Saturday 16 June 2012

Mubarak Pun Tak Berubah Rupanya!!


Ketika Majlis Bekas Wakil Rakyat BN atau Mubarak menyatakan hasrat kepada Najib beberapa bulan lalu agar bekas-bekas wakil rakyat turut dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya akan datang ini, ramai yang menyangka ianya sekadar gurauan atau cakap-cakap main-main sahaja.

Tidak ramai yang menyangka ia perkara serius kerana Mubarak ini dianggotai oleh mereka yang sudah pernah merasai nikmat menjadi wakil rakyat. Takkan mahu menjadi wakil rakyat lagi.

Tetapi apabila Presiden Mubarak, Aziz Abdul Rahman baru-baru ini menyatakan bahawa mereka sudah menghantar 21 nama kepada Najib untuk dipertimbangkan sebagai calon BN, ternyata mereka ini benar-benar serius ingin bergelar YB semula.

Walaupun semua orang mengakui, termasuk Najib sendiri bahawa pilihanraya akan datang ini adalah medan orang muda kerana selera orang muda yang merupakan majoriti pengundi dijangka menjadi penentu siapa menang dan siapa kalah, Mubarak nampaknya tetap merasakan orang tua harus diberikan tempat.

Pemikiran dan keghairahan Mubarak untuk turut sama dipilih sebagai calon pilihanraya sebenarnya tidak lebih menggambarkan mereka ini masih lagi golongan yang tak sedar diri, tak berubah dan kadang-kadang juga syok sendiri.

Tidakkah mereka sedar walaupun tafsiran "winnable" itu cukup terbuka sifatnya dan tiada penentuan had umur, tetapi dengan Mubarak sendiri menawarkan diri sebagai calon, dengan jumlah 21 orang pula, benar-benar suatu perbuatan yang memalukan.

Ini kerana ahli-ahli Mubarak relatifnya adalah orang-orang tua dan pernah pula menjadi wakil rakyat, EXCO Kerajaan Negeri, timbalan menteri, menteri dan sebagainya.

Trend pemimpin pilihan rakyat sekarang ialah orang muda, berpelajaran, bijaksana dan berani dalam memperjuangkan rakyat. Dengan sebahagian besar wakil rakyat BN sedia ada pun sepatutnya sudah ditukar dengan golongan muda, sebenarnya amatlah tidak logik untuk menempatkan semula bekas-bekas wakil ini untuk bertanding semula. Apatah lagi untuk meminta-minta.

Jika mereka dicalonkan semula, ia memberi gambaran bahawa UMNO dan BN bukan saja ketandusan calon tetapi juga tidak menghargai golongan muda yang menjadi penentu pilihanraya.

Sepatutnya dalam soal pilihanraya ini, Mubarak lebih sedar diri siapa diri mereka. Mereka adalah golongan yang sudah merasai nikmat menjadi wakil rakyat. Kalau pun ada di kalagan ahli Mubarak yang dirasakan sesuai, biarlah ia dipilih oleh pucuk pimpinan sendiri dan bukannya mereka yang meminta-minta.

Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Mubarak ialah membantu parti, bukannya turut sama sibuk melobi jadi calon.

Dengan keghairahan Mubarak sehingga mahu meminta 21 ahlinya sebagai calon pilihanraya juga menunjukkan Mubarak sebenarnya tidak pernah berubah meskipun sudah pernah digugurkan sebagai calon pilihanraya sebelum ini. Jika dipilih lagi, tiada jaminan mereka ini mampu memberi khidmat yang baik dan cemerlang kepada rakyat. Mungkin hanya menambahkan kekayaan sendiri sahaja.

Sudahlah Najib dan UMNO sebelum ini dikata tidak pernah mahu berubah walaupun hari-hari melaungkan ingin berubah, sikap yang ditunjukkan oleh Mubarak ini menyerlahkan lagi hakikat bahawa UMNO secara keseluruhannya memang tidak pernah mahu berubah.

Pemimpin tidak berubah. Ahli UMNO tidak berubah. Bekas wakil rakyat UMNO pun tidak berubah juga rupanya.

Sepatutnya bekas-bekas wakil rakyat ini lebih menumpukan kepada hal-hal lain saja setelah tidak lagi menjadi wakil rakyat. Jika tiada apa yang nak dibuat, melayan anak cucu dan menjadikan kekerapan ke surau serta mendalami ilmu agama jauh lebih baik daripada secara terbuka menyatakan keinginan untuk dipilih semula sebagai calon pilihanraya.

Berhentilah berimaginasi untuk kembali muda dan kerap-keraplah memandang cermin. (SH 16/06/2012)





2 comments:

  1. Ha ha ha,

    MUBARAK mula MEMBERAK! MUBARAK nak tunjuk warak tapi kerja macam orang lepas baru tunggang arak! Dengan adanya MUBARAK lagi cepat UMNO BN berselerak. Cakap bagai nak RAK tapi result TARAK.

    MUBARAK ni kembar seiras Hosni MUBARAK. Sokong depa ni hangpa cuma makan KERAK!

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Mubarak tak ubah bagaikan "Viagra" buat pimpinan tua yang bermasalah "ED" dalam UMNO BN. Pemimpin lanjut usia ini masih bernafsu serakah, cuma malang "ereksi" dan kemampuan tenaga batin menjadi penghalang. Maka "viagra" dicari untuk menonjol kegagahan palsu mereka.

    Silap silap "viagra" ini akan terus menghentikan denyutan jantung mereka kerana golongan pimpinan lanjut usia inilah lazimnya mempunyai masalah jantung dan pelbagai penyakit lain. Harap harap mereka tidak mati diatas perut seseorang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...