Thursday, 13 February 2014

Mahathir Pun Kadangkala Jadi Melayu Mudah Lupa Juga


Dalam usaha menghasut agar musuh politiknya iaitu Anwar Ibrahim terhalang daripada menjadi Menteri Besar Selangor, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berpendapat, sudah tiba masanya kerusi itu diserahkan kepada Pas yang mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR.

Beliau berkata, sudah tiba masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas kerana PKR bukan menguasai keseluruhan atau kuasa sebenar dalam PR, jadi tak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya.

Pas berhak untuk kerusi Menteri Besar Selangor itu, tidak bolehlah hanya dikuasai satu parti saja. Tidak seperti BN, jumlah terbesarnya ialah UMNO dan sebab itu pemimpin UMNO diangkat menjadi Perdana Menteri, tambah Mahathir lagi untuk menguatkan hujahnya.

Menyedari terdapat sebilangan kelompok di peringkat bawahan dan pertengahan dalam Pas yang kurang bersetuju Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya kecil DUN Kajang, 23 Mac ini, nawaitu dan tujuan Mahathir mengeluarkan pendapat ini tentunya tidak lain bertujuan mengadu-dombakan lagi hubungan antara Pas dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menggunakan logik jawatan Perdana Menteri yang dipegang oleh UMNO kerana parti itu merupakan kuasa sebenar dalam BN dan kedudukan komposisi DUN Selangor yang dimiliki oleh PKR hanya 14 berbanding Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi, sekali imbas hujah Mahathir untuk mengadu-domba dan menghasut itu memang ada logik dan kebenarannya.

Tetapi sebagaimana beliau selalu menyebut bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa terhadap sesuatu perkara sehingga misalnya, mudah melakukan kesilapan yang sama berulangkali atau ditipu dengan taktik yang sama di ketika yang lain, Mahathir sendiri nampaknya sudah termasuk dalam golongan yang mudah lupa juga.

Apabila beliau mengatakan PKR bukan menguasai keseluruhan, bukan kuasa sebenar dan bukan majoriti dalam DUN Selangor dan kerana itu tidak berhak membolot selama-lamanya jawatan Menteri Besar, Mahathir barangkali terlupa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu.

Di Pulau Pinang ketika itu, kuasa sebenar ialah UMNO dan UMNOlah yang sentiasa memenangi jumlah kerusi DUN paling banyak tetapi kerusi Ketua Menteri tetap diserahkan kepada Gerakan. Anwar sendiri secara berseloroh selalu menyebut bahawa ketika BN memerintah Pulau Pinang, Ketua Menterinya ialah Koh Tsu Koon dan bukannya Ahmad bin Sukun.

Oleh itu, memberi jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri kepada parti yang tidak memiliki kerusi majoriti atau tidak menjadi kuasa sebenar bukanlah asing dalam sejarah negara ini. Di Selangor, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR yang mempunyai jumlah kerusi lebih sedikit hanyalah berlaku selepas PRU 13 saja manakala selepas pilihanraya 2008 lalu kerusi itu diberikan kepada PKR kerana parti itu memiliki jumlah kerusi yang lebih banyak.

Lagi pula kesepakatan untuk terus memberkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada PKR adalah atas permuafakatan bersama dalam PR setelah pemimpin Pas menjadi Menteri Besar di Kelantan dan pemimpin DAP menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Tetapi BN telah pun melakukan duluan di Pulau Pinang, seolah-olah ada kesepakatan bahawa selagi BN memerintah negeri itu, kerusi Ketua Menteri tetap menjadi milik Gerakan biar pun ternyata UMNO memiliki jumlah kerusi DUN yang lebih banyak.

Dengan Mahathir mungkin terlupa atau buat-buat lupa mengenai fakta Pulau Pinang ini dalam usahanya untuk terus memastikan Anwar Ibrahim ditolak menjadi Menteri Besar Selangor, ia mungkin boleh dianggap sebagai program menghasut dan mengadu-domba yang gagal dilakukan oleh bekas Perdana Menteri berusia 88 tahun itu. (SH 13/02/2014)

9 comments:

  1. Mahathir ni org paling haprak dn haramjadah.lidah dia brcabang2 mngalahkn biawak.pnyakit 'buat2 lupa' dia lbh hebat dr melayu yg mdh lupa.mahathir juga org yg brtnggungjwb atas smua porak peranda yg trjadi dimalaysia skrg ini.shut up mahathir and go to hell!!!

    ReplyDelete
  2. Slagi mahathir blum mati slagi itu dia dia akan merosakkan perpaduan yg ada dlm pr..
    Mahafiraun atau mahayahudi pling layak d pnggil untuk majathir......

    ReplyDelete
  3. mengunakan sentimen Melayu untok perjuang bangsa tapi tidak ugama Islam itu lah mahathir .Adakah dia assobiah.

    ReplyDelete
  4. Ala...Mahathir (mahaputar) ni dia selalu lupa...kadang2 jadi melayu mudah lupa, kadang2 jadi Kerala mudah lupa...bila dia nak bertaubat ni?

    sri hartamas

    ReplyDelete
  5. Kita sebagai melayu harus waspada dengan spesis mamak ni. Di Pulau Pinang spesis ni telah hilang kuasa bila BN tumbang. Sekarang mereka membuat onar di alam melayu. Ramai spesis ni bertanding di kawasan melayu sebab melayu lemah dan bagi muka. Lain kali waspada, inilah makluk perosak yang suka mengadu domba dunia melayu seperti jatuhnya kerajaan kesultanan melayu melaka.Jangan percaya spesis jenis ular kepala dua.Cakap mereka semuanya sampah dan kaki menipu melayu!

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    PAS tak ada hak untuk menuntut kerusi MB Selangor. Jika tidak kerana PAS Kota Damansara yang dikontrol oleh menantu Haji Hadi sendiri menikam PKR dari belakang dalam PRU 13 - PKR juga akan memileki 15 kerusi DUN SAMA SEPERTI PAS DAN DAP.

    Sebagai sebuah parti Islam, PAS sepatutnya tidak membangkitkan isu MB kerana malu kerana telah dikhianati oleh menantu Presiden PAS dan Presiden PAS ada saham dalam pengkhinatan ini dengan menandatangani watikah calon PAS melawan calon PKR di Kota Damansara. Juga menantu ini juga tak boleh pakai kerana kerajaan selangor bagi dia jawatan dalam GLC Negeri.

    ReplyDelete
  7. Mendengar cakap super mamak kerala ini umpama membiarkan ular sawa melilit dileher.

    ReplyDelete
  8. apa yg Tun M cakap terhadap anuar dan kroni2 nya adalah benar....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...