Sunday, 23 September 2012
Najib Makin Tersepit Antara Rakyat Yang Menolak BN Dan UMNO Yang Mahukan Muhyiddin
Ucapan yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak ketentuan.
Semalam dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, Najib merayu agar beliau diberi peluang sekurang-kurangnya sepenggal lagi untuk menjadi Perdana Menteri.
Selepas itu di Johor Bahru, beliau pula berkata masa depan negara ini terlalu tinggi nilainya untuk diserahkan kepada pihak lain. Beliau juga seakan merayu agar pemerintahan BN terus dikekalkan.
Najib kononnya masih mempunyai banyak perancangan dan transformasi lagi untuk dilaksanakan dan hanya dengan terus memberinya peluang menjadi Perdana Menteri sahaja, semua itu dapat dilaksanakan.
Jika dulu nada ucapan Najib begitu tegas sambil menggariskan pelbagai transformasi yang telah dilaksanakannya, tetapi kali ini nadanya seakan-akan merayu pula. Jika dulu beliau menjerit-jerit dan mengeluarkan perkataan "haramjadah" untuk menempelak orang yang mahu mengamalkan demokrasi, kali ini rayuan dan pujukannya jelas dapat dirasai.
Jika pasangan bercinta atau suami isteri yang sedang menghadapi masalah keretakan hubungan, biasanya usaha memujuk dan merayu adalah pendekatan terakhir untuk memulihkan hubungan supaya pulih seperti sediakala.
Apakah ini menandakan Najib sudah dapat membaca isyarat rakyat yang makin menolak kepimpinannnya, lalu menggunakan usaha pujuk rayu ini dengan harapan beliau dan Rosmah terus dapat tinggal mendakap kuasa di singgahsana Seri Perdana?
Kepada siapakah rayuan itu sebenarnya ditujukan?
Najib sebenarnya bukan sahaja merayu kepada rakyat supaya terus memilih UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang tetapi juga kepada ahli dan perwakilan UMNO agar tidak menyingkirkannya jika dalam pilihanraya nanti keputusan yang mampu dicapai oleh BN lebih buruk daripada keputusan pilihanraya umum 2008.
Rakyat pelbagai lapisan kini umumnya seakan tidak sabar untuk menukar kerajaan berikutan pentadbiran UMNO dan BN selama lebih 50 tahun yang penuh dengan pelbagai masalah, skandal, rasuah dan penyelewengan. Rakyat tidak boleh lagi sekadar berdiam diri melihat hasil kekayaan negara dirompak oleh segelintir elit pemerintah sedangkan rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang semakin meningkat.
Pembaziran, pemborosan serta belanja mewah Najib sekeluarga sebagaimana yang selalu menghiasi dada-dada media juga mahu ditamatkan episodnya oleh rakyat.
Selain Anwar dan PR yang menjanjikan pelbagai pembaharuan dan kesenangan untuk masa depan rakyat, majoriti rakyat kini juga semakin sedar tentang hak dan kedudukan mereka yang sebenarnya. Rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan dengan siulan media konservatif yang sering mengalunkan irama palsu untuk membuatkan rakyat terus alpa dan terlena.
Bagi rakyat, PRU 13 adalah penentuan untuk merubah nasib diri dan anak cucu mereka. Jika perubahan dapat dilakukan, suasana dan sistem politik negara akan berubah ke arah yang lebih baik di mana semua pihak yang menjadi pemimpin selepas itu akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala kepentingan lainnya.
Tetapi jika perubahan tidak dapat dilakukan dalam pilihanraya ke 13 ini, ia mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi untuk melakukan perubahan yang sama. Sebab itu, rakyat kini tidak sabar untuk melakukan perubahan dan menumbangkan BN yang telah memerintah negara lebih 55 tahun ini. Mereka tidak mahu menunggu 50 tahun akan datang untuk melakukan perubahan itu.
Kini segala transformasi dan janji-janji Najib tidak lagi melekat di hati rakyat. Ia hanya ibarat taburan buih-buih sabun yang akan lenyap ditiup angin. Bukan sahaja Najib menyedari hakikat itu, semua kepimpinan UMNO juga menyedarinya. Mahathir yang pernah bertakhta selama 22 tahun juga menyedari hakikat penolakan rakyat terhadap UMNO sekarang ini.
Selain rayuannya itu ditujukan kepada rakyat dan pengundi, Najib juga sebenarnya sedang merayu kepada ahli dan perwakilan UMNO supaya tidak menyingkirkannya jika beliau hanya mampu memberi kemenangan tipis kepada UMNO dan BN. Najib juga secara halusnya sedang merayu kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin agar tidak mengambil alih tempatnya meskipun ketika itu nanti desakan ke arah itu begitu kuat.
Najib sendiri menyedari sentimen ahli UMNO sekarang. Oleh kerana Pak Lah dipaksa undur pada 2009 kerana kemenangan hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga pada piihanraya 2008, nasib yang sama juga bakal menimpanya jika gagal memperbaiki pencapaian itu.
Tinjauan umum banyak mendapati bahawa agak mustahil untuk Najib memperbaiki pencapaian 140 kerusi itu. Dengan segala macam skandal dan penyelewengan berterusan, amalan kronisme dan nepotisme terus diperkukuhkan, di samping Najib sendiri dilihat lebih lemah daripada Pak Lah, hakikatnya apa sedang menunggu beliau ialah sama ada kalah atau pun hanya mampu menang dengan kelebihan yang sangat tipis. Mungkin hanya 5 hingga 9 kerusi Parlimen sahaja.
Jika begitu kedudukannya, masa depan Najb tidak boleh diselamatkan lagi. Ahli dan perwakilan UMNO akan menolaknya dengan cara yang lebih kejam daripada yang dialami oleh Pak Lah.
Sehingga ini pun, sudah banyak kedengaran suara di peringkat akar umbi yang tidak puas hati dengan Najib, terutamanya berkaitan amalan berbelanja mewah, boros serta hobi bergaya mahal yang melibatkan anak-anak dan isteri kesayangannya Rosmah Mansor.
Ramai yang bersungut dengan perbuatan itu kerana sementara ahli dan pemimpin peringkat akar umbi sering diminta berusaha menarik sokongan rakyat tetapi perbuatan yang dilakukan oleh Rosmah dan anak-anaknya jelas menyebabkan rakyat semakin menjauhi UMNO dan BN. Kontradiksi ini menyebabkan jika keadaan memerlukan, Najib pasti akan disingkirkan kerana antara punca sebenarnya penolakan rakyat adalah kelemahan Najib sendiri dalam mengawal perilaku ahli keluarganya.
Oleh sebab itu, andainya UMNO dan BN terus menang dalam piliharaya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib sebenarnya mempunyai lebih banyak alasan untuk dipaksa berundur.
Najib memang menyedari hakikat itu. Ia kini diperkatakan di mana-mana. Nama Muhyiddin juga sudah semakin kerap disebut-sebut. Perbandingan watak Najib dengan Muhyiddin juga mulai diperkatakan. Perwatakan isteri kedua-duanya juga sedang diperbualkan. Dan kesimpulan daripada semua itu, keadaan yang sedang berlaku sama-sekali tidak memihak kepada Najib.
Najib kini sedang menggunakan usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri dan masa depan politiknya iaitu memujuk dan merayu. Rakyat dan ahli UMNO akan terus dipujuk dan dirayu untuk memberinya peluang sepenggal lagi sebagai Perdana Menteri.
Rakyat dan ahli UMNO mungkin akan mendengar pelbagai kata-kata mendayu dan menusuk kalbu lagi selepas ini daripada Najib. Inilah usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri. (SH 23/09/2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib masih ada kelebihan sebagai seorang incumbent di dalam pergelutan kuasa UMNO. Di dalam parti itu, amat sukar seorang pencabar berjaya menjatuhkan Presiden parti kerana Presiden parti mempunyai segala macam kuasa, pengaruh dan fail-fail tertentu yg boleh menakutkan mereka yg ingin menyokong si pencabar. Lihat saja apa jadi pada Musa, Ku Li, Anwar.
ReplyDeleteOleh itu jika Najib digulingkan oleh Muhyiddin sebelum PRU-13 maka memanglah Najib seorang yg bukan sahaja lemah tetapi bodoh bangang. Gunalah kuasa sebagai seorang incumbent Presiden parti itu untuk menepis cabaran Timbalan kamu, Najib. Kalau itu pun kau tak tau nak buat, balik je lah Pekan dan duduk diam-diam.
Rasanya Pak Lah sedang ketawa terbahak-bahak sekarang ni. "Padan muka kau, Najib!! KAH KAH KAH! Aku sekurang-kurangnya ada jugak menang pilihanraya umum dua kali".
Tuan,
ReplyDeleteMemang keadaan Najib agak terdesak. Genggaman kuasa kerajaan dan parti bukan sahaja nampak semakin longgar tetapi beliau sendiri sudah terasa tanda-tanda ianya akan terlepas.
Tekanan yang dirasai beliau sendiri adalah dari tekanan dalaman parti, ini sesuatu yang beliau mendapati sukar untuk mempertahankan kedudukan. Beliau tentunya sudah mendapat gambaran bahawa kejayaan beliau dalam PRU 13 nanti,dijangka lebih buruk dari Paklah. Paling-paling baikpun menyamai Paklah. Itulah juga gambaran yang diperolehi oleh pesaing politik beliau dalam parti.
Penangan politik dalam UMNO baru adalah brutal dan merciless. Bila motion dah bermula, ia hanya terhenti bila targetnya dihapuskan. Ini yang Najib takut.
mahathir telahpun memulakan motion tersebut minggu lepas dengan memberi komen yang Bn mungkin menang tipis, . Beliau mengulas tentang kerajaan BN nanti akan menjadi lemah dan menghadapi banyak masaalah dan rintangan. FMT hari ini, 23/9/12, membawa berita dimana Mahathir mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan ia akan menimbulkan ketidakadilan ( injustice). Komen-komen sebegini akan menyulitkan Najib dengan menimbulkan kemarahan orang melayu, termasuk orang UMNO baru sendiri.
Tecumseh Troy, jika Najib tahu apa kelebihan menjadi incumbent Presiden UMNO Baru, dia dah lama gunakan. Dia memang tak tahu.
tengok macamana dia menggunakan kuasa incumbent sebagai PM dengan membeli undi meelalui BR1M dll.
bat8
jd la...aku pon dh penin la ngn golongan2 yg suka dok berilusi cerita2 yg akan menambah parah lg perpecahan org2 melayu nihh..apa yg hangpa mau pon aku tatao..kempen la kuat2 sikit agar pembangkang menang dan org melayu akn selama-lamanya dok kena kepit bwh celah ketiak DAP..baru nk bersora skit dh kna picit hidung...masa tu baru hang pa tao...
ReplyDeleteMelayu kalau nak bersatu senang saja....Terajang semua Melayu yang lepas main dengan penterjemah letupkan dengan C4. Sepak Menteri Melayu yang mentedarah duit komisen kapal selam beratus-ratus juta, sula laki bini Melayu atau Mamaklayu yang sapu duit projek lembu beratus juta termasuk tendang Menteri yang luluskan. Rejam Menteri Pertahanan yang beli kereta perisai berkali ganda harga tinggi lepas tu put the blame on suppliers, jolok bontot Melayu yang bagi prime land kat Sungai Besi Air Base kepada China dan menipu dalam Projek Extension of Ampang LRT. Bunuh semua Melayu jenis ini dan jenis Melayu lembik yang penakut....BARULAH ORANG MELAYU DAPAT BERSATU SEPENUHNYA.
DeleteSokong sejuta pratus!!
DeleteAnon 11:11,
ReplyDeleteApa yang orang melayu dapat duduk dibawah UMNO Baru parti hangpa selama 30 tahun lebih? Tak nampak pun melayu-melayu pakai kereta besar, rumah besar-besar kat kampong-kampong.
tak juga aku nampak ahli-ahli UMNO baru kat cawangan-cawangan di seluruh negara hidup senang lenang dengan kereta besar yang mewah, rumah-rumah besaou macam segelintir pemimpin-pemimpin. Punya ladang-ladang getah, kelapa sawit besar-besar. Sebahagian besarnya aku nampak, duduk macam tu juga sejak 30 tahun dulu, hasil kebijaksanaan pemimpin agung hang dari kerala tu.
Hang sendiri ada berapa syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL, New York Exchange, Nasdaq!Berapa syarikat hang yang tersenarai dalam senarai syarikat Fortune 500?
Cakap macam le dia tu dah berjaya mengalah Bill gates atas sebab menyokong UMNO baru dan Mahathir.
bat8
aku x suruh pon hang sokong umno awat hang terasa podahhhh..aku cakap bab perpaduan org melayu ada paham ka..cehhh...bodo tadak akai..lim kit siang akan besiang hang 1 keturunan..
ReplyDeleteAnon 15:04 yang cerdik lagi pandai
DeleteApa sebab melayu berpecah? Macamana nak buat perpaduan melayu....minta pencerahan dari orang yang bijak lagi pandai( hang patut jadi Presiden Perkasa la beb...lebih layak dari berahim Ali)
KEPADA ANON 11:11
ReplyDeleteKalau PR menang mampoih Melayu! Betul tu! Melayu UMNO akan mampus kering kerana Melayu UMNOH adalah ibarat AYAM DAGING......Katakanlah China yang dok bela dan bagi makan ayam daging tu tetiba meninggal dunia.....dan tetiba pula ribut perubahan melanda lalu meruntuhkan BN, maaf meruntuhkan reban ayam. Maka ayam-ayam daging ini akan bertempiaran tak tentu arah, serta panik dan ketakutan kerana tak pandai nak cari makan sendiri. Selama ini disuapkan kontrek, maaf makan dedak serta hidup atas belas ikhsan ketua bahagain, maaf tauke ayam. Nak bersaing tak mampu....nak berebut cari makan takut kena pijak. Sehari dua mampoih la ayam-ayam daging ini. Manakala Melayu PAS , PKR adalah ayam kampung yang tahan lasak....biar ribut melanda, hujan mencurah atau panas membahang....ayam kampung tetap gagah meneruskan hidup seharian bersama-sama itek-itek DAP. Kau si itek nak makan cara menyudu biarlah....kami akan mencakar-cakar dan mematuk. Asal kau tak sudu kami kita akan bersetia kawan....kau teringin nak sudu ayam daging lantak engko la...tapi kalau kau sudu kami, kami taji......
Pendek citer...MELAYU UMNOH yang takut kena pijak dengan DAP kalau PR perintah adalah golongan bacul, pengecut, bodoh dan tak layak hidup di bumi ini. Ambil pisau dan potong telur kamu wahai si bacul!!!!
Asrul Sani
Bodoh betul la melayu ngot kt sini.DAP dh ambil tanah reserve utk mesjid kt peneng ni pon takpe.
ReplyDeleteAsrul Sani.nk wat cmner telur dh takde.BACULLLLLLLLLLL.jgn2 DAP dh suap telur babi perr.jgn marah nuu wa org kedah tp cri mkn d peneng.