Tuesday, 19 June 2018

WAKTU BERKEMPEN TERLALU SINGKAT, UMNO PATUT ANJUR DEBAT TERBUKA


Waktu berkempen bagi pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini boleh dikata agak singkat dan pasti menyukarkan calon-calon yang bertanding untuk menjelajah ke negeri-negeri dan bahagian-bahagian untuk bertemu perwakilan.

Dengan tarikh tutup pencalonan pada 17 Jun lalu, manakala hari pengundian pada 30 Jun, bermakna waktu berkempen hanya ada kira-kira 12 hari saja.

Dengan itu, sudah tentu calon-calon yang bertanding terpaksa berkejar dengan masa untuk pergi ke negeri-negeri dan bahagian-bahagian bagi bertemu para perwakilan bagi merayu sokongan serta undi.

Terutama bagi bagi calon yang bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO misalnya, barangkali tidak memadai jika mereka sekadar berjumpa perwakilan dengan hanya membelanja makan atau minum petang semata-mata.

Setidak-tidaknya, bagi pesaing jawatan utama itu, mereka mesti mahu membentangkan visi, gagasan dan  apa yang mahu dilakukan jika diberi amanah memegang jawatan yang diidam-idamkan.

Visi, gagasan dan apa yang mahu dilakukan itu boleh jadi pula merangkumi soal ekonomi, politik, cara bertindak sebagai pembangkang, persediaan menghadapi pilihanraya dan macam-macam lagi.

Oleh kerana banyak topik yang mahu dibicara dan dibentangkan, jika dibiarkan setiap calon bergerak secara sendiri-sendiri, ia mungkin juga menimbulkan masalah kepada calon dan perwakilan cawangan-cawangan yang bakal memberikan undi mereka.

Selain boleh juga berkempen melalui media sosial, ibu pejabat UMNO dalam hal ini mungkin boleh mengatur debat atau forum terbuka, terutama di kalangan mereka yang bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Debat atau forum terbuka itu sama ada diadakan di Kuala Lumpur yang siarannya dilakukan secara langsung melalui media sosial atau boleh juga diadakan mengikut zon seperti utara, selatan, tengah dan timur.

Dengan adanya debat atau forum yang disiarkan secara langsung melalui media sosial atau turut dihadiri oleh para perwakilan itu, mereka boleh menilai sendiri tahap kemampuan calon-calon yang bertanding berdasarkan penampilan tersebut.

Ini juga menjadikan lantai pertandingan terlihat adil bagi semua calon yang bertanding di mana mereka boleh menggunakan peluang dan ruang tersebut dengan sebaik-baiknya untuk berkempen dan menunjukkan kemampuan masing-masing.

Langkah ini juga sekaligus mampu membendung atau mengurangkan amalan politik wang yang mungkin berlaku dalam pemilihan kali ini. (ShahbudinHusin 19/06/2018)

16 comments:

  1. umno dan wang...berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke "Dengan adanya debat atau forum ... para perwakilan .. boleh menilai sendiri tahap kemampuan calon-calon yang bertanding"?

      Jaga jangan Pengerusi atau moderator Umno yang joker, asyik lawak jenaka, akhir nya perwakilan tak ingat calon2 siapa, cakap apa ...

      Delete
  2. Mana boleh DEBAT TERBUKA, Bang? Nanti terbuka cawat nya.

    Cawat tu ia lah loin cloth yang di pakai orang Hindu bila mahu mandi di Sungai Ganges, mandi agama Hindu, ablution.

    Orang Umno pakai loin cloth sebab kulit nya semua dah kudis, pekong bertepek tepek, pekong korapsi makan duit.

    Jadi, tak payah debat terbuka ler. Buka mulut mcm mana yang boleh aje, bior mulut depa terbuka, cawat jangan. Nanti amat besor kemaluan nya. Hehe

    ReplyDelete
  3. ".. waktu berkempen hanya ada kira-kira 12 hari saja."

    Tak banyak beza dengan waktu berkempen untuk Pru14. Mcm itu pun, beratus juta - kalo tak berbilion - Ringgit terbang. Kempen pemilihan parti tak ler gitu banyak duit terbang. Tapi, silap silap berjuta jugak.

    Kerry Okspod dah kempen dulu lagi. Lihat berapa selalu open house dia (expense is no object) yang di buat di Rembau, kampong bapak dia. Mesti di buat di situ, sebab nakkan kaitan dengan bapak orang, orang Melayu Rembau. Bukan kaitan dengan emak nya, yang kaum double ee, saperti Azees ex-Tabung Haji. Mesti nak tonjolkan dia orang Melayu.

    Aku tak kesah sangat double ee atau treble eee. Tapi tak minat orang yang galakkan Ku Li tanding jawatan Presiden tuh, tapi alih alih last minute, dia pulak tanding sama. Ada udang di sebalik bibir.

    Timbul soal jumpa Kerry dan ular, hentam ......

    ReplyDelete
  4. Apa yg mahu direbut rebutkan lagi. Bukannya ada kuasa apa2pun. Sepatutnya skrglah masa ahli umno Bersatu hati dgn memilih presiden secara sebulat suara dgn mengangkat tangan..kikykiky..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu tangan angkat ke atas, satu lagi terbukak di bawah .. ngarap sampul tebal dari wakil calon berdekatan, bro. Hehe

      Delete
  5. Jgn terbuka zip seluar sudah..kikiki.
    Time ni la umno kena muhasabah diri tggalkan politik uang tu baru rakyat kembali menyokong umno..kalau masih nk kena suap dgn dedak alamatnya mengabihkan boreh aje pemilihan umno diadakan..orng melayu akn pandang umno sebelah mata saja lepas ni..tok gitu.??

    ReplyDelete
  6. kalau Zahid menang bn menang akn bawa legasi najib,politik wang/tipu.
    kalau ku li menang bn menang,akn kembali ke zaman fiudal melayu bangsawan,ahli2 yes man.

    kalau khairy menang,bn menang nampak sikit umno akn refom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! KJ sebagai Presiden UMNO ! Yang lain pergi main jauh-jauh. Mahathir dah pun 'endorse ' KJ.

      Delete
    2. Ye ke, Bang? Nakkan Umno jadi L I B E R A L ke?

      Kerry Okspod nakkan Malaysian Malaysia ke (sama rata peluang kerja ke, ape ke), tak payah kesah mustahak nya Bahasa Malaysia ke (nama di papan tanda kedai2 dll), senyapkan Dasar Ekonomi Baru mcm Najib buat ke, Melayu dah ramai kaya ke (Najib pun dah jadi billionaire), Melayu pun dah pandai ke (ada yang dah pigi belajor di Okspod, boleh kasi biasiswa kpd kaum yg terkaya ke), tak payah hebohkan Kedudukan Istimewa Melayu di Perlemagaan dsb nya ke?

      Tapi Bang, ingatkan Kerry Okspod le bahawa Umno di tubuhkan untuk pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu. Bermacam bentuk hak dan kepentingan nya tuh.

      Delete
    3. ibrahim, KJ sendiri ngaku bahawa Tun Mahathir menyindir bila dia kata KJ tanding lah jawatan Presiden.

      Delete

    4. Khairy ‘not Umno enough’ for presidency, says Art Harun

      Lawyer Azhar Harun says in 'Umno lingo', 'not Umno enough' is akin to being 'not Melayu enough' and 'not Islam enough'.

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/18/khairy-not-umno-enough-for-presidency-says-art-harun/

      Delete
  7. Politik wang dalam pemilihan UMNO tak boleh hilang dengan sekelip mata. Yang bertanding mesti yang berwang.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya, kenapa saudara budin sebuk sangat psal UMNO ehh? Tan Sri kita pon dah tak amek port langsung psal UMNO..Tpi budin siap bagi cadangan2 bagai utk kebaikan mereka..agak2 lah. Nak kasi mereka peluru ke utk tembak kita? Ke saudara budin masih tak boleh move on dgn UMNO setelah meninggalkannya? Udah2 ler tu..yg lps tu lepas ler..nampak sgt budin ni masih cintakan UMNO..terima hakikat okay

    ReplyDelete
  9. Apa perlunya debat, orang umno bukan reti berdebat pun. Setiap kali pemilihan perwakilan sudah biasa dirasuah, jadi siapa calon boleh kasi wang lebih perwakilan undi dia. Umno dan wang berpisah tidak.

    ReplyDelete
  10. sayang, sdr rani kulup (pahlawan melayu terakhir)memilih utk tidak bertanding.

    jika KJ kurang kemelayuan nya. apa kata kita syorkan Dr Redzuan Tee Abdullah yg amat tebal dgn semangat kemelayuan nya utk menawarkan diri.

    jika sudah terlewat kita bolih syorkan agar dia memberi ucapan semasa PAU nanti.

    hi hi!

    ReplyDelete