Wednesday, 2 March 2016

SELEPAS BN DITERBALIKKAN, UMNO SEPARUH TIANG PULA MUNCUL DI JOHOR


Jika sebelum ini, sebagai tanda protes atas apa yang dipercayai sebagai ketidakadilan terhadap Muhyiddin Yassin, banyak lambang BN diterbalikkan di beberapa kawasan di Johor, kini penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu mula mengibarkan bendera UMNO separuh tiang pula.

Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO "sudah mati" di hati mereka. (SH 02/03/2016).

Tuesday, 1 March 2016

KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI


Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya  datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?

Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.

Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?
Atau,  jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.

Iyalah, kalau sudah sampai tiga kali dibaling batu, tetapi tidak juga berani melawan, makcik Felda pun tidak sukar memahami siapa salah, siapa benarnya. (SH 01/03/2016).

AYAT APA NI?

Di ketika Najib Razak dipertikaikan di seluruh dunia, malah diperkatakan ramai persamaan kepimpinannya dengan pencapaian cemerlang bapanya hampir tidak ada sama sekali, agak menghairankan apabila tiba-tiba Tun Abdullah Badawi boleh berkata sebaliknya pula.

"Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang yang cukup besar ditinggalkan oleh beliau," kata bekas Perdana Menteri itu.

Apa agaknya yang Tun Razak boleh berbangga dengan pencapaian Najib?

Apakah mungkin Tun Razak boleh berbangga dengan 1MDB, derma berbilion-bilion dan dana sebuah syarikat milik kerajaan yang masuk ke akaun peribadi Najib?

Berbanggakan juga Tun Razak dengan segala macam kemewahan serta pembaziran Najib bersama isteri dan anak-anaknya yang bertahun-tahun sudah menjadi bualan ramai?

Lebih-lebih lagi lafaz kata Tun Abdullah itu dilakukan hampir serentak dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO yang bukan saja dilihat terus mengancam kedudukan  Najib di singgahsana Perdana Putra, malah juga menjadikan "hari-hari terakhir" BN semakin di penghujungnya.

Adakah ini merupakan ayat sindiran atau barangkali tanda-tanda sudah termakan dedak juga? (SH 01/03/2016).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...