTANA" yang di bena di sana atas desakan Rosmah ada lah lebih besar dan mewah dari Sri Perdana. Semasa berlepas 5 kapal terbang yang di miliki melalui sewaan oleh Negara 1MALAYSIA turut mengringgi "PEMERGIAN" nya.
Di faham kan cargo bagi setiap kapalterbang ada lah buah buah manggis seberat 4 tan
Aku harap, kapalterbangnya juga hilang macam MH370.Sekali dengan fat mama.
DeleteNajib tak akan turun kerana... isterinya tak redha.
ReplyDeleteKeadaan yg bercelaru ini akan berterusan sehinggalah Najib mengetuai PRU-14, dan umno BN-GST kalah dlm PRU-14 nanti.
Kalu najib yang takut bini pun Mahadet tak boleh singkir, aku ingat lebih baik Tun balik kerala.
DeleteAnon 22:26... yang perlu menurunkan Najib secara berundur dengan baik dan hormat bukanlah Mahathir tetapi ahli umno dan rakyat yang cintakan negara.
DeleteJika najib tidak berundur. Yang salah bukan Mahathir, yang kalah ialah umno dan yang menang bukan PAS, bukan PKR tetapi DAP.
Sdra SH,izin saya,
ReplyDeleteGERAKAN ETD Najib.
Najib is not Irreplaceable.
Najib bukan kebal.
Masa sudah amat dekat - Estimated Time of Departure Najib.
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
Since 2008 he liberalised and transformed,hari ini dia marah ,sebab dia sendiri lahir kan information democratisation. Last Mile connectivity. Not Competent.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh menyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan
Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
Getah RM1.98 tak dapat beli :
1.beras 5 %,
2.Minyak subsidi 2.50,
4. Ron 95, 1.95,
5.gula 2.58.
5.tepung 2.60.
Masih mahu beli kapal terbang private jet.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M klinik 1M.UTC.RTC .
Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
Endless festivals.Endless Consultants.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ?
Sudah pesan kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang di laut depan sabah sarawak.
Depan mata kita, PRC menjadi neo imperialism,
Baik sangat Najib dengan PRC.
TDM You Are Not Alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.
Lain kali awak undi lagi keris karat.sendiri buat sendirilah tanggung.apa bising2.
Deletesama tapi tak serupa serupa tapi tak sama
ReplyDeleteselagi bn macam ni la
Ingat senang ka nak letak jawatan? Duit negara masyuk dari mcm2 sumber bhai.. celik setiap pagi, ada lebihan USD 10 billion, kalo guna pun, xder siapa peduli atau ambil tau.
ReplyDeleteSetiap pagi PMO ada mcm2 update report itu ini duit masyuk. Hang nak dok diam saja je ke?? Kalo kene motong getah baru boleh simpan duit, mmg baru tau kata yg hidup ni susah. Tapi ini tiap2 pagi ada lambakan duit cukai yg ajen2 PMO dah kelaskan siap2 dah utk PM buat belanja peribadi.
Rakyat kita ni bukannya mcm Indonesia, bukan juga mcm Thailand..pengecut dan lembik.. selagi ada kuasa, xder siapa berani kacau. Berbuat sesuka hati apa yg dia mau. Nak lingkup, lingkup la. Aku apa peduli. Pelapis kuasa pun, 2x5 ja..
Ingat senang ka nak letak jawatan? Duit negara masyuk dari mcm2 sumber bhai.. celik setiap pagi, ada lebihan USD 10 billion. Kini akan di tambah lagi satu bila mana di bulan Sempember nanti KERA-jaan akan mengkempoun setiap rumah yang tidak mengasing kan sampah sarap mereka, saperti para botol di satu tempat. Para plastic di satu tempat dan yang itu di situ tempat. Macam kita buang air, kencing ada saluran nya dan yang itu ada saluran nya. Tegas nya sampah sarap ini perlu di asing kan. Kalau tidak boleh di denda sehingga RM1,000.00,
ReplyDeleteMudah sekali KERA-jaan mencari duit.
nice info,,
ReplyDelete