Sunday, 2 February 2014

Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO


Satu-satunya pemimpin dalam dunia, dari zaman kuno hingga dunia moden, yang mengaku dirinya seorang yang pandai sambil membanggakan pencapaian CGPA 3.85 ketika di universiti, Ahmad Maslan yang kini menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, hari ini tampil dengan satu lagi "kecerdikannya" menjelang kempen pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran UMNO Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan video seks yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti.

Menurut beliau, pengundi DUN Kajang perlu diingatkan bahawa pembangkang menawarkan seorang calon yang masih mempunyai beban kes di mahkamah dan tidak menjadi kesalahan untuk UMNO bercerita tentang peribadi calon pembangkang itu kerana kita mahu pengundi memilih calon yang benar-benar sesuai sebagai wakil rakyat mereka.

Dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita seks dan liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang, ia tidak lain memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi pilihanraya ini.

Ini kerana isu seks dan liwat bukanlah lagi modal yang mendatangkan untung kepada UMNO, BN dan kerajaan memandangkan dalam kempen PRU 13 itu, isu tersebut sudah pun dimainkan semahu-mahunya dan hasilnya kemenangan BN berkurangan daripada 140 kerusi pada 2008 menjadi hanya 133 kerusi saja. Dalam masa yang sama, undi popular BN pula hanyalah 47 peratus berbanding pembangkang 5i peratus.

Ini bermakna isu seks dan liwat yang melibatkan Anwar telah gagal mempengaruhi pengundi dan langsung tidak mendatangkan kesan untuk melemahkan kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat.

Tambahan pula, dengan faktor pengundi Kajang yang sebahagiannya merupakan penduduk bandar, separa bandar dan terdedah kepada maklumat dunia baru, isu tersebut tidak lebih umpama lauk basi yang tidak akan dijamah oleh sesiapa, malah tercium baunya saja sudah dicampakkan ke dalam tong sampah. Dengan memainkan isu itu, bukan saja peluang BN untuk menang bertambah tipis, malah akan menyebabkan jumlah undi yang diperolehi juga terus merudum.

Melalui CGPA 3.85 yang dimilikinya, Ahmad Maslan sepatutnya juga harus sedar bahawa kemenangan BN di banyak kerusi dalam pilihanraya umum lalu adalah atas sumbangan pengundi luar bandar dan kampung yang tidak terdedah kepada maklumat internet dan ia berbeza sama-sekali dengan pengundi Kajang.

Bagi kebanyakan pengundi Kajang dan rakyat ketika ini, isu yang membelenggu mereka ialah berkenaan kenaikan harga barang dan beban kos hidup serta beberapa isu lain seperti kerajaan yang baik, pentadbiran yang telus, pemimpin yang berjiwa rakyat dan seumpamanya. Cerita lucah, seks dan liwat bukan makanan orang Kajang. Jika isu sebenar yang menjadi keperluan rakyat tidak ditangani dan dijelaskan dengan baik dan asyik bercakap soal seks dan liwat saja, rakyat akhirnya akan lebih membenci serta menjauhi UMNO, BN serta kerajaan.

Dengan awal-awal sudah memberitahu bahawa cerita seks dan liwat akan menjadi modal kempen BN, maka sudah tentulah dapat dijangkakan bahawa kempen BN nanti akan meriah dengan suara-suara daripada NGO seperti TIBAI dan Umi Hafilda yang memang sejak dulu amat pakar bercerita tentang perkara-perkara lucah dan porno mengenai Anwar Ibrahim sedangkan sumbangan mereka juga dianggap gagal selama ini.

Blogger dan pengendali laman sosial pro BN yang turut stim dengan cerita seks ini pastinya juga akan memainkan isu tersebut semahu-mahunya sepanjang kempen pilihanraya DUN Kajang nanti.

Tidak mustahil juga, atas nama kempen pilihanraya akan diadakan tayangan terbuka video seks yang didakwa menyerupai Anwar itu. Di rumah-rumah pengundi pula, mungkin akan diposkan video yang sama untuk meracuni pemikiran pengundi.

Akhirnya apa yang berlaku ialah semua orang hanya bercakap dan bercerita soal seks dan liwat sepanjang kempen itu. Orang yang menonton video seks juga jadi bertambah. Tidak akan ada lagi yang bercakap soal perjuangan UMNO, kebaikan kerajaan dan sebagainya. Yang difokuskan oleh jentera penerangan yang diketuai oleh Ahmad Maslan hanyalah seks dan liwat sedangkan pembangkang atau Pakatan Rakyat terus berkempen dengan menawarkan agenda perubahan, mendedahkan pembaziran dan keborosan pemimpin, kenaikan harga barang dan seumpamanya yang kelihatan relevan dengan keperluan rakyat serta pengundi.

Bukan saja peluang kempen tidak digunakan untuk menerangkan asas perjuangan UMNO dan dasar-dasar kerajaan serta menangkis pelbagai tuduhan, malah dengan menjaja cerita seks dan lucah sendirinya menjadikan wajah UMNO dan kerajaan semakin kotor dan hodoh. UMNO dan kerajaan dianggap seolah-olah hanya tahu menjaja cerita berunsur seks dan lucah untuk menutup pelbagai kelemahan dan kepincangannya dan bukan menerangkan keadaan yang sebenarnya.

Lagi pula kes liwat Anwar dalam proses mahkamah lagi dan biarlah mahkamah menentukan keadilannya manakala kes video seks pula sudah dinafikan melalui laporan polis.

Berterusan menjajanya hanya akan menjadikan wajah UMNO dan kerajaan terus hodoh di mata pengundi. Daripada bertanding di DUN Kajang semata-mata bermodalkan cerita seks, lucah dan liwat sedangkan Pakatan Rakyat menawarkan Anwar Ibrahim bertanding di situ dengan cita-cita yang lebih membara, bukan saja untuk mengekalkan penguasaan di Selangor, bahkan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 14, adalah lebih wajar BN memutuskan tidak meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil ini.

Sekurang-kurangnya wajah hodoh UMNO dan kerajaan kerana "terlebih cerdiknya" Ahmad Maslan dapat dielakkan. (sH 02/02/2014)

11 comments:

  1. Tuah Shah,

    Nampak sangat jiwa pencacai dan pembodek kuat dalam sosok bernama Ahmad Maslan ni. Anwar tu cume ketua pembangkang berbanding Najib sebagai orang nombor satu negara.

    Suka aku nak tanya si Ahmad Maslan ni. Kenapa dia tak heboh soal kes bunu Altantuya yang dikaitkan dengan Najib. Kenapa dia tak persoal kenapa Sirul dan Azilah yang telah mengaku membunuh Altantuya boleh dibebaskan sedangkan anwar sama sekali tidak pernah mengaku dirinya liwat, cuma angkara fitnah regin UMNO.

    Sepatutnya kalau Ahmad maslan ni sayang sangat negara Malaysia, dia wajib menyerang Najib kerana yang membunuh Altantuya adalah pengiring peribadi Najib. Tidakkah otak Masalan yang dikatakan cerdik tu boleh berfikir hal ini. Pernah kah beliau tanya apakah Sirul dan Azilah suka suka membunuh Altantuya tanpa alasan. Pengring Najig ni memang hobi suka suka bunuh orang tanpa alasan ke?.

    Najib selaku PM Malaysia lebih membebankan negara ini dimata orang luar kerana isu dikaitkan dengan pembunuhan warga asing sedangkan Anwar cuma seorabg ketua pembangkang. Soal liwat Anwar yang tidak membabitkan kematian dan hilang nyawa boleh dibuat rayuan semula oleh pihak pendakwa, kenapa Sirul dan Azilah yang dilepaskan walau pun telah mengaku membunuh, pendakwa sepi saja dan tidak berminat membuat rayuan perbicaraan.

    Harap CGPA saja tinggi tapi akal sebenar cetek dan tumpul. Yang besar dan hebat pada diri Ahmad Maslan ni cuma sifat pembodek dan pengampu nombor satu. Satu Malaysia dah tahu.

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Saya sangsi CGPA 3.85 si Mat Maslam ni. Daya intelektual yang dipamerkan menunjukkan CGPA 2.0 paling-paling tinggi......lebih munasabah bawah 2.0. Ada mat maslam tunjuk result dia? Kita semua tahu temberang pemimpin-pemimpin UMNO ni. Setakat yang saya tahu ada 2 orang yang hanya berkelulusan SPM tetapi kecoh dok jaja ada ijazah masters dari luar negara. Depa boleh le tipu orang kampong seperti orang Baling atau Jerantut. Ada juga yang hanya dulu keje lab assistant tapi letak gelaran "Dr" kat depan nama dia tetapi bila berhujah dalam Dun masih tahap SPM....nak lari kemana.

    Berbalik kepada Mat Maslam ni, kita alu-alukanlah dia menggunakan isu seks dan video Anwar dalam kempen PRK Kajang nanti.

    ReplyDelete
  3. Akal pendek macam orangnya

    ReplyDelete
  4. Seks dan yang seangkatan dengan nya, pisah tiada buat umNO-BARUa.
    Itu lah pun yang menjadi wirid para ahli mereka, terutama si Mat Masalam. Yang kau sebok sangat pasal DSAI tu mengapa sehingga terlepas pandang akan satu peristewa yang pernah berlaku di P.D di antara salah seorang "PEMIMPIN" Negara dan seorang artis yang genit. Agak nya puak puak umNO-BARUa ini suka kalau peristewa itu berterusan di jaja oleh pehak pemangkang.
    Biasa nya kalau sesuatu bekas itu penuh berisi ia nya tidak akan berkocak. Dek kerana tak penuh lah maka si Mat Maslam ini seolah olah bangga sangat dengan CGPA nya. Kalau nak tipu pun jangan lah dengan cara meluas, tipu saja sesetengah warga Pontian yang kelihatan kekurangan serba serbi.
    Mengapa tak mau di jadi kan harga barang keperluan yang mengila hinzir sebagai bahan kempen sekira nya kau benar benar nak mempertahan kan maruah umNO-BARUa yang kelihatan semakin merudum. Atau di jelas kan kepada umum mengapa umNO-BARUa tidak patuh dengan manifesto PRU ke 13 dulu. Puak puak umNO-BARUa ni cakap tak serupa bikin. Tunggu sa'at dan ketika nya, parti yang menyusah kan ini akan di talkinkan.

    ReplyDelete
  5. Mungkin cgpa 3.85 sbb tipu dlm exam kot sbb tgk gaya percakapan dan statemen yg dikeluarkan mcm x cerdik orgnya...

    ReplyDelete
  6. CGPA 3.85 betui ke? Mungkin meniru kot... alahai UMNO...basi dah citer tu... buatlah citer lain....

    ReplyDelete
  7. Mat Maslan ni sebaris dengan Zul Nordin.Masing-masing hasil dari U dari new zealand. Adakah taraf u di negara tersebut sudah merudum akibat dua manusia ni atau mat maslan dan zul nordin ni menipu dalam peperiksaan, sama seperti cuba menipu orang-ramai sekian lama tapi selalu terkantoi?

    ReplyDelete
  8. Elok siap siap telor utk dibaling kat maslan bila dia sebut pasal isu seks dlm ceramahnya di kajang nanti...

    ReplyDelete
  9. Bak kata pujangga...org bijak pandai xkn mengaku dirinya pandai,sebaliknya mengatakan dirinya masih byk perlu pelajari. Lain pula org yg jahil/bodoh bangga dgn ilmu yg dia ada bagaikan tin yg sedikit isinya tetapi bunyi sgt bising...

    ReplyDelete
  10. macam ni punya menteri pun ada ka ?

    ReplyDelete
  11. Asik suka dengan cerita sek/liwat, mahkamah & undang2 pun telah dirogol & diliwat oleh si Maslan & yang seangkatan dengannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...