Friday, 14 December 2018

TUN MAHATHIR PERLU HENTI KEGHAIRAHAN AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU


Meskipun tindakan keluar UMNO oleh beberapa bekas pemimpinnya adalah pilihan mereka sendiri yang mungkin didorong oleh pelbagai sebab dan faktor, tetapi kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak sewajarnya dialu-alukan, apalagi dibentangkan dengan "karpet merah".


Di sebalik Bersatu mahu menjadi pengganti UMNO, yang dialu-alukan berpindah parti seharusnya ialah ahli di peringkat bawahan atau cawangan dan bukannya pemimpin atasan yang pernah mencaci dan memandang rendah parti itu dan Tun Mahathir Mohamad sendiri sebelum ini.


Yang jelasnya, pemimpin UMNO yang keluar parti dan memilih menyertai Bersatu itu bukanlah kerana mereka yakin dengan perjuangannya atau sebab bersetuju dengan Tun Mahathir, tetapi semata-mata kerana kepentingan peribadi yang disebabkan UMNO sudah tidak lagi berkuasa.


Kalau mereka yakin dengan Bersatu dan mempercayai perjuangan Tun Mahathir, sudah pasti sebelum pilihanraya umum dulu lagi mereka sudah meninggalkan UMNO.


Jika hari ini UMNO masih lagi berkuasa, sudah tentu juga caci maki mereka kekal berterusan terhadap Tun Mahathir dan yang dipuja dan dan disanjung tetaplah Najib Razak dan Rosmah Mansor.


Alasan kononnya kemasukan ke dalam Bersatu untuk kepentingan rakyat tidak lebih sekadar pemanis mulut untuk menutup segala kepentingan diri mereka.


Selepas masuk ke dalam Bersatu dan berpelung berdamping rapat dengan Perdana Menteri, dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen, Adun atau bekas Ketua UMNO Bahagian, biasanya kecenderungan mereka seterusnya ialah melobi dan mencium tangan Tun Mahathir untuk tujuan memperolehi jawatan dan kedudukan dalam kerajaan.


Akhirnya, bukan saja pejuang-pejuang asal dalam Bersatu akan tenggelam dan ketinggalan, bahkan Bersatu akan dipenuhi dengan oleh "sampah sarap" daripada UMNO belaka.


Apakah keadaan itu yang Tun Mahathir mahukan berlaku kepada Bersatu?


Lagi pula, Pakatan Harapan sudah mempunyai majoriti yang agak selesa dalam Parlimen sekarang ini. Tanpa kemasukan Ahli Parlimen UMNO pun, kerajaan yang ada masih mampu berjalan dengan baik.


Selain bertentangan dengan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dalam pilihanraya umum lalu, penerimaan kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, dimulai dengan Mustapa Mohamad, kemudian Ahli Parlimen Bagan Serai dan semalam Ahli Parlimen Masjid Tanah menyerahkan borang keahlian, selepas ini mungkin disusuli pula oleh segerombolan bekas pemimpin dari Sabah dan Ahli Parlimen Semenanjung yang bermasalah, trend ini yang semacam dialu-alukan oleh Tun Mahathir sendiri hanya menyebabkan timbulnya cakap-cakap bahawa beliau ada maksud lain di sebaliknya.


Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sudah stabil dan telah ada persetujuan untuk beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, sebenarnya tiada keperluan sama sekali untuk membawa Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.


Untuk apa Tun Mahathir mahu menambahkan lagi jumlah Ahli Parlimen dalam Bersatu, sedangkan dalam setahun setengah lagi beliau mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar?


Dalam waktu yang sama, tindakan Tun Mahathir menerima dan menggalakkan kemasukan wakil-wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu juga bertentangan dengan kenyataannya sendiri yang pernah mengatakan bahawa kerajaan memerlukan pembangkang yang kuat bagi memastikannya dapat mentadbir kerajaan dengan betul.


Tun Mahathir menganggap pembangkang yang kuat ibarat cermin yang boleh menjadikan kita sentiasa dalam keadaan baik dan kemas setiap hari.


"Tak usah lama, cuba kita tak payah tengok cermin dalam tiga hari dan kemudian pergi bekerja seperti biasa, ketika itu tengoklah keadaan diri kita," demikian antara kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Tun Mahathir.


Oleh yang demikian, Tun Mahathir perlu menghentikan kemasukan Ahli Parlimen, Adun dan bekas pemimpin UMNO ke dalam Bersatu ini serta biarkan mereka berperanan sebagai pembangkang yang menyumbang ke arah kebaikan kepada kerajaan dan juga negara.


Bagi tujuan itu, Tun Mahathir bukan saja wajib mengeluarkan kenyataan yang tegas tidak akan menerima kemasukan mereka ke dalam Bersatu, bahkan sebaiknya juga tidak melayan sebarang permintaan mereka yang mahu berbuat demikian.


Kerajaan Pakatan Harapan, dengan sokongan rakyat yang telah membuat keputusan menolak UMNO dan BN mesti dikekalkan sehingga PRU14 akan datang. Ini adalah pilihan rakyat yang memberi undi kepada Pakatan Harapan.


Membawa lebih ramai bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu hanya memungkinkan Bersatu menjadi UMNO 2.0 dan bukan menjadikan Bersatu sebagai pengganti UMNO.


Dalam keadaan itu nanti, masihkah rakyat mahu terus memberi sokongan kepada Bersatu? (ShahbudinHusin 14/12/2018)

39 comments:

  1. Setelah begitu banyak caci maki hamun kutuk dan sumpah seranah yg dilemparkan oleh gerombolan penyangak umngok sebelum ini, PPBM masih dgn tangan terbuka dan dgn karpet merah mengalu alukan kedatangan mereka. Umngok telah ditolak rakyat! Gerombolan penyangak dan penyamun ini sekarang cuma pentingkan diri sendiri, kaum kerabat dan kaum subahat mereka sahaja. Jiwa mereka kacau kerana ketiadaan duit dan kuasa, kerana tanpa duit dan kuasa kelangsungan hidup musibat mereka akan musnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesultanan Melaka yg cukup gah lagikan hilang lenyap, inikan pula UMNO.....!!

      Delete
    2. Salam pak man and welcome back.

      Delete
    3. Salam & slamat bro Othman..

      Dek pengkhianatan pembelotan melayu itulh penyebabnya..
      bungkus terus dan x bersultan..
      Ianya diteruskan oleh era kerajaan umnobn..malapetaka ke malapetaka dhimpap melayu islam itu sendiri..
      'hidup melayu' slogan pengkhianat melayu..cis!bedebah..

      Delete
    4. Apa perlu dilayan mangkuk ayan dari umno ini..dah merata pelusuk malaysia umno hendak kuburkan tanpa nisan bang Shah..

      Delete
    5. Umno parti dah bingai..dgn pas nak u g..ini pulak dgn p k r dan d a p..namapk gayanya bergasak dorang sesama sendiri..bagus..ada harapan bergolek2 msk tong taiiik..
      Amacam x gitu bhai..

      Delete
    6. Pada Abah tak kisahlah melompat ke parti mana pun asalkan semua orang Melayu berkumpul didalam SATU parti. Kuatkan SATU parti..lupa kan sengketa lama...

      Delete
    7. Kalau kita berkumpul bersama penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita pun terikut wangi sama.. kalau kita berkumpul bersama penyangak dan penyamun, sedikit sebanyak kita akan..???

      Delete
    8. Tuan Budin patut tanya Bro Anwar kenapa politik Malaysia dah jadi macam ini sekarang.
      PPBM bukan TUNGGUL KAYU.
      he....he....

      Delete
  2. Pemimpin UMNO/BN yang keluar parti dan berhajat serta PH khususnya Bersatu itu akhirnya akan menjadi parasit yang akan memusnahkan PH dari dalam. Bersatu khususnya TDM perlu ambil kira perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, komen itu tadi komen KEDUA rupa-rupanya. Hehehee..

      Delete
    2. Ya, gerombolan penyangak umngok itu umpama parasit yg memerlukan perumah.

      Delete
    3. Lagi satu, jgn lah panggil depa pemimpin, depa dah ditolak rakyat! Depa menang pun confirm ada huloq fulus kat pengundi, kalau tak, confirm kalah punya.

      Delete
    4. Betul tu depa bukan lagi pemimpin tapi PemimPI, berbaik2, cuba rapat2 dgn Tun M & PBBM, mimpikan jawatan, luasa pangkat dan habuan(apa2 projek la kot, ssalkan wang masyuk)

      Delete
  3. Mr.M lebih tahu apa yg dia buat dan lakukan..ada yg tersirat dan yg tersirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabelum ini pokok PH hidup subur dan rendang. Tetapi ada beruk beruk diatas pokok yang bersifat tak sabar dan mulai mengacau penghuni pokok.
      Jadi sekarang pokok sudah bergoyang......

      Delete
  4. Tun m pun bekas ahli umno, terbuka menerima mana2 bekas ahli umno..."sampah sarap" boleh dikitar semula.

    ReplyDelete
  5. wakil rakyat umno ni dah mula pikir diri sendiri. klu dia pikir rakyat, dah lama dia flying kick najibut oh, wak jahid.

    tun kena cantas telo2 wakil rakyat umno yg nak masuk bersatu ni....kembirikan saja supaya jgn buat hal pulak kat belakang. mereka ni semua tengah pkir survival diri masing2. klu betul untuk rakyat, bagus resign dan biar rakyat tentukan siapa yg nak dipilih.

    tapi macamana pun, kesian jugk geng kepala butoh tinggal sorang2......he he he....lu pi ikut kepala bapak tu...

    ReplyDelete
  6. Bani Umayyah telah pernah menggigit takhta khalifah selama hampir seabad. Kemudian mereka ditumbangkan dan gigitan itu terlepas.

    Kemudian Bani Abbasiyyah pula telah menggigit takhta khalifah, kemudian mereka juga tumbang di Iraq di tangan pasukan Monggol.

    Walaubagaimanapun gigitan ke atas takhta itu tidak terlepas. Mereka telah menyambung takhta tersebut di Mesir di bawah kesultanan Mamluk. Mereka menjadi khalifah tanpa wilayah pemerintahan.

    Kemudian apabila kesultanan Mamluk dikalahkan oleh Kesultanan Turki Uthmaniyyah, khalifah terakhir Bani Abbasiyyah telah menyerahkan takhtanya kepada Sultan Turki, Sultan Selim 1. Maka jadilah bangsa Turki khalifah kepada umat.

    Selepas 30 khalifah daripada Turki Uthmaniyyah, mereka juga akhirnya ditumbangkan. Mereka tidak digantikan oleh keturunan yang lain sebaliknya jawatan khalifah itu dimansuhkan.

    Kesimpulannya ialah, tiada takhta yang akan kekal selamanya. UMNO telah memegang takhta Perdana Menteri selama 61 tahun. UmNo juga telah terlepas gigitan tersebut, selepas mereka menjadi 'kaum yang berpaling' di bawah Najib.

    Mereka (UmNo) telah dikalahkan oleh satu pasukan gabungan yang diketuai oleh Pengerusi PPBM, sedang PPBM pula adalah asalnya kaum yang bermufaraqah daripada UmNo selepas UmNo menjadi 'kaum yang berpaling'. Maka, tidak syak lagi bahawa PPBM adalah 'kaum yang didatangkan' selepas kaum yang asal berpaling (UmNo).

    Kesemua ahli tafsir telah sepakat kepada satu perkara iaitu umur Umat Muslimin selepas Nabi Muhammad saw tidak akan mencecah tahun 1500H. Kini kita telah pun berada di tahun 1440H. Tempoh baki untuk kita terus wujud di atas muka bumi ini sudah tidak mencecah 60 tahun hijrah pun.

    Maka, di atas prinsip 'tiada kerajaan di dunia ini yang akan kekal selamanya', dan di atas khabar nubuwwah zaman khilafah manhaj nubuwwah adalah zaman terakhir umat Muslimin, selepas berlalunya zaman fitnah, maka parti yang menggantikan UmNo sendiri pun tidak akan mencecah umur 61 tahun pemerintahan sebagaimana UmNo telah memerintah.

    Kesimpulannya, UmNo akan lenyap sebagaimana khilafah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah telah lenyap, dan PPBM yang bakal menggantikan UmNo juga akhirnya akan lupus sebagaimana khilafah Uthmaniyyah telah lupus.

    Mari kita beramai-ramai sertai dan kekal di dalam PPBM. Inilah parti orang Melayu Islam yang bakal menjadi tonggak pentadbiran Malaysia sehingga kiamat kecil kepada kaum Melayu berlaku.

    UmNo bakal lenyap dan menjadi sejarah zaman fitnah, sedang PPBM bakal menjadi 'wadah bangsa Melayu' di zaman baru.

    PPBM bakal menang mutlak pada hari berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS dan kekal memerintah negara sehingga kiamat kecil itu berlaku, in shaa Allah.



    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Orang yang dalam jiwanya ada perjuangan untuk bangsa agama dan negara mengalu-alukan kemasukan mp umno kedalam mana-mana parti gabungan PH. Cuma pemimpin umno yang bermasalah saja harus ditolak permohonan mereka.
    Orang yang menolak kebanjiran pemimpin umno kedalam bersatu, adalah mereka yang hanya ada kepentingan peribadi dan tidak iklas berpolitik. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut peluang mereka dirampas.
    Kalau nak kata umno korup pun, sudah 61tahun umno menjadi tunjang dalam kerajaan.
    Janganlah kerana ada sebilangan kecil dalam umno yang tak beretika, maka kita anggap semua nya tidak berguna. Ada yang berperanan menyumbang kearah kemakmuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar bro..namun seeko kerbau membawa lumpur semuanya dah terpalit..
      Lihat kini dah x bergerak pun dbhgian bawah..ahli2 moyok..no money no action..kerna apa..kerna mereka kaki rasuah..

      Delete


    2. Setuju dengan pendapat bro Joe.

      Tiada salah menerima seseorang seperti Tok Pa sebagai ahli PPBM.

      Yang salah ialah sekiranya seseorang seperti Nazri Aziz yang diterima menjadi ahli.

      Rasanya semasa PRU-14 sedang berlangsung, kita telah pun dapat mengenalpasti siapa yang boleh diberikan green light dan siapa pula yang memang tidak boleh dibenarkan masuk sama sekali.

      Delete
    3. Saya setuju dgn bro John Doe.
      Orang yg takut melihat PPBM menjadi kuat adalah dari PKR dan DAP.
      PPBM akan ganti UMNO untuk meneruskan perjuangan orang Melayu di Malaysia.

      Delete
    4. Op sorry.....rupa Joe Harry bukan John Doe.
      he...he....

      Delete
  8. ADA APA APA KOT DENGAN TDM! Kita tunggu dan lihat sebab tak kan pokok bergoyang kalau tak ada angin.

    ReplyDelete
  9. Benar kata2 Joe Harry...harus dipastikan yg benar2 ikhlas utk berjuang untuk negara saja yg diterima masuk Bersatu...ada juga yg beretika dikalangan mereka tu dan saya percaya Tun lebih arif tentang perkara ni...

    ReplyDelete
  10. Jika benar pakatan dah cukup mantap x perlu sapa2 loncat masuk lagi, apa kejadah nazri bagitau umno sel bangnon dah setuju settle 4 khendak nazri untk umno. Wakkomedi yg nak kedalam berharap sgt cpt bangnon jd pm. Sy 1000 kali lagi percaya malaon2 umno ini d bawah tun drpd bersetongkol dgn bangnon. Tun knows what he is doing untk kebaikan negara. I dont trust one bit of d other fellow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M dah tua fgn berumur 93 tahun. Adalah mustahil mahu jadi pengkhiat.
      Tapi MUNGKIN ada beruk beruk yg cuba menggigit tangan beliau sekarang.
      JIKA ANDA DITEMPAT TUN......ADA KAH ANDA BERDIAM DIRI?

      Delete
  11. latest besides ikhmal, another 5 leaving......and the saddest thing is najibut oh still refuses to accept the truth and responsibility!

    he has become too arrogant!

    ReplyDelete
  12. sangat bersetuju dgn pan pandangan tuan shahbudin. kalau pemimpin umno kepanasan dibawah kepimpinan dato ahid hamidi mereka boleh lompat ke dalam parti lebai ie, sahabat taawun mereka...kalau dah ada nombor ahli parti lebai boleh jumpa ostad taliban minta syafaat senang masuk syurga

    ReplyDelete
  13. Gembira benar di dlm hati cgu Kejora bujang
    Ada dara ayu nak mari ke kg dia, kat Tunjang
    Tak tertahan dara merindu di rumah panjang
    Cari teruna, bakal naik pelamin punya jinjang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  14. Dengan izin tuan blog,

    Pohon kongsi semula tulisan saya di blog CG pada entry gambar pemimpin-pemimpin besar UmNo dengan Tun M.

    ------------

    john doeDecember 13, 2018 at 5:14 PM

    Saya langsung tak percaya Tok Mat kata perjumpaan tu untuk merayu UmNo tak dibubarkan. 

    Saya sangat percaya ia memang untuk 'minta nyawa' dari Tun. 

    Sory, ini bukan masa Najib, asal kantau saja dapat nyawa. 

    Ku Nan dah kena. Kalau ada sesiapa lagi di dalam gambar tu lakukan jenayah, dia juga akan kena.

    ------------

    Nah, baca ni. Di antara kenyataan Tun M yang baru dibuat dengan kenyataan Tok Mat Hassan yang dibuat sebelumnya, sejak dari awal lagi saya langsung tak percaya dengan kenyataan Tok Mat Hassan.

    Pemimpin UmNo hanya fikirkan diri masing-masing dan bukan nasib UmNo.

    Kalau nak keluar, keluarlah cepat. Tak perlu tunggu persetujuan Tun M untuk benarkan mereka join PPBM. Lagipun seperti kata Tun M, PPBM hanya akan 'mempertimbangkan' permohonan untuk menjadi ahli partinya, selepas mereka keluar UmNo, dan tiada jaminan permohonan mereka itu akan diterima.

    -------------

    Mat Hasan pun nak tinggalkan Umno?

    Kow Gah Chie
    14 Dis 2018, 5:51 petang (Dikemaskini 14 Dis 2018, 6:02 petang)

    A A

    Berbeza daripada apa yang difahamkan kepada media, pertemuan beberapa pemimpin kanan Umno dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan berkaitan pembubaran parti.

    Ditanya mengenai perkembangan terbaru melanda Umno hari ini perdana menteri berkata 'rombongan' tersebut datang untuk memaklumkan rancangan mereka meninggalkan Umno.

    Jika kenyataan itu benar, bermakna Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berdepan tekanan lebih kuat untuk melepaskan jawatannya.

    Hal itu kerana seorang daripada pemimpin Umno yang bertemu Mahathir - dan gambar itu menjadi tular beberapa hari lalu - ialan timbalan Ahmad Zahid sendiri, iaitu Mohamad Hasan.

    Ditanya mengenai pertemuan tersebut perdana menteri berkata tujuan rombongan berkenaan bertemu ialah untuk menyatakan hasrat mereka keluar Umno.

    "Mereka datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan Umno.

    "Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain," katanya.

    Mahathir ditemui media selepas menghasiri sambutan ulang tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.

    Pada 13 Dis lalu dua keping gambar menunjukkan Mahathir bertemu enam individu menjadi tular dan menimbulkan keresahan di kalangan penyokong parti politik.

    ReplyDelete
  15. Artikel yg terbaik En. Budin slps PRU. Nampak semula natural sbgai penulis politik bebas. Tahniah

    ReplyDelete
  16. Salam Saudara Budin, bukan semua orang UMNO tu buruk. Yg berjuang di bahagian & cawangan bnyk yg ikhlas. Yg haprak adalah pemimpin2 mereka yg ada kuasa & wang ringgit. Memang Tun perlu buat tapisan sebelum menerima mereka, tapi kalau ahli2 biasa, bagi je diaorang masuk. Utk makluman Saudara Budin, Pak Sheikh pun buat benda yg sama tapi senyap2. Saya rasa Saudara Budin pun tahu.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Tun M bukanlah tak bijak untuk pilih kaca dan permata..permata malap pun kalau digilap semula akan bersinar..prinsip PPBM jelas...saya percaya semua masih berpegang pada prinsip. Ingat kita menang secara bersama..kurangkan lah kenyataan yang menunjukkan gabungan seolah bodoh dan tidak perlu menjadi kuat...

    ReplyDelete
  19. Aikkkk....itu hari kemain tak kisah pon bila mahathir berbaik ngan anwar.....nie ex-ahli UMNO nak berbaik dgn masuk PPBM kau meroyan pulak.....hapuskan lah dendam lama....jgn membuat pandangan yg bias.....itu hari sokong mahathir, ini hari bangkang pulak kata tak boleh.....lalang lar kau nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...