Wednesday 25 April 2012

Shafie Cuma Nafi Bayar Tapi Tak Nafi Hubungan Dengan Zahida


Setelah beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Afdal mengeluarkan kenyataan menafian segala tuduhan yang kononnya beliau membayar hampir RM1.5 juta kepada artis Zahida Rafik sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak seminggu lalu.

Shafie juga menyifatkan segala dakwaan yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Nor Azman Azemi itu adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden UMNO itu, ia lebih menjurus kepada penafian bahawa beliau pernah membayar sejumlah wang atau sebagaimana yang didakwa oleh Nor Azman dalam laporan polisnya sebanyak hampir RM1.5 juta tetapi Shafie sama-sekali tidak menyentuh tentang hubungannya dengan artis tersebut.

Selain isu dakwaan terhadap Shafie yang disifatkan terlalu pemurah dengan wang ringgit dan bagaimana wang sebanyak itu boleh diberikan dengan mudah, rakyat juga tentunya ingin tahu sejauh mana hubungan beliau dengan Zahida Rafik ini. Adakah mereka berdua sekadar kawan biasa atau hanya sekadar rakan sembang di waktu petang dan sesekali terlajak hingga ke malam?

Atau adakah Zahida merupakan salah seorang ahli perniagaan yang memperolehi kontrak perniagaan dengan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah? Atau mungkinkah Shafie dan Zahida mempunyai hubungan yang lebih daripada itu sebagaimana yang heboh diperkatakan di sana-sini sekarang.

Sebagai seorang menteri dan sesuai pula dengan dasar transformasi serta ketelusan yang ingin dibawa oleh Najib, semua perkara itu wajar diberitahu kepada rakyat. Tindakan Shafie sekadar membuat penafian tanpa disertakan dengan bukti-bukti sokongan dikira belum memadai lagi.

Sekiranya Shafie tidak menjelaskan secara telus dan terbuka tentang hubungannya dengan Zahida, ia dalam masa yang sama tentunya juga menyusahkan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya ini. Tanpa penjelasan yang betul, rakyat lebih cenderung untuk membuat tafsiran sendiri dan mempercayai khabar-khabar angin yang bertebaran di kedai-kedai kopi dan warung tepi jalan. Tambahan pula khabar angin mengenai hubungan mereka berdua begitu banyak kedengaran, termasuk ada yang mengatakan mereka sebenarnya sudah pun berkahwin sejak sekian lama dan berbagai lagi.

Jika sudah berkahwin, di mana mereka menikah? Adakah isteri pertama memberi izin atau tidak? Semua persoalan ini penting untuk dijelaskan kerana Shafie adalah seorang menteri dan pemimpin rakyat. Meskipun hukum Islam tidak memerlukan keizinan isteri pertama sebagai syarat untuk menambah isteri tetapi undang-undang syariah negara memerlukan demikian dan sebagai seorang menteri jika Shafie menikah tanpa kebenaran isteri pertamanya, bermakna beliau tidak menghormati undang-undang. Tentulah amat mengaibkan di mata rakyat jika seorang menteri sendiri tidak menghormati undang-undang negara.

Dari segi lain isu hubungan Shafie dengan Zahida ini jelas memperlihatkan seruan Najib agar pemimpin UMNO berubah untuk memenangi pilihanraya tidak mendapat respon yang sewajarnya daripada anggota kabinetnya sendiri. Seruan Perdana Menteri agar pemimpin berubah ibarat "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" saja. Di mata rakyat, imej ini begitu buruk dan sama-sekali tidak membantu UMNO dan BN.

Meletusnya isu ini ditambah pula dengan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO mungkin membuatkan Najib terpaksa menangguhkan lagi hasratnya untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Dengan isu-isu sedia ada yang bertimbun banyaknya dan terus menghimpit beliau, isu hubungan Shafie dengan Zahida ini hanya menambahkan lagi beban sedia ada yang dipikul Najib.

Meskipun Najib dalam ucapannya sering mengusik Shafie dengan gelaran "lanun Bajau" tetapi ia tidak bermakna Shafie boleh melakukan apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada parti.

Dalam hal ini juga, berikutan Shafie adalah menantu kepada Datuk Shuib Lazim, salah seorang anggota Datuk T yang mendedahkan video seks yang mirip Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, ada juga yang mengatakan meletusnya isu Shafie ini merupakan kifarah yang menimpa Najib dan UMNO kerana merestui perbuatan itu. Apa yang dibimbangkan, jika benar ianya merupakan kifarah atas kesalahan mendedahkan sesuatu yang tidak betul atau mengaibkan seseorang, mungkin lebih banyak lagi kifarah yang akan meletup selepas ini. Sekarang giliran Shuib Lazim, muungkin lepas ini giliran Rahim Tamby Chik atau Datuk Eskay pula.

Perbuatan mendedahkan aib orang lain akhirnya dibalas Tuhan dengan aib yang memalukan UMNO seluruhnya. Mungkinkah dengan pendedahan berterusan pelbagai puak sekarang ini yang ternyata amat ghairah dan kemaruk untuk menceritakan keburukan Anwar Ibrahim sehingga ke tahap yang melangkaui batas tata susila agama dan budaya, akhirnya nanti akan menyebabkan UMNO dan pemimpinnya terus-menerus menerima aib yang lebih besar lagi.

Jika balasan Tuhan benar-benar ditakuti, ada baiknya semua pihak kembali kepada langkah kesederhanaan dalam berpolitik. (SH 25/04/2012).

3 comments:

  1. Ada saksi di utara kelantan mengatakan mereka telah pun berkahwin..kalau benar lebih baik mereka berdua mengumumkan sahaja perkahwinan mereka kpd qkhbar bagi mengelak fitnah dan persepsi org yg berterusan
    tak kisah lah kalau kahwin kali kedua tu tak perlu minta kebenaran isteri pertama kerana islam membenarkannya.. tak hormat undang undang negara pun bukannya shafie buat salah besar pada negara cumanya dia mwngecewakan isterinya sahaja.. melainkan isterinya akan reda atau tidak perkahwinan tersebut kalau reda..syukur

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Ini pak ustaz UMNO kalau cakap, macam Islam merekalah paling hebat di dunia, mengalahkan Pusat Islam Amerika, Pusat Islam UK, pusat Islam di Arab Saudi, Pusat islam Australia, Pusat Islam Mesir, China dll.

    Walhal, disebalik mendabik dada mereka itu, mereka sudah lari dari mesej Quran sebenarnya.

    Contoh : Rasuah, kroni-kroni, membazir negara wang rakyat dll. Mana mereka? Senyap beruk.

    Kita harap Bersih 3.0, bukan hanya anak muda, tapi juga semua agama seperti Islam, sami Buddha, paderi Kristian, dll, turut di barisan hadapan untuk menentang LANUN UMNO/BN yang sudah juah dari etika kemanusiaan dan ajaran Quran sebenarnya.

    Ayuh Pak Imam, Sami, paderi berdiri teguh dibarisan hadapan untuk sama-sama berdoa ketika dalam perjalanan dan ketika di dataran merdeka nanti.

    INgat UMNO/BN : Doa orang yang dianiaya sangat mujarab.

    Tuhan tidak kitra siapa dia Melayukah, Cinakah, Hindukah TUhan Maha Adil.

    ReplyDelete
  3. uma aii acak... nandulah ngan akuk.. kawan mu bahari di st. anthony.. kelas 4 sc 2 dan 5 sc 2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...