Monday 15 April 2013

Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!


Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini.

Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

Sejak itu beliau mengepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan.

Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa.

Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya.

Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam UMNO tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya.

Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu.

Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai Pas, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar.

Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini. (SH 15/04/2013)

9 comments:

  1. Salam,

    ada pembetulan di sini agaknya ...

    Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam UMNO tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

    Terima kasih

    1349

    ReplyDelete
  2. Hati2....takut Mat Taib ini adalah agent perosak UMNO yg dihantar mengaburi Pakatan Rakyat. Masihkan ingat kes adun bota di perak

    ReplyDelete
  3. Hanya dengan menyertai PAS pintu terbuka luas ,tampa PAS jalan kersurga tak akan terampun segala dosadosa yang telah dilakukan.
    Mungkin beliau telah insaf apabila mendengar kata N,Aziz yang sembayang ahli umno sia-sia sahaja tak dapat pahala .

    ReplyDelete
  4. Siapa pun yang nak menukar parti yang dianggotai nya kepada parti lain tiada siapa yang boleh menahan dan melarangnya. Keputusan ada ditangan sendiri.

    Walau pun begitu, ia tidak akan mampu memadamkan gossip yang akan mengganggu dan menghalang kewibawaannya sebagai ahli politik yang berpengalaman. Jika gossip gagal memainkan peranan akan muncul pula fitnah. Keadaan menjadi bertambah buruk lagi jika ia mempunyai rekod yang buruk sepanjang dia berkhidmat dalam parti lamanya.

    Dalam dunia politik tiada pekara mustahil... apa saja boleh berlaku. Ibrahim Ali, Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa adalah contoh orang yang berwibawa dalam politik dan mereka juga dihormati oleh kawan dan lawan. Namun akhirnya mereka memilih untuk jadi pengkhianat parti.

    Parti PKR adalah parti yang sering menerima ujian dari orang yang mereka bawa masuk menjadi ahli parti. Namun setelah terantuk, mereka mula menerima hakikat dan berwaspada bahawa untuk mendapatkan bijih emas dari dalam lumpur perlu melakukan pelbagai saringan dan dinilai pula kualitinya kerana warna emas belum tentu ia adalah emas.

    Jika Muhammad Mohd Taib atau Mat Taib atau Mike Tyson nak jadi ahli PAS, silakan....bak kata kapitalis... beli insuran sebelum terlambat, cuma kta nasihatkan kenali dulu siapa ahli biasa sebelum berpeleseran dengan pemimpin tertinggi parti.

    ReplyDelete
  5. Ada baik dan ada buruknya bila Muhammad Mohd Taib menyertai PAS. Di kalangan ahli PAS sendiri ramai yang mencurigai keiklasan beliau menyertai parti itu. Di suatu sudut lain, UMNO boleh mencalarkan imej PAS dengan mengimbas kembali sejarah hitam MMT berkaitan dengan penyelewengan dsbnya. Alangkah baiknya jika beliau seleas masuk PAS terus berikrar yang beliau tidak mengharapkan apa-apa jawatan, sekadar ingin berjuang sebagai ahli biasa......

    ReplyDelete
  6. Tak payah puji melangit mcm hipokrit....dulu dibelasah skrg dipuja.....alakadar sudah ler memuji pon......terima seadanya ttp harus waspada, baru bijak....

    ReplyDelete
  7. Jasa MT sangat besar di negeri selangor. Sesuai dijolokan sebagai Bapa pemodenan Selangor dan Shah Alam . Harap MT berjuang seperti biasa tanpa mengharapkan jawatan atau imbuhan.

    ReplyDelete
  8. Tu dia puji melangit bila nk masuk PAS. Teringat masa Hassan Ali mula2 masuk PAS pun sama jugak dia punya sanjung tinggi.

    Baik sangat mat taib nya budi pekerti bawak lari anak dara org nikah siam, anak Sultan pulak tu.

    banyak laa tolong org sampai blh bawak masuk duit cash 2.4 juta dolar australia, kena tahan blh pulak xtau ckp org putih.

    ye laa tu baik bagi tanah kat kroni2 habis tanah state di lahap nya sampai licin cth bukit cerakah, puchong, rawang semua habis jual kat cina.

    org jenis ni korang ingat nk jd ahli biasa ke? silap2 esk jd calon MB selangor PAS pru13 nnt habis kuat pun lepas ni jd senator pas n bg jawatan tinggi anak syarikat negeri selangor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...