Tuesday, 16 April 2013

Di Mata Najib, Zulkifli Nordin Lebih Bernilai Daripada Ibrahim Ali, Adik Ku Nan Bakal MB Selangor?


Berbanding pengguguran beberapa nama besar sebagai calon BN seperti Rais Yatim, Nor Mohamed Yakcop, Ng Yen Yen dan nama-nama lainnya serta kesediaan Ghani bertanding di Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dalam pilihanraya kali ini, tentunya berita yang paling mengejutkan sebaik nama-nama calon diumumkan ialah ketiadaan nama Ibrahim Ali sebagai calon BN di Pasir Mas.

Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas dalam pilihanraya 1008 lalu tetapi kemudian melompat mendakap BN dan Najib sebaik bergelar YB sudah diketahui umum amat mengharapkan agar namanya disenaraikan sebagai calon BN di Pasir Mas. Beliau sudah bersedia ke arah itu sejak beberapa tahun lalu, dan baru-baru ini turut menggunakan khidmat Mahathir untuk melobi namanya kepada Najib. Malah Mahathir juga mengatakan akan turun berkempen membantunya jika beliau dipilih oleh Najib.

Melihat kepada beberapa tindakan Ibrahim Ali dan Perkasa yang diterajuinya dalam mempertahankan Najib dan menyerang Anwar serta Pas sejak 2009 lalu, sukar untuk mempercayai Ibrahim Ali akan diketepikan begitu saja. Dalam hal ini Najib akan dilihat sebagai pemimpin yang tidak mengenang budi dan berhati mulia kepada Ibrahim Ali.

Lebih memilukan hati Ibrahim Ali ialah tentunya kerana Najib memilih pula Zulkifli Nordin, yang lebih kemudian melompat daripadanya untuk memeluk Najib, bertanding mewakili BN di Shah Alam. Dalam Perkasa pula, Zulkifli hanyalah Naib Presiden manakala Ibrahim adalah Presidennya.

Ternampak bukan sahaja Zulkifli lebih bernilai dan dihargai disisi Najib berbanding Ibrahim Ali, bahkan senario ini juga memperlihatkan bahawa Najib tidak memerlukkan lagi khidmat Ibrahim Ali lagi selepas ini. Jika alasan Najib tidak memilih Ibrahim kerana ingin menjauhi Perkasa dan mahu mendapatkan undi bukan Melayu, Zulkifli juga dari Perkasa, bahkan baru-baru ini disebarkan videonya yang menghina agama Hindu.

Dengan namanya diketepikan ini, Ibrahim Ali tidak ada pilihan selain bertanding atas tiket Bebas saja dan harapannya untuk terus membawa suaranya ke Parlimen kelihatan amat sukar kerana di Kelantan pertarungan sengit hanya berlaku antara PAS dan UMNO sahaja. Dan Mahathir yang dulunya berjanji berkempen untuknya juga mustahil akan menjenguknya.

Dan berbanding pemimpin lain yang digugurkan dan tidak disenaraikan namanya, Ibrahim juga mungkin menjadi manusia paling sedih di Malaysia ketika ini. Beliau umpama jejaka malang yang cintanya tidak berbalas setelah mencurahkan segunung intan dan sepenuh jiwa raga kepada sang kekasih hatinya.

Tetapi sebagaimana beliau pernah berkata, membujur lalu melintang patah, inilah masanya untuk beliau membuktikan kata-katanya itu.

Pengumuman nama-nama calon di negeri-negeri lain pula tidak banyak yang mengejutkan dan sebahagiannya sudah boleh dijangkakan, kecuali di Selangor yang menjadi sandaran Najib untuk ditawannya semula. Selain Noh Omar dan Zin Mohamed terus kekal bertanding di peringkat Parlimen, ketidaan nama FD Iskandar bertanding di mana-mana kerusi DUN agak mengejutkan juga.

Ini kerana melihat senarai mereka yang bertanding kerusi DUN di Selangor, terlihat tiada tokoh yang menonjol untuk dilantik sebagai MB Selangor jika BN menguasai negeri itu. Persaingan tampaknya masih terbuka antara Nawawi M Zain, Subahan Kamal dan Johan Abdul Aziz.

Tetapi jika melihat daripada calon-calon baru yang diketengahkan pula, nama Tengku Rethwan Tengku Mansor yang paling menonjol. Selain kedudukannya sebagai adik kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan, namanya juga melonjak semalam apabila sekumpulan ahli UMNO Kelana Jaya mengadakan demonstrasi di PWTC membantah agar namanya digugurkan sebagai calon BN di DUN Seri Setia.

Bagaimanapun bantahan itu nampaknya diketepikan begitu saja oleh Najib dan BN. Sudahlah Ketua UMNO Kelana Jaya, Mat Taib sudah menyertai Pas dan kini pemimpin UMNO Bahagian itu seperti Yahya Bujang dan Halim Samad yang lebih dikehendaki oleh UMNO bahagian sebagai calon pula diketepikan begitu saja. Luka di hati ahli UMNO Kelana Jaya ketika ini berganda jadinya.

Kesungguhan Najib dan BN Selangor mengetengahkan Tengku Rethwan sebagai calonnya sehingga sanggup mengenepikan suara akar umbi, dalam masa yang sama membayangkan betapa besarnya pengaruh Ku Nan terhadap Najib. Suaranya umpama wahyu.

Dan berdasarkan kedudukan calon-calon MB Selangor yang masih terbuka, tidak mustahil Tengku Rethwan adalah nama yang ada dalam perkiraan Najib untuk ditonjolkan ke jawatan tertinggi di Selangor itu sekiranya BN kembali berkuasa. (SH 16/04/2013)

11 comments:

  1. Saudara Shabudin,

    Kata kata Kamu menuju Inchik Ibrahim Akan melukakan hatinya lebih mendalam, tapi saya juga yakin Mahathir kan menjauhi Nya seperti I'd masa dulu Mahathir melakukan kepada orang2 yang tak bernilai kepadanya untuk politic survival Nya..kita lihat... I think you think like what I do... Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan,

      Tindakan Najib tidak mencalonkan Ibrahim Ali ni membenarkankan perpatah melayu - sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh juga ketanah. Tindakan najib tersebut ibarat membeteskan Ibrahim ali hingga jatuh terjelepok atas tanah.

      Selama ini, Ibrahim Ali berjaya kencing keatas semua orang termasuk orang yang banyak berjasa kepadanya seperti mahathir, Kuli dan TGNA. Ada nama-nama besar dan ada nama-nama kecil yang tidak begitu dikenali dikencing oleh Ibrahim Ali sejak dari dia menjadi pemimpin pelajar ITM dulu hingga kini.

      Jadi tindakan yang paling sesuai yang dapat hulur sebagai menyatakan simpati kepada Ibrahim Ali ialah dengan menyatakan kepada nya : " PADAN MUKO NKO! APA RASA KENA KENCING DENGAN NAJIB?...BEGITU LE ORANG LAIN RASA BILA KENA KENCING DENGAN NKO DULU!!"

      bat8

      Delete
  2. Tuan Shahbudin!

    Ini adalah satu lawak dari BN. Brahim Ali tak terpilih sebab dia pun memang tak layak.Dia ni ibarat "empty vessel full of shit" yakni tin kosong kuat buat bising saja.

    Sahabatnya pula lagilah lawak Zul Nordin. Dia sebenarnya telah dibawa kekandang sembelihan di Shah Alam. Orang yang bermain dengan pedang akan mati dengan pedang juga. Pas dia sudah jadi ahli, PKR dia sudah, kini jadi ahli umno pula.
    Sebenarnya tiada wakil BN yang berani tanding diShah Alam, kecuali Zul yang bodoh saja bertanding disitu. Saya rasa dia akan kehilangan wang deposit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat si katak lompat...

      Delete
  3. Tak sangka yea'k,ramai pulak peminat Ibrahim Ali ,selalunya Ibrahim Ali dibenchi dan dicemoh sebagai saorang yang raciest dan BN akan dilebal raciest , tak dicalonkan dikatakan pulak tak di nilai . Pelik sungoh dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebing Tinggi,

      Ap yang peliknya. Yang lagi pelik ialah ada orang-orang yang tertipu dan kena kencing dengan Ibrahim Ali yang menggunakan topeng Perkasa untuk cuba menyambung hayat politiknya di dalam PRU 13.

      Bagi yang mengenali politik Ibrahim Ali sejak dulu sekarang ini ketawa terbahak-bahak pertama, melihat kali ini kena kencing dengan najib dimana selalunya dia yang kencing kat orang. Kedua, melihat tokoh-tokoh dan penyokong-penyokong Perkasa dan UMNO yang dikencing oleh Ibrahim Ali. Kesian kat ahli-ahli tegar Perkasa yang keluar saban kali menganggu dan cuba membuat huruhara di ceramah-ceramah Pakatan. Hasil kerja penat mereka, tiba-tiba presiden mereka dikencing oleh Najib.

      Ibrahim Ali telah membuat kenyataan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas. Terus terang saya katakan bahawa dia akan tewas dan kemungkinan untuk hilang deposit cerah sebagaimana kali terakhir beliau menjadi calon bebas beberapa tahun lalu. Tiadak ada kerusi selamat bagi Ibrahim Ali di Kelantan hatta jika dipilih menjadi calon BN sekalipun - itu le kredibiliti Ibrahim Ali dikacamata orang Kelantan.

      Delete
  4. Mana dia so called penyokong2 Perkasa yang berjumlah 300,000 orang itu. Kenapa tiba2 jadi bacul. Cium dan bawa lah keris dan buluh runching mengamuk di depan Najib. Yang lebih aneh mana dia Sepremo Al kutty tak datang membela. Nampaknya dah kena kenching lagi. Hidup Melayu !!!

    ReplyDelete
  5. Tuan shahbudian,

    tolong beri ulasan,bagaimana pula dengan nasib senator ezam yng di war-warkan sebagai bakal MB kerana nama beliau tidak didalam senarai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap saya tengok kat belakang.....Ooooo dia sedang menyusun kotak-kotak dan menghitung....kemudian kotak-kotak itu di ubah ke sudut lain dan disusun semula lalu di kira kembali sambil menggaru-garu kepala........

      Delete
  6. Apa banyak sangat tulis kencing sana kencing sini..... Tahukah tuan-tuan kencing katak boleh membuatkan seseorang itu buta tau.......

    ReplyDelete
  7. Teman nak tumpang nanya..... hero JATI tak masuk gelanggang ke kali ni? Tak nak ke dia tumpang tui masuk S.Alam test power JATI nya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...